CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ultra78

[Jenayah] Ebit Lewd ‘terlalu meminta’ gambar payudara, saksi beritahu mahkamah

[Copy link]
Post time 28-8-2024 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
kutu_ayam replied at 27-8-2024 10:44 PM
kannn...ebit penceramah, mulut manis ....tu yg terbuai jgk perempuan2 itew kena ayat kot. dlm mahk ...

hahaha tp cm pelik kan. lepas dia bg gmbr tu  bru dia tdetik nk tanya laki. ke mula2 dia sje je nk eksyen kt laki dia, nk ngabo kan ade aretis wannabe mntak gambr ketet ai... ai laku lagi tau. ni smua gila glemer. tp takpelah, dpt jua ebit ketet tcidok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2024 08:24 AM | Show all posts
Saksi tak pasti hantar gambar lucah kepada Ebit
Bernama
-
27 Aug 2024, 10:34 PM
Saksi yang juga pengadu kes berkata gambarnya menunjukkan anggota badan mungkin ditangkap layar oleh Ebit Lew semasa panggilan video dibuat.


TENOM: Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau tidak pasti sekiranya pernah menghantar gambar lucah kepada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew berhubung dakwaan gangguan seksual yang dihadapi pendakwah itu.

Wanita 40-an itu selaku saksi pendakwaan kesembilan yang juga pengadu kes itu berkata gambar tersebut mungkin ditangkap layar oleh Lew semasa panggilan video dibuat.

Ram Singh: Adakah kamu setuju jika ia satu panggilan video dan gambar diambil pasukan forensik daripada Bukit Aman akan mengesan dakwaan kamu daripada panggilan video daripada telefon kamu?

Saksi: Saya tidak pasti sebab macam yang saya cakap tadi, dari panggilan video saya ada bagi (menunjukkan anggota badan) dan dari mesej saya tidak pasti bila,” katanya semasa pemeriksaan balas peguam Ram Singh yang mewakili Lew pada perbicaraan kes itu.

Wanita itu berkata ketika panggilan video itu dibuat, beliau berasa terpedaya kerana mengikut arahan tertuduh untuk mendedahkan anggota badannya dan Lew sepatutnya memberikan nasihat kepada orang yang memerlukan bantuan.

Dalam keterangannya, saksi itu juga berkata beliau tidak pernah berniat untuk merosakkan imej pendakwah itu kerana Lew memang pernah mengadu kepadanya menerusi panggilan telefon mengenai masalah keinginan seksual yang tinggi.

Wanita itu berkata beliau ada bertanya mengapa Lew mempunyai keinginan seks yang tinggi adakah kerana mengambil pil, namun tertuduh memberitahu tidak mengambil sebarang pil.

Ram Singh: Kamu tidak pernah diberitahu tentang aktiviti Ebit Lew dengan isterinya dan ini cara kamu merosakkan (nama baik) beliau, setuju?

Saksi: Tidak setuju, dia (Lew) memang ada beritahu.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung esok.

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 28-8-2024 08:24 AM
Saksi tak pasti hantar gambar lucah kepada Ebit
Bernama
-

video call pulak
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
lightheaded67 replied at 28-8-2024 08:12 AM
hahaha tp cm pelik kan. lepas dia bg gmbr tu  bru dia tdetik nk tanya laki. ke mula2 dia sje je nk ...

Logik jga nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
lightheaded67 replied at 28-8-2024 08:49 AM
video call pulak

Celaru dh saksi ni gamaknya....nmpk on the surface keterangan mcm x potray kejadian sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 10:48 AM | Show all posts
ultra78 replied at 28-8-2024 08:24 AM
Saksi tak pasti hantar gambar lucah kepada Ebit
Bernama
-

tak pasti pulak...sebab tu dlm islam, wanita tak boleh dijadikan saksi rogol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2024 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
kutu_ayam replied at 28-8-2024 10:29 AM
Celaru dh saksi ni gamaknya....nmpk on the surface keterangan mcm x potray kejadian sebenar

nayaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ioll speku saksi ni loyer coach/guide kot.....tp other side loyer lanyak.....dia celaru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2024 02:59 PM | Show all posts
melekaifc:   <a href="https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2023/05/12085103/e.jpg" target="_blank">https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2023/05/12085103/e.jpg</a> Shuuuuuuut!


eiii geli nengok .. hahahhaaa

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa mintak dgn orang lain. Mintak dgn wife sendiri x boleh ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 03:54 PM | Show all posts
Dkt rumah satu lgi kan mention dia perlu 7x sehari
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kutu_ayam replied at 28-8-2024 03:54 PM
Dkt rumah satu lgi kan mention dia perlu 7x sehari

Huih gilo
Bela hantu jin ka?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 03:57 PM | Show all posts
sapeka replied at 28-8-2024 03:56 PM
Huih gilo
Bela hantu jin ka?

sembang kencang jer tuh.......yg mangsa bendol pegi percaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2024 04:20 PM | Show all posts
Ebit Lew bayangkan buat seks dengan saya – Saksi
Oleh SURAIDAH ROSLAN
28 Ogos 2024, 2:23 pm


EBIT Lew semasa hadir perbicaraan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah, hari ini.

