CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: acesecure

Soalan pada para perawat

[Copy link]
Post time 3-7-2011 12:04 PM | Show all posts
pepandai je..kata org guna jin...kalu leh tgk tu x pa la gak...
ni main tuduh-tuduh je...dah tau x pandai..buat la cara x pandai...duk diam2...ni x..saje je...gatai nak mengomen org...
ciklahcute Post at 2-7-2011 01:45



    wsalam ciklah... saya hrp dlm perbincangan seperti ini kita gunakan bahasa yg sopan utk tatapan umum. Jika anda begitu bersopan dgn Allah, tak salahkan bersopan dgn insan jg...? Saya beri teguran ni utk kebaikan semua. Harap2 kita boleh bicara dgn lbh sopan dan mencerminkan peribadi Islam yg lemah lembut. Jika saya silap, harap tegur saya juga....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2011 12:28 PM | Show all posts
Reply 98# acesecure
Jawapan ustaz tu cukup mudah sahaja.. Ustaz nie suka bg jawapan yg samar2 skit supaya kita boleh berfikir. Dia tak cakap apa hukum bunuh jin nie tapi ini jawapan yg dia bg..

"kalau anak kecil tak nak ikut cakap kita rotan la... kalau dah besar kita penjarakan la.."

Salam cik ace, mmg btul jawapan ustaz tuh. Cuma bagi saya pula itu masih kurang tepat. Mungkin jawapannye itu utk 'umum' saja. Nmpk mudah dan seakan2 terlalu mudah pula kita hendak menangkap Jin dan memenjarakan mereka. Bagaimana pula dgn si tukang sihir...? adakah mereka juga dipenjarakan...?

Adakah sesiapa pernah dgr ada Ustaz dari Darul atau Pawang yg mampu menanyakan Jin yg DISOAL siapa tukang sihir yg terbabit....? kenapa sibuk nak membelasah Jin dan menangkap mereka saja. Sedangkan si tukang sihir masih berleluasa dan malah sekarang boleh juga kita tgk bilangan mereka bertambah dari hari ke hari....

Kita mahukan strategi yg lbh tepat, iaitu hingga boleh menghapuskan ilmu bathil si tukang sihir sehingga mereka tidak mampu lagi menjalankan kerja2 menyihir. Malah jika sampai pada 'arahan' utk menghapuskan mereka, mungkin saje hanya dgn bacaan2 surah tertentu boleh membuatkan mereka sakit hingga membawa mati.

Saya sebenarnye terkilan kerana ada seorang dari perawat Islam yg telah berjuang hingga menemui ajal tempoh hari akibat bertarung dgn serangan sihir ketika merawat pesakit. Ini bagi saya sudah melampau dan haruslah kita semua tidak tidur lena lagi dan memperkuatkan amalan agar kebathilan si tukang sihir dpt dibanteras sama sekali.

"Salam takziah sy ucapkn, kepada keluarga Allahyarham Utz Kamarazaman merupakan PERAWAT ISLAM smoga dtempat brsama para syuhada - AL FATIHAH"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 03:00 PM | Show all posts
Reply 102# tunggulbatu


   Ustaz tu mmg bg jawapan umum sahaja.. Sbb dia mmg suka bagi sy berfikir... Selebihnya fikirlah guna akal yg dikurniakan Allah. Jika tak mampu cari jawapan kena rujuk balik dgn yg lebih tahu...Maksud paling dalam ustaz tu ialah belajar yg asas dulu. kekuhkan yg asas iaitu solat...
takziah dan fatihah kepada beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 04:24 PM | Show all posts
salam...
errr topik ni kejap dah macam nak terbabas kmdn masuk landasan balik...lepas tu dah nak cecah lutut lepas tu lurus balik...

bincang bebaik dan kalau boleh jangan keluar dari topik yg bincang pasal wahabi la salafi laa
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 11:49 PM | Show all posts
ADAT THOBIAT dan QUDRAT ALLAH iaitu yg menyembuhkan samada lambat atau cepat atau teruk atau tidak ...
tunggulbatu Post at 3-7-2011 01:44



    Kesembuhan itu memang sentiasa datang dari Allah. Saya tidak kata kita mesti sembuh bila makan ubat. Saya cuba menyampaikan apa yang saudarakan. Cuma saya menambah elemen, segera berusaha/berikhtiar untuk mengubati menyakit. Sedangkan dalam hal rezeki, kita di suruh berusaha baru mendapat hasil, begitu juga sakit, jika di biarkan tidak akan sembuh sendiri, kita kena berusaha mencari ubat. Kerana itu perlu untuk berjumpa pakar sebelum parah, supaya penyakit dapat di sembuhkan oleh Allah.

