CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

BaLaDa HaTi.. ~tamat~

[Copy link]
Post time 18-12-2012 12:17 PM | Show all posts
TT.....Sambung la lagi...makin syok la~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2012 12:29 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 18-12-2012 12:17 PM
TT.....Sambung la lagi...makin syok la~~

jap erk.. insyaallah pas lunch kita smbung blik..hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 02:25 PM | Show all posts
momey posted on 18-12-2012 12:29 PM
jap erk.. insyaallah pas lunch kita smbung blik..hihihi

Kata lepas lunch...dah lebih dr lunch ni momey syayam...

Agak2 tasya pom mengendeng kat aktiviti riadah diorg tu gak ke?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2012 02:29 PM | Show all posts
Beberapa jam selepas itu, tibalah mereka di hotel yang cukup selesa di tepi pantai itu. Rayyan memandang Balqis yang sudah tertidur itu. Dia tersenyum memandang Balqis. Wajah suci yang dia yakin masih belum 'disentuh' mana-mana lelaki lagi! Macam pandai je tilik orang Rayyan ni kan? hihhi..

"Balqis..Balqis.." kejut Rayyan sambil menggerakkan sedikit tangan Balqis.

Balqis tersedar. Perlahan-lahan dia membuka matanya.

"Kita dah sampai ke?"

"Sudah, Cik Balqis.. Jom!" ajak Rayyan keluar dari kereta itu.

Haris dengan seorang bayi perempuan datang ke arah Rayyan. Rayyan tersenyum lebar. Dia cukup suka akan budak-budak. Dipeluk dan diciumnya anak Haris itu.

"Geramnya kat budak busuk ni!!! Meh kat uncle meh.." Rayyan menyambut bayi perempuan yang bernama Alisya itu.

Diciumnya berkali-kali pipi Alisya itu. Balqis tersenyum memandang gelagat Rayyan. Memang nampak Rayyan bukan berlakon pada saat itu. Haris sedang memerhatikan Balqis. Kemudian dia memandang Rayyan. Sah! Ada kemungkinan mereka berdua boleh disatukan. Fikir Haris.

"Kita check in dulu la erk. Petang sikit baru kita lepak pantai. Amacam???" jerit Haris pada semua staf yang datang.

Mereka semua setuju sahaja arahan Haris.

"Kejap, Haris. Saya nak bilik bersebelahan bilik Balqis tau.." pinta Rayyan selamba.

Balqis tercengang! Makin hari makin pelik pulak dia dengan setiap kata-kata yang dilontarkan Rayyan itu. Haris hanya tersenyum.

"Boleh aje, bos!! Bisa di atur.. hihihi"

"Alisya ikut papa ye.. Uncle nak ambil barang-barang dalam kereta ni.." Rayyan mengucup sekali lagi pipi Alisya lalu diserahkan kepada Haris semula.

Rayyan memandang Balqis lalu tersenyum menampakkan kedua lesung pipitnya. Waduh-waduh..cair dibuatnya!! Balqis istighfar panjang dalam hati. Boleh tergugat iman ni! Hihihihi



                                                   ........................................................


Rayyan dengan rela hati mahu mengangkat beg pakaian Balqis. Naik segan dibuatnya Balqis dilayan sebegitu baik oleh bos sendiri. Setibanya di depan pintu bilik hotel..

"Mak aiii..awak bawa apa dalam beg ni?? Batu ke? Nasib baik check in dua malam je. Dibuatnya seminggu, patah tulang rusuk ni hahaha" perli Rayyan.

"Amboi mamat ni! Banyak bunyi pulak. Tadi dia yang gedik-gedik nak bawak beg aku tu. Aku tak suruh pun. Penampar jap gi baru tahu.."bisik hati Balqis sambil tersenyum-senyum memandang Rayyan. Kontrol perasaan geram katakan!

"Ni kunci encik.."kata Balqis sambil menghulurkan anak kunci bilik pada Rayyan.

"Thanks.. Petang ni jumpa kat pantai k.. Saya tunggu." ucap Rayyan lembut lalu masuk ke dalam biliknya.

"Pelik betol la aku ngan mamat ni. Makin hari makin manja pula dengan aku. Risau la pulak! Hiihihi" Balqis tersenyum sendirian.

Dia mengambil begnya lalu masuk ke dalam bilik.


                                                        ..........................................................


Haris menidurkan Alisya di atas katil. Kemudian dia ke dapur. Isterinya, Mimi sedang membasuh botol susu di sinki. Kemudian Haris terus memeluk Mimi dari belakang. Diciumnya bahu isteri kesayangannya itu.