TENOM: Pengadu yang juga saksi kesembilan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew,38, menafikan andaian peguam bahawa dia berniat untuk berjumpa dengan Ebit.

Pengadu menyatakan mesej ‘nanti tu bila? nak jumpa ke?’ yang dihantar kepada Ebit kira-kira pukul 11.54 malam, pada 17 Jun 2021 sekadar satu persoalan dan bukan berniat untuk berjumpa.

Saksi kesembilan menyatakan perkara itu semasa menjawab soalan dikemukakan peguam bela, Datuk Ram Singh semasa sesi pemeriksaan balas di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Pengadu turut memberitahu mahkamah bahawa dia tidak menggoda Ebit apabila bertanya ‘kita sampai bila?’. Pertanyaan itu bukan bertujuan untuk menggoda.

“Tidak (goda), maksud saya sampai bila dia WhatsApp saya macam itu dan dia juga pernah ajak saya berjumpa tapi saya tidak mahu jumpa dia,” katanya.

Pengadu mengakui bahawa perbualan antara dia dan Ebit menerusi aplikasi WhatsApp pada 7 Mei 2021 berkait tentang seks. Tapi, dia sekadar membalas mesej yang dihantar oleh Ebit dan bukan mesej lucah seperti yang Ebit hantar kepadanya.

Dalam keterangannya, pengadu memaklumkan dia hanya memberi maklum balas kepada mesej yang dihantar tapi bukan dengan balasan mesej lucah seperti yang ditulis oleh Ebit.

“Ya Rabbi terketawa pula, saya tulis macam itu sebab ayat lucah dia yang melampau.

“Untuk perkataan ‘huhu’, saya balas ‘huhu’ sebab ayat dia terlebih. Dia membayangkan seolah melakukan seks dengan saya.

“Saya balas ‘huhu’ tapi, bukan balas mahu melakukan apa dia tulis yang dia mahu lakukan perbuatan lucah pada saya,” katanya.

Pengadu turut memberitahu mahkamah nada suara ‘huhu’ bukanlah bunyi ketawa sebaliknya meluat. Biarpun ada mesej yang dihantar kedengaran dia dalam keadaan bergurau namun, bukan pada semua teks.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Atas kesalahan itu, Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria dan Analia Kamaruddin manakala, Ebit diwakili peguam Ram, Mohd. Syarulnizam Salleh Keruak, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut dan Prem Elmer Ganasan. – UTUSAN

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2024 04:21 PM | Show all posts
Teks mesej Ebit Lew berkaitan seks - Saksi
Oleh
ASYIKIN ASMIN
28 Ogos 2024 02:34pm

TENOM - Pengadu dalam kes Ebit Lew bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa teks mesejnya pada 7 Mei 2021 dengan pendakwah tersebut adalah perbualan berkaitan dengan seks.

Bagaimanapun, pengadu yang juga merupakan saksi pendakwaan yang kesembilan menyatakan bahawa dia membalas mesej tersebut bukannya teks lucah seperti yang pendakwah tersebut berikan kepadanya.

"Ya, tapi membalas teks kepada dia dan bukan teks lucah seperti Ebit Lew bagi kepada saya," katanya ketika memberi keterangan dalam sesi pemeriksaan balas oleh peguam, Datuk Ram Singh di Mahkamah Tenom, di sini pada Rabu.

Dalam pemeriksaan balas seterusnya, pengadu memberitahu mahkamah bahawa dia telah membaca teks mesej tersebut dan mengaku memberi maklum balas kepada teks tersebut.

"Saya respons tapi bukan membalas teks lucah seperti yang dia tulis," katanya.

Seterusnya, Ram meminta pengadu jelaskan apa yang difikirkannya mengenai perkataan yang digunakan dalam balasan mesejnya pada jam 12.37 tengah malam pada tarikh tersebut.

"Saya balas 'huhu' sebab ayat dia itu terlebih, yang dia membayangkan seolah-olah dia melakukan seks dengan saya," katanya.

