CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tokpah

Sesiapa kat sini umur 40an pregnant?

[Copy link]
Post time 21-4-2011 09:02 PM | Show all posts
Reply 96# tokpah


    Sori tokpah .... cerita u pasal  askar wataniah tu tak sempat nak balas balik... sebenarnya askar wataniah lebih kerap pegang senjata daripada kami yang dalam servis tetap ni ...paling last pegang senjata, tahun lepas ... itu pun sebab kena  jaga Tuanku Ampuan Negeri Sembilan masa pertandingan menembak ... diri ni kenalah buat macam expert pasal senjata .. hehehe. S hanya ada pandu sibmas dan kembalik aje ...yang sibmas tu pandu masa tengah sarat mengandung anak kedua ...sajer jer gatal..geram tengok  kenderaan tu.

Kawan satu skot saya ada mempunyai 2 orang anak yang ada autism  daripada 5 orang anak dia dan salah seorang yang kena tu adalah satu-satunya anak lelaki dia. Dia kata ' dia reda diduga Allah macam tu sbb dia  lihat bagaimana  seorang ibu yang ada anak cerebral palsy  melatih anak dia tanpa jemu ( dia kena hantar  anak dia utk training kat hospital  1 x seminggu, so kalau 2 org ..2 x seminggulah ...dia gilir..gilir dgn husband dia).

Dia ada kata ada injection utk  sembuh autism ini kat australia ....dan  bayarannya mahal ... pasal duit dia tak kisah ..tetapi  di antara dua orang anak dia tu ..yang mana dia nak dahulukan ...dia tak tahu.

Bukan itu ajer, saya ada juga senior  lady officer yang ada  anak cerebral palsy ... dan dia kata dia kerja sampai pencen dalam service ni sbb nak bagi pencen tu kepada anaknya  yang CP tu. Saya respect kat dia....

Ada lady officer, bila suami meninggal dia tak kahwin lain, anak ada dua lelaki .... dua-duanya dia hantar belajar medic kat oversea  ....aduh respek sungguh kat dia and she is not a Malay ....camna dia mengumpul duit pun saya x tahu...

ada lady officer, anak perempuan dia yang umur 5 tahun sesak nafas dan  meninggal terus ... betapa trauma kepada dia, saya tak tahulah ..dengan masalah rumahtangga tak settle lagi.

saya respek dengan semua mereka ini kerana mempunyai semangat yang kental .... saya tak tahu jika saya boleh ...(saya ni nampaknya garang tapi cepat terusik hatinya).

cerita lain kali plak .... anak kecik dok kacau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2011 02:03 PM | Show all posts
Reply  deba


saya dah dpt bukak celakhitam.blogspot...wah,deba memang berbakat la menulis. saya ...
tokpah Post at 21-4-2011 11:29



    alamak tokpah..jangan la puji plak.sy minat menulis sejak remaja sbb dulu slalu emo dan rendah diri.
tapi makin lama saya makin malas sebaab tak yakin ngan diri sendiri.padahal seronok je baca artikel/post lama pasal diri kita yang kita pon kekadang dah lupa.alhamdulillah...sy mmg teringin sgt nak menulis walaupun takde arah tentang genre sebenar penulisan sy.sy tak rasa sy jeniss yg bole tulis novel mendayu dayu gitu.tak reti rasanyaa....
saya tengah mengandung adik imran ni 15 weeks .sy teharu dengar cerita2 tokpah...sbb sy paling kagum dengan org yg berjaya tp asalnya dia pernah susah.mak bapak sy pon mcmtu jugak.tokpah jgn risau2..tension2 k.sy rasa umur tu hanyalah angka je.ziana zain tu bole je mengandung lewat usia...sheila majid...just to name a few.just go with it...istikharah dan niat.mohon petunjuk dari-NYA.ketepikan cakap2 org....sy mmg geram kalau org suka mengata2 ni especially sedara mara.sy mmg slalu hangennn ngan sdare mare(belah ayah) sy kalau dierang kutuk2 mak sy...mmg sy hamun je.dari mak sy muda sampai skang pon dok mengata lagi..itu tak kena ini tak kena.
terima kasih bagi inspirasi dan dorongan kat saya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 11:59 AM | Show all posts
seronok jgk baca pengalaman otai2 kat sini..saya pun dlm dilema..

