CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kikuri

AKU CINTA KAMU {U}

[Copy link]
 Author| Post time 11-1-2013 04:25 PM | Show all posts
“Hello..” lembut sahaja suara yang menjawab.

Suasana sepi. Pelik Mak Kalsom. Siapa yang telefon. Tidak mahu bercakap pula.

“Hello....” jawabnya agak kuat. Mungkin suaranya tidak kedengaran sebentar tadi.

“Hel...hello...”kedengaran satu suara yang agak bergetar dihujung talian. Mak Kalsom kenal akan suara itu. Suara yang dirinduinya.

“Dahlia ke tu. Dahlia ya...ni Mak Long ni” sebak sahaja suara Mak Kalsom.

“Mak Long...” terdengar tangisan Dahlia.

“Dahlia kat mana sayang. Tahu tak Mak Long risaukan Dahlia. Mak Long risaukan keselamatan Dahlia. Dahlia kat mana. Balik la Dahlia.” pujuk Mak Kalsom sebak.

“Dahlia selamat Mak Long. Mak Long jangan risau. Pak Long mana? Dia marahkan Dahlia lagi?” tanya Dahlia. Talian sepi seketika. Terdengar keluhan Mak Longnya.

“Jangan kau layan Pak Long kau tu. Degilnya tak dapat dibawa berbincang. Dia ke surau. Nasib baik Dahlia telefon masa Pak Long tak ada. Dia tak izinkan Mak Long cakap dengan Dahlia. Tapi Mak Long tak peduli. Malas Mak Long nak layan kerenah dia. Dahlia baik – baik aja ke. Dahlia tinggal dimana?”

Dahlia terdiam bila mendengar kata – kata Mak Longnya. Sampai begitu sekali marahnya Pak Samad kepada Dahlia. Dia tahu semuanya silap dia.

“Dahlia okey aja Mak Long. Mak Long jangan risau. Dahlia tinggal dengan kawan masa belajar dahulu. Dahlia pun dah bekerja pun.” Dahlia menjawab perlahan. Maafkan Dahlia Mak Long Dahlia terpaksa menipu kata tinggal dengan kawan belajar. Kalau Mak Longnya tahu dengan siapa dia tinggal, mahu sakit jantung orang tua tu.

“Alhamdulillah. Senang Mak Long dengar. Mak Long cuba telefon Dahlia tak dapat.” Gembira Mak Kalsom mendengar Dahlia selamat.

“Dahlia dah tukar nombor telefon. Mak Long ambillah nombor ni. Nanti kalau ada apa – apa Mak Long bolehlah telefon Dahlia.”
Setelah memberikan nombor telefon Mak Longnya buru – buru bercakap.

“Dahlia, kita sudah dulu. Pak Long dah balik. Kalau dia tahu Dahlia telefon mengamuk dia nanti. Nanti kalau ada waktu Mak Long telefon balik. Assalamualaikum.” Talian diletakkan tanpa sempat Dahlia menjawab salam. Takut benar suara Mak Longnya tadi. Dahlia mengeluh berat. Pak Long masih marah. Itu yang merisaukan Dahlia. Dia hanya mamapu berdoa supaya hati Pak Long lembut, dan menerima keputusannya untuk tidak berkahwin dengan Adam. Jika benar dia berjodohan dengan Adam tidak akan kemana juga.

“Siapa yang telefon?” tanya Pak Samad. Kelihatan Mak Kalsom buru – buru meletakkan telefon sewaktu dia pulang tadi. Sempat Mak Long menyembunyikan kertas yang ditulis nombor telefon dahlia.

“Entahlah bang, salah nombor. Cakap cina.” Bohong Mak Kalsom. Pak Samad hanya mengangguk. Malas bertanya lebih – lebih.

“Ada budak bertuah tu telefon ke sini?” tanya Pak Samad. Tidak memandang Mak Kalsom. Matanya tertumpu kepada siaran televisyen.

Kelam kabut sebentar Mak Kalsom. “Tak ada pulak bang. Kenapa?”