"Sabar la.." Mimi yang cukup lemah lembut dalam tutur kata itu membuatkan Haris bertambah lemah.

"Kan Alisya dah tidur tuuu.."

"Kejap la, erk. Kan baru sampai ni.. " Mimi mengucup mulut suaminya itu. Kemudian dia ke ruang tamu.

Mimi duduk di sofa. Haris pun sama. Duduk bersebelahan isterinya.

"Abang, sayang tengok Encik Rayyan tu macam ada something je dengan si Balqis tu.."

"Hahahaha..tah yah cakap something la. Memang dah ada perasaan dah tu! Ego!"

"Abang tak nak satukan mereka ke?"

"Nak sangat-sangat kalau boleh. Tapi, kenapa isteri abang ni beriya sangat ni?"

"Hihhihi.. ntah la. Nampak mereka berdua sepadan kan? Lagipun Encik Rayyan kan dah duda.."

"Sian dia. Abang harap kalau si Balqis ni jodoh dia, Balqis ni boleh jaga dia sebaik mungkin."

"Insyaallah.."

"Insyaallah pun insyaallah jugak kan? Yang kita ni macam mana? Nak tengok je ke?"

"Ishhh gatal la abang ni! Tak sabar-sabar.."

"Hahhahah..sayang mucuk abang ni."

Mimi tersenyum. Dia terus memeluk suaminya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 02:51 PM | Show all posts
Aaaaaaaaaaaaaaaa......lomentiknya haris & mimi..
suke..suke..suke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2012 03:55 PM | Show all posts
Pada petang itu..

Rayyan keluar dari biliknya. Kemudian dia berdiri di hadapan bilik Balqis. Baru sahaja dia hendak memetik loceng bilik..

"Biar dia turun sendiri la. Kang cakap aku ni asyik memaksa dia mengekor aku plak kan.." bisik hati Rayyan.

Rayyan turun ke pantai sendirian. Kemudian dia ternampak kelibat Dato Mustaffa dan Datin Madiah. Terus dia tersenyum.

"Amboi..romantiknya mama ngan papa berbaring tepi pantai ni.." tegur Rayyan lalu mengucup pipi ibunya.

"Mana la tahu, Rayyan nak boleh adik baru ke nanti.." Dato Mustaffa seloroh.

Terus Datin Madihah mencubit manja lengan suaminya itu.

"Suka la tu menyakat mama erk.." Datin Madihah mencebik.

Rayyan sudah ketawa melihat gelagat papa dan mamanya itu. Kemudian dia memandang pantai di hadapannya itu.

"Mandi best nii.. Jom papa!!" ajak Rayyan sambil membuka bajunya lalu menampakkan susuk tubuhnya yang 6pax itu.

"Uihhh..tak nak la. Kang lemas tak pasal-pasal mama nak buat cpr pulak.."

Sekali lagi Datin Madihah mencubit lengan Dato Mustaffa.

"Sakit la, sayang.. Asyik nak cubit jeee.. Apa salah kalu sekali sekali cium pipi abang nii.." Dato Mustaffa memang suka menyakat isterinya. Dia seorang yang cukup ceria dan penyayang.

"Tengok tu. Kang saya merajuk kang.."

"Alololo.." Dato Mustaffa terus memegang tangan isterinya lalu mengucup dengan penuh mesra.

Datin Madihah tersenyum. Rayyan hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah kedua orang tuanya itu. Dengan tanpa membuang masa, terus dia berlari lalu terjun ke pantai itu. Berenang dan terus berenang.


                                                   ............................................................


Balqis keluar dari biliknya. Kemudian dia memetik loceng bilik Rayyan.

"Encik Rayyan!"

Panggilannya tidak disahut. Dia menganggap Rayyan sudah turun ke pantai terlebih dahulu. Balqis membuat keputusan terus turun ke bawah. Semasa dia berjalan menuju ke arah pantai, dia merasakan dirinya diperhatikan. Sesekali dia memusing ke arah belakang.

"Balqis!" jerit Rayyan yang sedang mandi di laut itu.

Balqis terus memandang ke arah pantai. Dia tersenyum memandang Rayyan. Tetapi tiba-tiba dia terbayang akan wajah arwah Shahir. Pernah suatu ketika dahulu dia bergelak ketawa bersama arwah. Arwah yang sentiasa menghiburkan hatinya. Airmata yang bertakung di mata ditahannya dari mengalir.

"Balqis ok ke?" Dato Mustaffa yang dari tadi memandang Balqis terus menegurnya.

Balqis terkejut.

"Eh, Dato.. Maaf, saya tak perasan tadi.."

