|
Bagaimana Cam Profile Switching (CPS) berfungsi
[Copy link]
|
|
Ni haku cilok dari Wikipedia Bahasa Melayu pasal bhp dgn PS ni...
Kuasa kuda (hp atau HP[1]) adalah nama bagi beberapa unit ukuran bukan metrik bagi kuasa. Dalam kegunaan saintifik, istilah "kuasa kuda" jarang digunakan kerana definisinya yang pelbagai serta unit SI yang sedia wujud bagi kuasa iaitu watt (W). Walau bagaimanapun, penggunaan istilah "kuasa kuda" digunakan secara meluas di dalam bahasa, kejuruteraan serta industri, terutamanya sebagai unit ukuran kuasa maksimum bagi enjin pembakaran dalaman kenderaan seperti kereta, motosikal, lori, bas dan kapal. Penggunaan 'HP' secara beransur-ansur digantikan dengan kW (kilowatt) dan MW (megawatt).
Terdapat dua faktor utama yang perlu dipertimbangkan semasa menilai ukuran "kuasa kuda":- Definisi kuasa kuda sendiri yang tidak konsisten
- Piawaian bagi nilai ukuran kuasa kuda yang pelbagai
Definisi berikut digunakan secara meluas:
Kuasa kuda mekanikal ≡ 33,000 ka·lbf/min
= 550 ka·lbf/s
= 745.69987158227022 W (nilai sebenar)
Kuasa kuda metrik ≡ 75 kgf·m/s
= 735.49875 W (nilai sebenar)
Kuasa kuda elektrik ≡746 W
Kuasa kuda dandang ≡ 33,475 Btu/j
=9809.5 W
Kuasa kuda hidraulik =Kadar aliran(Gelen AS/min) * Tekanan(psi) / 1714
Kuasa kuda hidraulik adalah bersamaan dengan kuasa kuda mekanikal. Formula yang diberikan di atas digunakan bagi pertukaran kepada kuasa kuda mekanikal dengan menggunakan faktor-faktor pada sistem hidraulik.
Kuasa kuda mekanikal
Istilah "kuasa kuda" digunakan oleh jurutera James Watt (1736 - 1819) pada tahun 1782 semasa mencari jalan untuk meningkatkan prestasi enjin wap. Ia berlaku semasa menggunakan kuda kecil bagi mengangkut arang batu keluar dari lombong arang batu. Beliau mendapat idea mendefinisikan kuasa dengan membandingkan dengan haiwan tersebut bagi melakukan kerja tersebut. Beliau mendapati bahawa, secara purata, seekor kuda lombong mampu menarik (mengangkat menggunakan takal) 22,000 kaki-paun seminit. Beliau seterusnya menaikkan nilai keputusan ujian sebanyak 50 peratus, dan seterusnya memanggilnya sebagai kuasa kuda, iaitu i.e. 33,000 kaki-paun kerja seminit.
Dengan menganggap definisi CGPM ketiga (1901, CR 70) bagi graviti piawai, g, dan paun antarabangsa (1958), satu kuasa kuda mekanikal bersamaan dengan:
1 hp ≡ 33,000 ka·lbf/min melalui definisi
= 550 ka·lbf/s memandangkan 1 min = 60 s
= 550 × 0.3048 × 0.45359237 m·kgf/s memandangkan 1 ka = 0.3048 m dan
= 76.0402249068 kgf·m/s 1 lb = 0.45359237 kg
= 76.0402249068 × 9.80665 kg·m²/s³ g = 9.80665 m/s²
= 745.69987158227022 W memandangkan 1 W ≡ 1 J/s = 1 N·m/s = 1 (kg·m/s²)·(m/s)
Atau diberi 1 hp = 550 ka·lbf/s, 1 ka = 0.3048 m, 1 lb = 4.448 N, 1 J = 1 N-m, 1 W = 1 J/s: 1 hp = 746 W
didarab silang dan dimatikan:
550 ka-lb/s 0.3048 m 4.448 N 1 J 1 W
1 hp 1 ka 1 lb 1 N-m 1 J/s
= 745.66272 W atau 746 W
Kuasa kuda metrik
Kuasa kuda metrik mula digunakan di Jerman pada abad ke-19 dan menjadi popular di serata Eropah dan Asia. Pelbagai unit yang digunakan bagi definisi ini ("S", "CV", "pk", dan "ch") semuanya bermaksud "kuasa kuda", maka adalah lazim jika nilai tersebut dirujuk sebagai "kuasa kuda" atau "hp" di dalam sidang akhbar atau liputan media oleh syarikat automotif Jerman, Perancis, Itali dan Jepun. Pengeluar British sering mencampur adukkan kuasa kuda metrik dan mekanikal, bergantung kepada asal-usul enjin yang dipersoalkan.
