|
kursus apa paling byk menghasilkan unemployed graduates
[Copy link]
|
|
Originally posted by oakley_konatchi at 7-5-2003 11:45 PM
rasanyer la....kursus yang paling tak guner...dan standard cikai.... kursus agama dan yang berkaitan dengan kursus agama islam... ekekkekekekekkekekkeekk.....yela..di malaysia...yang blaja pasal ni ...
bagi pandangan saya, anda adalah seorang yang kolot dan seperti katak di bawah tempurung. cuba buka mata anda, kenal tak siapa Dr Masitah?dia tu lulusan Engineering ke
Anda kenal siapa Perdana Menteri Malaysia skrg? PM kita tu lulusan Politik ke?
cuba teliti dan fikirkan lah dulu kesan taipan anda sebelum menulis. jangan sesedap hati saja. apa salah orang yang ambil Agama sehingga anda menuding mereka ini sering menjurus kepada terrorrist? Inilah lahirnya seorang graduan yang berfikiran seperti Bush.
[ Last edited by ahmad78 at 5-1-2006 08:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
pada saya kita harus ada sifat yakin diri dan sanggup untuk mengupgradekan diri sendiri. unieversiti sdh bg asas pendidikan, terpulang pada kita untuk extend dan mengeksploitasi asas pendidikan itu mcm buka bisnes ka. itu yang saya pk. memang sya akui bidang biotek ni susah sikit dapat keja tapi xmustahil blh dapat keja. tunggu pelan biotek negara btl2x diperkukuhkan baru peluang2x kerja tu wujud dengan banyak. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by oakley_konatchi at 7-5-2003 11:45 PM
rasanyer la....kursus yang paling tak guner...dan standard cikai.... kursus agama dan yang berkaitan dengan kursus agama islam... ekekkekekekekkekekkeekk.....yela..di malaysia...yang blaja pasal ni ...
macam org tak beragama jek...
memperlekehkan org yang belajar agama...:agr: |
|
|
|
|
|
|
Capt_ICAEW This user has been deleted
|
takde kursus yg menghasilkan unemployed people..diri sendiri yg menghasilkn unemployed person..ambik apa2 pon kalau result perfom..diri sendiri competent..memang orang nak..ni kalau ada diploma cukup2 makan jer..xpon result lebey kurang sapa nak ambik..sama gak with degree..kalau result xberapa best sapa nak..ni apply to all..local and oversea grad..unemployed kadang2 sebab memilih..nk glamer n gaji besar..mana ada freshgrad keluar2 tros hidup senang...come on la malaysia job market is still competitive la..add la some value pada diri..amik english course ker..sure you do well..doesn mean we garduated from a particular field we must work in that field for definite...pitty for those who thing degree in agama worthless..one day..dorang ni akan jadi adviser untuk bank2..realise or not..malaysia is the leading islamic banking..kt UK ni sikit2 malaysia bab islamic banking...ciao |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Capt_ICAEW at 22-1-2006 02:49 AM
takde kursus yg menghasilkan unemployed people..diri sendiri yg menghasilkn unemployed person..ambik apa2 pon kalau result perfom..diri sendiri competent..memang orang nak..ni kalau ada diploma cu ...
betul tu. tak der kursus yang menghasilkan unemployed people.. yang percaya wujudnya kursus yang macam tu adalah orang yang berfikiran paralel: satu kursus untuk satu kerja. bahkan seolah-olah krisis kurang pekerjaan kat malaysia ni , teruk sangat sampai graduate Malaysia terpaksa merantau ke Pakistan, Yaman, Kanada, UK dll.dll. untuk jadi buruh kat sana. yang penting boleh tak graduate tu berfikir macam graduate. dah tak dapat kerja tu, wujudkanlah kerja..
ps: amboi...pandainya aku bercakap... ni mamat idealistik le ni..ni semua teori je ..tak boleh pakai... ke... kita yang tak pandai cari peluang..? tahu tak, ada graduate yang berjaya dengan perniagaan yang berbantukan skim bantuan berniagaan yang sorang pun tak tahu?... err..tapi dia tahu la sbb dia ada inisiatif nak mencari... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by oakley_konatchi at 7-5-2003 11:45 PM
rasanyer la....kursus yang paling tak guner...dan standard cikai.... kursus agama dan yang berkaitan dengan kursus agama islam... ekekkekekekekkekekkeekk.....yela..di malaysia...yang blaja pasal ni ...
bodoh gile pendapatnf: |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku... ini adalah kesilapan individu...
kesilapan yg nyata adalah cara membuat resume... seperti tidak bersungguh2...
ada yg letak gambar print yg guna printer rumah... hitam putih pun ada... warghh hahaha :lol
resume yg dah macam kertas bungkus nasik lemak pun ada...
yg salah ejaan... ayat campur english malay...
yg sekeping jer dijaja sana sini...
yg x sahkan sijil2 masing2...
so, saranan ialah supaya yg tak tau tu beli buku "resume for dummies"...
pastu time interview... x prepare...
