CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: produkherba

Raya nanti kita kahwin -[U]

  [Copy link]
Post time 9-9-2011 10:45 AM | Show all posts
Reply  produkherba

pasar segar tu dekat kawasan rumah kedai ..(desa tasik)
kalau dari arah shel ...
qimi08 Post at 9-9-2011 09:19



   kak qimi, sya nak tanyalah nasi ambeng tu apa ek? campurannya apa? penah dengar nama tapi tak penah lihat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 11:20 AM | Show all posts
Reply 101# produkherba

xper.. take yr time
kiter sabar menanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2011 11:35 AM | Show all posts
Reply 100# Adilla


    herb tolong jawab.  nasi ambeng tu nasi putih yang biasanya accompanied by ayam masak kicap/ayam goreng/ayam goreng berlada, ikan kering bulu ayam, sambal goreng (sambal jawa) & serndung kelapa.  makanan org jawa
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 11:36 AM | Show all posts
nak lagi... nak lagi... best.. best.. best.. tak sabar nak tunggu ungku hadi melamar cik timah.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2011 12:13 PM | Show all posts
Yasmin masih lagi mengantuk semasa sampai di stesen Sg.  Besi.  Dengan mulut yang terkuap, Yasmin melangkah keluar stesen untuk menuju ke keretanya yang di parking di belakang pejabat pos Sg.  Besi.  Dari jauh Ungku Hadi nampak dengan jelas keadaan cik perisiknya yang mengantuk.  Tanpa bertangguh, Ungku Hadi keluar dari kereta yang di parking di tepi jalan untuk menaiki jejambat menyambut pujaan hati.  

Yasmin rasa mengantuk sangat sebab malam tadi dia tidur lewat menyiapkan bangkit dahlia.  Kerja di opis takdelah penat sangat sebab bulan puasa banyak aktiviti Jabatan turut berpuasa.  Dalam keadaan mangantuk Yasmin masih lagi berangan nak membuat biskut strawberry bar lepas tarawikh nanti.  

Ungku Hadi tersenyum melihatkan Yasmin yang berjalan dengan kelajuan paling minima dan muka yang jelas kelihatan mengantuk.  

"Sayang" panggil Ungku Hadi bila Yasmin lalu di sebelahnya yang elok bersandar di railing jejambat.  Yasmin angkat muka sebab suara Ungku Hadi dirasakan dekat sangat dengan telinganya.  Ish, pakcik ni lagi rungut Yasmin dalam hati.  Ntah apa lagi la yang dia naknya.  Rasa mengantuk membuatkan Yasmin tidak perasan penampilan Ungku Hadi yang cukup rapi.  Keselambaan Yasmin menimbulkan semangat baru kepada Ungku Hadi untuk lebih bersungguh-sungguh dalam usahanya mengorat cik perisik.

"Sayang nak berbuka di mana?" Ungku Hadi bertanya dengan penuh romantik mudah-mudahan Yasmin terbuka hati.  Malangnya Yasmin hanya menayang muka tak faham sebab yang dia tahu nak cepat balik.  Boleh melepek atas katil sebelum membakar biskut seterusnya.  Melihatkan Yasmin menghala ke belakang kedai tomyam, membuatkan Ungku Hadi memegang lengannya.  

"Oit, ni apahal pegang-pegang?  Ada gak yang kena cepuk ni" terus hilang mengantuknya bila dirasakan Ungku Hadi mengambil kesempatan.

"Sorry, abang tak sengaja.  Sayang nak ke mana?  Kereta abang kat depan" Ungku Hadi pantas memohon maaf dan memberi penjelasan.

"Nak gi kat kereta saya la.  Apa kaitan dengan kereta Ungku lak" balas Yasmin geram sebab dia tak teringat langsung akan date yang dirancang Ungku Hadi pagi tadi.

"Sayangkan dah janji berbuka dengan abang.  Tu yang abang tunggu" Ungku Hadi menjelaskan dengan hati-hati agar Yasmin terbuka hati nak dating dengannya.

Ish, pakcik sorang ni ntah bila masa la aku berjanji dengan dia.  Jam pun dah pukul 7, karang asik bertekak dengan dia maunya aku berbuka dengan air paip kedai tomyam ni.

