CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amandaatika

KASMARAN (fall in love)

[Copy link]
 Author| Post time 5-10-2010 09:23 AM | Show all posts
assalamualaikum & monin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2010 09:23 AM | Show all posts
sorry smua...berkubang dlm kerja smpai kepala pn x leh kluar dari fail yg brtimbun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 09:24 AM | Show all posts
Reply 88# mijot


alah berapa ketul je watak tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 09:25 AM | Show all posts
Reply 90# asnita


amanda ada. cuma x smpat nk on9.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 09:26 AM | Show all posts
aduh.... sory ya smua...
kesian korang mncari org yg ada tapi x muncul...
jejak amanda pakai gps pn mngkin x jmpa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 09:28 AM | Show all posts
curious ya dgn tajuk ni?
kasmaran tu ada dlm BM, tp jarang dgunakan. mgkn x prnah kot.

menurut kamus dewan
Kasmaran=edan(gila/mabuk), berahi atau jatuh cinta
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2010 09:31 AM | Show all posts
salam...


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 09:55 AM | Show all posts
ingatkan ada n3....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2010 09:57 AM | Show all posts
Tergesa-gesa Poka meninggalkan Maybank. Disebabkan kad kredit dia terlupa bawa, terpaksalah menapak ke bank yang terdekat untuk mengeluarkan wang tunai. Tanpa wang, dia tak boleh bergerak ke mana-mana.

Diangkat tangan kiri. Jam tangan jenama Tagheuer dijeling sekilas. Dikerling tajam jarum jam pendek. Alamak! Diketuk kepalanya kuat.

Aduh! Berteriak sendiri dia bila terasa sakit di kepalanya. Cepat-cepat dia menuju ke kereta. Hari ini dia ada janji dengan Wado. Sudah disetkan tempat untuk bertemu. Janji jam dua petang. sekarang ni jarum jam sudah menunjukkan jam dua setengah petang. Maknanya dia sudah terlewat setengah jam. Harap-harap Wado masih setia duduk di Kafe Cendana.

Kunci dikocek dikeluarkan. Cepat dia berlari ke arah keretanya yang diletakkan di seberang jalan. Skyline itu berbunyi bila ditekan kuncinya.

“Aduh!” dua-dua berteriak serentak.

Dua-dua terhumban serentak. Satu ke selatan, satu ke utara.

“Bodoh!” perkataan itu terzahir dari mulut yang satu.

“Aduh, sakitnya!” ini pula yang terkeluar dari bibir yang seorang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 09:58 AM | Show all posts
Widad pandang ke hadapan. Kelihatan seorang lelaki tengah mengadu kesakitan sambil mencarut. Punggungnya terasa perit. Sakit sangat bila terhempas ke jalan tar yang keras itu.  

Poka ingin bangun dari duduknya. Namun kesakitan yang wujud membuat tingkahnya sedikit pincang. Punggungnya pedih menahan hentakan dari tubuhnya sendiri. Sempat kepalanya menyapa jalan yang berwarna kelabu itu. Sakitnya bukan kepalang. Dijeling wanita yang masih berbaring itu.

“Awak ni tak ada matakah?” kuat suara Poka.

“Saya yang besar ni pun awak boleh terlanggar. Mata letak mana ha?” Tidak habis lagi Poka meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Widad yang mendengar cepat mendongak. Kine yang terpengun sejak tadi tiba-tiba sedar diri. bila melihat bagaimana kemalangan yang berlaku, terlopong Kine sehingga tidak boleh bergerak. Statik di tempatnya berdiri sambil menutup mulutnya ekoran terkejut yang melampau.

“Wi...” cepat Kine menghampiri Widad yang sudah terhumban. Widad masih lagi terkial-kial untuk membangunkan dirinya. Sandal Bata saiz enam Widad juga terhumban lima langkah dari tuannya.

Kine mengangkat Widad dari pembaringannya. Kasihan dengan sahabatnya itu yang terlanggar manusia sampai jatuh terhempas ke tanah. Pasti sakit sebab dia sendiri melihat betapa teruknya perlanggaran yang terjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 10:00 AM | Show all posts
dah eksiden pulak.... ngan sapa la agaknya ye!!!
sori amanda. dlm bz2 pun kena gak melayan kami nih...
tapi kita sumer suka.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 10:05 AM | Show all posts
“Bukan salah saya. Encik yang tak pandang kiri kanan kalau berjalan. Jalan ni bukannya hak milik awak seorang.”

Bila sudah mampu berdiri cepat Widad bersuara. Itupun sebab Kine bantu dia berdiri. Jadi penyanggah untuk dia kembali menormalkan diri sendiri yang sudah tidak mampu berdiri lurus.

“Salahkan saya pula. Dia yang salah, pandai pula tuding jari kat saya,” sinis bicara Poka.