“Tak ada apa – apa. Kan aku dah pesan kalau dia telefon, jangan cakap dengan dia. Aku tak izinkan. Faham?” keras sahaja amaran Pak Samad.

“Ya abang.” Lemah suara Mak Kalsom menjawab. Sampai bilalah suaminya itu mahu lembutkan hatinya. Keras hati tak sudah – sudah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2013 04:26 PM | Show all posts
senin plak sambung ye...

kalo iols ade masa weken iols sambung...selalunya takdak masa...sibuk bergolek ngan baby
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 04:27 PM | Show all posts
dabel posting Last edited by kikuri on 11-1-2013 04:30 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 04:33 PM | Show all posts
ala nak lagi boleh tak sebelum balik huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 04:44 PM | Show all posts
ok..last sebelum balik

BAB 23

PENAT sungguh badannya. Minggu – minggu akhir sebelum festival fesyen memang memenatkan. Mana taknya. Setiap hari dia belajar catwalk dengan Nana dan Jamie. Dia juga banyak membantu mereka membuat persiapan akhir untuk pertunjukkan fesyen itu.

Balik ke rumah hanya untuk tidur sahaja. Tiada lagi masa untuk bersantai. Mahu mencari rumah sewa lain pun tidak sempat. Nana sudah berjanji mahu tolong mencari rumah sewa murah untuk Dahlia. semuanya tidak sempat. Semuanya sibuk. dalam seminggu ini juga peragai Haidar semakin juga semakin membuatkan dia geram. Bukan Haidar sahaja stress, mereka semua juga stress.

Lega rasanya badan apabila dapat bergolek – golek diatas katil. Namun dia harus segera mandi. Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Dia masih belum bersolat Isyak. Dia harus melunaskan tanggungjawabkan kepada Yang Maha Pencipta.

Dengan perlahan Dahlia mencapai tuala dan masuk ke bilik air untuk membersihkan badan. Dia mahu solat dan tidur. Esok masih banyak persiapan yang mahu dilakukan. Lagi tiga hari sahaja festival penting itu akan dijalankan.

Diluar kawasan apartment, seseorang sedang memerhatikan kawasan sekitar apartment itu. Dia tersenyum galak. Kebetulan dia melihat situasi itu. Setelah melakukan beberapa intipan yakinlah dia mereka tinggal bersama. Jaga la korang berdua.

Dia yakin kedua – duanya telah masuk kerumah. Dia mengekori kereta Haidar sejak dari butik lagi. Dia harus melunaskan dendamnya malam ini juga. Telefon dicapai. Dia menunggu talian disambungkan

“Hello...Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan?” lebar sahaja senyumannya. Semoga rancangannya menjadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 04:44 PM | Show all posts
Haidar tertidur disofa. Letih sungguh dia rasakan. Semua kerja sudah 95% siap. Tinggal untuk fitting sekali lagi. Sudah berpesan kepada tiga orang modelnya termasuk Dahlia supaya mengekalkan tubuh badan. Jangan gemuk jangan kurus sebelum festival berlangsung.

Loceng pintu ditekan bertalu – talu. Haidar terjaga dari tidur. Siapa pula yang menekan loceng malam – malam buta macam ni. Nana? Tak mungkin. Nana pun nampak sangat letih tadi. Takkan Nana tak boleh nak tunggu esok. Dengan malas dia bangun untuk membuka pintu. Mungkin jirannya ada kecemasan.

“Kejappppp...” jeritnya nyaring. “Tak sabar – sabar” bebelnya pula.

Dia membuka pintu. Matanya digosok – gosok untuk melihat siapa dipintu. Maklumlah baru terjaga dari tidur pandangan agak kabur. Apabila pandangan sedikit jelas, dia melihat beberapa orang lelaki dan perempuan sedang memandang serius kearahnya. Haidar ternganga. Hah..siapa? Nak suruh aku join tabligh ke? Haidar tercengang – cengang.

“Kami dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Kami mendapat aduan kamu tinggal serumah dengan perempuan yang bukan muhrim.” Kata salah seorang lelaki separuh abad yang memakai kopiah putih.

