CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
 Author| Post time 21-11-2012 08:09 PM | Show all posts
“bila percubaan SPM?” Tanya puan Aini yang sibuk meletakkan nasi lemak ke dalam bakul.. sebentar lagi nasi lemak itu akan dihantar ke warung Mak Lijah yang terletak berhampiran rumahnya.

“lagi 3 minggu mak.... sedaplah nasi lemak mak buat ni...” puji Aliff... rasanya tak cukup sebungkus untuk mengisi perutnya yang besar..

“iye la tu... kalau nak tambah lagi ambil la... mak ada buat lebih dua tiga bungkus.”Usul puan Aini sambil menghulurkan lebihan nasi lemak kepada anak terunanya.

“tak apalah mak... mak makanlah... Aliff kalo makan banyak sangat nasi lemak karang mengantuk pulak dalam kelas tu..” tolak Aliff. Tangannya yang comot dengan saki baki nasi lemak dijilat dan dibasuh..

“kalau macam tu Aliff bawak bekal nasi lemak ni... nanti boleh bagi kat kawan. Jimat pon jimat duit belanja.” Cadang puan Aini pula...

“boleh jugak... boleh tolong promote nasi lemak mak kan...” sokong Aliff sambil mengambil baki nasi lemak  yang sudah siap dibungkus elok lalu dimasukkan ke dalam plastik.

“suka hati kamulah Aliff.... nanti belajar elok-elok kat sekolah... jangan lawan cakap cikgu tau!” nasihat puan Aini seperti biasa. Aliff mengangguk tanda faham dengan nasihat yang diberikan lalu menyalami ibunya sebelum bergegas turun untuk ke sekolah yang terletak tidak jauh dari rumahnya.


*****




“sedapnya....” puji Johan melambung-lambung.. jarang dia boleh menikmati nasi lemak yang sedap sebegini... terharu pula rasanya.

“memang la... mak aku yang buatkan...” Aliff membalas selamba. Nasi lemak yang dibawa dimakan dengan penuh nikmat..

“ada lagi tak? Tak cukup la sebungkus...” minta Johan tanpa perasaan malu... setakat dengan Aliff apa yang nak dimalukan... mereka berkawan semenjak dibangku sekolah rendah lagi.

“nah...yang ni last.” Aliff menghulurkan bungkusan terakhir nasi lemak... Johan menerima dengan perasaan gembira.

“kau ni semenjak dua menjak ni aku tengok dah makin banyak berubah... tak macam dulu lagi...” tutur Johan ketika sedang menjamah masakan ibu Aliff.

“apa yang berubah... sama je aku rasa.” Sangkal Aliff.

“banyak perubahan kau sekarang ni... kau je yang tak perasan.”

“apa yang berubah? Aku masih hensem seperti dulu...” jawab Aliff dengan ketawa mengekek... bangga diri betol.

“kau makin ‘baik’ sekarang... dah tak buat perangai dalam kelas.. kalo dulu, kau la kepala segala hantu dalam kelas kita ni... dan makin giler study.” Ulas Johan..

“exam dah dekat... kena la belajar bersungguh-sungguh sikit.”

“sejak bila kau peduli dengan exam ni... dulu-dulu tak pon.”

“sampai bila kita nak duduk dalam zon selesa Joe... makin dewasa kita makin banyak tanggungjawab yang kita nak kena pikul...” jelas Aliff tenang... wajah Johan dipandang.

“wow! Ayat kau sekarang...” kagum Johan... apa yang dah jadi dengan Aliff sampai begitu sekali perubahannya...

“kau pon jom la join aku belajar... kita sebenarnya tak bodoh... usaha je tak ada selama ni.. sebab tu kita jadi bodoh!” sela Aliff.

“tak kuasa aku... mahu muntah hijau aku kalau mengadap buku lama-lama... aku datang sekolah ni pon dah cukup baik..” Johan membalas mudah... tak ingin rasanya menjadi seperti Aliff yang semakin nerd dan membosankan.. hidupnya kini hanya ada buku... berkawan pon dengan orang-orang pandai dari kelas Sains.. dia tak hingin hidupnya yang bebas selama ini hancur seperti hidup Aliff sekarang.

“suka hati kau lah Joe... nanti kalau kau menyesal jangan salahkan aku pulak.” Bidas Aliff sambil menghabiskan sisa-sisa nasi lemak.. Johan lelaki yang tak pernah kenal erti susah.. dia dari keluarga yang berada.. sebab itu dia mungkin tidak pernah terfikir tanggungjawabnya sebenarnya lebih berat bakal dipikul setelah tamat pengajian nanti. Aku ada ibu yang perlu aku bahagiakan... sampai bila aku nak biarkan mak aku bersusah payah untuk aku... aku perlu balas budinya! Janji Aliff didalam hatinya..