Pengadu kemudian berkata, perkataan tersebut bukan sebagai ketawa tetapi menunjukkan rasa meluat kepada teks lucah yang diterimanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2024 04:55 PM | Show all posts
'Saya tukar nama FB, IG sebab takut Ebit Lew ganggu lagi' - Saksi
Oleh
ASYIKIN ASMIN
28 Ogos 2024 03:00pm

Ebit Lew hadir ke Mahkamah Tenom untuk perbicaraan kes melibatkannya pada Rabu.

TENOM - Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia terpaksa menukar nama dalam akaun media sosialnya di Facebook dan Instagram kerana takut diganggu oleh pendakwah tersebut.

Wanita tersebut yang juga saksi pendakwaan kesembilan memberi keterangan ketika menjawab pemeriksaan balas daripada peguam bela, Datuk Ram Singh yang mewakili Ebit Lew dalam perbicaraan itu.

Dalam pemeriksaan balas tersebut, Ram bertanya kenapa pengadu membuat laporan polis pada 7 Ogos 2021 walaupun selepas menerima permohonan maaf daripada pendakwah tersebut.

Pengadu menjelaskan bahawa laporan polis itu dibuat kerana Ebit Lew masih melakukan perkara sama terhadapnya.

"Selepas Ebit Lew minta maaf pada bulan April, tetapi bila Ebit tidak berhenti pada Mei, Jun, dan terakhir awal Julai, dia seolah-olah tidak menghormati permintaan saya dan tetapi juga tulis ayat lucah, 'call'.

"Lepas itu saya sampai tukar nama FB (Facebook) dan IG (Instagram) dari nama asal saya kepada nama lain sebab takut dia ganggu lagi dan saya tidak mahu lagi ikut arahan dan seperti sebelum ini sebab itu saya ambil keputusan untuk membuat laporan," jelasnya di Mahkamah Tenom pada Rabu.

Ditanya lanjut dalam pemeriksaan balas tersebut, kenapa pengadu mengambil masa selama empat bulan untuk membuat laporan polis dan ke balai yang jauh di Bukit Aman.

"Dalam masa empat bulan itu, saya cuba ambil peranan untuk minta Ebit jangan buat lagi macam itu dan saya pernah bertanya dia adakah dia pernah buat dengan orang lain.

"Sebab bila saya bincang dengan suami, suami kata dia mungkin biasa buat benda itu dan dia berani, masa empat bulan itu Ebit tetap tidak berubah sebab itu saya ambil keputusan awal Julai saya 'block' dia.

"Saya cari jalan bagaimana untuk selesaikan masalah ini, demi keadilan kepada diri saya. Kiranya empat bulan itu peluang untuk Ebit tetapi dia tidak berubah," jelasnya.

Sebelum itu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria dan Analia Kamaruddin.

Ebit Lew diwakili oleh Ram, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Mohd Syarulnizam Salleh Keruak dan Prem Elmer Ganasan manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2024 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kutu_ayam replied at 28-8-2024 03:57 PM
sembang kencang jer tuh.......yg mangsa bendol pegi percaya

Tu la
Mangsa tu lembam ke?
Lepas dah hantar gambar baru tanya suami
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Situasi perempuan ni lebih kurang sama dengan situasi Sepol Baukari..

Apabila berpeluang kenal dan rapat dengan seseorang individu yg terkenal dan sangat diminati, defense mechanism mangsa akan haywire.. Sistem nilai jadi celaru.. Otak tak dapat nak fikir straight.. Dilemma. Nak dilawan, inilah figura yg diidolakan selama ini. Bukan semua orang beruntung dapat berhubung secara peribadi dengan  sebegitu intim.

Maka sebab itulah Sepol anak muda 6 footer tak mampu menghalang Nuar warga emas daripada meliwat jubur nya. Selepas insiden kali yg keberapa baru datang keberanian nak melawan.

So korang jangan takbur sangat mengutuk para mangsa pemerasan sex oleh individu2 high profile ni. Kalau korang diuji dgn keadaan yg sama pun mungkin korang react yg sama juga spt para mangsa. Banyakkan membaca tentang kes2 manipulasi sexual tokoh2 terkenal dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 05:21 PM | Show all posts
iouls tgk muka ebit ni dr dulu2 x berkenan....mmg nmpk aura gatal dia...huhu..
dari program apa entah dekat astro tuu...pi bawah jambatan...cari gelandangan....mmeg x berkenan dgn cara penyampaian dia..huhuhu

sayuuuu hatii...sayuu...entah apa2 entah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 05:59 PM | Show all posts
gila tek jugekkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.481104 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list