“saya...” Haidar kehilangan kata – kata.

“Boleh buka pintu encik. Kami mahu memastikan yang aduan itu adalah benar.”

Haidar menghela nafasnya. Kepalanya berat. Dengan terpaksa dia membuka pintu. Siapalah yang membuat aduan. Tak mungkin jiran – jiran disini. Mereka bukan jenis penyibuk. Haidar tidak dapat membayangkan reaksi Dahlia.

Dahaga pula  Dahlia. Dengan memakai baju tidur kelawar dan menempek nedak sejuk dia  yakin Haidar berada didalam bilik, dia keluar untuk minum segelas air. Kepala yang basah dilap sepanjang perjalanan dari bilik ke dapur. Dia mendengar suara lelaki becakap – cakap. Mungkin suara televisyen.

Setiba di ruang tamu dia tergamam. Beberapa lelaki dan perempuan sedang memandang kearahnya. Dahlia merenung kearah Haidar yang juga merenungnya dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Dia dapat merasakan perkara buruk bakal terjadi. Hampir pitam Dahlia rasakan. Masa depannya dirasakan semakin gelap. Pak Long tolong Dahlia. Ampunkan Dahlia. Air matanya mengalir tiba – tiba.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-1-2013 04:45 PM | Show all posts


muka terkejut Haidar.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 05:06 PM | Show all posts
kikuri posted on 11-1-2013 04:45 PM
muka terkejut Haidar.....

Mana ckup TT... Suka benor bg brek emergency mcm ni ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 05:07 PM | Show all posts
kikuri posted on 11-1-2013 04:45 PM
muka terkejut Haidar.....

Smbung lah lg TT ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 05:20 PM | Show all posts
adoi brek terus kat part ni plak.. kasi la habis sampai derang dah nikah huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 06:25 PM | Show all posts
kena tunggu lagilah jawapnya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 10:02 AM | Show all posts
salam....tergugat baca citer nih....habis lah dahlia...mesti mengamuk sakan haidar...x dpt bayangkan apa jd lps nih...dah la nk join festival...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2013 10:23 AM | Show all posts
sambungan sikit...ade keje...nanti kang iols curi2 masa sambung ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2013 10:24 AM | Show all posts
BAB 24

SEORANG Pereka Fesyen terkenal ditangkap khalwat dengan pasangannya di sebuah kondominium.

        Encik Kamal mencampakkan akhbar Berita Harian itu kemeja pejabatnya. Panas sungguh hatinya mengenangkan perangai anak lelakinya yang seorang itu. Dia hanya mampu membaca tajuknya sahaja. Tidak terdaya rasanya mahu membaca keseluruhan cerita.

Timbul jugak rasa pelik dihatinya. Siapa perempuan yang sanggup tinggal bersama anaknya yang sudah tidak seperti lelaki itu? Mungkin sifat lembut Haidar menyebabkan perempuan itu berani mengambil risiko tinggal serumah dengan Haidar.

Dia mesti lakukan sesuatu, bagi menyelamatkan maruahnya, maruah keluarganya dan juga maruah perempuan yang telah ditangkap khalwat bersama Haidar.

MENANGIS air mata darah juga tidak berguna. Semuanya sudah terjadi. Mereka dituduh atas tuduhan berkhalwat. Tinggal serumah tanpa adanya ikatan yang sah. Bengkak mata Dahlia menangis.

Didepan Dahlia berdiri Pak Samad dengan wajah yang bengis. Selesai pulang dari solat subuh dia dikejutkan dengan panggilan telefon yang sungguh aib dirasakan olehnya. Tanpa berfikir panjang dia dan Mak Kalsom membeli tiket untuk ke Kuala Lumpur.

Setibanya disana dia dijemput oleh Papa Haidar dan membawa mereka ke rumah ibu bapa Haidar.

Bahu Dahlia dipeluk Mak Kalsom. Cuba memujuk. Wajah Dahlia sembab akibat banyak menangis. Wajah Haidar juga tidak ceria. Namun dia sempat berdandan sedikit pagi itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2013 10:25 AM | Show all posts
Mata Pak Samad melotot kearah Dahlia kemudian Haidar. Pelik dia melihat Haidar yang meliuk – liuk seperti lalang yang ditiup angin itu.

