CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

HaKiKaT sEbUaH cInTa~ TamaT

[Copy link]
Post time 30-5-2013 02:01 PM | Show all posts
sambong lah lagiii....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2013 02:12 PM | Show all posts
aduhaiiii part paling ditakuti.............harap dayana dpt terima balasannya........patut lelaki baik untuk wanita yang baik juga....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 03:07 PM | Show all posts
harap bsabar
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 03:34 PM | Show all posts
Alamak....ingat ada sambungan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 03:57 PM | Show all posts
Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, kelihatan Dayana tengah melipat kain sejadah menunjukkan dia baru sahaja selesai solat Asar ketika itu. Dayana terus menoleh memandang suaminya.

"Awal pula abang balik hari ni.." tegur Dayana lalu duduk di atas katil sambil mengusap perutnya.

Qaliff tersenyum. Dia berjalan mengambil tuala mandi lalu duduk di sebelah isterinya. Dayana mengusap rambut Qaliff. Cukup pandai Dayana berlakon! Sebenarnya dia sudah tahu suaminya pulang kerana terdengar enjin kereta suaminya masuk ke halaman rumah. Apalagi, dengan cepat dia menyarungkan kain telekung dan hamparkan sejadah menunjukkan dia baru sahaja selesai solat. Padahal? Hmmm..

Qaliff memandang katil yang cadarnya agak berselerak. Kemudian dia memandang Dayana.

"Berselerak aje cadar ni.. Sayang buat ape?" tanya Qaliff soalan perangkap.

"Ha? Err.. Yana ingat nak tukar cadar ni tadi tapi Yana rasa lebih baik solat dulu baru tukar cadar ni.." jawab Dayana hati-hati.

"Owh.. Yela. Abang mandi dulu ye.."

"Tak nak mandi ngan Yana ke?" Dayana mula pusarkan jarinya ke dada Qaliff.

Qaliff memegang tangan Dayana. Dikucupnya tangan itu.

"Sayang turun masakkan untuk abang boleh?" pinta Qaliff lalu masuk ke dalam bilik air.

Dayana terdiam. Hairan. Sebelum ini tak pernah Qaliff menolak apabila dia minta mandi bersama.


                                                                    ***************

Raziq tersenyum sendirian. Dia mula terbayangkan aksi yang dilakukan bersama Dayana sebentar tadi.

"Kau masih hebat Yana walaupun tengah mengandung..hahahaha..dasyat..dasyat.." kata Raziq sendirian.

Tiba-tiba seorang wanita melintas sambil dukung anak dalam keadaan kelam kabut. Raziq panik. Dengan pantas dia menekan brek dan menarik handbrek. Selamat! Raziq geram. Dia keluar dari kereta dan berjalan ke arah wanita itu.

"Woii!!! Buta ke hah? Tak nampak ke kereta aku tengah lalu?" jerkah Raziq.

"Papa.."

Raziq terkejut. Rupanya Maria bersama anak mereka, Mimi yang melintas tadi.

"Abang.."panggil Maria.


                                                                              *************


Dayana ke dapur. Dia ternampak bibik Mona tengah membancuh air kopi. Dia pantas dia ke arah bibik Mona lalu menggenggam kuat lengan bibik Mona itu.

"Siapa suruh kau keluar?!" marah Dayana dalam keadaan perlahan kerana risau Qaliff dengar.

"Tuan minta saya keluar buatkan air.."

"Kamu ada keluar tak waktu tengah hari tadi?"

"Tak ada, puan.."

"Betul ni?!!"

"Ya, puan.."

Dayana diam. Ditolaknya kepala bibik Mona itu.

"Pergi buatkan goreng pisang sekarang! Tuan nak makan."

"Baiklah,puan.."

Terkocoh-kocoh bibik Mona buatkan pisang goreng. Dayana tersenyum sendirian. Dirinya begitu cepat berubah. Mula lupa diri!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 04:09 PM | Show all posts
hhmhmmm boleh smbg lagi tak...
heheheh sekian dari yg tamak entry
nah munge
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-5-2013 04:15 PM | Show all posts
Qaliff memandang dirinya yang baru lepas mandi itu di hadapan cermin. Kemudian dia memandang katil yang cadarnya masih berselerak itu.

"Yana tak pernah macam ni sebelum ni." Qaliff berjalan ke arah katil itu.

