CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Dzulqarnain

Sunnah VS Bid'ah

[Copy link]
 Author| Post time 8-3-2013 03:24 AM | Show all posts
suamsejuk posted on 7-3-2013 03:06 PM
baru convert ke?

Convert drpd ape?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2013 03:30 AM | Show all posts
GiQ posted on 7-3-2013 05:45 PM
Assalamualaikum... Muhammad bin Abdullah sebelum di datangi oleh Malaikat Jibrail sebenarnya tidak ...

Siapa yg belah dadanya ketika kecil?
Siapa yg memelihara membesarkannya?
Selawat kpd nabi junjungan kita
Nabi Muhammad s.a.w. serta ahlulbaitnya...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2013 03:34 AM | Show all posts
GiQ posted on 7-3-2013 05:56 PM
ye lah.... takat baca buku ... hanya dapat pengetahuan.

Ali dan Abu dapat buku resepi masakan.. ...

Itukan perbandingan mereka yg berilmu dan mereka yg pakar
Kedua²nya pn berilmu...wlpn BACA bkn dgn nama Tuhan mereka.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2013 03:35 AM | Show all posts
Abangcute posted on 7-3-2013 11:01 PM
Bida'ah ini mudah sahaja untuk dikenali :

1) Semua perkara yang tidak ada kaitan dengan agama.

Apa yg dikatakan dgn AGAMA, sila takrifkan...

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 03:57 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 8-3-2013 03:24 AM
Convert drpd ape?

wahabi ke aswj...??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2013 04:04 AM | Show all posts
suamsejuk posted on 8-3-2013 03:57 AM
wahabi ke aswj...??



Kn dh kate sunni...sila rujuk ye.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2013 12:40 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 8-3-2013 03:35 AM
Apa yg dikatakan dgn AGAMA, sila takrifkan...

Perlu dinyatakan perihal maksud agama dalam erti kata sebenar? Bukankah kamu sedang menggunakan internet? Maklumat dihujung jari aje. Sesungguhnya niat kamu itu BAIK akan tetapi dipenuhi dengan maksud DENDAM.

Last edited by Abangcute on 8-3-2013 12:45 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2013 02:42 PM | Show all posts
Abangcute posted on 8-3-2013 12:40 PM
Perlu dinyatakan perihal maksud agama dalam erti kata sebenar? Bukankah kamu sedang menggunakan in ...

Jd, terangkan perkara² yg tidak ada kaitan dgn agama
juga perkara² yg bertentangan dgn agama...bior jelas sejelas²nya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2013 03:17 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 8-3-2013 02:42 PM
Jd, terangkan perkara² yg tidak ada kaitan dgn agama
juga perkara² yg bertentangan dgn  ...

Saya ringkaskan dengan perkataan ini (kalau kamu tak faham perihal ini) :

"Kami Dengar dan Kami Taat" => Perkara yang BUKAN BIDA'AH

"Kami Ingkar dan Kami Bantah" => Perkara BIDA'AH

Ada soalan untuk 2 pernyataan yang mudah difahami jika benar pengakuan Islam dan Iman untuk menzahirkan Ihsan wahai saudara yang baru mengenali AGAMA? Layak ke kamu menerangkan perihal ini kalau perkara ASAS tidaklah kamu mengerti untuk dikuasai terlebih dahulu?

Kalau nak dihuraikan, SAMPAI KIAMAT TAK HABIS.
Last edited by Abangcute on 8-3-2013 03:20 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 03:57 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 8-3-2013 03:24 AM
Bg saya BACA spt mana ahli zikr
hingga berbekas ingatan dek hati
berulang² hingga lunak di  ...


dah sampai ke akal dan bertaut dihati tu
maka bergeraklah sekalian anggota berZKIR sekali
dengan sekalian alam
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 04:02 PM | Show all posts
Abangcute posted on 8-3-2013 03:17 PM
Saya ringkaskan dengan perkataan ini (kalau kamu tak faham perihal ini) :

"Kami Dengar dan Kami ...

"Kami Dengar dan Kami Taat" => Perkara yang BUKAN BIDA'AH
"Kami Ingkar dan Kami Bantah" => Perkara BIDA'AH
patutlah sesat lagi menyesatkan
KAMI DENGAR DAN TAAT - adalah kepada AYAT2 ALLAH
KAMI INGKAR DAN BANTAH - adalah kepada LARANGAN ALLAH
    pasal Bidaah pun hang nak samakan dgn KETENTUAN TUHAN
    bodoh sangat ke hang ni mamat ooiiii????

nak dihurai sampai kiamat tak abis???

memang hang hurai mengelong je hujung pangkalnyeee
sesenget otak hang yg dah senget tuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2013 04:41 AM | Show all posts
Abangcute posted on 8-3-2013 03:17 PM
Saya ringkaskan dengan perkataan ini (kalau kamu tak faham perihal ini) :

"Kami Dengar dan Kami ...