"Kita naik kereta asing2.  Buka kat Syed Bistro kat South City Plaza" jawab Yasmin sambil meninggalkan Ungku Hadi di belakangnya.  Yess, Ungku Hadi terus berlari ke Fairladynya takut ditinggalkan Yasmin pula.

Sampai di Syed Bistro, Yasmeen terus mengorder air tanpa menunggu Ungku Hadi tiba di meja sebab dah hamir sangat waktu berbuka.  Sayang punya pasal Ungku Hadi sanggup meredah trafik yang sesak menurutkan kehendak si buah hati.  Sampai di Syed Bistro 2 gelas teh o limau panas dan 2 pinggan nasi bukhara kambing dah tersedia menyambutnya.  Baru aja nak menegur si buah hati, azan pula berkumandang.  Takpe, buka dulu Hadi oi pujuk hatinya... jap lagi boleh la masuk jarum.

Yasmin makan seolah-olah tiada siapa di depannya sedangkan hati Ungku Hadi dup dap dup dap sebab ada agenda penting lepas berbuka.  Oleh kerana Ungku Hado asyik memerhatikan Yasmin dan terlalu berdebar, makanannya lambat habis.  Yasmin terus aja makan malas melayan kerenah Ungku Hadi yang tak sudah-sudah merenungnya.  Selesai makan, Yasmin ke kaunter membayar makanan yang ditempah.  Ungku Hadi ingatkan yasmin nak membasuh tangan tetapi Yasmin pergi ke kaunter bayaran pulak.  Agenda Ungku Hadi dah mula cacat sikit.  

"Saya nak solat, surau ada kat belakang.  Masuk dalam nanti nampak signage" Yasmin memberitahu sebelum masuk ke South City.  Ungku Hadi dengan pantas menghabiskan makanannya takut lepas ni Yasmin terus balik pula.

Usai solat, mata Ungku Hadi meliar mencari kelibat Yasmin tapi tidak kelihatan, walaupun rasa a bit frustated Ungku Hadi menyakinkan hati yang Yasmin masih ada di South City.  Sebaik pintu masuk dibuka jelas kelihatan Yasmin sedang membelek-belek baju di tersusun di tengah-tengah South City.  La, macam mana la sayang aku nak try baju nanti.  Ada lak jual baju tengah-tengah dunia.  Enggan menganggu Yasmin, Ungku Hadi berhati-hati melangkah mendekati Sayangnya.  

"Baju tidur ni pun cantik juga" komen Ungku Hadi sambil tangannya mengunjukkan sehelai gaun tidur yang agak transparent kepada Yasmin.  Yasmin pandang atas bawah kat Ungku Hadi.  

"Ungku kalau tidur suka pakai gaun macam ni ke?" saoal Yasmin sambil suaranya tertahan-tahan menahan ketawa yang bakal meletus.  dalam otaknya mula membayangkan Ungku Hadi sebagai lelaki 2 alam.  Buruk sungguh Ungku Hadi bergaun tidur.  Tu agaknya tak kahwin-kawin...  ada top secret rupanya pakcik sorang ni.  Agaknya spender renda2 pun di pakai dek pakcik ni.  Terhambur gelak Yasmin tak dapat ditahan.

Dari cara gelak dan air muka Yasmin, Ungku Hadi dapat menelah apa yang ada di fikirannya.  Mengata abang ya, sayang nanti ya.... meh sini abang betulkan sikit otak sayang tu.  

"Plus size woman with curves like you surely look delicious in this sexy nightie" bisik Ungku Hadi sambil mengenyit nakal ke arah Yasmin.  Muka Yasmin merah sebab malu agaknya dengan statement berani mati Ungku Hadi.  baru aja dia berkira-kira nak membalas balik, Ungku Hadi menyambung lagi...

"Sebab tu, Raya Ni Kita Kahwin.  Tak larat nak tanggung dosa kering sejak jumpa sayang ni" kali ni serius aja suara Ungku Hadi dan membuatkan Yasmin terus senyap.  Ungku Hadi malas nak romantik-romantik lagi sebab dah penat berkias-kias tapi Yasmin buat tak paham aja.

