|
[BEST] Kompilasi Kisah Angker Hajimex (baru!)
[Copy link]
|
|
baru perasan... aku tak sambung... maaf!
|
|
|
|
|
|
|
|
hajimex replied at 4-1-2016 08:46 AM
yes! taktik pemasaranku berjaya! lol
Naik balik tered
Horey |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah sampai merajuk dah dengan kau.. kot la masa tu ada yang tgh mengandung nak beranak... skang anak dah boleh berlari dah ha...
|
|
|
|
|
|
|
|
ho ye!
|
|
|
|
|
|
|
|
alamak... otai dah bersuara... aku kena sambung ni... sebelum anak tu dah masuk universiti... lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih ye...ni link page kami..silakan lah like dan menginap di sana setiap malam..
https://www.facebook.com/wujudparanormalteam/
|
|
|
|
|
|
|
|
hest replied at 4-1-2016 11:40 AM
aku dah sampai merajuk dah dengan kau.. kot la masa tu ada yang tgh mengandung nak beranak... skan ...
Hahaha betul la hest....dr anak akak baby ni dah masuk tadika dah pun....
Dengan kuasa pamogaaa....Hajimex ....dikehendaki smbg kompilasi cite2 angker dgn kadar yg sama dgn kelajuan cahaya....hahahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
Para Makcik Bertelekung
korang sumer nak dengar cite hantu tak?
meh sini dengart tol tol...
ni cite seorg pegawai navy mase derang mudex2 dulu...
alkesahnye, dulux2 kalau nak gi meeting kat mindef dari lumut, derang kene gune jalan coastal...lalu laa tempatx2 seperti batu gajah, kuala selangor and so on...(highway takde lagi kat bidor time tuu)
so pegawai ni kene la plak gi meeting kat mindef...dia berdua and sorang pegawai pompuan time tuu...meeting kol 9pg so kene laa gerak ard kol 5pagi camtu.pegawai navy kawan aku ni, dari kl, tapi pegawai lagi sorang tu dari batu gajah, so on the way, dia akan dipick-up laa kat tepi jalan...
so mase sampai jer kat area batu gajah, pegawai yg berdua dari lumut ni dok tercarikx2 laa dimana pegawai pompuan ni tunggu. maklumlaa, time tu takde handpfone. skali drivex2, jumpe sekumpulan makcikx2 nih berpakaian serba putih (cam kain telekong katanya)tgh berdiri nak cross jalan. seberang jalan tu ade masjid pon, derang baru pas solat suboh kot? derang pon perlahankan laa kete...alehx2 ternampak pegawai pompuan lengkap ngan uniform putih ni sedang berdiri antara celahc2 kumpulan makcik tuu...
bile kereta makin dekat, pegawai pompuan tu pon nampak laa kete tu. so dia cepatx2 berlari kearah bahu jalan sambil tunggu. ketika ni, sekumpulan makcikx2 ni still ada, sumer cam memerhati kereta tu tanpa hirau silauan headlamps kereta tu walaupun tengah pagix2 buta...by now dah kol 6.30 camtu kot.
kete berhenti lalu pegawai tu pon masuk kete...sorang pegawai navy yg dok kat passanger seat depat dok asyik memandang kat luar, kearah makcikx2 sumer tu. yg pegawai kawan aku ni driver, sebelom dia masuk gear, dia tanye kat pegawai pompuan tuu: makcikx2 ni sumer nak gi mane pepagi nih? derang nak tumpang tak?
Pegawai tu pon cakap, makcikx2 mana nih?!!!!!!
at the same time, pegawai yg dok passanger seat depan tu jerit....SAWAL, mu derah skit la nih!
member aku ni tatau citer, tapi gerak deras sokmo la kan....bile dah tinggal 2-3 tiang baru dia dapat tahu...
makcikx2 tu sumer bukan bertelekong, tapi berkafan, dan ketika pegawai pompuan tu naik masuk kete,derang bukan berdiri stand still dah, tapi derandah start berlompatx2 sebenarnya, daand memang pegawai pompuan tu tak nampak apex2...tapi kalaulaa dia nampak?!?!?!??!
*aku sekadar mengcopypaste sahaja... bukan kerana malas... tapi kalau anda semua perasan... si penulis mempunyai gaya penulisan yang mempunyai nilai-nilai estetika yang perlu dikekalkan... (bukan typo ye... tu memang stail beliau... haha!) n wat mase ni aku merahsiakan dulu identiti beliau...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hajimex at 12-1-2016 03:18 PM
tetiba jadi rajin... so aku buat cerita fresh... daripada sahabat baikku...
JANGAN PANDANG BELAKANG
Yoshz (memang sah bukan nama sebenar), sahabatku, katil sebelah, di pisahkan dengan tempat melepak dan lokar kami. Biasanya, bila sudah senior, bangun lewat sikit. Sarapan pagi, budak junior dah 'tolong' collect. Tapi, satu pagi, Yoshz terbangun awal. So dengan semangatnya dia menggosok baju dan bersiap.