Adakah yg kufur/ingkar/bantah tu disamakan dgn bid'ah?

Rujuk ni dulu...
Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (bid’ah) dan setiap bid’ah adalah sesat. - Muslim
Aku wasiatkan kepada kamu untuk bertakwa kepada Allah, tetap mendengar dan ta’at walaupun yang memimpin kamu adalah budak Habsyi. Kerana barangsiapa yang hidup di antara kamu setelahku, maka dia akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh itu, kamu wajib berpegang pada sunnahku dan sunnah Khulafa’ur Rosyidin yang mendapatkan petunjuk. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu. Hati-hatilah dengan perkara yang diada-adakan kerana setiap perkara yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat. - Abu Daud, Tirmidzi

Cth: Jika seseorang yg amal baca Al-Fatihah ketika tahyat dlm solat, adakah bid'ah atau x?

Ada soalan untuk 2 pernyataan yang mudah difahami jika benar pengakuan Islam dan Iman untuk menzahirkan Ihsan wahai saudara yang baru mengenali AGAMA? Layak ke kamu menerangkan perihal ini kalau perkara ASAS tidaklah kamu mengerti untuk dikuasai terlebih dahulu?
Yg dikatakan 'perkara ASAS' tu ape?
Dua yg dipegang tu kn kitab Allah dan sunnah rasul
maka, saudara jelaskan yg ini dulu:
1) Semua perkara yang tidak ada kaitan dengan agama.
2) Semua perkara yang bertentangan dengan agama.
3) Semua perkara yang bermaksud BANTAHAN perihal kiamat
4) Semua perkara yang bermaksud BANTAHAN perihal Qada' dan Qadar

Jika, kitab Allah x kata
nabi s.a.w. pn x kata
Siapa yg berkata²?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2013 05:02 AM | Show all posts
Abangcute posted on 8-3-2013 03:17 PM
Saya ringkaskan dengan perkataan ini (kalau kamu tak faham perihal ini) :

"Kami Dengar dan Kami ...
Kalau nak dihuraikan, SAMPAI KIAMAT TAK HABIS.
Jgn hurai smpi habis, hurai je sikit-sikit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2013 05:07 AM | Show all posts
orangbesi posted on 8-3-2013 03:57 PM
dah sampai ke akal dan bertaut dihati tu
maka bergeraklah sekalian anggota berZKIR sekali
de ...

Jd, LUPA tu mana dtgnya tu?
Bila ayat yg panjang, tp byk bhgn yg dilupa
maka, disangka²nya sesuatu perkara tu sunnah
walhal sebenarnya yg diamalnya tu bid'ah...

Apo kekdahnye nk SAHkn amal itu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 05:56 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 9-3-2013 05:07 AM
Jd, LUPA tu mana dtgnya tu?
Bila ayat yg panjang, tp byk bhgn yg dilupa
maka, disangka²nya  ...

Jd, LUPA tu mana dtgnya tu?
Bila ayat yg panjang, tp byk bhgn yg dilupa
maka, disangka²nya sesuatu perkara tu sunnah
walhal sebenarnya yg diamalnya tu bid'ah...

Apo kekdahnye nk SAHkn amal itu?


dah LUPA!!!
...........KAMI DATANGKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK

allaaa manusia......bernafsu dan berakal
sedangkan Nabi ada jugak ketika dilalaikan barang seketika

nak SAHKAN tu
cuba perhatikan baik2
dia tu dah jalankan abis semua SunnahtuRasul
  maka biarkanlah dia dgn yang mampu dia bawa
kalau aku - yg berkitab2 hadith yg dishohehkan tu pun....tak larat dah nak dibawa
    tercicir je memanjang


Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 10:34 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 9-3-2013 05:02 AM
Jgn hurai smpi habis, hurai je sikit-sikit...

okey... saya ambil note perihal yang dimaksudkan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2013 11:13 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 9-3-2013 04:41 AM
Adakah yg kufur/ingkar/bantah tu disamakan dgn bid'ah?

Rujuk ni dulu...

Ini sebagai note dari yang dimaksudkan :

Bida'ah itu sesuatu yang diada-adakan dalam beragama.
Allah menetapkan hukum disisiNya adalah kufur/ingkar/bantah/fasik dan seumpama dengannya

Terdapat perbezaan bagi kedua-dua perkara yang dimaksudkan. Adapun perkara yang bukan bida'ah itu apa yang jelas dimaksudkan di dalam Al-Quran dan Sunnah samaada mengikut Al-Quran dan Sunnah atau sekadar mengikut Sunnah Rasullullah SAW.