"Tak pe. Ini saya perkenalkan isteri saya.. Madihah.."

"Saya Balqis. Datin sihat?" tanya Balqis sambil berjabat tangan dengan Datin Madihah.

"Saya alhamdulillah sihat. Bertambah kembang ni haaa..hahaha"

Balqis hanya ketawa kecil. Dia masih berasa tidak selesa. Sekali lagi dia menoleh ke belakang. Siapakah yang sedang mengganggu perasaannya itu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-12-2012 09:17 AM | Show all posts
Pada malam BBQ...

Masing-masing menghiburkan diri pada malam itu. Bertukar cerita dan pengalaman. Ada juga yang menunjukkan bakat menerusi nyanyian karaoke.

Rayyan memandang Balqis yang sedang mengambil udang bakar itu. Balqis perasan. Dia membalas pandangan Rayyan itu. Rayyan dan Balqis berbalas senyuman. Senyuman yang bermakna buat Rayyan tetapi masih bukan bagi Balqis. Dia perlu lebih berhati-hati kali ini. Sudah dua kali dia dikhianati cinta!

Rayyan mendekatkan dirinya dengan Balqis.

"Cantik awak malam nii.." Rayyan membisikkan ke telinga Balqis.

Pada ketika itu lagu 'I love U' nyanyian Celion Dion berkumandang. Balqis hanya tersenyum. Namun hatinya tetap berdebar.

"Cantik? Biasa-biasa je pun.."

Rayyan mengambil ikan bakar dan sotong bakar. Gelagat mereka berdua diperhatikan dari jauh oleh seseorang yang dikenali Balqis suatu ketika dahulu.

"Jom kita ke sana.." ajak Rayyan ke tepi pantai.

Balqis hanya menurut. Mereka berdua ke tepi pantai lalu duduk di sebuah batang pokok usang itu.

"Sedap kan?" kata Balqis sambil mengunyah udang bakar itu sambil cicah dengan sos cili.

"Bertambah sedap kalau disuap oleh orang yang tersayang." jawab Rayyan sambil memandang pantai.

Balqis terus memandang Rayyan.

"Encik masih ingatkan arwah Najwa?" tanya Balqis spontan.

"Ha? Bukan dia lah yang saya maksudkan.."

"Bukan dia? Habis tu?"

"Awak jangan salah anggap pula. Bukan maksud saya cakap begitu mengatakan saya sudah lupa langsung pasal arwah. Yang pergi, tetap pergi kan? Kenangan tetap akan ada sampai bila-bila. Cuma sekarang ni, hidup mesti diteruskan."

"Maksud encik?"

"Assalammualaikum.."

Rayyan dan Balqis terkejut dengan salam itu. Dari mana pulak datangnya? Rayyan dan Balqis menoleh ke kiri. Seorang lelaki bersusuk tegap dan berkulit cerah tersenyum memandang Balqis. Balqis terkejut! Terus dia bangun. Airmata mula bertakung. Rayyan bersilih ganti memandang Balqis dan lelaki misteri itu.


                                                     .......................................................


Rayyan membiarkan Balqis bersama lelaki misteri itu berduaan. Dia memandang dari jauh. Namun dia akui dia sedikit cemburu! Namun dia harus bersikap profesional dan waras.

Balqis mengesat airmatanya. Kemudian dia memandang lelaki yang cukup dikenalinya sebelum arwah Shahir. Iaitu cinta pertamanya!

"Awak sihat?" tanya lelaki itu dengan penuh lembut.

Balqis diam. Dia seolah tidak percaya Ammar sedang berada di hadapannya sekarang.Sungguh berat dia hendak bersuara. Sungguh rindu akan suara lelaki yang dipujanya itu suatu ketika dahulu. Ammar mendekatkan dirinya dengan Balqis.

"Saya minta maaf. Saya mengaku salah saya tinggalkan awak sendirian dahulu.."ucap Ammar lemah.

"Kenapa awak datang kembali jumpa saya? Dah bertahun, awak.. dah bertahun hidup saya tanpa awak. Saya cukup terseksa!"

"Maafkan, saya.. Jika dapat diputarkan kembali, saya takkan biarkan awak sendirian tanpa saya."

Balqis diam. Sesekali dia mengesat airmatanya. Rayyan masih lagi tidak berganjak melihat tayangan percuma itu.

"Awak tentu dah kahwin kan?" tanya Balqis.

Ammar mengangguk. Balqis mengeluh. Dia mahu beredar dari situ tetapi di halang Ammar.

"Ya, memang saya dah berkahwin. Tapi itu dulu. Sekarang saya kembali menyendiri.." jawab Ammar tegas.