Last edited by misssakura on 21-11-2012 08:16 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2012 08:17 PM | Show all posts
“kau ni makin lama makin rapat pulak aku tengok dengan Aliff tu... ada apa-apa ke?” soal Shazrina curiga. Wajah Farah ditenung. Farah tersengih mendengar pertanyaan dari Shazrina.

“asal? Jeles ke?” duga Farah dengan senyuman yang tak lekang dibibir.. mahu melihat reaksi Shazrina.

“banyak kau punya cemburu... aku risau kau tangkap cintan dengan mamat tak semenggah tu.” Marah Shazrina... angin satu badan dia bila melihat kemesraan Farah dan Aliff..

“kalau aku tangkap cinta dengan Aliff kenapa? Ada masalah besar ke?” aju Farah lagi..senyuman sinis dihadiahkan kepada Shazrina yang merenungnya dengan mata yang bulat. Marah la tu! Desis hati Farah..

“kau tanya aku apa masalahnya Farah?? Hei... Aliff tu lelaki yang tak ada masa depan okey.. dah la miskin, bodoh, mulut jahat pulak tu...” Shazrina mengulang kembali segala kutukan-kutukan yang selama ini diberikan kepada Aliff...

“Shaz...miskin hari ni tak selamanya miskin Shaz... entah-entah esok lusa dia lagi kaya daripada kita... sapa tahu... bodoh? Aliff tu tak sebodoh yang kau fikir la... kau tengok la result dia baru-baru ni macam mana.. naik mendadakkan... tu pon baru berapa hari dia study? Aku rasa dia tu budak pandai tapi malas je sebelum ni... mulut jahat?? Kau tu mulut baik sangat ke?” bidas Farah selamba... Farah menerangkan satu persatu keburukan yang ada pada Aliff dimata Shazrina menjadi kelebihan yang mungkin Shazrina tidak pandang selama ini...  Shazrina mengetap bibirnya geram... Farah jelas menyokong Aliff berbandingnya... siapa Aliff dihati Farah kini?

“kau sukakan mamat tu kan? Sebab tu kau beria-ria menyokong dia... betul tak?” keras suara Shazrina... marah betul dia.. Aliff dah pakai ilmu apa sampai gadis sehebat Farah tersangkut padanya.

“ni bukan pasal suka Shaz... dia dah jadi kawan aku...”

“ooo kawan. Mula-mula kawan pastu bercintalah kan... hah elok sangat la tu...”potong Shazrina geram.

“yang kau nak marah sangat ni kenapa? Kalau aku bercinta dengan dia jadi masalah kat kau ke? Aku ambik boyfriend kau ke?” marah Farah pula... over betul reaksi Shazrina...

“Farah....dia tu tak sesuai tau untuk kau...... kau patut dapat yang lebih baik.. lebih hebat. Bukan mamat selekeh tu... wat malu jer ada pakwe macam dia tu...” bebel Shazrina tidak puas hati...

“kau melalut apa Shaz... aku dengan dia tu kawan je... kawan study... tak lebih pon.Tak bercinta pon... yang kau kecoh-kecoh sangat ni kenapa... tahu la aku uruskan hidup aku. Kau tak payah nak masuk campur lah.” Tinggi suara Farah..Farah bergegas meninggalkan Shazrina selepas melontarkan kata-kata tersebut. Tak faham betul dengan sikap Shazrina yang terlebih risau tak kena pada tempatnya... Shazrina terdiam melihat amukan Farah... hanya kerana Aliff, Farah marahkannya... memang tak guna mamat tu!

Last edited by misssakura on 21-11-2012 08:23 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 10:08 PM | Show all posts
misssakura posted on 21-11-2012 08:17 PM
“kau ni makin lama makin rapat pulak aku tengok dengan Aliff tu... ada apa-apa ke?” soal Shazrina  ...

