Simunggu posted on 25-7-2013 11:46 AM 
saya rasa kurang tepat....bagi saya itu lebih kepada ujian..dugaan supaya kita sedar, bertaubat da ...
Bala atau bencana yang sering menimpa manusia sebenarnya adalah balasan daripada Allah S.W.T terhadap kesalahan yang dilakukan oleh manusia. Bala ialah balasan di dunia sebelum manusia menerima balasan di akhirat. Di dalam surah Asy Syura ayat 30, Allah berfirman yang membawa maksud; “Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa), dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu.” Ayat ini jelas menunjukkan bahawa segala bala yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh dosa-dosa manusia. Sekiranya Allah itu tidak mempunyai sifat pemurah dan penyayang, sudah pasti setiap dosa yang dilakukan oleh anak Adam akan ditimpa bala dan musibah yang tidak putus-putus. Tetapi kerana Allah itu bersifat Maha Pengasih lagi Maha Pengampun maka banyak dosa-dosa manusia diampunkanNya tanpa dibalas dengan bala. Setiap bala yang diturunkan dan setiap musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh dosa dan kesalahan manusia itu sendiri. Apabila Allah menurunkan balaNya, bala ini bukan sahaja menimpa mereka yang bersalah dan berdosa sahaja tetapi menimpa keseluruhan manusia. Hal ini dijanjikan oleh Allah seperti firmanNya dalam surah Al Anfal ayat 25 yang bermaksud: “Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya dan (yang membawa bala dan bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab seksaNya.”
|