“Memang bukan salah saya. Kalau ada CCTV, memang betul awak yang salah. Awak yang jalan terburu-buru sampai tak toleh orang lain.” Biarpun sakit hati, Widad tetap memberi penjelasan.

Poka yang ternampak jam di tangan kirinya cepat-cepat berdiri lurus. Dia harus segera meninggalkan tempat ini untuk mengelakkan dia dicop sebagai pemungkir janji. Cepat dia berlari ke Skylinenya yang sedia menanti.

“Encik, mana boleh lari macam tu saja. Terang-terang encik salah. Kalau tak percaya, tanya orang sekeliling,” cepat Widad bersuara bila melihat lelaki yang melanggarnya tadi sedang melarikan diri.

“Encik tak boleh buat macam ni. Hurm.. pengecut,” sekali lagi Widad bersuara bila melihat tidak ada sebarang tindak balas dari lelaki tersebut. Masih setia melangkah ke kereta yang sedang terpaking di tepi jalan.

Poka yang mendengar bebelan itu menoleh belakang. Sakitnya hati bila dikata sebegitu. Tiada siapa lagi yang berani menggelarnya sebagai pengecut. Laju dia memutar kembali langkahnya. Menuju ke arah dua wanita yang masih tidak ada tanda untuk bergerak meninggalkan tempat itu. Dilupakan sebentar janji yang telah dimeterai dengan Wado. Urusannya dengan wanita yang memanggilnya sebagai pengecut adalah lebih penting.  

“Widad, sudahlah tu.” perlahan Kine memujuk. Apatah lagi bila melihat lelaki berkenaan yang sedang menuju ke arah mereka dengan muka yang sukar untuk digambarkan. Pasti marah sedang membahang di hati lelaki itu bila melihatkan sedikit kemerahan pada wajahnya.     

“Tak boleh dimanja Kine. Kalau buat salah kena bertanggungjawab,” tegas Widad bersuara sambil pandang Kine.

Sempat ayat yang Widad lafazkan sampai ke telinga Poka yang sudah menghampiri mereka.

“Apa masalah awak?” soal Poka cepat.

“Saya tiada masalah. Rasanya encik yang bermasalah,” tanpa gentar Widad bersuara.

“Aku?” soal Poka sambil tunjuk dirinya sendiri.

“Ya. Encik dah berbuat salah. Sepatutnya bila dah buat salah, encik tahulah nak buat macam mana.” Penuh sindiran Kine menyampuk.

“Bukan saya seorang yang salah.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 10:06 AM | Show all posts
“Salah ni dari encik seorang. Saya dah cuba mengelak dari melanggar encik tadi, sebab tu saya berhenti berjalan, masalahnya encik yang tak sedar dunia terus melangkah sampai terlanggar saya yang dah tekan brek kat kaki.”  Widad sudah membentak geram. Kenapa lelaki ini tak sedar diri? terang-terangan sudah bersalah, tapi masih mahu lagi menutup salahnya sendiri. Bangkai mana boleh tutup pakai daun!

Poka yang mendengar panas hati. biarpun sedikit lucu dengan penerangan Widad, namun suhu kemarahannya sedikit meningkat.

“Kau nak aku buat apa ha?” penuh bongkak Poka bersuara.

“Encik dah tua bangka. Takkan pelajaran budak tadika pun saya kena ajar,” sinis bicara Widad.

Poka yang mendengar mencerlungkan matanya. Sinisnya bicara wanita di hadapannya bagai sedang melumat-lumat isi jantungnya.

“Awak kalau bercakap tak main sindir-sindir bolehkah? Rasanya memang mata awak yang bermasalah. Saya yang masih muda ni pun awak panggil tua. Memang awak sebenarnya yang langgar sayakan? Saja tuding kesalahan pada saya pula,” kasar suara Poka. Memang cari nahas wanita ini.

“Encik, kalau dah salah tu, tak payahlah salahkan orang lain. Awak yang lempar batu, terang-terang batu kat tangan awak. Tak payahlah nak sembunyi tangan,” sekali lagi Widad lemparkan sindiran.

“Sejak bila pula saya lempar batu ni? Kita cuma accident di jalan tar, bukannya di jalan yang berbatu. Tak ada masa saya nak lempar-lempar orang dengan batu,” kata Poka yang kehairanan.

Kine yang ada di sebelah sudah tak mampu sembunyi tawa. Ketawanya lepas. kuat. Widad yang tadinya sedang dalam keadaan emosi marah sudah tepuk dahinya sendiri. Senyumnya juga lepas. Tidak boleh disimpan-simpan lagi. Kedua-dua mereka berpadu suara keluarkan tawa.

“Woi! Gilakah? Perempuan sewel!” Poka yang hairan dengan telatah wanita di depannya cepat menegur. Sungguh magik dia rasa, sebab tadi punyalah bersemangat dua wanita itu memarahinya, berapi-api amarah mereka. Sekarang ni boleh pula mereka ketawa. Terbahak-bahak pula tu. Memang ajaib!

