|
Pukul 8.30 malam..
Hana terjaga dari tidur. Berpeluh! Badannya mula melekit. Dia tidak berasa selesa. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Beberapa saat selepas itu, pintu dibuka. Muncul Rizal dengan berpakaian baju melayu dan kain pelekat.
"Sayang dah bangun?" tegur Rizal sambil mengukir senyuman.
Hana hanya menjeling sambil cuba bangun dari katil itu.
"Sayang nak mandi ke? Meh abang tolong sayang mandikan.."ucap Rizal sambil menolong Hana bangun dari katil itu.
Hana menolak Rizal.
"Saya boleh buat sendiri la!!" marah Hana lalu perlahan-lahan dia berjalan masuk ke dalam bilik air.
Rizal hanya memandang. Dia tunggu di hadapan bilik air itu. Risau jika Hana memerlukan bantuannya.
"Ahhhhh..sakitnya.." Hana menjerit dari bilik air.
Rizal gelabah. Dia terus membuka pintu bilik air itu. Kelihatan Hana sedang mengurut kakinya. Hatinya berdebar tiba-tiba. Melihat keadaan Hana yang cukup seksi ketika memakai kain batik dalam keadaan basah. Naluri lelaki!
"U pandang-pandang ape?!" Hana cuba mengalih pandangan Rizal. Dia sedar Rizal sedang melayan perasaan nafsunya itu.
Rizal tersedar dari lamunan. Dia mendapatkan Hana.
"Kan I dah cakap tadi.. I nak mandikan U tadi U jual mahal.." kata Rizal sambil cuba memicit kaki Hana itu.
"Yang U menyebok ni ape hal?"
"Dah..dah..tak yah nak bebel sangat. Meh sini I mandikan U.."kata Rizal lalu menjirus air ke badan Hana.
"Heii..apa ni??"
Rizal ketawa kecil. Hana geram! Dia mencebok air lalu di percikkan ke baju Rizal.
"Hana!! Habis la basah baju I.."
"Padan muka!!" Hana ketawa besar dapat mengenakan Rizal.
"Dah la..malam-malam macam ni tak elok mandi. Nanti bole demam.." Rizal mengangkat Hana.
Hana meronta minta dilepaskan tetapi kuat Rizal membawanya keluar dari bilik air itu. Hana tidak terdaya melawan kudrat suaminya itu. perlahan-lahan Hana diletakkan di atas katil. Kemudian dia mengambil baju tidur Hana.
"Errr..mana baju..baju.."
"Baju ape?!" marah Hana.
"Baju 'kecik' U tu.."
Hana malu. Mukanya kemerahan. Rizal kembang kucup hidungnya.
"Mengada! Pergila keluar! I bole uruskan sendiri. Pergi!" Hana cuba mengawal perasaan malunya.
"Dah siap pakai baju nanti, panggilkan I.. I urutkan kaki U tu.."
"Tak payah! I urut sendiri. Dah! Pergi keluar."
Rizal tersenyum. Kemudian dia keluar dari bilik itu. Hana diam. |
|
|
|
|
|
|
|
marah2 sayang erkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
shahrinas posted on 18-10-2012 04:32 PM
marah2 sayang erkkk...
ehhemm2 |
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 19-10-2012 02:09 PM
Ini hero kesygn momey aka Rizal....
perghh lengan..
nazim othman ker..mcm muka dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
awanjingga posted on 19-10-2012 02:41 PM
perghh lengan..
nazim othman ker..mcm muka dia..
Memang dia lah sayang...dah momey mention yg si rizal macm nazim othman...ahaks...suka pic tuh sbb kiut lak nazim ngan tucen nyomei tuh...aku suka kucen....
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 19-10-2012 02:09 PM
Ini hero kesygn momey aka Rizal....
ooo mak aiiiii !!! |
|
|
|
|
|
|
|
Rizal memandang jam di tangannya. Lagi 10 minit pukul 8.00 pagi. Sempat dia menyapukan mentega pada beberapa keping roti lalu dibawa ke bilik Hana.
Pintu bilik di buka. Hana sedang mengemas-ngemas biliknya.
"I dah siapkan roti untuk U.."
"Tak yah susah-susah.."jawab Hana langsung tidak memandang Rizal.
Rizal meletakkan sepiring roti itu di atas meja lalu terus beredar dari bilik itu. Hana hanya memandang.
....................................................
Di Pejabat..