Kemudian, dengan asyiknya, dia menyalakan lados a.k.a rokok. Fuh... Nikmat, subuh2 sudah melados. Tapi tetap yang paling nikmat, time berak katanya. Ketika ni, dia melepak duduk di hujung katil menghadap arah bertentangan katilku. Azan Subuh belum lagi berkumandang. Hembusan demi hembusan dilepaskan. Sambil fikiran melayang, memikirkan kekalahan serius dia dalam "King of Fighters 97" menentangku.
Seperti biasa macam dalam filem, rokok dia terjatuh, dan dia tunduk untuk cuba mengambilnya. Tiba-tiba, berderau darah dia. Bulu roma semua sudah meremang.
"Siapa pulak belakang aku ni? Si Hajime tengah tidur lagi tu."
Dia ternampak kaki dengan siap uniform sekolah (seluar putih ya) dan berkasut (kasut kulit hitam ya). Dia tahu aku masih tidur hanya dengan mendengar siulan merdu dengkurku. Dia agak tergamam. Teragak-agak. Tidak tahu apa yang perlu dibuat. Tiba-tiba...
"Adoi!"
Dia menjerit dan melompat. Rupanya api rokok sudah sampai ke jari. Sambil melompat kesakitan, dia berpusing (bukan seperti samasot berpusing dalam cerita "Moero Attack" ya). Dan dia lihat tiada siapa di belakangnya. Dia rasa pelik. Rasa seram masih ada. Perlahan-lahan dia pergi periksa...
...dan menyumpah seranah.
"Tak guna punya seluar, takyah la takutkan aku..."
Rupa-rupanya seluar yang dia gosok, kakinya terlunjur ke bawah terus ke kasut dan nampak seperti ada orang memakai seluar itu berserta kasut sekali. Sekian...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hajimex at 13-1-2016 05:01 PM
LIF ANGKER
Kisah ini baru terjadi semalam. Aku pulang lewat. Dalam pukul 10 gittew. Gara-gara client yang tidak berhati perut tak pernah fikir orang lain ikut suka hati mak bapa dia sahaja yang dia boleh senang-senang balik yang kita siap kena tunggu dia tengah drive tapi sampai sudah tiada jawapan dah la call tak nak angkat.
Aku, tingkat 6. Menuju ke tingkat G. Setelah menunggu beberapa ketika, lif terbuka.
"Eh, siapa tekan nak pergi tingkat 2 ni?"
Masuk-masuk sahaja butang 2 sudah menyala. Tapi lif ini canggih. Boleh cancel. So, aku dengan selambanya double tap butang 2 untuk mengancelkannya dan menekan butang G. Aku bersandar ke dinding belakang. Memikirkan nak kena menapak jauh. Dengan keretaku yang kesepian di tempat parkir yang haram jauhnya di pedalaman.
Setibanya di tingkat 2, tiba-tiba pintu terbuka. Apakah?
Darahku berderau. Goosebump bak kata pepatah orang kampungku. Aku diam tidak membuat apa-apa. Nak tekan butang tutup, jauh. Setelah sepurnama menunggu... (sekejap je sebenarnya, tapi time ni memang rasa lama)
Ada sesusuk tubuh masuk dan menyapaku.
Aku membalas sapaan.
Oo... Mamat ni rupanya. Dia pun kerja lewat. Baru nak balik. Pejabat dia di tingkat 2.
Sekian sahaja angker daripadaku untuk hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
grrrrrrrrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
isk... kenapa...
|
|
|
|
|
|
|
|
kah kah kah kah kah....lawak sungguh.....kipidap tt... |
|
|
|
|
|
|
|
best..best hajimex...kalau ada kelapangan cerita lah lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
berabuk bersawang dah... |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung2 citer.. bg meriah kit.. tambah2 cite fresh... |
|
|
|
|
|
|
|
Kemaskini pantas separa angker...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Hallo... Anda masih ingat tentang 'Beliau'? Ada kemungkinan, beliau masih wujud di rumah ibuku. Tapi kini, hanya keluarga kakakku yang masih tinggal bersama ibuku.
Kisahnya begini...
Malam itu, abang iparku tidur di kawasan lepak tengok 'Maharaja Lawak Mega 2018'. Sedang asyik lena diulit intan, tiba-tiba dia tersedar dan dalam kemamaian dia ternampak sesusuk tubuh sedang ingin melangkah dirinya.
"Sibuk je la kau ni."
Susuk tubuh itu kelihatan marah. Di kala itu, sempat juga abang iparku menjeling di sebelah. Kelihatan suster tidak mengesot.
"Isterinya, mungkin."
Di hujung kaki pula kedengaran budak-budak sedang bermain.
"Cis! Satu family!"
Getus abang iparku.
"Kau la sibuk! Aku nak tidur ni!"
Bentak abang iparku keberangan dan terus menyambung tidurnya sambil cuba mengulitkan diri dengan intan.
Ada lagi insiden-insiden kecil yang berlaku. Insyaallah ada rejeki bak kata orang putih, aku akan ceritakannya di sini. Sekian kisah pendek pantas daripadaku.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|