|
~Cahaya Islam Penenang Jiwa [Ingat mengingati sesama kita]~
[Copy link]
|
|
Doa perlindungan untuk anak-anak
[size=130%]Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:
[size=130%]Akuminta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yangsempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain(pandangan mata yang menimpakan penyakit).
moga2 anak2 kita atau anak2 di luar sana sentiasa dilindungi Allah swt ...amin
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
DOA MUDAH UNTUK MEBAYAR HUTANG
terjemahannya :
no.1
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.
no.2
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
~~DOA SOLAT ISTIKHARAH .~~
Doa Istikharah bererti:
Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.
Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya...
Allah telah berfirman:
"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah". |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga kita mendapat keberkatan dan jadikan sbg panduan hidup
ayushuhada04 Post at 22-12-2010 09:31 
tol kak ayu.... bila baca balik byk yg baru kita tau n ingat balik |
|
|
|
|
|
|
|
salam kenal fiqrah......
tq....
mari kita terus berkongsi...........
poisonrose912 Post at 22-12-2010 10:30 
Insyaallah... dengan izinNya... |
|
|
|
|
|
|
|
tol kak ayu.... bila baca balik byk yg baru kita tau n ingat balik
hyun Post at 22-12-2010 14:43 
sebb kita mudah sgt TERleka............... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply hyun
Assalamualaikum hyun
Good Thread
-Elok kita saling ingat me ...
masarju Post at 22-12-2010 11:05 
wsalam mas....
tq sbb singgah...
jgn lupa klu de pe2 nak kongsi semasa
singgah sini yek
insyaallah |
|
|
|
|
|
|
|
sebb kita mudah sgt TERleka...............
ayushuhada04 Post at 22-12-2010 14:45 
klu tak diingatkan mmg terus hanyut |
|
|
|
|
|
|
|
klu tak diingatkan mmg terus hanyut
hyun Post at 22-12-2010 14:49 
yer...
jadi kita kena kuatkan iman.......... |
|
|
|
|
|
|
|
klu tak diingatkan mmg terus hanyut
hyun Post at 22-12-2010 14:49 
betul tu hyun ........byk sgt benda yg melekakan....
cabaran sungguh !!  |
|
|
|
|
|
|
|
14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada HariAsyura
(10 Muharram, bersamaan KHAMIS, 16 DEC 2010)
dah lepas tp leh standby utk next year mane tau ada umo panjang
1. Melapangkan masa / belanja anak ,suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golonganyang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagitiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekorgagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakirmiskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahayakeimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyurakerana Allah Taala'
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhiratnanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hariAsyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wani'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbukapuasa.
14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyurakerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribukali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Insya'allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ayushuhada04 at 22-12-2010 15:35
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.
Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”
Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
.Sekian, semoga ada manfaatnya.
Wassallam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menuturkan Lima Bahasa Kasih Sayang
“Assalamualaikum ustaz. Saya mempunyai anak berusia tujuh tahun. Apabila saya menegur kesalahannya, dia mengatakan yang saya tidak sayangkan dia serta melebihkan adik beradik yang lain sedangkan kasih sayang saya kepada anak-anak tidak berbelah bagi. Apa nasihat ustaz?” Demikian soalan yang ditanya oleh salah seorang peserta bengkel Sinergi Keluarga Bahagia anjuran bersama Nisa’ Titiwangsa, Yayasan Prihatin [...]

“Assalamualaikum ustaz. Saya mempunyai anak berusia tujuh tahun. Apabila saya menegur kesalahannya, dia mengatakan yang saya tidak sayangkan dia serta melebihkan adik beradik yang lain sedangkan kasih sayang saya kepada anak-anak tidak berbelah bagi. Apa nasihat ustaz?”
Demikian soalan yang ditanya oleh salah seorang peserta bengkel Sinergi Keluarga Bahagia anjuran bersama Nisa’ Titiwangsa, Yayasan Prihatin Titiwangsa dan Yayasan Selangor, semalam. Program ini terhasil daripada inisiatif YB Dr. Lo’lo’ Hj Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa yang menghubungi saya melalui Twitter menyatakan hajat besarnya mahu mengadakan sebuah program kekeluargaan terutamanya bagi penduduk sekitar Parlimen Titiwangsa yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Alhamdulillah.
Soalan dihantar dalam bentuk nota dan ia bagus kerana di dalam program yang membabitkan hal-hal kekeluargaan, biasa sekali peserta segan hendak bertanya kerana tidak mahu kondisi rumahtangganya ‘dinilai’ oleh peserta-peserta lain.
KASIH TANPA SYARAT
Mendisiplinkan anak-anak lebih mudah jika anak mempunyai tahap emosi yang baik.
Mereka yakin dengan kasih sayang ibu bapa kepada mereka, justeru teguran tidak ditafsirkan sebagai benci, sebaliknya pembetulan dan disiplin.
Mengasihi anak-anak tanpa syarat tidak sama sekali bermaksud menjadi permisif. Anak-anak perlu didisplinkan, tetapi ia mesti SENTIASA bertitik tolak daripada rasa kasih sayang, bukannya benci. Peka terhadap intonasi dan gaya bahasa yang diguna pakai semasa memarahi anak sama ada ia terbit daripada kasih sayang atau benci.