Sekarang umur dah 37 tahun, sdg ngandung anak pertama 8 bulan (actually kandungan ke3, 2 previously gugur), harap2 yg ni dirahmati Allah, insya-Allah..

bila baca tajuk thread ni saya lagi2 berfikir sbb benda yg sama duk main dlm kepala saya ni..sekarang umur 37 anak pertama, n sepanjang ngandung ni saya kena DARAH TINGGI, saya ambil Methyldopa 2 biji tiga kali sehari, saya mula ambil masa kandungan 4 bulan sampailah sekarang, yg buat saya phobia nak ngandung lagi ialah sepanjang saya ambil ubat ni saya akan mengalami-
- sakit kepala yg teruk,
- tak boleh berdiri lama rasa mahu rebah, pitam
- dunia berputar, tak boleh berdiri, ke bilik air kdg2 merangkak....
- kalau buat kerja rumah tu paling lama 10 minit je, then saya kena baringkan badan n letak kepala,
-kalau gosok baju suami kena baring@rehat dua kali baru siap sehelai baju n seluarnya...
- kdg2 sakitnya mcm mahu pecah kepala, berterusan almost 20 hours setiap hari...!!! kdg2 saya menangis, kenapa saya diberi ujian begini teruk...

saya ada anak angkat sekarang umurnya 2 tahun, memang nakal yg amat, lagilah meletihkan saya dgn effect ubat darah tinggi yg saya ambil tu, dah 3 bulan kami hantar anak saya tu ke nurseri, letak half day je, mula jam 12 sampai 6 ptg. Suami ngajar jauh 100km pergi balik. itu belum lagi dgn komplikasi mengandung yg lain2..sekarang pun saya baru keluar wad disebabkan darah tinggi ni lah..tapi sepanjang ambil ubat ni tekanan saya control tapi effectnya memang sakit kepala yg amattttt......

mujur saya bekerja dari rumah (editor), kalaulah tak mesti saya wajib minta cuti sepanjang saya mengandung ni...mak yg dengar kesusahan saya ni pun mennagis..katanya punyalah susah nak dapat anak, dah mengandung mcm ni pulak ujian Allah buat saya...ya, sepanjang ini jugala saya tak kemana2, hanya baring di rumah menunggu anak n suami pulang bawa makanan...hanya keluar utk ke klinik buat check up n review blood pressure saya..

ada kawan duk mengusik2 lepas ni saya kena beranak lagi sebab baru nak dpt seorang ni je, depa dah berderet anak..ya,,,,,saya terfikiir2, mampukah saya mengandung lagi lepas ni..berat mata memandang berat lagi bahu memikul...;;;(
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 09:19 PM | Show all posts
Dia ada kata ada injection utk  sembuh autism ini kat australia ....dan  bayarannya mahal ... pasal duit dia tak kisah
Reply 101# Zielah



   salam zielah,
you tau ke apa nama injection tu? sebab my mum's neighbour anak dia down syndrome (or was it autism) and dia kena dapatkan injection setiap 2-3 bulan.... and this auntie bayar RM18k per injection, sekarang ni dah 6 kali kot inject, and still continue lagi...

this auntie got pregant the same time as me, hence anak kitorang sebaya. although that auntie is in her mid 40s. Anak sulung dah 21 tahun but she decided to get pregnant sebab suami dia nak anak kecik lagi.... everything was ok throughout her pregnancy just that bulan ke 8 doktor baru perasan something wrong...her legs bengkak or sembab (medical term edema), then bila scan, kandungan air dalam kandungan berlebihan, and doktor inform dia and anak sulung dia yang anak diorang ni nanti kemungkinan C***T, which is true enough.... auntie tu nampak down la awal2 kelahiran anak dia but later dia boleh terima keadaan la....

just to let everyone know, walaupun Malaysia kadang2 tak der sesuatu ubat tu, lets say kat Aus jer yang ada, you dont have to fly all the way to Aus to get the medicine. You can import/bring in the medicine thru IMPORT LICENSE FORM, then kena dapatkan kelulusan Ketua Pengarah Kesihatan, then it takes about 4-6 weeks to bring in the medicine. This is more suitable for medicine yang bukan urgently required or for emergency use la...

for further info, go to bpfk.gov.my
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 09:26 PM | Show all posts
Reply 103# anna1234


   salam kak anna,
methyldopa ni among the oldest drug in the market for the treatment of HTN. If akak ada rasa all this side effects & suspect due to this drug, did you go back to your gynae & ask for a better well tolerated drug tak? ada banyak lagi ubat HTN kat marke ni...memang dalam guideline,methyldopa is usually the preferred drug sebab it is considered safe for the baby & mother, and among the drugs yang banyak kajian dia...

but,

when giving a medicine to patients, 3 things doctors must bear in mind :

1. safety
2. toleribity
3. efficacy

in terms of safety & efficacy, seems like ok (is your BP ok?)

tapi in terms tolerability, from the way i look at it, akak tak boleh tolerate... you may want to discuss this dengan gynae.... if akak senyap jer then doktor akan ingat you're doing well.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 10:02 AM | Show all posts
Reply 105# cn7


thanks cn7..

