|
Salam. Chek sambung bab 6...
Berkali-kali mataku berkejip. Macam mana Lili boleh tahu isi hati aku? "Aku... aku cuma jatuh cinta dengan buah fikiran dia." Aku cuba mengelak. Malunya bila isi hatiku diterjah sebegitu.
"Aku tahulah apa aku buat Jiha. Don't worry, ok? Aku akan cuba mengenali diri Cicak Kobeng dengan lebih rapat lagi." Lili kini bernada lembut kembali. Lega hati aku.
"Macam mana kau nak mengenali dia? Kau kan baru sekali jumpa?"
"Haaa! Kau jangan tak tahu... Ini Lili. Sia-sia aku bekerja dalam bidang komunikasi dan sebaran media. Pelbagai media akan aku guna."
Aku tertawa kali ini. "Ya lah, ya lah.... Kau memang pandai mengguna peluang dan ruang." Aku mengalah. Memang Lili gadis yang terbuka dan agak lepas laku. Dia cukup ramah dan proaktif. Bersesuaianlah dengan kerjayanya sebagai wartawan. Atau mungkin juga kerjanya memerlukan dia bersikap sedemikian.
"Haaa! Tau tak peee..." Lili mula tersenyum kembali.
"Untuk pengetahuan kau, nombor telefon dia dah ada dalam handset aku ni, ha!" Lili mempamerkan nombor telefon Cicak Kobeng kepada aku.
"Amboi! Tangkas dan pantas Laili Asmidar bertindak." Aku menggeleng.
"Mestilah! Laili Asmidar, kan? Siapa cepat dia dapat beb. Hendak seribu daya, tak nak duduk diam diam. Berangan sendiri dan syok sendiri." Selepuk ayat Lili mengena batang hidung aku.
"Sadisnya ayat kau! Nak ambil alih tempat Mind Teaser, ya?" Aku sebenarnya tak marahkan Lili. Walau pun bahasanya agak kasar tapi hatinya baik. Cuma... sindiran Lili aku rasakan seperti tertusuk sembilu. Ekeke...
“Eh, ustazah tu ada?” Lili tak jadi keluar dari bilik aku. Dia kembali duduk di sisi aku.
“Ustazah mana pula ni?” Aku kehairanan. Aku benar-benar tak tahu siapa yang dimaksudkan oleh Lili. |
|
|
|
|
|
|
|
“Ustazah Insyirah tu lah.” Aku tersengih apabila Lili menggelar Kak Syirah sebagai ustazah.
“Ada. Kat bilik dia lah.”
“Kau tidur lagi kat rumah Dona, kan?" Aku terkejut macam mana Lili tahu sedangkan dia out station masa aku bermalam di rumah Dona.
"Aku ada balik rumah sekejap hari tu. Aku tengok semua orang tak ada. Nasib baik ustazah tu kat Kuching. Kalau tak, dia bising lagi."
“Aku tahu. Kak Syirah dulu dah bebel kat aku pun.”
“Habis tu.... kenapa degil?"
"Dona tiba-tiba kena migrain, jadi aku hantarlah dia balik. Dah malam, mak dan ayah dia suruh aku bermalam di sana." Aku menjelaskan kepada Lili.
"Aku pun tak suka kau tidur kat rumah Dona tau Jiha. Kau tak takut ke kalau hantu berhala tu hinggap kat kau? Lepas tu kau bawa balik pula ke rumah kita ni. Eee... seram aku Jiha. Nanti hantu yang hinggap kat kau tu datang kat aku pula. Kau tahulah aku ni macam mana, kan?” Lili tersengih-sengih.
“Kenapa? Kau takut hantu tu akan lebih suka kat kau, ya? Macam tu?” Aku menyoal sinis. Kak Syirah bimbangkan syaitan berhala itu mengganggu iman aku manakala Lili pula takutkan kehadiran hantu secara fizikal menggangu dirinya. Macam-macam. Aku tertawa kecil mengenangkan sikap kedua teman serumahku.