Katerine mengeluh. Beberapa kali dia memandang jam di dinding.
"Mana Encik Rizal ni.. Rindu gile-gile kat dia! Seminggu tak jumpa macam setahun!! hihihi" bisik Katerine sendirian.
Kemudian dia duduk di kerusi yang mengadap ke bilik Rizal. Setia menunggu. Nak jadi orang pertama yang sambut kehadiran Rizal setelah bercuti lama.
Beberapa minit kemudian, Rizal muncul dengan penuh bergaya dan ceria. Dia terpandang Katerine.
"Awal sampai.."tegur Rizal sambil membuka kunci pintu biliknya.
"Errr..Selamat bertugas kembali, Encik Rizal.."
Rizal hanya tersenyum sambil mengangguk. Pintu dibuka. Sebaik sahaja dia hendak masuk ke dalam bilik..
"Tunggu! Saya ada belikan nasi lemak untuk Encik Rizal.."kata Katerine sambil menghulurkan sebungkus nasi lemak.
Rizal hairan.
"Tapi.."
"Jangan risau, Encik Rizal.. Saya dah asingkan telur rebus tu. Saya tau Encik Rizal tak makan telur rebuskan?"
Wow!! Rizal semakin hairan. Hebat perempuan ni!
"Ok, thanks.." Rizal mengambil nasi lemak itu lalu masuk ke dalam biliknya.
Katerine menjerit sendirian. Dia berjaya!
"Alahaiiii..cutenye la Encik Rizal ni hari ni..tergoda gila aku! Sabar..tak lama lagi akan jadi hak aku.."bisik Katerine sendirian. |
|
|
|
|
|
|
|
Suzy, kawan baik Katerine. Malas hendak bekerja. Yang dia tahu, melepak sahaja di rumah. Kalau mood tengah rajin, dia akan menolong kakaknya di kedai makan. Mereka berdua tinggal bersama di rumah sewa sudah hampir 5 tahun.
Suzy mula mengambil handphonenya di atas meja lalu mendail nombor Katerine. Panggilannya dijawab.
"Beb! Aku dah berjaya!! yeayyyy!!"jerit Katerine.
"Oooiii...oiiii..releks r... Apa cite ni?? Ni lagi satu.. Mana breakfast aku pagi ni?? Aku tengok kosong je atas meja makan tu.. Aku lapar tau tak.." Suzy menahan geram. Selalunya sarapan pagi, Katerine yang akan sediakan. Suzy bangun dan terus makan sahaja.
"Pagi ni aku dah lambat r.. Aku singgah beli nasi lemak je kat opis aku ni..sori erk.. Esok aku masakkan untuk kau..ok?"
"Yela..aku maafkan. Ni ape yang kau seronok sangat ni? Ada berita gembira ke?"
"Memang ada la, beb! Bos aku.."
"Bos kau? Nape?"
"Aku dah berjaya dah peringkat pertama nii"
"Maksud kau?"
"Tadi aku belikan dia nasi lemak..dia ambil beb! Waaaa best gile siot!! hihihi"
"Ha???" Suzy terus mematikan handphonenya lalu membaling ke arah lantai. Nasib baik tak berkecai.
"Hello..hello.. aik? Apehal Suzy ni? hmmm" Katerine masih tersenyum mengingatkan pasal Rizal tadi.
Suzy geram! Digenggam tangannya erat. |
|
|
|
|
|
|
|
adoi la kompom suzy tu pun minat kat rizal....
jenuh la rizal nak tepis godaan suzy & catherine... pada masa yg sama nak lembutkan hati hana |
|
|
|
|
|
|
|
Rizal mengemas mejanya sebelum pulang ke rumah. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.
"Masuk.."panggil Rizal sambil menutup komputer.
Katerine memunculkan dirinya sambil tersenyum-senyum. Rizal memandang Katerine sambil memandang jam di dindingnya.
"Aik? Dah pukul 7.30 malam dah.. Awak tak balik lagi ke?" Rizal mengerutkan dahinya.
"Saya tertinggal bas la, Encik Rizal.." Katerine mula bagi alasan.
"Macam mana bole tertinggal ni? Keje tak banyak pun kan?"
"Errr..err.."
"Abis tu, buat apa awak datang jumpa saya ni? Kenapa tak balik terus je? Saya pun dah nak balik ni.."
"Saya tau Encik Rizal nak balik..Tapi.."