"Apa kaitannya tah.  Ada lak dia yang berdosa kita pulak dikata penyebabnya" Yasmin sempat juga menjawab perlahan tapi masih boleh di dengari Ungku Hadi.  degil ye Yang, abang cakap tak percaya... kena confess kat cik perisik.  dah namanya pun perisik takkan boleh terima jawapan macam tu aja kan.

"sejak jumpa sayang ni asyik kena mandi aja" sambung Ungku Hadi sambil seyum nakal.  Yasmin makin tak faham.  Ai, agak selama ni dia malas mandi ke?  

"Mandi wajib la sayang oi" bisik Ungku Hadi disertai gelak.

Ish, nyampah betul la pakcik ni. tak senonoh betul.  Bulan2 puasa pun cakap tak senonoh.  Yasmin tak jadi memilih baju, lalu melangkah keluar ke parking.  Ungku Hadi di belakang masih setia mengikutnya.  

"sayang, i'm sorry if my confession embarassed you.  i really want to marry you dear.  will you marry me?" suara Ungku Hadi yang penuh mengharap menyebabkan Yasmin terhenti dari menaiki kereta.  Yasmin memandang wajah mengharap Ungku Hadi.

"Nantilah saya fikir" itu aja jawapan balas Yasmin tapi sudah cukup memuaskan hati Ungku Hadi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 12:57 PM | Show all posts
SEMPOINYA YASMIN........CAM TU JE JAWABNYA.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-9-2011 01:16 PM | Show all posts
"Ai kak,kejap benar dating?" tegur Hana yang sedang melipat kain bila Yasmin masuk kerumah.  Yasmin cuma memandang Hana seklias sebelum masuk ke bilik untuk mandi.  Lepas solat Yasmin akan mula menyoal siasat si Hana.

"Hana, akak musykil lak.  Macam mana Hana tahu pasal plan pakcik sorang ni?  Rasanya akak takde lak cakap apa2 kat Hana siang tadi" soal Yasmin sebaik duduk bersandar di depan tv.  Peristiwa di South City Plaza menyebabkan mood nak membakar kuih raya terbantut malam tu.

Alamak, telepas cakap la pulak.  kejap lagi teruk la kena bebel dengan kak Min.  ish, idea cepat la datang. yess...

"ala kak, petang tadi Ungku ada call Hana tanya kenapa akak tak sampai2 lagi.  katanya nak ajak berbuka sama" lega Hana dapat memberikan alasan yang difikirkan agak munasabah.

Yasmin mengerling sekilas sebelum menumpukan perhatian kepada 360 di tv.  

"Betul ni?  kalau Hana bersekongkol siap la" ugut Yasmin.

Hana cuma tayang muka comel dengan amaran Yasmin.  Apa yang pasti Yasmin bukanlah seorang yang panas baran walaupun dah masuk kategori bakal anak dara tua dan bos besar pula tu.  Yasmin menjaga dirinya bagai adik kandung sejak dia tinggal bersama di rumah milik Yasmin.  Ada masanya Hana berdoa agar Yasmin bertemu jodoh kerana kasihankan Yasmin yang tidak mempunyai sesiapa lagi.  Daripada cerita Yasmin, ibu bapanya bertemu di rumah anak-anak yatim dan keluarga mereka telah meninggal dunia.  Bagaimanapun, Hana tidak pernah nampak Yasmin menunjukkan kesedihan sepanjang berada bersamanya.

Malam itu, sewaktu Yasmin nyenyak tidur, Ungku Hadi menelefon Ungku Sarah bagi memberitahu rancangan seterusnya.  Selepas berbual agak panjang dengan bondanya, Ungku Hadi menghantar mesej ke telefon Yasmin.

Paginya........