“Encik yang tak waras rasanya. Kawan saya cakap tadi encik yang salah, tapi nak serahkan kesalahan kepada orang lain pula,” cepat Kine membalas.

Sakit hatinya dengan carutan yang terkeluar dari mulut lelaki itu. Nasiblah dia tak bawa cili, kalau tidak pasti akan dicili-cilikan mulut lelaki itu. Biar lelaki itu claim dengan insurans bila dia sudah berjaya dicili-cilikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 10:07 AM | Show all posts
“Encik yang salah. Saya cakap kias tadi. Lempar batu sembunyi tangan. Buat salah tapi tak nak mengaku. Macam enciklah,” kali ini Widad pula bersuara.

“Kau!” tangan Poka sudah diangkat. Telunjuknya sudah hampir dihadapan Widad. Malah hampir terkena hidung Widad seandainya wanita itu tidak berundur selangkah ke belakang.

“Nah!” terus dihulur duit yang baru dikeluarkan dari dompet. Duit yang masih terasa panas sebab baru keluar dari mesin ATM ingin diberi kepada wanita yang masih tidak puas hati dengannya.

“Ambil duit ni. Ganti rugi sebab langgar kau. Pergi hospital rawat yang luka. Suruh ubat sekali otak awak yang dah bergegar sampai cakap pun merapu-rapu. Minta ubat banyak-banya dengan doktor.” Malas bertekak, Poka sudah buat keputusan. Bagi duit, diamlah perempuan tu. Sakit hatinya.

Aku tahulah aku tak belajar cakap-cakap kias ni, janganlah praktik kat aku. Cakap directlah terus. Poka menyumpah dalam hati. Dia memang lemah kalau orang cakap berbunga-bunga padanya. Sukar nak faham!

Widad yang melihat Poka menghulur wang menggeleng perlahan. Dia bukannya perlukan wang. Luka fizikalnya boleh dia rawat sendiri.

“Encik, wang tidak boleh menyelesaikan segala-galanya,” perlahan Widad menjelaskan. Dengan wang, apa yang baru terjadi tidak akan selesai dengan mudah. Lelaki ini betul-betul tidak betul!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 10:07 AM | Show all posts
“Apa masalah awak? Saya dah bagi ni, ambillah. Banyak songeh pula. Tadi bising sebab saya lari, sekarang saya nak settle cara baik pun awak masih tak puas hati,” geram sungguh Poka. Baginya perempuan yang ada di hadapannya ini sangat menjengkelkan dan memualkan.

“Encik, take back your money. Saya cadangkan agar encik pergi daftar di mana-mana pusat tusyen. Ambil tusyen sikit macam mana nak jadi manusia. Macam mana nak belajar minta maaf bila dah buat kesalahan. Paling penting, ambil tusyen bahasa melayu, suruh cikgu ajarkan banyak-banyak subjek peribahasa,” penuh sinis Widad memberi saranan.

“Dahlah Kine, jom pergi.” Cepat ditarik tangan Kine yang sejak tadi berdiri di sebelahnya.

Ditinggalkan lelaki yang masih melihat mereka melangkah meninggalkan tempat itu.

Terkebil-kebil Poka melihat perempuan itu berlalu darinya. Duit yang dihulur tadi tidak disambut. Dimasukkan kembali dua keping not seratus itu ke dalam dompetnya. Sungguh celupar mulut wanita itu. Tak ada insurans barangkali. Sebab tu cakap main lepas sahaja. Adakah patut nak suruh aku masuk tusyen. Suruh aku belajar BM konon. Belajar perbahasan...entah apalah binatang perbahasan tu. Hmm... melampau perempuan tu. Poka masih menyumpah dalam hati.

Langkahnya cepat diundur. Kembali menuju ke keretanya. Bila sudah selamat mendarat di kerusi pemandu, telefon di atas dashboard dicapai. Mahu dikhabarkan kepada sahabatnya tentang kelewatannya. Apa taknya, jam sudah menunjukkan jam tiga petang. Lama juga dia bertekak dengan wanita itu.

  Tidak jadi ditekan nama Wado bila melihat satu sms masuk.

‘jangan ganggu aku. Skarang dah selamat mendarat dalam lautan mimpi’

Celaka kau Wado! Sumpah Poka dalam hati bila melihat nama penghantar adalah Wado. Stereng kereta dihempas kuat. Hon yang berbunyi membuat pandangan orang di luar sana menjurus ke arah kereta berwarna merah itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 10:08 AM | Show all posts
hmm...
nasiblah tgn rajin skit...
banyakkan?

enjoy reading....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2010 10:09 AM | Show all posts
Reply 107# ariellin


hai arie...
salam kmbali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 10:10 AM | Show all posts
Reply 108# bb_75


da ada n3...jmput bca
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 10:14 AM | Show all posts
sat g baca...nak g umah sana sat
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 11:07 AM | Show all posts
belum sempat baca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.083539 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list