Contoh:
Politik yang sedia ada adalah perkara taghut (siapa yang nak bangkang/merancang sesuatu perkara yang BURUK terhadap post ini walaupun pada diri seorang Ulama Terkenal, fikirlah Allah dan akibat yang akan terjadi jika bermusuhan dengan orang yang menyampaikan post ini kerana inilah PETUNJUK dari Allah kepada yang mahu SELAMAT DIAKHIRAT KELAK). Dan saya tidaklah SURUH kamu MENINGGALKAN PERKARA TAGHUT atau MENENTANG PERKARA TAGHUT kerana BUKAN TANDINGAN KAMU jika kamu hendak melawan benda yang sudah tersurat di dalam Al-Quran dan dunia yang kita ketahui hari ini. Hanya mereka-mereka yang dimaksudkan PILIHAN ALLAH SAHAJA MAMPU menewaskan TAGHUT. Jika dikira dari segi hukum yang Allah tetapkan adalah kafir terhadap mana-mana yang terlibat dalam perkara taghut (menganggap politik itu suatu yang PENTING sedangkan seorang muslim dan muslimah tidak boleh meletakkan kepentingan dalam 2 perkara yang PENTING dalam kehidupannya). Jadi terpakai dengan Sunnah Rasullullah SAW untuk zaman yang dimaksudkan pada masa yang dimaksudkan. Jika mahu dihuraikan heirarki taghut dalam politik, rasanya lebih baik kita bersangka baik dengan apa yang manusia aturkan kerana sebaik-baik manusia yang beriman itu adalah yang bertaqwa kepada Allah. RAMAI MANUSIA yang DIBUNUH kerana menerangkan KEBENARAN HERARKI DUNIA hari ini (taghut). Jadi sebagai Umat Islam yang BAIK (beriman dan bertaqwa) sila jadi manusia yang SOLEH (sabar) kerana bantuan Allah akan datang BERSAMA-SAMA hamba-hambaNya yang DIPILIHNYA (TIDAK BOLEH DIKALAHKAN DENGAN SENJATA TERKINI ATAUPUN NUKLEAR- Yang akan menjadi DONGENG sebelum datangnya KIAMAT BESAR). Dalil-dalil yang boleh diambil untuk menjadi PERINGATAN menguatkan hujah politik adalah TAGHUT demi menjaga Iman dan Taqwa (hati) adalah seperti berikut:

        Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.         
                     (Al-Baqarah 2:256)
        Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.         
                     (Al-Baqarah 2:257)
        Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan agamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w).         
                     (An-Nisaa' 4:51)
        Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.         
                     (An-Nisaa' 4:60)
       Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.         
                     (An-Nisaa' 4:76)
- Jangan berperang tanpa Ilmu, Amal dan Ikhlas (disiplin ilmu taqwa)
        Katakanlah: "Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul".         
                     (Al-Maaidah 5:60)
        Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.         
                     (Al-Nahl 16:36)
        Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu -         
                     (Az-Zumar 39:17)
Dari Abi Najih bin Al-Irbadh bin Sariyah, katanya : " Rasulullah SAW telah memberikan suatu nasihat kepada kami yang mengeletarkan hati dan menitiskan air mata. Maka kami berkata kepadanya : ' Wahai Rasulullah, seolah-olah ini suatu nasihat yang terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu pesanan. 'Sabda Rasulullah SAW : ' Saya berpesan kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah Azza wajalla serta mendengar dan taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerintah kamu. Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan dan sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin Al-Mahdiyyin yang beroleh petunjuk ( daripada Allah ) dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu ( berpegang teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah itu ). Dan jauhilah kamu dari pekara-pekara yang diadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu menyesatkan. '

Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus. "

Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : " Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. '

Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a, katanya : " Saya pernah bertanya Rasulullah SAW : Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah SAW : ' Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.'  "

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata : " Wahai hamba-hambaKu ! Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu aniaya-menganiayai.
Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu.
Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu.
Wahai hamba-hambaku ! Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut.
Wahai hamba-hambaku ! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia  memuji Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri. "

Peringatan kepada diri sendiri dan kepada SEMUA PEMBACA forum samaada BODOH ataupun PANDAI kerana semuanya yang dimaksudkan itu datang dari Allah disebabkan oleh perbuatan manusia itu sendiri :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman : Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang setia padaku ), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penghilantannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku lindungi ia


Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala :
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.
Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.
Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.


Last edited by Abangcute on 9-3-2013 11:20 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 11:19 PM | Show all posts
Abangcute posted on 9-3-2013 11:13 PM
Ini sebagai note dari yang dimaksudkan :

Bida'ah itu sesuatu yang diada-adakan dalam beragama.
...