“Ya lah! Kau tu, walau pun tak macam Syirah, kurang-kurangnya kau mengaji juga. Adalah juga pendinding kau. Aku ni.... takat sembahyang ajelah. Itu pun kalau kau tak kejutkan aku bangun subuh, alamat subuh gajah aku. Tak pun lebur terus.” Lili tulus mengaku kekurangan dirinya. Inilah yang mengkagumkan aku dengan sifat Lili. Dia sedar kekurangan dirinya dan sentiasa mengaku kesilapannya walau pun kadang-kadang tu sekadar mengaku silap sajalah, berubahnya tidak juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Kalau macam tu, kau kenalah mula membaca al-Quran. Kalau kau nak maintain cergas atau cantik, kau makan supplement, kan? Samalah juga dalam hal ini. Kau jadikan al-Quran sebagai supplement untuk kekuatan jiwa kau. Insya-Allah kau akan kuat semangat. Hantu syaitan dari rumah Dona confirm tak kacau kau!” Aku sengaja melawak. Aku lebih gemar menggunakan pendekatan hikmah. Dalam ilmu psikologi yang aku pelajari juga menyarankan begitu. Kata-kata yang lembut dan baik akan lebih merangsang minda dan jiwa. Lili tersengih-sengih mendengar kata-kataku.
Dalam ilmu psikologi, kepercayaan kepada mistik adalah tahyul dan mengarut. Semua itu hanya rekaan. Ia wujud apabila sering dikhayalkan oleh mental. Namun, dari perspektif Islam, perkara-perkara ghaib seperti syaitan dan iblis ini wujud. Mereka sentiasa mengganggu manusia. Cuma mereka tak berupaya mengganggu secara fizikal. Minda manusia akan dimanupulasi dan akibatnya manusia menjauh dari pencipta. Untuk mengatasi masalah ini, al-Quran adalah penawar terbaik. Itu adalah butir kuliah semasa aku belajar di universiti.
"Eh, kau ni baru balik dari ghatering, kan?" Aku bertanya.
"Ha ah! Kenapa?"
"Kau dah sembahyang isya?"
"Belum..." Lili terkemut-kemut.
"Baik kau pergi mandi atau buat apa-apa yang patut... Lepas tu kau pergi solat."
"Ye lah makcik!" Balas Lili lalu beredar keluar dari bilik aku.
Fuhh! Lega... Sekarang baru aman untuk aku kembali membaca tulisan pujaan hatiku, Mujahid.
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 25-2-2013 03:28 PM
err... mahukah Jiha dgn Cik Gayah?
Mcm mana kalau Mujahid=Fahmi?
Seandainya dengan menerima Eddie dapat membuka hatinya ke Jalan-Mu, maka aku rela dengan ketentuan ini - Jiha a.k.a Freddi @freddianza
Si Fahmi lak dengan Dona..(apsal lak cheq macam rasa in the end Dona mati sebab penyakit kronik? heheheh)
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 25-2-2013 03:36 PM
Seandainya dengan menerima Eddie dapat membuka hatinya ke Jalan-Mu, maka aku rela dengan ketentuan ...
Hahahahaha.
amboihh watak berat cheq bawak
|
|
|
|
|
|
|
|
kak ciiikkk laddyyyyyyy ....
laju giler page dia naik! ..
mesti best .. heheeh ... lum sempat marathon ..
|
|
|
|
|
|
|
|
hotmum posted on 25-2-2013 05:00 PM
kak ciiikkk laddyyyyyyy ....
laju giler page dia naik! ..
baru bab 6 ni mum. Hari ni tepek bab 7. Lady tepek sebab sehari jahhh... Nanti jenuh hangpa nak baca. Lagi pun byk tred2 lain lagi nak kejar. Semua best2...
Cuma tred nicki tu.... membakar hati namanya tu..
Terlebih rajin baru 2 bab naaa?
|
|
|
|
|
|
|
|
freddianza posted on 26-2-2013 09:21 AM
Haiii hotmum
Fred, sudikah kau mengguyur nerakanya Eddie?
ok, sambung...
BAB 7
Pejabat kaunseling, Kuala Lumpur.
Pujian dan nasihat adalah untuk fikiran dan emosi. Ia masih belum sampai ke jiwa. Benar, emosi boleh mempengaruhi tingkah-laku namun kesannya adalah untuk mencapai keduniaan sahaja. Yang harus dibangunkan adalah jiwa sedangkan pujian sekadar untuk jasad. Jika tidak dibangunkan jiwa, pujian boleh menjadikan seseorang itu ego.