Itu dah cemburulah tuh....over pun reaksi si shazrina nih...marah berbakul2 kat farah x memasal

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 01:26 AM | Show all posts
misssakura posted on 21-11-2012 02:26 PM
kalo farah dh suka kat Aliff bru ada cabaran skit... mse tu baru pdn muka si shazrina
...

betul tue brlah shazrina akan terasa tercabar dan tersisih
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 01:30 AM | Show all posts
hohoho shazrina cemburu tanpa disedari dan makin bengang sbb saingan dia yg hebat berkawan dgn lelaki yg dia x suka, sungguh bongkak dan sombong, lps nie sure makin terbakar shazrina
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2012 10:38 AM | Show all posts
sellie003 posted on 21-11-2012 10:08 PM
Itu dah cemburulah tuh....over pun reaksi si shazrina nih...marah berbakul2 kat farah x memasal

...

x memasal farah kene serang.. cemburu tapi x nak mengaku.. ego je lebih ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-11-2012 10:42 AM | Show all posts
fatehana posted on 22-11-2012 01:26 AM
betul tue brlah shazrina akan terasa tercabar dan tersisih

sama2 kite gelakkan shazrina pas ni... boo sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2012 10:44 AM | Show all posts
Shazrina dalam perjalanan ke perpustakaan seorang diri.. tiada Farah untuk menemaninya setelah pertengkaran yang berlaku pada waktu rehat tadi. Mulutnya mengeluh kecil mengingatkan pergaduhan yang berlaku antaranya dan Farah.. salah aku ke?Betul ke aku ni terlalu menyibuk dalam urusan hidup Farah.. tapi aku tak naklah kawan baik aku dapat lelaki macam Aliff.. memang tak sepadan dan setaraf...tapi betul ke Farah dan Aliff ada hubungan istimewa atau aku jer yang terlalu curiga... mungkin mereka berkawan sahaja tak lebih dari itu.

“adui.....”teriak Shazrina perlahan sambil memegang dahinya.. ya Allah jauhnya aku berangan sampai boleh pulak aku terlanggar dinding. Shazrina menggosok-gosok sedikit dahinya untuk menghilangkan rasa sakit menyengat.. mahu berbenjol dahinya. Dipandang sekitar kawasan tersebut... memastikan tiada mata yang memandang tragedi yang memalukan itu...

“rabun ke cik adik...” sapa Aliff betul-betul dibelakang Shazrina. Mahu tergelak dia ketika melihat Shazrina terlanggar dinding semasa dalam perjalanan ke perpustakaan. Shazrina merengus kasar... kenapa mesti mamat ni yang nampak kejadian yang memalukan ni.. jatuh air muka aku...

“awak ni kan... hari tu kaki dah berbalut... takkan nak kepala tu pulak berbalut lepas ni.. berhati-hati sikit boleh?” bebel Aliff lembut.. dia berjalan seiring dengan Shazrina... risau juga dia melihat sikap Shazrina yang agak cuai orangnya... Shazrina mencebik mulutnya... bosan dan menyampah mendengar setiap patah kata yang terbit dari mulut Aliff. Kehadiran Aliff diabaikan... kalau bukan kerana Aliff, dia dan Farah tidak akan bergaduh.

“kalau orang bercakap boleh tak jangan buat tak tahu je?” marah Aliff sambil menghalang perjalanan Shazrina. Shazrina terhenti dari melangkah apabila Aliff tiba-tiba terpacak seperti polis didepannya. Wajahnya diangkat untuk merenung muka Aliff didepannya. Dipandang wajah lelaki itu lama.

“kenapa awak suka sangat menyibuk dalam hal saya... tak boleh ke awak berlagak macam tak kenal saya? saya tak berminat nak berkawan dengan awak... awak faham tak?” keras suara Shazrina... matanya tidak lepas dari memandang wajah Aliff.. Aliff turut membalas pandangannya.. lama mereka menatap antara satu sama lain sehingga menimbulkan rasa tidak enak dihati Shazrina...

“awak betul-betul bencikan saya ke Shazrina? Soal Aliff akhirnya setelah lama mereka bertentang mata antara satu sama lain... Shazrina sedikit ralat apabila mendengar soalan dari Aliff lagi-lagi apabila soalan itu ditanya dengan nada yang agak pilu... Shazrina menundukkan wajahnya... cuba berfikiran dengan waras... terasa dirinya di awangan kini.

“kenapa diam?” Tanya Aliff lagi tatkala perasan perubahan sikap Shazrina.

“kalo saya cakap saya bencikan awak......... adakah awak akan berhenti ganggu saya?”jawapan dari Shazrina membuatkan Aliff tersentak. Dia hembus nafas dengan perlahan-lahan. Hati Shazrina memang keras mengalahkan batu.

“saya akan berhenti ganggu awak!” janji Aliff tenang... senyuman nipis diberikan...namun terserlah kepahitan pada senyuman itu.. Shazrina ialah gadis yang pertama menjadikan hatinya tidak keruan. Nampaknya, dia tidak layak untuk berkawan dengan gadis sehebat Shazrina.