“Pakcik semua ni salah faham. Saya tak buat apa – apa pun dengan anak sedara pakcik ni.” Haidar memulakan bicara. Rimas dia dengan suasana yang sunyi serta aksi jeling menjeling itu.

Makin pelik Pak Samad apabila mendengar Haidar bercakap sambil jari jemarinya melentik itu. Siapa lelaki ini. Lembik sahaja. Macam obor – obor.

“Kalau kamu tak buat apa – apa, kenapa boleh sampai kena tangkap basah?” Kasar sahaja bunyi suara Pak Samad. Menahan marah. Tak elok rasanya mengamuk dirumah orang. Dahlia pada pandangannya semakin kecil sahaja.

“Semua salah faham aja pakcik. Kami memanglah serumah. Tapi bukan sebilik. Bukan kami buat benda terlarang pun. Kami semuanya sibuk. Balik untuk tidur. Saya pun jarang ada dirumah.” Terang Haidar tanpa rasa bersalah. Dia rimas sebenarnya. Ayahnya tidak sudah – sudah mendesaknya berkahwin dengan Dahlia. Tidak perlu rasanya. Dia tidak berminat.

“Betul Pak Long. Dahlia tak buat benda – benda tak elok. Dahlia menumpang sekejap aje dekat rumah Haidar. Dahlia tak tahu nak kemana lepas keluar rumah tempoh hari. Haidar ni yang banyak tolong Dahlia.” Dahlia memberanikan dirinya untuk bersuara.

Mencerlung mata Pak Samad apabila mendengar kata – kata Dahlia. Mahu rasanya menampar mulut comel yang lancang itu.

“Kamu ni bodoh ke atau buat – buat bodoh. Takkan kamu tak reti lagi yang lelaki dengan perempuan bukan muhrim tak boleh serumah. Mana pergi didikan agama aku selama ni.” tengking Pak Samad. Lupa dia dimana ketika itu.

Kecut perut Dahlia mendengar herdikan Pak Samad. Haidar yang berani tadi turut terkulat – kulat.

“Macam ni lah bang. Benda dah jadi. Saya pun malu dengan perangai anak saya ni. Kita duduk. Kita selesai cara elok. Marah pun tak bawak kemana.” Papa Haidar, Encik Kamal cuba meredakan keadaan yang agak tegang itu. Risau jika situasi tak terkawal ada yang ke hospital nanti.

Pak Samad baru teringat dimana dia ketika itu. Malu pula rasanya. Dengan perlahan dia duduk. Matanya tidak lepas dari merenung tajam kearah Dahlia.

“Saya dah bincang dengan isteri saya. Kami setuju nak kahwinkan Dahlia dengan Haidar. Walaupun diaorang ni cakap tak buat apa – apa, tapi yalah...mereka dah ditangkap basah. Apa pulak pandangan orang ye tak? Caranya kita kahwinkan aja mereka berdua ni.” Malas Encik Kamal berbasa basi. Terus ke tujuan asal. Mama Haidar, Puan Jamilah tidak bersama mereka. Dia di Australia untuk berjumpa dengan adik perempuan Haidar yang belajar disana. Namun segala yang berlaku sudah diberitahu. Dia cuma mengikut sahaja keputusan yang dibuat demi kebaikan semua pihak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2013 10:25 AM | Show all posts
“Kahwin. Kahwin dengan siapa. Dengan budak lembik macam obor – obor ni.” lancang sahaja mulut Pak Samad. Bulat mata Haidar mendengarnya. Encik Kamal buat tidak tahu sahaja.

“Pakcik jangan nak pandang rendah saya. Lembik – lembik saya pun saya lelaki tahu.” Herot – herot mulut Haidar cuba menahan geram.

Nak kena Pak Long Dahlia ni. Suka – suka sahaja menggelarnya obor – obor. Obor – obor aku pun berbisa tau.