Kita sering memuji anak-anak bila mereka memperolehi sesuatu kejayaan. Namun dalam masa yang sama kita lupa bahawa kita sebenarnya telah menanamkan keegoan dalam diri mereka jika pujian itu tidak disertakan dengan pembangunan jiwa. Fikiran tak mampu mempengaruhi jiwa. Sebaliknya jiwalah yang mempengaruhi fikiran dan emosi. Hanya jiwa yang positif menjadikan fikiran dan emosi yang positif. Maka, bentuklah jiwa anak-anak anda secara sihat.
Tekun aku membaca petikan di internet. “Hmm... pembangunan jiwa..." Aku termenung seketika depan laptopku. Fikiran aku teringat kembali kepada perbincanganku bersama kak ngah mengenai masalah anaknya yang suka meminta itu dan ini. Memandangkan aku mempelajari psikologi, kak ngah bertanyakan pendapat aku bagaimana hendak mengatasi masalah Najwa yang suka memberontak apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Baru berusia 9 tahun tapi permintaannya melampau-lampau. Sudah ada telefon bimbit Corby, mahu tukar ke iPhone. Bila sudah dapat iPhone, minta pula iPad. Lama-lama jadi I pokai... Mahu tak pokai kalau semuanya mahu yang berjenama? Jika tidak mendapat kehendak hatinya, Najwa akan merajuk berhari-hari dan mula culas untuk membuat kerja sekolah. Budak-budak zaman sekarang... Aku merungut dalam hati sambil menggelengkan kepala.
Aku ambil pen dan buku catatan. Segala butir penting mengenai apa yang aku baca tadi kucatit dalam buku catatanku itu. Sekarang aku masih membuat kajian bagaimana mahu menangani masalah Najwa anak saudaraku itu.
“Nak kata kak ngah tak didik Wawa dengan didikan agama, tak boleh juga. Mungkin artikel ini ada betulnya. Kak ngah pun memang selalu menjanjikan macam-macam kepada Wawa kalau Wawa berjaya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Bila Wawa berjaya mencapai sasarannya maka segunung pujian dilontarkan. Dari guru-guru, kawan-kawan, ibu-bapa, atuk, nenek dan tak lupa dari aku... mak usunya.”
Last edited by ladyFinger12 on 26-2-2013 10:27 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat pula aku bila Wawa pulang ke kampung, Wawa akan tuntut pula hadiahnya kepada atuk dan nenek. Atuk dan nenek pun melangit puji cucu mereka pandai. Habis semua jiran sekampung nak dihebahkan mereka. Sebenarnya aku pun tak lepas dari berbuat begitu. Cuma aku hanya puji sekadarnya sahaja. Tak perlulah aku bercerita kepada jiran-jiran, teman-teman di rumah sewa aku atau muat naikkan ke Facebook tentang kejayaan anak saudaraku itu.
Jari-jemariku mengetuk-ngetuk meja kerjaku. Terbayang pula wajah Wawa. Tak sangka semakin besar, semakin banyak kerenahnya. Patutlah kak ngah risau. “Masih belum terlambat. Masih boleh dilentur ni...” Begitulah kataku ketika aku cuba mententeramkan kak ngah.
Para ibu-bapa pula disebabkan terlalu gembira dengan kejayaan anak-anak mereka, dengan bangganya menceritakan tentang kejayaan anak mereka di dalam Facebook. Gambar-gambar sijil yang memaparkan nama anak dan buku program dimuat naikkan ke Facebook, blog dan pelbagai medium lagi, bagi tujuan dilihat dan dibaca oleh semua orang. Malahan mereka berlumba-lumba untuk memberitahu seluruh dunia bahawa anak-anak mereka itu berjaya dalam pelajaran atau mendapat nombor satu di sekolah.
“Ha! Kan betul apa aku kata?” Aku tersenyum gembira kerana pandangan aku selama ini bertepatan dengan satu lagi artikel menarik yang aku baca hasil pencarian aku di laman sesawang. Dulu kak ngah bukan main marah lagi pada aku sebab aku sindir dia di status Facebooknya yang meletakkan gambar Wawa naik ke pentas untuk menerima hadiah. Aku tulis...