Mak ai, sapa lak yg rajin benar bermesej mlm tadi, Yasmin berasa pelik melihatkan ada 5 mesej dalam telefonnya.  Yasmin membaca satu persatu mesej yang dihantar Ungku Hadi.

mesej 1 : sayang, abang minta maaf sangat buat sayang malu tadi. abang sayang sangat dengan sayang ni

mesej 2 : abang teringin nak berbual dengan sayang tapi sayang sudi ke?

mesej 3 : sayang abang dah tidur agaknya.  tak dapat abang dengar suara manja sayang.

erk, sejak bila pula suara aku ni bunyi manja... ish, bukan-bukan aja pakcik sorang ni, Yasmin membebel dalam hati.

mesej 4 : tapi rasakan elok juga, kita tak bercakap kat telefon.  buat dosa kering aja di bulan-bulan puasa ni kan?  silap2 nanti abang yang terbabas

elok la kalau dah sedar, komen Yasmin.

mesej 5 : abang pun dah ngantuk.  abang sayangkan yasmin.  jadi isteri abang, sayang?

ya tak ya aja ajak orang kahwin dengan dia.  macam mana la pakcik ni boleh nakkan aku.  tah mana la cantiknya aku ni.  punyalah banyak perempuan yang cantik bergaya kat luar sana aku lak yang dipilihnya.  apa asasnya dia pilih aku?  takkan sebab aku pandai masak aja.  dia bukannya tak mampu menggaji chef.  ntah-ntah dia saja nak nguji aku... nak tengok aku ni desperate atau tidak... manalah tahu dia tengah buat tesis pasal andartu2 di malaysia, nak teset hipotesis2 yang dikarangnya.  nak tergelak pula yasmin mengenangkan anggapan yang mula mengarut.  gasak dia lah.  Kalau ada jodoh adalah, kalau takde dahlah.  selama ni pun aku hidup sorang-sorang.  memang Ungku Hadi tu boleh tahan segak bergaya tapi kalau digandingkan dengan aku ni ibarat kek gebu dengan kek bantat aja kekdahnya. malas melayan otaknya yang mula mengarut, yasmin bersiap untuk ke opis.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 01:18 PM | Show all posts
malu tapi mahu tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 02:34 PM | Show all posts
"Ungku kalau tidur suka pakai gaun macam ni ke?" saoal Yasmin sambil suaranya tertahan-tahan menahan ketawa yang bakal meletus.  dalam otaknya mula membayangkan Ungku Hadi sebagai lelaki 2 alam.

uwahahahahaaa.... gelak akak sorang2 sampai berair biji mata... yasmin ni memang selamba badak ler orang dia... pas tu blur plak tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 02:38 PM | Show all posts
masak ler ungku hadi ni nak yakinkan cik timah supaya terima dia... ngayat tak cukup power ungku hadi ooiiii... orang blur macam cik timah ni kena usaha berlipat kali ganda nih...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 02:45 PM | Show all posts
Reply 103# produkherba

jawapan yang betul 10 markah untuk cik herba
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 02:47 PM | Show all posts
Reply 98# produkherba


Oh kat appartment tu ek...ha ha ha ha
nasi lemak power tu nasi lemak kukus batu pahat tu...
lalu je kat situ tak singgah pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2011 02:57 PM | Show all posts
masak ler ungku hadi ni nak yakinkan cik timah supaya terima dia... ngayat tak cukup power ungku had ...
asyriqa Post at 9-9-2011 14:38



    Yasmin tak blur sebenarnya tapi dia tak nak ambik serius sbb dia tak yakin ada yang nakkan dirinya.  sian yasmin
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 03:15 PM | Show all posts
cik herb... bila nak sambung lagik....
best la....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2011 03:33 PM | Show all posts
Reply 114# clatiniey79


    jap lg herb tepek... tgh ngarang ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2011 03:37 PM | Show all posts
Hana berfikir-fikir kali ini apa pula alasannya nak diberitahu pada Yasmin tentang permintaan Ungku Hadi siang tadi.  Ish, bulan2 puasa ni asyik bohong sunat aja kerja aku ni.  Adoi, Ungku ni dia nak mengorat aku lak yang pening kepala.  tv yang terpasang tidak ditontonya kerana fikiran yang sarat dengan ntah apa-apa idea mengarut bagi menjayakan rancangan Ungku hadi.  Gelagat Hana diperhatikan Yasmin yang baru sudah bersolat.

