kuliah daripada Mudir Maahad Darul Faizin, Ustaz Jafri Abu Bakar
Mr Os berforum dengan Ustaz Hanafiah
doktor dah kasitahu Mr Os akan meninggal dalam masa 2 minggu akibat kanser tonsil , buat kimo 33 kali
jadual ceramah Mr Os penuh, Mr Os kata "ustaz, saya nak mati ketika saya sedang ceramah" .
Allah pilih dia mati pada hari Jumaat ,
tanda kebaikan, meninggal pada hari Jumaat , terangkat dari fitnah kubur , ramai orang datang solat jenazahnya, ending yang cantik
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Adik saya wasap di group keluarga semalam, beruntung sungguh Mr Os, hidayah Allah amat indah , kematiannya khusnul khotimah, semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan bersama-sama para syuhadah dan solehin..
MR OS, HIDUP BERDAMPING ARTIS, MATI BERTANGIS ULAMA..
Pemergian Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid sepatutnya menjadi tazkirah 'live' yang amat berkesan di hati kita. Beliau yang menghabiskan awal usianya dalam industri hiburan, tiba-tiba mati saat akhir hayatnya mewakafkan diri di jalan dakwah. Kita patut merasa bertuah sempat hidup dengan dipersaksikan keajaiban ini dalam misi memburu hidayah tuhan.