Upload video kat youtube la... lagi gempak!
Aku tertawa sendiri. Nakal juga aku masa tu. Sejak sudah bekerja sebagai seorang kaunselor dan mengikuti beberapa kursus dan seminar kaunseling, aku kini lebih matang dan cuba tidak menyakitkan hati orang. Tugas aku meredakan kekusutan dan cuba mengembalikan sedikit kebahagiaan orang, bukan menambah kekusutan dan menaikkan kemarahan orang. Walau pun ada isi yang cuba aku sampaikan tapi tak berhikmah cara aku tu.
Tiba-tiba terlintas pula nama Mind Teaser di benak pemikiranku. Ah! Lelaki itu.... Ayat-ayat sarkastiknya yang begitu sinikal membuatkan ramai orang marah. Macam mana bagus isinya sekali pun, aku rasa macam membazir begitu sahaja. Hanya orang-orang yang sekufu dengannya sahaja yang boleh menerima pandangannya. Itu bermakna tak sampai maksud dan tujuannya.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
KRING.... KRING.....
Telefon di talian tele-kaunseling atas maja aku berdering. Pantas aku mengangkat gagang telefon. Dari tadi aku menunggu-nunggu panggilan masuk. Berbual-bual bersama pesakit dapat juga menghilang rasa mengantukku. Namun selalunya malam malam begini panggilan masuk tidak begitu banyak. Asyik mengadap skrin di laptop membuat mata aku berair. Aku kesat mataku dengan tisu.
"Helo, selamat malam. Saya Najiha Abdul Samad. Pegawai kaunseling yang berkhidmat waktu ini sedia membantu anda." Begitulah ayat permulaan yang sudah diskripkan kepada semua kaunselor apabila bercakap dengan klien atau pemanggil.
"Ye Cik... Saya memang ada masalah jiwa sekarang ni. Saya sukakan seseorang ni.... tapi saya malu nak beritahu dia. Tambahan kami berlainan agama...."
"Ala kesiannya awak! Saya rasa awak sedang mengalami inferiority complex. Rendah diri yang melampau. Kalau begitu, baik awak lupakan saja lelaki idaman awak itu. Teruskan berangan sahaja, itu lebih menyeronokkan.”
“Macam ini cara awak melayan klien? Siapa bos awak? Saya nak report kepada bos awak. Saya tak puas hati dengan layanan awak terhadap saya.”
"Choii! Macam lah aku tak kenal suara kau." Pantas aku membalas bicara Dona. Hampehh betul! Dia nak main-mainkan aku. Kedengaran suara mengekek dari Dona di hujung talian. Langsung segar bugar mataku yang sudah mula kuyu dan berair tadi.
“Aku kesiankan kau kena layan klien malam-malam ni. Aku tahu mesti kau bosan, kan?”
“Macam tahu tahu aje kau. Malam-malam macam ni memang kurang sikit klien. Kalau ada orang telefon beritahu masalah, hilang juga mengantuk aku ni.” Aku mengiakan kata-kata Dona.
“Ni aku call kau sebab aku ada masalah lah ni.” |
|
|
|
|
|
|
|
“Banyaklah kau punya masalah. Kau kan kaunselor? Kaunselor pun cari kaunselor?” Giliran aku pula mentertawakan Dona.
“Eh, jangan kau tak tahu.... Pakar psikiatri pun kena jumpa psikiatri sebulan sekali.” Tertawa aku mendengar kata-kata Dona.
“Lagi pun aku ni kaunselor budak-budak sekolah aje, bukan macam kau. Skop klien kau lebih luas. Kau lebih terror dari aku. Mesti kau boleh settlekan masalah cinta juga.”
“Alahai! Menyampah aku nak merendah diri tak bertempat ni. Cepat bagi tahu aku apa masalah kau?” Kedengaran Dona tertawa kecil di hujung talian.
“Masalah tentang hati dan perasaan.... Hati aku sedang terhoyong-hayang sekarang ni. Aku sedang dipukul gelora rindu yang begitu mengganas.”
“Bluwekkk! Geli siot!” Dona mengekek lagi di hujung talian.
“Seriously.... aku rindukan Fahmi lah Jiha.” Suara Dona mulai perlahan. Bunyi macam lemah dan berputus asa pun ada. Baru sebulan masa berlalu dari pertemuan kami yang terdahulu, kini Dona merindu lagi.
