‘Syukur kalau dia jodoh saya’
[size=0.9em]Kuala Lumpur: “Tidak tolak jodoh walaupun dengan sahabat baik,” kata penyanyi wanita popular, Shila Amzah ketika mengulas hubungannya dengan pelakon, Johan As'ari. [size=0.9em]Penyanyi berusia 23 tahun itu mengakui berkawan rapat dengan Johan dan tidak menolak sekiranya dijodohkan dengan pelakon lelaki itu.
[size=0.9em]“Saya syukur kalau ditakdirkan jodoh dalam kalangan sahabat kerana tidak perlu melalui peringkat berkenalan. Saya sudah kenal Johan sejak tiga tahun lalu dan kami mula rapat sebelum saya mengerjakan umrah pada Mac lalu,” katanya.
Tambah Shila lagi, dia berasa tenang berkawan dengan Johan, malah keluarga kedua-dua pihak turut merestui hubungan mereka. [size=0.9em]“Johan lelaki yang menghormati saya dan keluarga selain sentiasa memberi sokongan dalam kerjaya saya. Kami juga saling berterus terang dan sebenarnya kedua-dua ibu sudah lama berkenalan,” katanya. [size=0.9em]
Sebelum ini, akhbar melaporkan Johan menyuarakan hasrat ingin melamar seorang selebriti tempatan, namun enggan menyebut nama wanita itu.
Sementara itu, Shila kini bergelar artis naungan Warner Music Malaysia (Warner) selepas menandatangani perjanjian dengan syarikat rakaman itu yang turut mengiktiraf penyanyi berkenaan sebagai Bintang Bertaraf Antarabangsa kelmarin.
Pengarah Urusan Warner, Darren Choy Kin Ming berkata, perjanjian itu membantu mempromosi dan mengedarkan album kelima penyanyi itu berjudul Shila Amzah.
“Kami menggunakan pelbagai platform dan merancang strategi berlainan untuk mempromosi album Shila di pasaran tempatan,” katanya.
|