Kuasa kuda metrik, mengikut definisi, adalah 0.73549875 kW, atau secara kasarnya 98.6% daripada kuasa kuda mekanikal. Ia merupakan isu kecil pada zaman di mana sistem ukuran adalah pelbagai serta enjin menghasilkan kurang kuasa, tetapi kini menjadi titik utama. Kereta eksotif Eropah seperti McLaren F1 dan Bugatti Veyron sering disebut-sebut menggunakan definisi yang salah, dan keluaran kuasa kadang-kadang perlu ditukarkan dua kali kerana kekeliruan sama ada angka "kuasa kuda" asal adalah dalam bentuk metrik atau mekanikal.
PS
Unit ini (bahasa Jerman: Pferdestärke = kekuatan kuda) kini bukan lagi unit rasmi, tetapi masih digunakan secara meluas di Eropah, Amerika Selatan dan Jepun, terutamanya bagi industri automotif dan motosikal. Ia diguna pakai di serata benua Eropah dengan penggunaan hampir serupa dengan "kuasa kuda", tetapi dengan kiraan yang berbeza daripada unit Inggeris. Definisinya ditentukan oleh Physikalisch-Technische Bundesanstalt (PTB)[2] di Braunschweig sebagai:
1 PS = 75 kilopond·Meter/saat ~= 735.5 Newton·m/s ~= 735.5 W ~= 0.7355 kW ~= 0.98632 hp (SAE)
Unit PS diterima oleh Deutsches Institut für Normung (DIN) dan seterusnya oleh industri automotif di serata Eropah, di bawah pelbagai nama. Pada tahun 1992, unit PS dianggap lapuk oleh para pengarah EEC, apabila ia digantikan dengan kilowatt sebagai unit ukuran kuasa rasmi. Walau bagaimanapun, ia masih digunakan bagi kegunaan komersial dan pengiklanan kenderaan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
urm..squall..explain in simple method leh..aku phm..tapi ramai lagi yg minat nk tau psl bnde ni..n nmpk nye hnye kamu aje yg cukup mmpu nk elobrate..trimas..
tp klu tgk video youtibe yg squall bagi tu musti leh phm punye..dah cun tu |
|
|
|
|
|
|
|
salah tu kuasa kuda adalah..dibandingkan dgn kuasa berapa ekor kuda tarik kereta tu..
klu kuasa dia cam 3 ekor kuda tarik maknanya 3 kuasa kuda ( 3 ekor kuda)hahahahahha |
|
|
|
|
|
|
|
tgk cps nih.. enjin ni jenis yg betul2 kene jaga minyak hitam... kene ikut spec n x bole due... nnti pin utk valve lift da x mo kuar hehe... mcm shimp dlm engine 4g9++.... v6 ker....
engine oil x tentu arah... mula la bunyi mcm knocking kat head.. hehe.....
p/s- sekadar utk mencelah.. jangan marah...
tapi engine cps tu mmg sedap bawak... body neo pun bole tahan cantiknyer... |
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi x paham... kalau ade yg bole tlg jawabkan.... persoalan yg bermain ngan minda...
mcm vtec.. bile valve lift air/fuel map akan berubah..... mcm mane plak ngan cps nih?
tq.. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk cps nih.. enjin ni jenis yg betul2 kene jaga minyak hitam... kene ikut spec n x bole due... nnti pin utk valve lift da x mo kuar hehe... mcm shimp dlm engine 4g9++.... v6 ker....
engine oil x te ...
yetza Post at 19-10-2009 03:36 AM
kalau akukan dapat keta,
memang ontime aku servis...
sedangkan motor pon aku cukup 2000KM aku dah servis..