Bida'ah itu sesuatu yang diada-adakan dalam beragama.
Allah menetapkan hukum disisiNya adalah kufur/ingkar/bantah/fasik dan seumpama dengannya

Terdapat perbezaan bagi kedua-dua perkara yang dimaksudkan. Adapun perkara yang bukan bida'ah itu apa yang jelas dimaksudkan di dalam Al-Quran dan Sunnah samaada mengikut Al-Quran dan Sunnah atau sekadar mengikut Sunnah Rasullullah SAW.

Contoh:
Politik yang sedia ada adalah perkara taghut (siapa yang nak bangkang/merancang sesuatu perkara yang BURUK terhadap post ini walaupun pada diri seorang Ulama Terkenal, fikirlah Allah dan akibat yang akan terjadi jika bermusuhan dengan orang yang menyampaikan post ini kerana inilah PETUNJUK dari Allah kepada yang mahu SELAMAT DIAKHIRAT KELAK). Dan saya tidaklah SURUH kamu MENINGGALKAN PERKARA TAGHUT atau MENENTANG PERKARA TAGHUT kerana BUKAN TANDINGAN KAMU jika kamu hendak melawan benda yang sudah tersurat di dalam Al-Quran dan dunia yang kita ketahui hari ini. Hanya mereka-mereka yang dimaksudkan PILIHAN ALLAH SAHAJA MAMPU menewaskan TAGHUT.


woii mamat
baru beberapa hari kata bidaah kena taati
sekarang dah kalih pulak - memang senget otak hang ni
cakap je ikut AL QURAN dan Sunnah tapi perangai hang mengalahkan setan pungkok tongek, tak sedar2

FUHHH perasan hebat lah tuuu...sampai sebut ulama terkenal
cam hang tu hebat sangat keeeee
wooiii mamat balik ngaji AL QURAN dulu leeeeeee
BACA riwayat Hadith Nabi dan para sahabatnya
dr dok melalut hantamkeromo kat sini
ikuti salasilah dan suasana pilitik masa tu..............baru hang leh sembang
  tidak lagi nampak kebodohan tu jeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2013 04:13 AM | Show all posts
orangbesi posted on 9-3-2013 05:56 PM
Jd, LUPA tu mana dtgnya tu?
Bila ayat yg panjang, tp byk bhgn yg dilupa
maka, disangka2nya  ...

Sedia maklum...
Tetapi, lupa yg terus istighfar tu kan memohon keampunan dek kelalaian
umpama lupa akan ikan yg terlompat drpd bekasnya tu kn...
Maka, perkara pertama slps istighfar tu kn kembali kpdNya
yg ghaib di antara keduanya tu merejam syaitan yg berbisik
di kalangan jin dan manusia kan?

Bkn ke nabi s.a.w. dh ajarkan spy kembali kpd Allah dan rasulNya s.a.w.?
Bila dibisik sesuatu yg x pasti i.e. bid'ah - melaghokan
maka, sama ada keluar drpdnya atau menCARI hingga pasti.

Bg saya, ibadah yg difardukan tu dulu yg patut diutamakan - sahkan ikut sunnah
selainnya beransur-ansur kpd yg lebih baik mengikut kemampuan
dan kekdahnya sentiasa menCARI yg lebih baik selama hayat kita...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2013 04:30 AM | Show all posts
Abangcute posted on 9-3-2013 11:13 PM
Ini sebagai note dari yang dimaksudkan :

Bida'ah itu sesuatu yang diada-adakan dalam beragama.
...

Sbb tu saya minta saudara huraikan yg ini dulu:
Bida'ah itu sesuatu yang diada-adakan dalam beragama.
Soalannya:
1. Apa perkara2 yg diada-adakan tu?
2. Bagaimana dgn skop "dalam beragama" tu?

Politik yang sedia ada adalah perkara taghut
- Yg ni pn saudara kena la takrif dulu apa itu politik (perkataan moden)?

Jika dikira dari segi hukum yang Allah tetapkan adalah kafir terhadap mana-mana yang terlibat dalam perkara taghut
- Yg ni pn saudara kena la huraikan dulu apa itu hal taghut (dlm Al-Quran)? Rujuk: Quran Dictionary - ط غ ي


Terdapat perbezaan bagi kedua-dua perkara yang dimaksudkan. Adapun perkara yang bukan bida'ah itu apa yang jelas dimaksudkan di dalam Al-Quran dan Sunnah samaada mengikut Al-Quran dan Sunnah atau sekadar mengikut Sunnah Rasullullah SAW.
- Adakah politik itu taghut dan perkara taghut itu bid'ah?
- Adakah perkara2 yg tiada dlm Al-Quran dan sunnah adalah bid'ah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.069381 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list