itu je masalah aku dulu... just nk share... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan course yg menyebabkan individu tak dapat kerja, individu itu sendiri yg takder character utk
bekerja di company yg dier apply...sebab masalah sekarang ni, semua orang ada basic degree tetapi
mempunyai akhlak dan sahsiah yg lemah...otak pandai tapi sikap bodoh...sebab tu majikan sekarang masa
panggil interview ada EQ test... |
|
|
|
|
|
|
|
bagi pendapat aku, bidang IT still in demand tetapi graduan kena venture ke bidang lain yg sangkut paut
dgn IT seperti jadikan bidang pertanian sebagai IT base, bidang perikanan, bidang perladangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by myname at 12-6-2003 01:24 PM
ehh ye ke tak diajar ? mana ko tahu , ko tanya ke IPTA tu semua , aku budak coz lain pun boleh belajar sendiri Adobe Premier , PHP and Visual Basic , takkan lah coz komputer tak diajar
patut laa tak tau ....ko pun course lain....tak berada kat situasi sebenar.......aku tauuu laaaa sebab aku ni dulu budak UPM....diploma kat UPM masuk degree pun UPM tapi separuh jln sbb bosan ngan silibus UPM last last masuk MMU sampai skrang...dah nak habis pun...tak der laa power tapi atleast better dari dulu........ckp blh laaaa tgk buat |
|
|
|
|
|
|
|
mmmm
dapat pekerjaan atau tak..itu bergantung kepada individu..kene berdaya saing ...BI kene power. dan berkeyakinan..aku percaya apa2kos pun kita amik....semua ada keje..kalau seseorg mempunyai keyakinan dan azam kuat utk berusaha... |
|
|
|
|
|
|
|
course.....sastera.....economy..business admin....it |
|
|
|
|
|
|
|
Course sains pun banyak menghasilkan graduan menganggur.Including me.Last2 mintak KPLI.Cita2 asal nak jadik saintis.Bila la bidang sains kat Malaysian ni nak maju... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak menghairankan kalau ramai graduan IT yang menganggur. Bukan sebab peluang tak ada. Sebaliknya, banyak post untuk graduan IT yang tak diisi. Tapi masalahnya ialah kebolehan graduan itu sendiri. Mungkin universiti pada hari ini terlalu mengutamakan teori dan tak berapa mementingkan amali.
Kalau buat programming pun tak pandai, dan bila diberi masalah tak dapat nak menunjukkan program flow yang boleh menyelesaikan masalah tu, macam mana nak dapat kerja?
Dalam pada itu, saya respek graduan IT dari USM, UM, UKM dan MMU. |
|
|
|
|
|
|
|
Graduan ICT, pentadbiran perniagaan paling ramai menganggur
MIRI 5 Feb. - Graduan dalam bidang pentadbiran perniagaan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dikenal pasti paling ramai menjadi penganggur di negara ini.
Mereka adalah terdiri daripada 59,250 orang graduan menganggur seluruh negara.
Memetik laporan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri, negara kini melahirkan lebih 20,000 graduan dalam dua bidang pengajian berkenaan setiap tahun.
Pengurus Unit Program Bumiputera, Multimedia Development Corporations (MDC), Mohd. Shahidan Shaari yang memetik laporan itu berkata, jumlah itu terlalu besar berbanding permintaan atau keperluan tenaga sumber manusia.
``Keadaan tersebut turut menyebabkan kedua-dua bidang itu tidak begitu kompetitif di pasaran kerja sekarang,'' katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Laluan Menjadi Usahawan sempena seminar kesedaran E-Biz anjuran Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di sini semalam.
Shahidan berkata, kajian menunjukkan kegagalan menguasai kemahiran bahasa Inggeris dan tidak dapat berkomunikasi dengan baik juga menjadi antara faktor graduan menganggur.
``Lebih 85 peratus daripada mereka dilaporkan pernah memohon kerja lebih daripada 10 kali, namun masih gagal kerana tidak menguasai bahasa Inggeris dan tiada pengalaman kerja,'' jelasnya.
Katanya, pelbagai langkah sedang diambil bagi mengatasi isu graduan menganggur. Langkah itu termasuklah menggalakkan graduan menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan terutama yang berteraskan ICT.
``Kita galakkan mereka menceburi bidang ini lebih awal kerana mereka akan mempunyai banyak masa untuk memperkembangkan prestasi.
``Sebenarnya, mereka mempunyai masa depan yang cerah jika mahu berkecimpung secara serius dalam bidang keusahawanan dan perniagaan,'' katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
dak business memang la ramai mengangur, dah ramai gile amik course tu, pastu demand tak tinggi. especially kalo amik dip.
the problem is, most of the time, those with engineering degree can do non-technical stuff. so, since demand tak tinggi, campur plak ngna peluang dorang yang dak engineering dah sapu, maka tak banyak la keja utk dorang lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
aku amik kos biology kat u dulu..now jadi surirumah..malas pulak nak keje..tgok la pas2 ni buat business sendiri..now buat business kecil-kecilan isi masa lapang.. |
|
|
|
|
|
|
|
uikhh panas..panas berdebat forumer2 kt sini:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by miss_comel at 6-2-2006 21:44
aku amik kos biology kat u dulu..now jadi surirumah..malas pulak nak keje..tgok la pas2 ni buat business sendiri..now buat business kecil-kecilan isi masa lapang..
miss dulu amik course biology? tak sangkanyee.. heheh.. ingat dak business.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rara_bella at 6-2-2006 10:40 PM
miss dulu amik course biology? tak sangkanyee.. heheh.. ingat dak business..
tulah..semua org gelakkan aku..hehehhe...mmg minat pun subjek biology ni dari sekolah..
pastuh tak tau nak keje ape lak..:stp::stp:..nak business pun tak reti sgt |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|