"Hana okay ke ni?  Macam ada masalah aja akak tengok?" tanya Yasmin sambil duduk di sofa sebelah Hana.  Dicapainya remote untuk menukar cerita hantu yang sedang dipasang Hana.

"Kak, Hana nak minta tolong la" minta Hana dengan suara separuh merayu.  Yasmin cuma menoleh seketika sebelum menekan-nekan semula remote mencari cerita yang menarik.

"Kalau ganti Hana atau kena jadi tukang masak kat rumah Ungku Hadi akak taknak la" Yasmin bersuara tanpa memandang Hana.

"E, taklah kak.  Macam ni, ada sedara Hana nak datang berbuka kat rumah akak.  Hana serba salah la kak, nak ditolak diorang baik dengan Hana.  Tapi inikan rumah akak.  Pening kepala Hana" fuh lega rasanya hati Hana dapat mengarang cerita.

Yasmin senyum aja mendengarkan keluhan Hana.

"Hana, rumah ni kan rumah Hana juga.  Hana ajaklah diorang datang, tapi tolong akak masak tau.  Hari tu janji bagai nak rak nak tolong akak kat rumah Ungku Hadi lepas tu sampai ke sudah tak nampak muka" jawapan Yasmin melegakan Hana.  Kalau tidak ntah apa la nak ditoraknya dengan Yasmin.

"Terima kasih la kak.  Tapikan, Hana nak buat permintaan la kak" ucap Hana bersungguh-sungguh sambil memandang Yasmin.  Yasmin kerut dahi menjeling sekilas sebelum menonton semula.

"Boleh tak akak masakkan sayur pisang masak asam rebus tempoyak, ayam goreng, ikan kering, tenggiri masak kicap, sambal belacan, lengkong dan bubur pulut hitam" senafas aja Hana menyampaikan ordernya.

"Ai, ni mcam order dengan katering aja.  Akak belum pasang niat nak jadi katerer.  Apasal akak rasa mcam ada yang tak kena aja ya?" tanya Yasmin sambil menghadiahkan jelingan tajam ke arah Hana.  cover Hana, cover jangan sampai kak Min tahu.  Hana tahu Kak Min cuma provok aja, jadi dia mesti berhatihati.  

"Ala kak, sebab tu aja yang diorang boleh makan.  Lepas tu slera masing-masing tak sama.  Dan ada yang alah pada makanan yang lain.  Tu yang Hana minta tolong sangat" beriaria Han amerayu untuk meyakinkan Yasmin.

"Yalah akak tolong" Yasmin fikir seronok juga berbuka ramai-ramai di rumahnya sebab selama ni hanya ada Hana yang menemaninya itupun kalau Hana tak overtime.

Ungku Hadi sanggup masuk lewat pagi Jumaat tu bagi membantu Hana membeli bahan-bahan untuk dimasak pada keesokan harinya.  Hana terpaksa mengambil time-off untuk menjayakan plan Ungku Hadi.  

Dah beberapa hari Ungku Hadi tidak berjumpa, bertelefon ataupun bersms dengan cik perisik idaman hati.  sabarlah hati, insyaallah esok kita kan berjumpa.  lagipun, bahaya kalau asyik berjumpa silap-silap defisit pahala puasanya nanti.  Mengingatkan Yasmin, menggebu rasa rindu di hati.  Tak sabar rasanya hati nak bertentang mata dengan idaman hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 04:14 PM | Show all posts
alahai...rindu plak zaman-zaman berchenta dulu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2011 04:22 PM | Show all posts
alahai...rindu plak zaman-zaman berchenta dulu....
anaryu Post at 9-9-2011 16:14



    ingat part yg mana ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 04:22 PM | Show all posts
kahwinkan cepat Ungku Hadi dgn Yasmin ni...si teruna dah tak sabar2..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 04:24 PM | Show all posts
Reply 118# produkherba


part yang tunggu kat LRT tu...pastu time ajak berbuka...
saya pun kategori cam yasmin jugak....tak suka perasan-perasan, orang ajak kita gelak-gelak...
malas nak melayan orang fefeeling lebih-lebih ni....cakap pun ala-ala bos....
alih-alih sangkut juga...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.051890 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list