akak dah consult my gynae since teruk bebeno effectnya , n my gyne beri akak nifidiphine 1/2 biji n methyldopa 1 biji, ganti methyldopa 2 x 3, tapiiiieffect nifidiphine lagggiii terukkkk...sakit kepala akak double sakit dikkk..

memang akak tak tolerate dgn ubat2 tu, satu je lagi option ialah lebatolol tapi since akak dah 8 bln lebih n metyldopa ni ok utk my bp, so doc proceed je, now my bp average atasnya 120 - 135, bawah 70 - 85...cantik kan...tapi kdg2 terbabas gak ke 140/90...


ni pun duk pening2 sambil ngadap laptop ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2011 11:54 PM | Show all posts
Reply 106# anna1234


    hmm... kak akak gi klinik/hospital mana? awat suma bagi ubat2 lama? tapi since akak pun lagi sebulan jer, and BP akak well controlled, akak maintain kan jer la dulu yer... jangan stress2...hehehe

labetalol, nifedipine suma tu boleh kata antara ubat2 lama....

yang baru2 sikit, saya bagi brand name yer... norvasc, cozaar, hyzaar etc...saya tak kata ubat tu salah, cuma kesian la effect dia pada akak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 12:20 AM | Show all posts
Reply 107# cn7

akak p klinik kerajaan dik, tapi doc referee n pakar ckp hanya 3 jenis ubat shja utk pregnant ni, methyldopa, nifidiphine n lebatolol. n akak dah cuba nifidiphine tapi tak sanggup,so proceed je dgn methyldopa. akak p klinik swasta pun depa beri methyldopa jgk dik utk pregnant. kawan2 akak yg ada high blood pun semua diberi methyldopa. akak pernah tanya minta tukar ubat tapi3 jenis tu je depa habaq. Ubat2 yg adik sebut tu tak pernah pulak doctor2 tu habaq. ke sebab klinik kerajaan memang old fashion dik??

entah le dik, akak proceed je sabar tahan sakit semua demi anak..akak rungsing jgk kalau lepas bersalin nanti akak akan jadi ketagih pulak dgn ubat tu, ye la kalau akak lambat ambik pun akak pening jgk..huhuhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2011 10:23 PM | Show all posts
Reply 104# cn7

Salam cn7,

nanti  bila s jumpa  kawan saya tu saya tanya ...TQ
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 02:23 AM | Show all posts
bila baca luahan kt sini...tersedar betapa pentingnya anak..
bez takut pregnant sbb takut bersalin..nk keluar ikut mana pun jadi sesak nk fikir..

takut nanti bila cuba nk bersalin normal..gagal lg. nanti end up kene zass atas bwh lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2011 11:28 AM | Show all posts
bnyk2kan berdoa....moga bayi yg bakal lahir sehat n sempurna....doakan juga utk diri sendiri..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2011 07:25 PM | Show all posts
Reply 102# deba


sorilah lama tak balas. baru balik Mesia. ada le fly sana-sini Europe urusan kerja.

Happy Belated Birthday Deba!!!!

baru perasan kita sama2 bday April! fighter lah kan? Deba bday ke 26 kan? Saya ke empat puluh XXX! ish, tuanya tapi anak belum sekolah rendah. dah takdir.

macamana anak deba Imran OK, sihat?

Bday celebration saya April tahun ni ada 2 event special. satu dari manusia,satu dari Allah.

Dari Allah; saya kali pertama di jemput berceramah di masjid dalam Forum Ehwal Islam. Rasa best sangat. Susah nak cakap,macam ada aura.saya anggap itu keberkatan.rasa happy berbanding dengan Persidangan Antarabangsa yg stress sangat. Saya pakai dekat 50 slide cerita pasal bahan kimia di sekeliling kita. ada sesi soal jawab sepatutnya setengah jam jadi sejam. macam2 hadirin tanya.balik ni dah ada mesej ada masjid lain pulak mintak berceramah. Syukurlah 'rezeki' walaupun bukan dari sudut duit. rasa ketenangan yang amat sangat.

Dari manusia; dapat pingat sultan/raja.bukan datuk...tak boleh langkah bendul. kasi kat senior dulu.

Macamana perkembangan penulisan Deba? Saya rasa mulanya tak best jugak di thread ni cerita benda lain, tapi yelah,mereka yang pregnant 40an bukan normal. ada sebab-sebabnya. ada yang positif kita kongsi bersama buat panduan.

baby dalam kandungan tu dah tendang-tendang? ada apa-apa alahan kali ni? cheers!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2011 07:34 PM | Show all posts
Reply  Az_zy

kih kih kih .... saya ni garang bertempat .... so far tak dengar lagi  staff yang x ...
Zielah Post at 21-4-2011 20:40


tahun 90an, kami ambil exam Semboyan kat Sg Besi. Kami jalan cross padang antara barisan pondok exam radio set. Jalan lenggang kangkung, macam itik pulang petang.

tiba-tiba kena jeritan yang amat kuat, marah kami suruh cepat! terkincit semua lari. Tercungap-cungap semua!  Selama ni kami dengar RSM je jerit macam tu.

