|
“Makin Lama Makin Bebal Manusia Demi Sebuah Video Content. Sumpah Memalukan,” Ramai Kecam Tiga Beranak Bersilat Di Masjid Nabawi
[Copy link]
|
|
hurm...manusia makin aneh2 |
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 26-1-2024 01:38 PM
Trend zmn skrg, smua nak sbut psl Palestine, trpaling
Tetiba teringat konsert citi nurhalijah...demimu Palestin..jom menyanyi... |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya orang SG... ada kaitan cucu geng silat jugak.
Entahlah... tunggu yg empunya badan kasik pencerahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kau orang ni isle ke kafir?
'Tak salah bersilat di laman masjid, pelbagai aktiviti dibuat sejak zaman Nabi'
KUALA LUMPUR: "Tidak perlu kecam tindakan mereka bersilat di pekarangan masjid," kata Timbalan Dekan Jaringan Industri, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.
Ini kerana katanya, selain solat dan beriktikaf, masjid sejak zaman Nabi Muhammad SAW turut digunakan sebagai tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti program ilmu.
Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim. Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.
Beliau berkata, pada zaman berkenaan bukan sahaja dalam masjid dan pekarangan tetapi di tepi masjid turut digunakan untuk berlatih memanah bagi pertahankan diri ketika perang.
"Masjid itu sebagai pusat untuk semua perkara. Malah ketika itu orang bukan Islam datang hendak bertemu dengan nabi di kawasan Masjid Nabawi yang turut dikatakan sebagai tiang perwakilan kerana perwakilan dari dalam dan luar negara datang bertemu nabi di situ.
"Jadi ini bermakna masjid boleh digunakan untuk banyak acara terutama bagi menarik anak-anak muda.
"Sekarang ini juga sudah banyak masjid bukan sahaja digunakan untuk solat, tetapi di pekarangan turut digunakan untuk membuka kiosk, mengadakan pelbagai sukan seperti ping pong, bilik tuisyen dan sebagainya kerana ini semua dibenarkan," katanya kepada BH.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai satu klip video berdurasi 27 saat yang menunjukkan seorang individu bersama dua kanak-kanak membuat persembahan silat di pekarangan Masjid Nabawi di Madinah.
Bagaimanapun, video yang tular sejak beberapa hari lalu itu, mendapat kecaman daripada netizen kerana dikatakan tidak menghormati kawasan berkenaan.
Namun tidak dapat dipastikan individu berkenaan adalah rakyat Malaysia atau dari negara jiran.
Justeru Mohd Izhar yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), berkata tidak perlu marah dengan individu yang bersilat di pekarangan masjid.
"Mungkin dia hendak berlatih persembahan silat atau membawa budaya dan adat Melayu ke sana kerana lengkap berpakaian silat seperti pendekar. Kita tidak tahu niat dia.
"Selagi mana polis tidak tahan, apa yang dilakukan tiada masalah selagi tidak menyalahi undang-undang.
"Sebab ada macam-macam cara untuk tonjolkan budaya masing-masing seperti rakyat Magribi dan Afrika sendiri yang sentiasa berpakaian negara mereka," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, jika individu berkenaan cuba untuk menyebarkan ilmu yang salah, itu tidak boleh.
"Jika dia datang untuk tunjukkan ilmu tertentu hingga membuat orang datang ke masjid semata-mata melihat ilmunya yang tidak betul itu, yang itu tidak boleh.
"Jika dia setakat datang pakai baju silat dan bersilat, mana tahu dengan cara itu ada orang Arab panggil mereka untuk mengajar anak-anak Arab bersilat.
"Itukan sesuatu perkara yang bagus kerana saya melihat perkara ini dari sudut yang positif," katanya.
https://api.bharian.com.my/berit ... tiviti-dibuat-sejak
Apabila ustaz nak ajar orang jadi bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa xnak buat persembahan silat ni di depan hotel? |
|
|
|
|
|
|
|
jadi boleh la ekkk nak menari zapin ker... inang gitu kann.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak bodoh satu hal, silat pun x synchronized...org tengok sbb pelik bukan sebab tertarik..habis silat promote ubat kuat sambil selfie pakai tanjak depan masjid..bukan x tau MO org melayu batak attention ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Professor kangkung ka ni. Sama bodoh dengan yang dia bekap. Konon ada title prof tu ingat orang takut le tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak lalu pak arab ngentak belakang nya.. bio tumpo |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 26-1-2024 06:30 PM
Professor kangkung ka ni. Sama bodoh dengan yang dia bekap. Konon ada title prof tu ingat orang ta ...
Professor pengerusi advisor zus cafe... kwangkwang... Profesor pun promo jual minyak wangi berlatarkan kaabah...apo nak di kata... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mmg skeptical sikit kalau tgk geng2 tanjak2 silat ni campur aduk dlm agama. Turn off. |
|
|
|
|
|
|
|
I pun teringin nak tgk muka dia. hehehe.. sebab pelik sangat kisahnya. Dulu2 org ke tanah suci punyala susah kumpul duit, niat nak lengkapkan rukun Islam. Sekarang ramai yg berpusu pergi sebab mampu, dah jadi macam makan angin dan business pula. yg pergi shooting filem, yg pergi buat content media sosial, yg pergi nak iklan segala 'jus sunnah' ke apa dan yg pergi nak bersilat..buat kelainan konon. Entahlah.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila hidup bertuhankan socmed. Akhir zmn ni ramai org ke mekah ke madinah sekadar mkn angin. Itu interpretasi aku dr apa yg kbykn diorg tunjuk. Cth mcm ni la, siap pack baju special dr tanah air |
|
|
|
|
|
|
|
Bapaknya tuh, dah boleh hantar kat Gaza |
|
|
|
|
|
|
|
motif dia nak martabatkan seni persilatan ke semua pelusuk dunia...
sbb tu dia gigih bawa pelengkapan silat tu... pakaian, sampin, tanjak segala...
pakaian tu pun menutup aurat jadi boleh la terus pergi bawa solat gitu uoollsss...
flexible kannnnnn.....
biar persilatan ini mendunia, dilihat oleh dunia..
lagi pun ruang luar masjid kan bebas buat apa2 xtvt kannn....
ostaz pun kata takde apa2 kesalahan pun kannnn....
apa lagi, sesuai la sgt kannnn....
|
|
|
|
|
|
|
|
Isu semasa dah kena spam dengan movie pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|