Balqis terus memandang Ammar.

"Kenapa?"

"Itu kisah saya dan dia. Tiada kaitan langsung dengan hidup kita.."

"Senang je awak kan? Tak nak tinggal, kalau nak memaksa kan?"

"Balqis.."

"Awak perlu ubah sikap awak tu! Walaupun saya tidak tahu cerita sebenarnya, tapi saya tahu awak ni jenis lelaki yang tak pernah faham perasaan perempuan!"

Sekali lagi Balqis hendak pergi dan sekali lagi Ammar memegang tangan Balqis.

"Kalau bukan kerana cinta saya masih ada pada awak, saya takkan datang jumpa awak.." kata Ammar dengan jujurnya.

Balqis dan Ammar bertentangan mata. Balqis menarik tangannya lalu beredar dari situ. Rayyan bangun dari tempat duduknya. Dia bersilih ganti memandang Balqis dan Ammar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 09:29 AM | Show all posts
Napa perlu lagi ada org ketiga...mencik tau...nak rayyan ngan balqis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2012 09:33 AM | Show all posts
sellie003 posted on 19-12-2012 09:29 AM
Napa perlu lagi ada org ketiga...mencik tau...nak rayyan ngan balqis...

kan..sakit hati la cam ni....buat balqis. ..jgn ko lembut hati sangat....esok x suka dia tinggalkan lg...ada cinta lqgi konon tapi hakikatnya..dah kahwin pun dgn org lain...takserasi baru nak cari cinta lama

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 09:35 AM | Show all posts
sellie003 posted on 19-12-2012 09:29 AM
Napa perlu lagi ada org ketiga...mencik tau...nak rayyan ngan balqis...

tuh la kan sellie....baru nk rasa hepi....ada lak halangan lagi....kita pun nak balqis ngan rayyan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 10:01 AM | Show all posts
redsentra posted on 19-12-2012 09:33 AM
kan..sakit hati la cam ni....buat balqis. ..jgn ko lembut hati sangat....esok x suka dia tinggalka ...

Tulah...baru si rayyan nak cuba bina hubungn baru bersama balqis....cepat rayyan pi meminang terus...parents dah ada tu...

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 10:03 AM | Show all posts
suria74 posted on 19-12-2012 09:35 AM
tuh la kan sellie....baru nk rasa hepi....ada lak halangan lagi....kita pun nak balqis ngan rayyan ...

Jgn pulak nanti tasya lak ambil bahagian perebutan cinta antara rayyan ngan balqis...dah ler balqis dilukai berkali2...waaa...cuak lak ngan hubungn diaorg...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 10:25 AM | Show all posts
hihihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 10:42 AM | Show all posts
momey posted on 19-12-2012 10:25 AM
hihihihihi

mohtipppp gelak
kata nak wat cerpen tp ni mini nobel
cepat sambung
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 10:49 AM | Show all posts
momey posted on 19-12-2012 10:25 AM
hihihihihi

amboi suka ler wat ati kekita semua panasaran & meroyan ya...babap nih.....momey mmg suka wat jln citer yg buat kita semua meroyan kan, kan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 10:50 AM | Show all posts
fatehana posted on 19-12-2012 10:42 AM
mohtipppp gelak
kata nak wat cerpen tp ni mini nobel
cepat sambung

betui tuh...ni bukn cerpen dah ni...ini dh kira mini novel...kalu cerpen rasanya takda bab kan...huhu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2012 10:51 AM | Show all posts
huhuhu kene marah r..
jap erk.. nak smbung lg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 10:55 AM | Show all posts
sellie003 posted on 19-12-2012 10:50 AM
betui tuh...ni bukn cerpen dah ni...ini dh kira mini novel...kalu cerpen rasanya takda bab kan...h ...

klu cerpen xdelah konflik sellie
bila si shahir dan najwa dah goal
dah leh satukan si balqis dan rayyan
tup2 kuar lak ammar
mmg nak kena si momey nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 11:20 AM | Show all posts
Rayyan mengekori Balqis dari belakang ke bilik hotel. Balqis perasan. Sambil mengambil kunci dari dalam poketnya, dia menoleh ke belakang memandang Rayyan. Rayyan tersentap! Dia ingat Balqis tidak tahu.

"Encik nak ape?" Balqis sedikit moody setelah apa yang berlaku.

"Siapa lelaki tadi?" tanya Rayyan tanpa berselindung.

Waaaaa direct gila mamat ni punya soalan. Balqis mula memikirkan sesuatu.

"Kenapa encik nak tahu?"