Ditariknya selimut lalu dia bau. Memang bau perfume yang tak pernah dia bau sebelum ini. Jantungnya berdegup laju. Airmata mula bertakung dimatanya.

"Kuatkanlah hatiku,Ya Allah.. Berikanlah aku kesabaran yang tinggi.." doa Qaliff.


                                                                               **********

Maria dan Raziq berjalan ke arah perhentian bas. Mereka duduk bersebelahan.

"Mimi, meh kat papa sayang.." panggil Raziq lemah lembut.

Mimi tersenyum riang lalu berlari ke arah ayahnya. Dengan erat Raziq memeluk anaknya itu.

"Papa pergi mana? Mimi rindu sangat-sangat kat papa.. Mama pun sama! Mama sampai nangis-nangis..sian mama.." kata Mimi yang sudah petah bercakap itu.

Raziq memandang Maria. Maria hanya tersenyum.

"Abang sihat?"

"Abang macam ni laa.."

"Abang dah kahwin dengan...."

"Belum."

"Papa..papa! Jom temankan Mimi makan aiskrim.." ajak Mimi sambil tarik-tarik tangan Raziq.

Maria dan Raziq ketawa kecil melihat gelagat anak kecil itu.


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 05:16 PM | Show all posts
tq momey...esok smbg lagi yeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2013 07:25 AM | Show all posts
suria74 posted on 30-5-2013 05:16 PM
tq momey...esok smbg lagi yeee

sama2.. insyaallah ari ni momey smbung lg ckit hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2013 09:03 AM | Show all posts
Di meja makan..

Qaliff menyuap pisang goreng itu ke dalam mulutnya. Sambil mengunyah dia memandang Dayana yang tengah menuangkan susu ke dalam gelas. Kemudian Dayana berjalan ke arah Qaliff lalu duduk disebelah suaminya.

"Nak Yana suapkan?" tanya Dayana lembut.

Qaliff diam. Dia hanya tersenyum. Dayana hairan namun dia tetap berhati-hati.

"Yana.."

"Ya, abang.."

"Esok abang kene gi outstation."

"Outstation ke mana? Jauh?"

"Penang je.. Nak ikut tak?"

"Err.."

"Kalau Yana ikut lagi best kot.." Qaliff mula perangkap Dayana.

"Bukan Yana tak nak ikut abang tapi abang faham-faham je la keadaan Yana sekarang dengan bawa perut macam ni.."

"A'ah..abang lupa pula Yana tengah mengandung. Tak pe la. Abang pegi sendiri je la.."

"Abang bermalam berapa hari?"

"Dua malam je"

"Owh..ok.."

Dayana tersenyum. Qaliff membalas senyuman itu namun jauh di sudut hatinya mula berasa ada sesuatu yang Dayana sembunyikan darinya.


                                                                            *************

Di dalam kereta..

Maria yang sedang meribakan Mimi memandang bekas suaminya itu.

"Susahkan abang aje temankan Mimi makan tadi.."

"Tak de susahnya pun. Anak abang juga.."

"Sekarang Maria dengan Mimi dah tinggal di KL.. Maria dapat keje dekat kedai butik di Mid Valley.."

"Owh yeke?"

"Kawan minta tolong jagakan, kita tolong je la.."

"Baguslah. Sekurangnya dapat isi masa lapang.."

Maria masih memandang Raziq. Raziq mula berasa tidak selesa.

"Kenapa Maria pandang abang macam tu?"

"Maria masih sayangkan abang.."

Raziq diam.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2013 09:25 AM | Show all posts
Pada malam itu..

Handphone Dayana berdering. Tertera nama Raziq di skrin. Dayana yang tengah menonton televisyen bersama Qaliff itu terus bangun membawa handphonenya lalu beredar ke dapur. Qaliff hanya memandang tanpa bersuara. Dayana menjawab panggilan itu.

"Hello..awak.."

"Hai sayang.. buat ape tu?"

"Nape awak call saya time macam ni? Bahaya laaa"

"Bila nak jumpa lagi ni? Rindu laaaa"

"Esok kita jumpa erk.."

"Ok!!"

"Dah la, awak. Apa-apa saya call.."

"Ok, sayang. Mmuuahhhh!!!"

"Mmuuahhh! Love u.."

"Love u too"

Panggilan diputuskan. Dayana cuba mengintai ke ruang tamu, Qaliff masih menonton sendirian. Fuh!! Dayana tersenyum sendirian.