“saya memang bencikan awak...... saya tak nak awak ganggu saya... kalau boleh jangan muncul pun didepan saya!” terang Shazrina dengan nada yang tegas. Dia berharap Aliff faham dengan ketegasan yang ditonjolkan. Shazrina berlalu pergi meninggalkan Aliff apabila jejaka itu mengangguk tanda faham dengan kata-katanya.

Last edited by misssakura on 22-11-2012 10:49 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2012 10:50 AM | Show all posts
Shazrina meletakkan sepapan Cadbury diatas meja Farah. Kini kelas mereka sunyi sepi.. mungkin pelajar lain sudah pulang ke rumah msing-masing.. tinggal dia dan Farah yang gemar pulang lambat.. wajah Farah yang tak menghiraukan kehadirannya dipandang lama...pasal lelaki mereka bergaduh! Entah apa-apa jer... tak de class betol la..

“aku mintak maaf...” minta Shazrina perlahan... riak wajah Farah yang tidak berubah dipandang lagi. tiada balasan dari gadis itu...

“Farah...kau dengar tak apa aku cakap ni.... aku mintak maaf...” tambah Shazrina lagi tatkala melihat Farah masih diam membukam... langsung wajahnya tidak dipandang oleh gadis itu.

“Farah.........takkan pasal lelaki kita nak bermasam muka pulak...” ujar Shazrina sedikit keras. Mahu menyedarkan Farah yang dia bukanlah bercakap seorang diri. Farah mula mengangkat muka memandang wajah Shazrina dengan sinis...

“siapa yang mulakan? kau kan!” marah Farah... sakit lagi hatinya dengan sikap Shazrina yang melampau-lampau... sibuk mencampuri urusan hidupnya. Kalau yer pon dia dan Aliff bercinta bukan menjadi masalah pon kepada gadis itu.

“yer aku tahu aku salah... aku jer yang besar-besarkan cerita... aku minta maaf yer Farah...” ucap Shazrina lagi.. dia malas memanjangkan pergaduhannya dengan Farah. Tak ada faedah pon bergaduh dengan Farah kerana lelaki sengal seperti Aliff.

“kau janji tak akan kecoh lagi pasal ni?” soal Farah ringkas... hatinya mula sejuk apabila Shazrina mula mengakui kesilapannya. Bukan mudah untuk orang ego tinggi seperti Shazrina mahu memohon maaf dengan orang lain.

“yer aku janji... kalau kau nak bercinta sekali pon dengan dia aku tak kisah...itukan hidup kau... mesti kau lebih tahu yang terbaikkan.” Jawab Shazrina bersungguh-sungguh...senang hatinya apabila melihat Farah mula berlembut hati dengannya.

“okey...aku maafkan kau... tapi memang aku dengan Aliff kawan jer... tak lebih dari itu..kau tak payah risau yer..” balas Farah akhirnya. Dia memeluk erat teman baiknya.

“thank darling...”
“you’re welcome...”desis Farah lembut dengan senyuman mekar dibibir.
Last edited by misssakura on 22-11-2012 10:54 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 11:29 AM | Show all posts
misssakura posted on 22-11-2012 10:38 AM
x memasal farah kene serang.. cemburu tapi x nak mengaku.. ego je lebih ni.

Mmg cemburu...tp ego dia mengatasi segalanya...cemburu kat Farah sebagai kwn dan cemburu kat alif sebg musuh cinta...boleh ke gitu?...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 11:39 AM | Show all posts
misssakura posted on 22-11-2012 10:44 AM
Shazrina dalam perjalanan ke perpustakaan seorang diri.. tiada Farah untuk menemaninya setelah perte ...

Memula baca part terhantuk dinding..dah tergelak...tp bila part shazrina kata benci kat alif sayu ler pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 03:26 PM | Show all posts
kalau ana jadi farah buat jual mahal dulu bg si shazrina tue lg bengang dan sakit hati dan juga sedar yg dia terlalu bongkak + sombong + tinggi diri, mmg x bagus sungguh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2012 06:39 PM | Show all posts
fatehana posted on 22-11-2012 03:26 PM
kalau ana jadi farah buat jual mahal dulu bg si shazrina tue lg bengang dan sakit hati dan juga seda ...

itu la pasal... tp farah ni baik sngt kekdahnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2012 06:41 PM | Show all posts
“hai... sorang jer?” tegur Aliff sambil melabuhkan diri didepan Farah yang sedang khusyuk menulis nota.. nota apa pon dia sendiri tidak pasti... mendengar sahaja suara Aliff buat hati Farah mula berdenyut kencang... senyuman tidak putus-putus terbit dibibirnya... wajahnya yang tertunduk mengadap nota pendidikan Islam diangkat dengan senyuman paling manis untuk diberikan kepada Aliff.

