Err..Hana sengih kelat.Dikerling lagi Zakif yang tidak lepas memandang handphone.Lepas peristiwa pagi tadi,terus dia tak tegur Zakif.Malunya bukan main.Muka Pn.Hanim pun dia segan nak pandang.Sungguhlah.Dah banyak kali Zakif bagi dia malu.Bagi dia kantoi.Hutang Zakif dengan dia dah berlambak dah ni.Entah bila dia nak tuntut.
“Entah.Abang Kit message dengan aweks dialah tu..”Malas Hana menjawab.
“Eh!Mana boleh.Abang Kit dah ada Kak Han.Mana boleh message dengan orang lain”Daniel tiba-tiba menyampuk.
Hana sengih kelat lagi.Budak-budak.Apa yang mereka tahu?
“Kak Han..”Dania berbisik lagi sekali.”Kenapa Abang Kit duduk jauh sangat dengan Kak Han?”
Erk!Hana mati akal nak menjawab.Zakif yang mendengar pun tersentak.Daniel terus tarik tocang adiknya itu.
“Apalah cakap macam tu.Adik tu kecik lagilah.Tak baik tau”Daniel menjegilkan biji matanya.
Dania diam.Muka terus berubah ke muka serba-salah.
“Sorry Kak Han..”Dania tunduk pandang lantai.
“Haa..tahu pun salah.”Daniel pandang Hana.”A`ahlah Kak Han!Nape Abang Kit duduk jauh-jauh?”
Aiyokk!Hana rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding.Dania menjegilkan biji matanya.
“Abang ni tadi marah Dania..dia tanya takpe pulak.”
“Abang dah besarlah..”ujar Daniel.
Hana tergeleng-geleng kepalanya.Macam-macam hal.Nasib baik dua-dua ni aku sayang.
“A`ahlah Kak Han.Ibu dengan ayah kan mana pernah duduk jauh-jauh macam ni.Selalu duduk rapat-rapat aje.Dania nak duduk sebelah ibu pun mesti ayah suruh Dania duduk tempat lain.Selalu aje nak berebut tempat dengan Dania.Menci aa!”Dania berpeluk tubuh.
Wajah Daniel dipandangnya.”Abang pun sama.Suka rebut tempat Dania nak duduk sebelah ibu!”
Daniel terkebil-kebil akibat dimarahi adiknya.Hana tersengih.Minta-minta Zakif tak dengarlah apa yang budak-budak ni asyik merapu.
Daniel menjelirkan lidahnya.Dania terus genggam tangannya menjadi penumbuk.Namun belum sempat tumbukannya mendarat di bahu Daniel,Daniel melangkah kea rah Zakif.Zakif tersentak apabila lengannya dipegang.Selamba sahaja Daniel memanjat single sofa itu lalu duduk menyelit di celah-celahnya.
“Abang Kit..”Daniel sengih comel.”Buat apa?”soalnya.
Zakif senyum.Ditunjukkan handhonenya.”Main game..”
“Game?”Daniel kerut dahi.Dia memanjangkan lehernya.”Nak tengok juga..”
Hana serba-salah.Dia nak panggil aje Daniel,tapi karang nampak sangatlah dia buat macam Zakif tu tak suka dengan budak-budak.Tapi daripada gaya,memang nampak dia macam tak suka pun budak-budak.Senyum pun nak tak nak aje.Karang mahu merah ape telinga Daniel ni kena piat dengan Zakif.Dahlah Daniel ni suka tanya soalan yang buat otak sesak tiba-tiba.Zakif rapatkan handphone ke arah Daniel.Tekun Daniel melihat game yang berada didalam handphone Zakif itu.
“Abang..Dania pun nak main juga..”Dania dah menjerit sedikit.
“Alaa…”Daniel merengus.”Kejaplah.Abang tengah tengok Abang Kit main ni..”
“Alaa..”Dania dah berpeluk tubuh.”Kak Han tengoklah Abang tu.Kejamlah.Nak bolot sorang aje..”
Zakif mengangkat mukanya.Wajah Dania yang masam dipandangnya sekilas.Spontan dia tersenyum.Dicuitnya lengan Daniel.Daniel angkat muka daripada skrin handphonenya.
“Jom kita duduk sana..”Zakif menunjukkan ke arah sofa di mana Hana dengan Dania sedang duduk.
Hana yang mendengar tersentak.Aisehman!Mati aku! |