                                                                               ***********

Raziq ketawa sendirian. Kemudian Maria yang baru keluar dari bilik air dengan keadaan hanya memakai tuala mandi itu berasa hairan melihat Raziq.

"Kenapa abang ketawa sorang-sorang ni?" tanya Maria lalu membaringkan dirinya di sebelah Raziq yang sudah tidak berbaju itu.

"Tak ada apa-apa.."jawab Raziq lalu mencuit dagu runcing Maria itu.

Raziq kemudian menanggalkan tuala mandi Maria. Mereka berdua saling berpandangan dengan penuh senyuman. Zip seluar mula dibuka. Apalagi? Syaitan dengan bangganya menyambut kenduri besar pada malam itu!


                                                                          ******************

Qaliff memandang Dayana yang sudah hanyut dibuai mimpi disisinya. Kemudian dengan perlahan-lahan dia mengusap rambut Dayana.

"Abang terlalu sayangkan Yana. Jangan hampakan perasaan abang, sayang. Abang tak boleh hidup tanpa sayang..abang tak boleh bayangkan keadaan abang bila sayang tak ada.." Qaliff mengucup ubun-ubun Dayana.

Qaliff bangun lalu berjalan ke arah jendela. Tanpa disengajakan airmata jantannya mula mengalir membasahi pipi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:26 AM | Show all posts
tq momey..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2013 09:43 AM | Show all posts
Pada keesokkan harinya..

Qaliff memasukkan beg pakaiannya ke dalam kereta. Kemudian dia berjalan ke arah Dayana. Dipengang eratnya tangan halus mulus isterinya itu. Mereka berdua bertentangan mata.

"Jaga diri baik-baik ya, sayang.." Qaliff mengusap manja pipi Dayana.

Dayana sayu! Sungguh suci wajah suaminya ketika itu. Seolah-olah itu adalah hari terakhir dia akan pandang wajah lelaki yang bernama Qaliff.

"Abang terlalu sayangkan Yana.. Sangat-sangat sayangkan Yana. Jaga diri, jaga baby tau! Doakan abang selamat pergi dan selamat balik ke sini ya.."

Dayana sebak! Kali ini bukan lakonan lagi. Kenapa terlalu baik sangat Qaliff terhadap dirinya? Dan kebaikkan Qaliff itu dibalas dengan kecurangan. Betapa kejamnya Dayana!

Dayana mengucup tangan suaminya itu dan terus memeluk erat suaminya. Qaliff membalas pelukkan itu.

"Abang dah lambat ni, sayang..."

Dayana masih memeluk Qaliff.

"Sayang.."

"Yana cintakan abang.."

"Abang tahu.." Qaliff masih boleh tersenyum.

"Maafkan Yana ye, abang."

"Yana tak buat salah apa-apa pun. Tak perlu minta maaf.."

Dayana diam. Dia sudah berbuat dosa besar sebenarnya! Namun berat bibirnya untuk membicarakan tentang kebenaran. Qaliff mengucup dahi Dayana.

"Abang pergi dulu ya.. Assalammualaikum."

"Waalaikummussalam.."

Qaliff berlalu pergi. Dayana mengesat airmatanya.

"Puan!! Telefon puan berbunyi!!" jerit bibik Mona di muka pintu.

"Raziq?" Dayana terus berjalan pantas masuk ke dalam rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2013 09:44 AM | Show all posts
suria74 posted on 31-5-2013 09:26 AM
tq momey..

sama2
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:44 AM | Show all posts
best..!!!
sambong lah banyak2 sikit...
tak puas lah baca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2013 09:46 AM | Show all posts
naszryn posted on 31-5-2013 09:44 AM
best..!!!
sambong lah banyak2 sikit...
tak puas lah baca...

hihihi jap ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2013 09:50 AM | Show all posts
@momey... nak lagi... nak lagi... rasa berdebar dah ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2013 10:06 AM | Show all posts
clatiniey79 posted on 31-5-2013 09:50 AM
@momey... nak lagi... nak lagi... rasa berdebar dah ni...

jap2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2013 11:31 AM | Show all posts
Dayana masuk ke dalam kereta. Kemudian di memandang Raziq yang tampan berkaca mata hitam itu.

"Kita nak ke mana?" tanya Dayana sambil mengenakan tali pinggang keledar.

"Kita ke syurgaaaaa!!!"