Penyakit kanser di peringkat awal, jika berjumpa doktor pada peringkat awal, masih dapat di selamatkan dengan Izin Allah, tetapi jika di biarkan, sehingga merebak, hanya ke ajaiban dapat menyelamatkan mereka. Adakah bila mana ubat tidak berkesan, Allah yang harus di persalahkan. Tidak, ini kerana Ubat itu juga ciptaan Allah, seperti mana madu lebah yang mana di dalamnya ada ubat,

Memang haram menyatakan ubat yang menyembuhkan, namun penyakit tidak akan hilang secara tiba2. Begitu juga penyakit2 lain, bila mana orang kata seorang pesakit diabetes berkata, tidak perlu cucuk insulin, kerana Allah akan turunkan gulanya, dia telah melakukan kesesatan, sedangkan Allah telah berfirman, nasib seseorang itu terletak di tangan dan usahanya.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sebelum kaum itu berjuang keras untuk mengubah nasibnya sendiri" (ar-Raad ayat 11)


itulah ayat yang menjadi pegangan. Untuk sembuh perlu berusaha. untuk kaya perlu berusaha, untuk pandai perlu berusaha.
Melainkan Allah ingin menunjukkan kekuasaannya, mustahil manusia boleh sembuh tanpa berusaha. Kerana itu, perlu kta segera beriktiar supaya dengan izin Allah kita akan sembuh. Bukan sekadar ber insulin sudah cukup, tawakkal juga penting.

Justeru, kita tidak boleh menyalahkan Allah jika tidak sembuh. Kembali pada pokok asal, sejauh mana kita berusaha, sejauh mana kita yakin dengan Allah. Sedangkan ada banyak hadis menyuruh kita berubat. Cepat atau lambat memang bergantung pada Allah, tetapi orang yang berusaha lebih untuk sembuh manakan sama dengan orang yang berlengah2 untuk sembuh.

Atas alasan2 Allah lah menyembuhkan dan memberi ramai penyakit, banyak kes amputasi, sakit jantung, dan penyakit2 kronik lain tidak berkawal. Ilmu yakin manusia perlu di ajar, semua orang akan mati, tetapi ubat perlu sebagau Asbab, manakala Allah S.W.T yang akan mengawal segalanya. Kerana tanpa Usaha, penyakit2 ini takkan terkawal, doa saja tak cukup, usaha itu perlu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 12:35 AM | Show all posts
Reply 105# amwer12345


    Tuan amwer, saya phm dgn ulasan anda dan itu semudah pemahaman anak2 saja. Saya bukan mentarbiahkan anda dgn huraian bahawa tidak berusaha tiada kesembuhan.

Maksud saya,
adakah kita makan hingga kenyang atau menghilangkan rasa lapar shj..?
adakah kita rasa kenyang kerana kita makan banyak atau kita rasa kenyang kerana kita 'rasa' sudah kenyang...?

Tolong pahami dulu maksud yg tersirat. Sebab saya lbh senang jika anda phm maksud yg tersirat dari yg tersurat kerna perbahasan ini boleh diteruskan jika anda fahami 'sifat' mengenyangkan itu samada kita sudah makan banyak atau sudah kedapatan 'rasa' kenyang....

Jika anda sudah faham maksud ADAT THOBIAT ini maka anda akan faham bahawa kita tidak perlu 'makan terlalu banyak' utk hilangkan rasa lapar....



Hrp maklum, hukum adat thobiat ini wajib seorang muslim mengetahui bahawa tiada yg mustahi bagi Allah. Allah berkehendak mengikut QUDRAT dan IRADATNYA shj.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2011 01:49 AM | Show all posts
Apa kes lah nak berbalah, ciklahcute, tak yah nak beriak. Ilmu, amalan, dan perawatan tidak perlu na ...
amwer12345 Post at 2-7-2011 19:52



    saye baca posting ciklah pon saye faham maksudnye. anwer terlalu cepat melatah apabila dgr saje perkataan tokmoh siam. relex la bro. jangan terus menghukum sebelum memahami ape yg ciklah maksudkn.

apakah saudare ingat hanye dgn rawatan ruqyah saje yg betul mengikut landasan islam? selain daripade itu salah? jike itu yg saudare faham, rasenya saudare perlu lebih mendalami hakikat agama. soal rawatan mistik adelah masalah alam ghaib dan dgn syariat saje tidk mengcukupi. jadi bagi saye mudah saje, selagi satu satu rawatan yg tidk bercanggah dgn hukum hakam. maka ia diperbolekn dalam islam. rawatan TIDAK SEMESTINYA RUQYAH SEMATA MATA.