"Awak kan staf saya. Mestilah saya nak tahu.." cepat Rayyan menjawab.

"Kawan!" Balqis terus membuka pintu lalu masuk ke dalam bilik.

Rayyan terputus kata. Banyak lagi soalan yang dia nak tanya, tetapi memandangkan Balqis seperti acuh tak acuh, dia menangguhkan dahulu. Rayyan turun semula ke bawah.


                                                       ............................................................................


Ammar meneguk fresh oren yang dihidang di hadapannya sambil memandang pantai yang cukup tenang pada malam itu. Disebalik riuh rendah party bbq yang dianjurkan Dato Mustaffa Holding itu, sekali lagi Ammar ternampak kelibat Rayyan. Rayyan sedang beramah mesra dengan semua stafnya itu.

"Siapa lelaki ni?" bisik hati Ammar.

Ammar yang sudah berkahwin dan sudah pun bercerai itu kembali solo semenjak setahun yang lalu. Alasan berpisah kerana tiada sehaluan. Masing-masing ego. Ammar yang agak cukup terkenal dengan perangai playboynya itu langsung tidak berubah. Bersilih ganti mencari pasangan hidup. Sebab itu agaknya dia masih tiada jodoh dengan Balqis.

Balqis dan Ammar berpisah dahulu pun memang sebab perangai Ammar yang pandai berkata-kata itu. Terkantoi di depan mata Balqis. Tetapi Ammar bijak! Dipujuknya Balqis. Balqis sekali lagi memberi peluang kepada Ammar supaya berubah. Namun, kata hanyalah kata semata-mata. Ammar masih tidak berubah. Dan selepas itu, Ammar membuat keputusan untuk berpisah dengan Balqis. Diberi alasan Balqis bukan perempuan yang sesuai dengannya! Bukan gadis urban! Gadis kampung yang kolot!

Semenjak dari itu, Balqis hidup bersendirian sehinggalah dia bertemu dengan arwah Shahir. Dan sekarang dia kembali bertemu dengan Ammar semula. Untuk apa Ammar datang bertemu dengannya lagi? Bukankah dia boleh cari perempuan yang lebih cantik dan lebih urban dari Balqis?


                                                  ..........................................................................


Rayyan mendekati dirinya dengan Haris.

"Mana Alisya?" tanya Rayyan sambil mencari-cari anak Haris itu.

"Ada dalam bilik dengan Mimi. Dah nangis-nangis dah tadi nak susu.."

"Owh yeke.." Rayyan terus meneguk air teh tarik itu.

"Balqis?" tanya Haris.

"Dah masuk bilik dah.."

"Aik? Bunyi macam frust aje, Encik Rayyan.. Ada masalah ke?" Haris mula mencungkil rahsia.

"Tak ade ape la.."

"Tapi tadi saya perasan ada seorang lelaki jumpa dia. Siapa lelaki tu?"

"Amboi! Siasat macam polis pulak erk?"

"Hiihihi.. saya tanye je, Encik Rayyan.. Jangan la marah saya.."

"Ntah la. Dia cakap kawan dia.. Kawan lama dia la kot.."

"Yeke? Bukan macam pertemuan kawan lama je. Saya rasa la kan.. saya rasa kekasih lama nii.."

Rayyan terus memandang Haris. Kening kanannya sedikit terangkat.

"Saya pun rasa macam tu.."

"Kalau Encik Rayyan dah rasa macam tu, saya rasa lah kan lebih baik encik cepat-cepat masuk meminang Balqis tu! Kang melepas rugi besoooooo"

"Wahhh wahh wahhh.. ni saje nak jerat saya la ni erk?"

"Errr..lebih kurang.. hihihi"

Rayyan ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Haris betul-betul memahami perasaannya ketika itu.


                                                         ....................................................


Ammar nampak Rayyan sedang berjalan menuju ke tandas berhampiran. Segera dia melangkah mengikut Rayyan. Dia membiarkan Rayyan melepaskan 'hajat' yang patut dahulu. Dia sanggup menunggu di luar tandas itu.

Beberapa minit kemudian, Rayyan pun keluar dengan selesanya. Dia terkejut memandang lelaki yang bersama Balqis di tepi pantai tadi.

"Saya Ammar.." Ammar menghulurkan tangannya untuk dijabat Rayyan.

Rayyan membalas jabat tangan itu.

"Saya Rayyan.."

"Boleh kita berborak sekejap?"

"Sure.." Rayyan menuruti sahaja walaupun di dalam hati masih tertanya-tanya kenapa lelaki ini datang dan mahu berborak dengannya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 11:31 AM | Show all posts
makin menarik cerita nih.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.045076 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list