Mereka berdua ketawa keriangan. Dayana mula lupa seketika bahawa dia masih lagi isteri kepada Qaliff! Sambil memandu sambil itu juga la Raziq meramas-ramas tangan Dayana.

"Geramnyeee!!!" kata Raziq nakal yang hitam bibirnya akibat kuat merokok.

"Ishh..nakal erk! Sabar sikit.."

"Dengan awak saya tak boleh sabar-sabar dah!"

Dayana ketawa kecil. Kemudian dengan tiba-tiba handphone Raziq berdering. Dengan pantas Dayana mengambil handphone Raziq itu. Tertera nama ' my wife' di skrin. Dayana memandang tajam ke arah Raziq. Raziq merampas handphonenya dari Dayana. Dijawabnya panggilan itu.

"Hello! Ya..Hmmm..Hhmm..Yela! Ok, bye.." Raziq memutuskan talian.

Dayana sudah merajuk. Hatinya terluka kerana Raziq masih lagi belum memadamkan perkataan 'my wife' itu. Raziq tersenyum.

"Nape ni, sayang?" Raziq cuba memujuk.

"Awak masih sayangkan Maria tu ke?"

"Adoii saya lupa nak padamkan perkataan 'my wife' tu. Jangan la marah"

"Saya tak suka la!"

"Ok..ok. Saya padam sekarang. Tengok ni.." Raziq yang masih memandu itu cuba memadamkan nombor telefon Maria dari senarai penggilannya.

Dayana tersenyum.

"Puas?"

"Ya! Awak untuk saya je tau!" kata Dayana lalu melentokkan kepalanya ke bahu Raziq.

"Tahu.."

"Kita nak ke mana ni?"

"Kita ke hotel dulu erk? Saya belum mandi lagi ni.."

"Ha? Busuk kottt"

"Nak mandi dengan awak.. Nak awak gosok-gosokkan.."

"Nakal!"

Tangan Raziq mula merayap ke celah paha Dayana dan Dayana hanya membiarkan sahaja.

"Kita singgah di hotel ni kejap erk.." kata Raziq sambil menunjukkan jarinya ke arah hotel 5 bintang itu.

Dayana hanya menggangguk. Raziq memarking keretanya. Kemudian mereka berdua berjalan seiringan masuk ke dalam hotel itu. Dalam pada masa yang sama, si Amani kebetulan lalu di kawasan tersebut bersama ibunya ternampak akan kelibat Dayana yang berpegangan tangan dengan Raziq. Amani mengesat kedua-dua belah matanya. Dia masih tidak percaya.

"Betul ke apa yang aku nampak ni?" bisik hati Amani.

"Amani, tengok apa tu? Kang kita lambat pula nak pegi beli barang ni. Bising pula abah kamu kalau ibu lambat masak kang.." bebel ibu Amani yang tidak tahu apa-apa itu.

"Jap, bu.." jawab Amani yang masih memandang Dayana sehingga hilang dari pandangan matanya.


                                       
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2013 11:50 AM | Show all posts
Dayana dan Raziq ke kaunter pendaftaran.

"Awak ni macam tak takut je ikut saya ke sini.." kata Raziq sambil mengeluarkan kad pengenalan lalu dihulurkan ke pekerja di front office itu.

"Qaliff tak de kat sini. Dia outstation di Penang.."

"Owhh..patutlaaa!! Berapa malam dia di sana?"

"Semalam je.."

"Kalau macam tu, kita check in semalam kat sini nak?"

"Saya ikut je"

"Clear!!"

Raziq merangkul pinggang Dayana. Memang mereka kelihatan seperti pasangan suami isteri ketika itu. Dan kebetulan juga pada saat itu Naufal, sahabat Qaliff turut berada di hotel itu kerana ada perbincangan urusan kerja arwah ayahnya yang masih belum selesai.

"Yana???" Naufal seolah tidak percaya apa yang sedang dilihatnya.

Dayana begitu mesra sekali membalas pelukkan Raziq itu.

"Ya Allah.. Betul ke apa yang aku nampak ni? Kesian Qaliff." bisik hati Naufal.

Raziq mengambil kunci biliknya lalu beredar bersama Dayana ke lif berhampiran. Dayana langsung tidak perasan Naufal sedang melihat dirinya.

"Aku dah cakap dah, Qaliff.. Dia bukan perempuan yang baik." Naufal hanya menggelengkan kepalanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.096082 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list