Saye harap saudare baca dan fahami bebetul dulu maksud sesuatu posting terutama posting ciklah diatas sebelum begitu ghairah untuk meluahkan kehebatan ilmu pengetahuan saudare seolah olah penyuluh cahaya kebenaran dtg menyelematkan kegelapan disni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 01:52 AM | Show all posts
mestilah melalui guru yg musryik, yg berkesnimbangunan sanadnya dari guru2 terdahulu yg akhirnya sampailah kepada keluarga dan kaum kerabat Rasullah saw
mes3 Post at 2-7-2011 08:09


Salah tu mes3, bukan musyrik tapi mursyid.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2011 02:05 AM | Show all posts
Reply 100# tunggulbatu


   Betul tu tb..ni saya beri teka teki kepada mereka yang mengatakan sesuatu kaedah / perguruan je yang paling hebat dalam merawat sesuatu.    Katakan kalau sakit jantung, jumpa pakar sakit puan ke? Sama juga dalam perawatan Islam. Pelbagai cabang dan kaedah, asalkan mengikut syariah dan bertunjangkan kepada yang haq, insyaAllah semua boleh dipakai. Pokoknya niat di dalam hati pesakit dan juga perawat, sakit datang dari Allah s.w.t, Allah menjadikan asbab jin,sihir dan bomoh. Kepada Allah juga kita meminta penyembuhan.
Berikhtiar dengan berusaha, tawakal pada KudratNya dan redho pada IradatNya. Inilah makam Innalillah, kepada Allah segala2nya kembali.

   Bagi mereka yang mengatakan ruqyah sahaja yang boleh menyembuhkan segala sihir, anda sebenarnya merendahkan kebesaran Al Qur'an dengan meletakkan kesembuhan pada ayat, bukan kepada Si Empunya Ayat. Sila faham dan selami apa saya maksudkan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 08:51 AM | Show all posts
Reply  melinda_gordon


    Dalam hal ini saya setuju dgn anda sebab itu kita juga kena ada ilmu ...
mes3 Post at 2-7-2011 10:25



   setuju banget hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 08:58 AM | Show all posts
Salam,

Terpanggilnye saya nak suarakan sedikit pendapat mengenai perawat Islam. Mmg mungkin ada k ...
tunggulbatu Post at 2-7-2011 13:11



   TUAN TUNGGUL....BAGUS.. SAMA DENGAN PAHAMAN SAYA..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 09:22 AM | Show all posts
Reply 111# gammbir33


   thanks bro.... kita tekankan kalimah tauhid dahulu baru pada ayat yg lain.... jika tak beriktiqod pada kalimah tauhid, bagaimana hendak beriman pada yg lain2nya.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 09:43 AM | Show all posts
Reply  gammbir33


   thanks bro....  kita tekankan kalimah tauhid dahulu baru pada ayat yg la ...
tunggulbatu Post at 4-7-2011 09:22


Tuan Tunggul itu adalah salah satu kesilapan pada ramai perawat "islam" sekarang,mereka banyak mengejar untuk menjadi perawat, sedangkan ilmu2 asas contoh sifat 20,ilmu hukum, dan lain berkenaan tentang tauhid mereka kurang berminat, maka hasilnya timbullah perawat yang meletakkan ayat yang dibaca melampaui Tuan punya ayat, sekiranya berlaku sedemikian percayalah setan/iblis tak kan takutnya ngan perawat tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 11:23 AM | Show all posts
salam...
errr topik ni kejap dah macam nak terbabas kmdn masuk landasan balik...lepas tu dah nak ce ...
sepaileman Post at 3-7-2011 16:24




Errrrr....ape soalannye tadi?...hilang arah plak..cer TT listkan balik kat 1st post soalan2 nak di tanya tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 11:59 AM | Show all posts
HUKUM : Adapun Fardhu Syahadat itu dua perkara:
1-Diikrarkan dua kalimah itu dengan lidah. Iaitu dizahirkan bacaan.
2-Ditasdiqkan makna itu ke dalam hati. Mesti faham makna syahadah.

Syarat Syahadat itu empat perkara:
1-Diketahui apa isi didalam dua kalimah itu.
2-Diikrarkan dua kalimah itu dengan lidah.
3-Ditasdiqkan maknanya itu kedalam hati.
4-Diyakinkan sungguh-sungguh didalam hati.

Rukun Syahadat itu empat perkara:
1-Mengisbatkan Zat Allah Ta’ala Zat yang wajibal wujud.
2-Mengisbatkan sifat Allah Ta’ala sifat yang 'kamalat' atau sifat yang kesempurnaan.
3-Mengisbatkan af’al Allah Ta’ala memberi bekas dan yang berlaku dalam alam ini semua perbuatanNya.
4-Mengisbatkan kebenaran Rasulullah dan Muhammad itu benar-benar pesuruh Allah.