“Kenapa tumpahkan air ini? Banyak kali emak dah tegur. Kamu ni!!!” si ibu meninggikan suara.
“Hishhh, kenapa kamu ni? Bodoh betullah, berapa kali emak nak cakapppp!” si ibu tidak begitu meninggikan suara tetapi menegur anak sambil jari telunjuknya ditujah-tujah ke dahi anak.
Nilaikan, mana satu teguran yang bertitik tolak daripada kasih sayang, dengan teguran yang terbit daripada rasa marah yang tidak terkawal hingga berubah menjadi benci.
Mengasihi anak dengan syarat, sungguh mengelirukan si anak.
BAHASA KASIH SAYANG
Keduanya, sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, anak-anak malah manusia dewasa juga mengasihi dan dikasihi dalam bentuk-bentuk yang berbeza (The Five Love Languages for Children oleh Gary Chapman). Biar pun kelima-lima bahasa kasih sayang itu penting, namun setiap seorangnya akan lebih terkesan dengan salah satu daripada lima bahasa kasih sayang tersebut.
Bahasa-bahasa itu ialah:
1. Sentuhan fizikal
2. Perkataan
3. Masa berkualiti
4. Hadiah
5. Khidmat bakti
Semua ibu bapa sayangkan anak-anak. Tetapi ramai anak yang merasakan bahawa dirinya tidak disayangi (Gary Chapman). Salah satu puncanya ialah, ibu bapa mengasihi anak-anak hanya dengan menggunakan satu atau dua bahasa sahaja.
Misalnya, ibu bapa menunjukkan rasa kasih sayangnya kepada anak-anak dengan ‘perkataan’ apabila selalu menyebut kepada anak-anak, “ayah sayangkan kamu semua” atau “ibu sayang Adam, sayang Anas, sayang Anis”. Jika Anas dan Anis itu bahasa utama kasih sayangnya ialah perkataan, maka ungkapan itu berjaya membantu mereka yakin bahawa mereka memang disayangi. Tetapi jika bahasa utama kasih sayang Adam ialah sentuhan fizikal, biar pun dia juga diberitahu bahawa dia dikasihi oleh ayah dan ibunya, dia tidak dapat merasakan kasih sayang itu kerana ibu dan bapanya tidak memeluk, mencium, mengusap atau bergomol dengan Adam mahu pun adik-adik yang lain.
Dalam keadaan Adam tidak yakin dengan kasih sayang ibu bapanya kepada dia, usaha mendisiplinkan anak ini menjadi lebih rumit dan mencederakan jati diri.
Perhatikanlah tabiat-tabiat anak apabila mahu mendapatkan perhatian, juga cara anak-anak menunjukkan kasih sayangnya kepada kawan-kawan atau kepada kita sendiri, teliti apakah bentuk kasih sayang yang dia minta, apakah keluhan yang sering disuarakannya, dan perhatikan tabiat-tabiatnya dalam kehidupan seharian, untuk anda mengenal pasti bahasa kasih sayang utama setiap anak.
Andaikata ia tidak berhasil dilakukan, amat malang sekali jika anda yang sangat mengasihi anak-anak, dianggap oleh anak sebagai tidak menyayangi mereka semata-mata kerana anda tidak peduli kepada keistimewaan dan keunikan setiap seorang anak yang dianugerahkan oleh Allah itu.
Sesungguhnya Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menuturkan kelima-lima bahasa cinta itu.
Baginda memang seorang Murabbi Cinta.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllahh... mana yg belum Ada rate tu esok ye.. hari ni kehabisan stok tacang |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum..baru berkesempatan masuk sini..alhamdulillah dapatlah sama2 lah kita berkongsi ilmu kat sini yer.. |
|
|
|
|
|
|
|
[size=100%][size=130%]Amalan Penangkis Santau:
[size=85%]Amalkan membaca 3 kali setiap lepas solat dan baca 1 kali sebelum makan atau minum:

bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 116# bangcak
salam bang cak ............
doa ni bagus utk diamalkan.....esp sebelum minum atau makan
kat kedai2 or umah org ......
ustaz darulsyifa' pun hr tu ada britahu saya.....thanks for sharing .... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu ......kalu minum tu jgn habiskan semua yg
kat dlm cawan ...tinggalkan "sikit"
sbb biasanya bisa racun santau akan mendak di situ ....
wallahuaklam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply bangcak
salam bang cak ............
doa ni bagus utk diamalkan.....esp sebel ...
fiqrah Post at 23-12-2010 08:09 
yes... adik i yg study tahfiz pernah saksikan cawan ustaz dia meletup lepas baca doa tu sebelom minum. |
|
|
|
|
|
|
|
~~..PERKONGSIAN PAGI INI ..~~
6 Jenis Wanita Malang
Janganengkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, danyang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah danyang Syadaqah.
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, ?Aku membuat itu keranamu?.
WanitaHananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yangdikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
WanitaHadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalumenyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminyauntuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yangsepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketikamakan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannyabahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
SATU PERINGATAN
KuburSetiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali; 1. Aku rumah yangterpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5.Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
~~wallahuaklam ~~~` |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|