Post Last Edit by roti_planta at 4-8-2011 12:11
Awalnya ku tak mengerti apa yang sedang ku rasakan,
segalanya berubah dan rasa rindu itu pun ada,
sejak kau hadir di setiap malam di tidur ku,
aku tau sesuatu sedang, terjadi pada ku Kadang aku cemburu,
kadang aku gelisah,
seringnya ku tak mampu lalui hari ku.
Tak dapat ku mungkiri,
hati ku yang terdalam
betapa aku,
jatuh cinta kepadanya Kereta Emran berhenti betul-betul di bawah lampu spotlight di tepi tasik Kota Kemuning. Emran keluar meninggalkan Suria yang masih lagi terpinga-pinga di dalam kereta. Satu keluhan berat kedengaran dari bibir Emran.
~Ah!! Kusut! Kenapa aku boleh over reaction sampai macam ni? She don’t even know how I felt and now I’m treating her like she is mine.~
Suria memandang ke arah Emran yang menyandarkan diri di tiang lampu. Dia sedang berkira-kira sama ada mahu keluar atau duduk berdiam diri sahaja di dalam kereta. Ikutkan hatinya yang sedang bengang sekarang ini, mahu sahaja dia memijak dan menendang kaki Emran kemudian mencampakkan lelaki itu ke dalam tasik yang berada di depan mereka.
~Arghhh…. Geramnya!!! Bawak aku kat tepi tasik ni, tengah-tengah malam, tapi dia dok terpacak kat bawah tiang lampu. Dah lah sejuk, nasib baik lampu spotlight ni terang, kalau tak kahwin free aku malam ni. Ishh……~
Pintu kereta dibuka kasar. Suria keluar dan berdiri menghadap Emran. Dia tidak mahu menghabiskan semalaman ditepi tasik ini. Jika Emran masih tidak mahu bersuara, dia nekad, dia akan pulang. Walau apa yang terjadi sekalipun, dia tetap akan pulang.
“Encik Emran, kita datang sini,sebab nak duduk bawah tiang lampu ker?” soalan sarkastik dilemparkan kepada Emran.
“I’m sorry, Suria”
“Your sorry means nothing until you……. Achooooo” tak sempat menghabiskan ayat, Suria telah terbersin.Simtom-simtom selesema telah menjelma.
Emran berlalu ke kereta, mengambil kot jenama Calvin Klein yang tergantung dan memakaikan ke badan Suria. Rasa bersalah bertimpa-timpa di dalam dirinya. Kerana perasaannya yang kacau bilau menyebabkan gadis itu berada di sini, di tengah-tengah malam.
Suria terpempam dengan tindakan Emran. Dia tidak menyangka yang lelaki itu boleh menjadi sangat prihatin terhadap dia. Bau wangian yang terbit dari kot lelaki itu memberi sedikit rasa lega dan bahagia. Rasa bengang yang tadi berkobar-kobar semakin menyurut. Ah,hati! Kenapa boleh jadi macam ni?
“Suria….”
“ Saya minta maaf. Saya takberniat nak mengintip awak. Semuanya secara kebetulan”
“Kebetulan? Explain further,please.”
“ Saya pergi Amcorp Mall untuk jemput awak. Randomly. Saya tak tahu kenapa tapi naluri saya kata awak masih berada di pejabat.”
“Then..”
“Then I saw you having your dinner with HIM.”
|