“Waduh, waduh! Parah bunyinya ni.”
“Kau call lah dia bagi pihak aku. Kita jumpa nak? Aku, kau dan Fahmi.”
“Hmm... nanti aku cuba call dia. Dia pun dah lama tak call aku ni. Mungkin dia sibuk. Motivator kau! Satu Malaysia dia berjalan. Manakan dengan kuliah lagi...”
“Tolong Jiha ya. Aku berharap sangat nak jumpa dia.”
“Insya-Allah! Ada rezeki dapatlah kau jumpa dia.”
“Thanks Jiha. Kau lah...”
“Sahabat aku dunia dan akhirat.” Cepat-cepat aku menyambung ayat Dona. Sudah arif sangat aku apa ayat yang Dona akan lontarkan apabila meminta bantuan dari aku. Dona tertawa kecil. Suka aku mendengar Dona ketawa riang begitu.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
Cheq habiskan bab 7..
Masa berlalu bagaikan terlalu perlahan. Dona agaknya sekarang ini sudah tidur dengan aman setelah mendengar janji aku untuk membuat janji temu dengan Fahmi. Kebosanan mula melanda diriku. Rakan sekerja aku malam ini, Yasmin nampaknya sedang melayani klien. Talian aku pula masih kosong. Zaki pula entah ke mana menghilangnya. Tak kan pergi tidur kut? Kami bertiga sering mendapat giliran shif malam bersama. Huwaaa... Bosannya!
Hmm... apa lagi aku nak buat? Forum Bicara Kita kubuka. Malam yang agak larut begini aku tak mahu menyesakkan kepala otak aku membuka tred-tred panas yang melibatkan isu sensitif seperti yang berkaitan dengan agama atau pun isu seksualiti merdeka yang tak pernah selesai. Senyap sekejap kemudian kembali hangat.
“Wah! Menarik tips ni.” Petua untuk menjadi cemerlang yang ditulis oleh Auntieagony menarik perhatian aku. Sebenarnya banyak juga tulisan-tulisan Auntieagony yang aku ikuti. Auntieagony begitu aktif di Bicara Hati dan Bicara Famili. Dari penulisannya aku yakin forumer di sebalik nama Auntieagony ini bukan sembarangan orang. Penulisannya bagaikan seorang profesional. Seperti biasa, kucapai buku catatan dan mencatat isi-isi penting. Petua-petua ini berguna untuk aku berikan kepada pesakit aku.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Yang ni kena beritahu kat along. Anak dia tu buas ya amat!” Aku ketawa sendirian mengingatkan Syafiq yang berusia 6 tahun itu. Keletahnya sering meriuhkan suasana. Apa taknya, bertempiaran angsa dan itik di kampung dikejarnya. Haram dia tak takut buntutnya disudu angsa. Aku yang dah boleh kahwin ni pun tak seberani dia.
“Tua sebelum waktunya? Oh tidak! Tapi betul juga... kalau muka tu berkerut saja 24 jam, mana tak cepat tua?” Hik hik hik...
“Errr... kalau aku baca pos Mind Teaser mesti aku beremosi. Kurang-kurangpun berkerut jugalah dahi aku. Adehhh..... janganlah aku tua sebelum waktunya disebabkan si sengal tu.” Aku mengerenyot bibir. Jari-jemariku mengetuk-ngetuk meja. Kemudian aku terasa dahiku berkerut.
Duhhh.... belum apa-apa dah berkerut dahi. Eeee! Asal terlintas saja nama dia, mulalah aku tak senang duduk.
“Apa susah! Aku boleh balancekan dengan membaca pos-pos Mujahid. Sebut nama Mujahid saja pun sudah cukup menceriakan.” Aku kembali tersenyum.
“Hoitt!” Aku terkejut apabila bahuku dicuit.
“Cakap sorang-sorang. Berangan ya?” Yasmin menegur aku. Nampaknya Yasmin sudah selesai berurusan dengan kliennya. Aku cuma tersengih-sengih. Laptopku aku alihkan sedikit agar Yasmin tak nampak aku sedang melayani forum. Panas rasa pipi aku menahan malu.
**********
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|