Kesempurnaan Syahadat itu empat (4) perkara:
1-Diketahui/difahami.
2-Diikrarkan dengan lidah.
3-Ditasdiqkan maknanya didalam hati.
4-Diamalkan dari dalam hati hingga melimpah keseluruh anggota.

Yang Membinasakan Syahadat itu empat (4) perkara:
1-Syak hatinya pada Allah Ta’ala.
2-Menduakan/mempersekutukan Allah Ta’ala.
3-Menyangkal dirinya dijadikan oleh Allah Ta’ala.
4-Tiada mengisbatkan Zat, sifat dan af’al Allah Ta’ala dan kebenaran Rasul.

harap-harap kita semua fahami dan beriman kepada dua kalimah syahadah dan seterusnya menjadi Insan soleh solehah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 01:25 PM | Show all posts
Reply  gammbir33


   thanks bro....  kita tekankan kalimah tauhid dahulu baru pada ayat yg la ...
tunggulbatu Post at 4-7-2011 09:22



Tuan Tunggul itu adalah salah satu kesilapan pada ramai perawat "islam" sekarang,mereka banyak mengejar untuk menjadi perawat, sedangkan ilmu2 asas contoh sifat 20,ilmu hukum, dan lain berkenaan tentang tauhid mereka kurang berminat, maka hasilnya timbullah perawat yang meletakkan ayat yang dibaca melampaui Tuan punya ayat, sekiranya berlaku sedemikian percayalah setan/iblis tak kan takutnya ngan perawat tersebut.
gammbir33 Post at 4-7-2011 09:43
MANTAP!!!!!!!!!!!!



PERAWAT ISLAM HANYA MENGGUNAKAN MAKHLUK DALAM PERAWATANNYA, RUQYAH ADALAH MAKHLUK, TANPA MAKHLUK TERSEBUT MEREKA TIDAK BERUPAYA MERAWAT





AlQuran adalah mukjizat yg maha hebat dari Allah, tapi membaca,membaca, membaca kalimah Allah tersebut dengan tujuan merawat adalah jauh terpesong..... bacalah hanya semata mata kerana Allah




Kalau tak membaca ruqyah, bolehkah mereka digelar perawat? rasanya mereka tak mampu sebab kebergantungan pada 'ayat' bukan pada 'tuan ayat' iaitu ALLAH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2011 05:04 PM | Show all posts
huhu.... dalam maksud tu..... hihihihi..... nak gunakan ayat Al-Quran mmg takde masalah dalam rawatan.... cuma beriktiqad bahawa ayat itu datangnya dari ALLAH S.W.t, so takde isu di situ...... tapi ada forumer kata Perawat yang gunakan ayat dan Ruqyah semata tanpa teknik bila mengharapkan ayat2 sahaja, tanpa2 ayat mereka tak mampu merawat tu adalah BENAR lagi membenarkan..... heheh.... Merawat ni bukan hanya gunakan ayat2 sahaja...... teknik perlu ada maa.... tanpa ayat pun boleh merawat jika kena pada caranya,......

wallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 05:21 PM | Show all posts
huhu.... dalam maksud tu..... hihihihi..... nak gunakan ayat Al-Quran mmg takde masalah dalam rawata ...
edy137 Post at 4-7-2011 17:04



   betul.betul.betul hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 07:06 PM | Show all posts
Kerana itulah dalam ilmu tauhid disebut "Ayat tidak memberi bekas". Krn ayat adalah makhluk tetapi kalam Allah adalah Qadim. Kena beza yg mana satu makhluk dan yg mana satu qadim.

Krn tidak memberi bekas maka membaca sesuatu belom tentu berbekas contohnya kita membaca Fatihah utk redakan hujan - redakan hujan itu adalah bekas. Ada org baca tak reda2 makin lebat hujan.

Ada juga org baca satu set ayat ruqyah tak lari2 jin....ada org baru BismiLlah dah pulih. Jadi fahami konsep tauhid di atas.

Namun satu lagi kaedah dikatakan..."perlunya asbab". Sebagai contoh, hujan lebat kita diam, relax je tanpa berusaha, tanpa berdoa, tanpa solat, bermakna asbabnya tiada. Jadi kene timbulkan asbab iaitu berdoa, atau matahari kembali cerah, maka sebab berhentinya hujan krn datang asbab iaitu matahari dan lain2 sebab lagi.

Kiaslah barang yg seumpama dengannya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 10:42 PM | Show all posts
hurmmm.... yang bang Te_peng punya huraian paling baik nihh.... hihihi.... setuju bangat hamba.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.078833 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list