"Tapi ape?"
"Saya nak tumpang boleh?" kata Katerine selamba.
Rizal tergelak sendirian. Dia menggelengkan kepalanya. |
|
|
|
|
|
|
|
dugaan makin dekat... |
|
|
|
|
|
|
|
Di dalam kereta..
Katerine membelek-belek kereta Rizal itu.
"Bestnya kalau dapat beli kereta macam Encik Rizal ni kan?" kata Katerine manja.
"Biasa je pun.. Eh, saya nak tanya awak ni.."
"Apa dia, Encik Rizal? Tanya banyak-banyak pun tak ape.."
"Awak tak rasa serba salah ke keluar dengan suami orang ni?" tanya Rizal sambil ketawa kecil.
"Ha? Nak serba salah wat ape? Encik Rizal kan bos saya.."
"Yelaaa..setengah orang kan, kalau dah tahu lelaki tu suami orang tak ade maknanya dia nak layan lebih-lebih.."
"Encik Rizal perli saya erk.."
"Macam ni la, Katerine.. Saya tak nak kemudian hari orang berkata macam-macam pasal saya dan awak. Kali ni saya boleh tolong tapi kemudian hari saya harap awak faham.."
"Kenapa Encik Rizal cakap macam tu? Encik Rizal ingat saya ada hati dengan Encik Rizal erkk atau Encik Rizal risau Encik Rizal jatuh hati dengan saya??? hihihi" Katerine perasan.
"What?!! Memang! Memang saya tak nak sape-sape pun ada hati dengan saya kecuali isteri saya dan saya hanya sayang isteri saya sahaja.. ok?"
"Alaaaa..kalau saya ada hati pun tak salah kan?"
Rizal hanya menggelengkan kepalanya. Ternyata perempuan ini degil! |
|
|
|
|
|
|
|
best ssgt...next n3 please... |
|
|
|
|
|
|
|
@momey
Bila nak sambung nih momey sayg...lama nunggu tau... |
|
|
|
|
|
|
|
ezaira posted on 28-10-2012 11:50 AM
best ssgt...next n3 please...
tq dear |
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 30-10-2012 01:28 PM
@momey
Bila nak sambung nih momey sayg...lama nunggu tau...
alololo..jap erk..tgh cr idea smbil wat keje ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Rizal hanya membiarkan Katerine masuk ke dalam rumah sendirian. Katerine sempat membuat 'flying kiss' pada Rizal. Rizal hanya menggelengkan kepala lalu beredar dari situ. Katerine ketawa sendirian lalu masuk ke dalam rumah.
Buka sahaja pintu, kelihatan Suzy sedang menahan marah sambil memandang ke arah televisyen sahaja. Katerine hanya membiarkan sahaja. Dia mula bersiul.
"Kau diam boleh tak?!" marah Suzy.
Katerine terkejut. Selama ni Suzy tidak pernah langsung bercakap kasar dengannya malah marah padanya.
"Apehal dengan kau ni?" Katerine merebahkan punggungnya di sofa.
"Lelaki mana yang hantar kau tadi tu?" tanya Suzy berbau cemburu.
"Lelaki tadi? hahaha lelaki tu la bos aku a.k.a merangkap bakal suami aku.."terang Katerine perasan bagus.
Dengan serta merta Suzy berjalan ke arah Katerine lalu duduk disebelahnya. Dia menggenggam erat tangan Katerine. Katerine mula berasa seram sejuk. Mereka berdua bertentangan mata.
"Kenapa kau buat aku macam ni?"tanya Suzy manja.
"Bu..buat ape? Aku tak faham.."Katerine mula gelabah.
Suzy mula meraba-raba bahu dan tangan Katerine.
"Aku tak suka kau bersama lelaki tu!"
"Nape plak? bukan suami kau pun kan? dan bukan boyfriend kau punn kan???" Katerine menarik tangannya dari diraba Suzy lagi. Dia berdiri.
"Memang la dia bukan suami aku ke..boyfriend aku ke..tapi.."
"Tapi ape? Untuk pengetahuan kau, aku dah nak kahwin dengan dia tau!" kata Katerine lalu masuk ke dalam biliknya.
"Rine! Rine!" panggilan Suzy itu langsung tidak diendahkan Katerine.
Katerine menutup rapat pintu biliknya. Jantungnya berdegup pantas. Apa yang Suzy cuba lakukan pada dirinya sebentar tadi? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|