Tanpa menghiraukan bebelan Haidar, Pak Samad menyambung pula leterannya pad Dahlia.

“Kamu ni dah hilang sifat malu agaknya. Apa yang kamu belajar selama ni? betul ke kamu ke universiti? Baru duduk sekejap dekat Kuala Lumpur perangai mengalahkan syaitan.”

Makin melebat air mata Dahlia mendengar bebelan Pak Samad yang di rasakan keterlaluan itu.

“Dah la tu bang. Jangan ikut sedap mulut aje bercakap. Ingat sikit kita kat mana ni.” campur Mak Kalsom pula. Malu dengan peragai baran Pak Samad yang tidak bertempat itu.

“Tak betul ke apa aku cakap. Ikutkan sangat hati tu. Lari rumah. Melawan cakap orang tua. Kesudahannya, jadi apa?” Pak Samad terus menerus berleter. Marah sungguh dia.

Encik Kamal semakin lemas. Geram juga dia dengan perangai Pak Samad yang baran tu. Patutlah Dahlia lari dari rumah. Dia membuat andaian.

“Pak Samad, macam saya kata tadi. Saya sudi kahwinkan anak saya dengan Dahlia. Diaorang dah terlanjur. Perkara tak boleh diubah.”

“Papa, mana ada kitaorang terlanjur.” Nyaring sahaja suara Haidar membela diri. Pandai – pandai sahaja mengatakan mereka sudah terlanjur. Cuit pun tidak. Dahlia terlalu menjaga dirinya.

Encik Kamal menjeling Haidar. Haidar menelan air liurnya. Gerun juga dia melihat jelingan papanya. Sudah semacam jelingan Pak Samad. Cepat sungguh papa belajar teknik jelingan Pak Samad.

“Ikut suka enciklah. Saya pun dah tak tahu nak buat apa dengan Dahlia ni. Maafkan saya. Malu saya dengan perangai anak sedara saya ni. Maafkan saya sebab dah menyusahkan keluarga encik.” Pak Samad cuba akur pada keputusan Encik Kamal walaupun dia tidak yakin dengan Haidar.

“Tak nak...Dahlia tak nak kahwin dengan Haidar.” Dahlia membantah. Kali ini giliran Haidar pula membulatkan matanya.

“Kau ingat aku pun nak kahwin sangat ke dengan kau. Tolonglah.” Haidar taknak kalah. Tak mahu dikatakan terhegeh – hegeh.

“Eh, aku pun tak hingin jugaklah dengan kau. Silap – silap masa kahwin nanti orang boleh keliru mana pengantin perempuan, mana pengantin lelaki.” Balas Dahlia pula.

“Memanglah orang keliru sebab kau tu pun dah macam jantan. Kasar semacam je. Kau ingat aku nak sangat dengan kau.” Haidar masih tidak berpuas hati. Seketika ruang tamu itu menjadi tempat berdebat antara Haidar dan Dahlia.

Dahlia bengang. Terus dia memeluk kaki Pak Samad.

“Tolonglah Pak Long Dahlia tak mahu kahwin lagi. Dahlia nak kerja dulu. Pakcik Kamal, tolonglah saya. Saya tak mahu kahwin dengan Haidar.” Bersungguh – sungguh dia merayu. Ngeri dia mahu bayangkan yang dia akan bersanding dengan Haidar. silap – silap Haidar lagi ayu daripadanya.

“Sudah. Walau macam mana sekalipun, ribut taufan, puting beliung kamu berdua kena kahwin. Jangan nak bantah – bantah.” Jerkahan Pak Samad mematikan perbincangan itu. Encik Kamal hanya mampu mengurut dadanya.

Haidar merengus kasar. Dahlia sudah mahu pitam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2013 10:34 AM | Show all posts


nah Pak Samad
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 10:58 AM | Show all posts
TT Kikuri...nak lagi....................
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 10:59 AM | Show all posts
Tq tq tq... Tapi mana cukup byk ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 11:09 AM | Show all posts
x cukupla....nak lagi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.243208 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list