“eh awak Aliff... sebenarnya saya dengan Shaz... tapi dia singgah kat toilet jap..jap lagi sampai lah tu.” Jawab Farah mesra... renungan dari Aliff buat hatinya bergetar... tidak dapat dikawal degupan jantung yang datang.

“ooo...kalau macam tu saya study kat sana lah...” Aliff mengundur diri.. masih teringat janjinya dan Shazrina untuk berlagak tidak kenal antara satu sama lain malah mereka turut berjanji untuk tidak bertembung sesama sendiri.

“laa kenapa pulak... jom la join kitorang.. Shaz tak kisahnya... dia pun kan kawan awak jugak.” Pujuk Farah... tak syoklah kalau Aliff tidak mahu belajar bersama-sama dengannya petang ini...

“tak apa lah... next time kita belajar sama-sama okey...” dalih Aliff. Dia tidak mahu memungkiri janji yang dah dibuat dengan Shazrina..

“awak ni... kenapa? Selama ni okey je... tak suka belajar dengan saya ke?” Farah sedikit kecewa dengan penolakkan dari Aliff... baru dia berangan untuk menghabiskan masa yang ada bersama jejaka tampan itu.

“hish ada ke macam tu... tak adalah...”  

“Farah...aku balik dululah... baru ingat ada hal kat rumah..” Shazrina tiba-tiba menjengah dalam perbualan Aliff dan Farah... dia dengar segala butir perbualan mereka.. dia tahu kenapa Aliff menolak untuk belajar bersama-sama walaupun Farah beria-ria mengajak lelaki itu untuk belajar bersamanya..  dia tidak mahu mengacau Farah dan Aliff...mungkin, kalau dia tiada disitu bolehlah Farah dan Aliff belajar bersama-sama..bukankah itu lebih mengembirakan Farah? Dan dia jugak tidak sakit mata melihat wajah Aliff!

“laa kenapa pulak... kata tadi nak belajar sama-sama...” balas Farah kurang senang..tadi Aliff yang buat perangai tak nak belajar dengannya sekarang Shazrina pula... macam berjanji pula mereka ni.

“sorry la... aku lupa aku ada janji dengan mama aku nak keluar dengan dia petang ni... sorry ek.. kau study lah dengan Aliff..” terang Shazrina.. Farah mengeluh kecil sebelum mengangguk tanda setuju. Takkan dia mahu menghalang Shazrina hanya kerana mahu gadis itu belajar dengannya.. tak logic pulak.. dan bukankah lebih elok Shazrina tiada.. jadi tiadalah pengacau antaranya dan Aliff nanti. setelah melihat anggukan dari Farah, Shazrina terus mengambil beg galasnya untuk pulang ke rumah meski pon tiada janji yang dibuat bersama mamanya! Aliff sekadar menghantar pemergian Shazrina dengan pandangan mata.. benci sungguh gadis itu terhadapnya!
Last edited by misssakura on 22-11-2012 06:44 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 09:55 PM | Show all posts
shazrima ni konfius orangnya

semua dia nak pulun
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 09:37 AM | Show all posts
Salam....x sabar nk tahu selanjutnya....mesti akhirnya shazrina jatuh hati kat aliff tapi x mo mengaku...ego gitu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2012 09:41 AM | Show all posts
sang_arjuna posted on 22-11-2012 09:55 PM
shazrima ni konfius orangnya

semua dia nak pulun

shazrina sebenarnya udah cemburu dan dia xnak kecemburuan dia itu akan memakan diri dia sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 09:43 AM | Show all posts
misssakura posted on 22-11-2012 06:39 PM
itu la pasal... tp farah ni baik sngt kekdahnya

farah dah tangkap cinta dgn aliff
dan shazrina pulak keliru dgn perasaan dia sendiri, membenci aliff hanyalah awalan tp akhirannya......... jeng jeng sakura aje yg leh jawab
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 10:07 AM | Show all posts
sang_arjuna posted on 22-11-2012 09:55 PM
shazrima ni konfius orangnya

semua dia nak pulun

itu la pasal... shazrina ni mmg tngh confius... x tau suke ke tak si Aliff tu... keje dia nak marah org je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2012 10:09 AM | Show all posts
suria74 posted on 23-11-2012 09:37 AM
Salam....x sabar nk tahu selanjutnya....mesti akhirnya shazrina jatuh hati kat aliff tapi x mo menga ...

semestinya heroin akan jatuh hti kt hero.. tp x tau bile.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.123829 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list