Rupanya seorang YO wanita semboyan yang menjerit marah tu dari hujung padang.   

eerrrr.....Zielah ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 08:39 PM | Show all posts
Saya umur 40an nak pregnant lagi. Rasanya tak cukup 2 orang. Abng sulong 4 1/2thn, adiknya 2 tahun.  ...
tokpah Post at 9-3-2011 23:27


ana nak share citer my cousin sister dan frenz yg masing2 mengandung masa umur diaorg dah above 40

my cousin sister dah ada 4 org anak tapi semua girl so dia berhajat nak boy, umur 44 tahun dia disahkan mengandung, alhamdulillah anak dia sihat dan gebu, tu ikut genetik abahnya skrg anak dia tue dah 6 tahun umurnya

my frenz umur 42 tahun mengandung dan dah selamat melahirkan anak last month, mak dan anak sama2 sihat dan anak dia cam budak lain x banyak ragam

cumanya dia pastikan sepanjang tempoh mengandung dia ikut saranan Dr
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 01:40 PM | Show all posts
Nak share jugak.
Mak saya pun had my little brother when she was 42YO. Bersalin kat rumah assisted by midwife (most of us lahir kat rumah, sbb senang mak nak jaga kami adik beradik - 9 of us). But ada a little bit of complication - tali pusat lilit leher, but alhamdulillah everything went fine, adik dah besar pun dah jadi bapak org pun. Anyway that complication was not due to her age, it could happen to any younger mom too. According to my mom, pucat jugak midwife tu, tapi both decided not to put down the incident on record, lagipun mak saya jugak yg berkeras nak bersalin kat rumah.

Apapun saya amat bersetuju tentang pilihan utk mengandung dalm usia awal 40an selagi terdaya, go for it. All the best!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 11:01 PM | Show all posts
Salam. Ima baru genap 3 minggu lahirkan anak & I'm 39yrs old. Anak ke 5. Throughout pregnancy, tak de pape masalah, Alhamdulillah.

Tapi bila dah nak bersalin - which is right on the due date (27/4) Doctor dapati heartbeat baby menurun sampai 90. Cerviks baru buka 3cm. Ima kena buat Csect sbb nak selamatkan baby. Anak lain dulu semua lahir normal termasuk twins tapi dah takdir tuhan yg bongsu ni pulak kena Czer.

Syukur sangat baby sihat and Ima dapat fully breastfeed baby tanpa masalah lain. Apapun kita hanya merancang, Allah jua yg menentukan. Yg penting jaga kesihatan sebelum hamil dan bertawakal sahaja...

All the best TT..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2011 05:06 PM | Show all posts
Saya pun tak sangka saya mengandung lagi masa umur 40 tahun sebab selera makan macam biasa aje dan perut pun tak rasa keras sangat. Tapi period dah tak datang 2 bulan. Pergilah check klinik kerajaan sebab takut kena marah kalau buka buku lewat. Masa doktor scan tu, doktor cakap tak nampak lagi, tak sama dengan orang yang mengandung 2 bulan. Dia suruh datang lagi untuk scan pada bulan depan.

Tapi tak sampai bulan depannya pun saya dah rasa pinggang sakit-sakit dalam 2-3 hari jugak. Tak lama lepas tu saya keguguran, dan sampai sekarang tak mengandung lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 05:49 PM | Show all posts
saay pun dah masuk 40an.. mengandung tu memang saya ingin sangat2 sebab anak saya baru sorang dah 17 tahun.. tak tahulah cam ne kalau saya mengandung ne, skrg ne pun kalau balik darikeje pun rasa penat ya amat.. walau bagaimanapun saya masih nak mengandung tapi masih belum ada rezei...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 03:22 PM | Show all posts
baru abis baca thread ni...menarik hah baca pengalaman org... just nak tau,  apa perkembangan TOKPAH skrg ehh???
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 12:19 PM | Show all posts
alhamdulillah ..dah bertugas semula selepas 60 hari cuti bersalin.  mengandung dan melahirkan pada usia 40 tahun pada saya tiada masaalah ..alhamdulillah diberi kekuatan dan kesihatan yg baik semasa mengandung dan melahirkan si bungsu nie ...Saat berpantang juga mudah kerana ada pembantu abang & kakak yg berusia 17 & 16 tahun ....semuanya boleh remote jer ...hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.057809 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list