Sumber: Malaysian Digest
Yusry Cabar Peminat Yang Fobia Ular Tonton 'Ular'
[size=12.727272033691406px] Kredit foto Faisol Mustafa.
Sebut saja ular, pasti ramai rasa geli geleman mendengarnya. Apatahlagi kalau spesis reptilia ini berada di depan mata, bukan. Namun pelakon utama filem Ular, Yusry Abdul Halim, beliau mencabar kepada semua peminat terutama bagi peminat yang fobia dengan ular menonton filem terbaru lakonannya bersama isteri tercinta, Lisa Surihani. "Filem ini pasti memberi kelainan pada penonton kerana ia adalah genre baru. Kepada mereka yang takut dengan ular, inilah masanya untuk anda semua kawal rasa takut dan fobia anda. Datang ke pawagam dan tontonlah Ular. Filem ni juga adalah untuk mereka yang suka menonton filem seram", katanya pada sidang media sewaktu previu bersama media, bertempat di e@Curve, Selasa lalu. Ditayangkan serentak di 72 buah pawagam diseluruh Malaysia termasuk Brunei mulai hari ini, Ular merupakan filem kedua arahan Jason Chong.
Yusry bersama pengarah 'Ular', Jason Chong. Kredit foto Faisol Mustafa.
Filem bergenre 'creature feature yang pertama di Malaysia yang mengambil masa selama 28 hari penggambaran ini memberikan satu cabaran apabila ular dijadikan subjek utama dalam filem ini. Sebanyak enam ekor ular sawaa digunakan sepanjang penggambaran filem ini.
Masuk Terowong Yang Dipenuhi Ular
Dalam pada Lisa terkejut apabila Jason kemudiannya mendedahkan pada media bahwa babak di mana Lisa dan Yusry berada di dalam sebuah terowong, sebelum dijadikan set, tempat tersebut sebenarnya turut dipenuhi dengan ular. Sewaktu kru sedang menyiapkan set, mereka menjumpai tiga ular tedung selar dan beberapa ekor ular sawa. Serius?! Kenapa tak beritahu kami", kata Lisa sambil memandang ke arah Jason yang hanya tersenyum melihat gelagat pelakon utamanya itu. Ular berkisar percutian impian beberapa sekumpulan pengunjung termasuklah ke Pulau Batik Panjang. Myra, wartawan kontroversi yang telah diturunkan pangkat ditugaskan membuat liputan ditemani jurukameranya, Remy. Namun keadaan bertukar menjadi misteri apabila seorang demi seorang pengunjung yang memenangi hadiah percutian tersebut hilang. Semuanya bermula dari kesilapan dua pengunjung iaitu JC dan Boy apabila merela berdua telah memadamkan suis pagar elektrik kerana mahu masuk ke dalam hutan. Keadaan menjadi huru hara apabila ribuan ular yang kelaparan telah melepasi pagar sekeliling resort itu dan membaham mangsa. Berjayakah pengunjung-pengujung resort itu menyelamatkan diri dari Pulau Batik Panjang? Segalanya akan terungkai dalam Ular.....................................................................................................
Baca artikel penuh: http://www.malaysiandigest.com/hiburan/480821-yusry-cabar-peminat-yang-fobia-ular-tonton-ular.html
Last edited by adik^manis on 5-12-2013 10:34 AM
|