kalau dapat keta mahal2 pon aku jage le leklok..
bior le kena ikut schedule ke apa...
kalu jaga leklok enjin manja pon tahan.. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk cps nih.. enjin ni jenis yg betul2 kene jaga minyak hitam... kene ikut spec n x bole due... nnti pin utk valve lift da x mo kuar hehe... mcm shimp dlm engine 4g9++.... v6 ker....
engine oil x te ...
yetza Post at 19-10-2009 03:36
Sumer enjin dalam keluarga Campro termasuk Campro CPS ni lagi bagus kalau pakai minyak itam sintetik laa... sebab menurut member haku time pakai minyak mineral tu bunyi dier agak kasar sket tp klu pakai minyak sintetik lak bunyi dier betul2 smooth laa... dia pakai Waja Campro... |
|
|
|
|
|
|
|
Sumer enjin dalam keluarga Campro termasuk Campro CPS ni lagi bagus kalau pakai minyak itam sintetik laa... sebab menurut member haku time pakai minyak mineral tu bunyi dier agak kasar sket tp klu p ...
Squall-Leonhart Post at 19-10-2009 09:24 PM
ohh, kirenye engine campro nih utk high performance la ye?
kalau Exora tuh patut pakai at least semi-sintetik la ye?
baru ade pikup camtuh? |
|
|
|
|
|
|
|
Bab pakai minyak sintetik ker mineral tu bukan kira enjin high performance ker tak, tak semestinya... tapi kekadang lain enjin lain perangai dier laa... sebab tak silap haku kalau enjin keter2 Perodua lak paling elok pakai minyak mineral la pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Bab pakai minyak sintetik ker mineral tu bukan kira enjin high performance ker tak, tak semestinya... tapi kekadang lain enjin lain perangai dier laa... sebab tak silap haku kalau enjin keter2 Perodua ...
Squall-Leonhart Post at 20-10-2009 05:11 PM
pulok doh ye..
klu kita letak minyak lain pe jadi kat enjin perodua?
patut la kawan aku buboh mineral je kat enjin kancil dia..
hu4.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab pakai minyak sintetik ker mineral tu bukan kira enjin high performance ker tak, tak semestinya... tapi kekadang lain enjin lain perangai dier laa... sebab tak silap haku kalau enjin keter2 Perodua ...
Squall-Leonhart Post at 20-10-2009 17:11
kjalau dari pandangan teknikal mcmmana pulak...?
pada aku sama je...cuma kalau injin tu dah lama dan kadar kahausan atau clearance antara moving parts dah agak "besar"...elok pakai mineral sbb molekul minyak mineral besar sikit berbanding sintetik...so kadar kehilangan pelincir kurang sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Generally memang dinasihatkan enjin2 yang dah lama nyer tu pakai minyak mineral atas alasan yang ko bagi tu laa... sebab minyak mineral ni lagi berat dan saiz molekul dier lagi besar laa... tapi kalau dah overhaul tu kira citer lain pasal enjin yang dah overhaul ni sifat dier lebih kurang macam enjin baru... tapi kalau enjin yang memang baru better pakai minyak sintetik laa... |
|
|
|
|
|
|
|
Secara teori enjin baru elok guna minyak fully sintentik perlindungan kpd enjin lebih efisien dan cekap lepas 5 atau 10 tahun kesan kehausan adalah paling minimun dan terus boleh menggunakan minyak fully sintentik. Secara logiknya jangkahayat enjin akan lebih panjang...
Tapi kalau enjin baru guna minyak mineral lepas 5 atau 10 tahun kadar kehausan pada enjin lebih ketara berbanding enjin yg menggunakan minyak pelincir fully sintentik. Memang tak sesuai lagi nak cuba minyak fully sintentik kecuali kalau kereta tersebut melakukan major overhoul. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak gak versi kudaku lari gagah berani |
|
|
|
|
|
|
|
116# Fast-N-Furious
Udahnya.......kuda yg pitam |
|
|
|
|
|
|
|
116# Fast-N-Furious
Ya betul tu... sebab dynamometer gunakan konsep yang sama gak untuk dyno test laa. Untuk hasilkan keadaan yang sama macam yang ko explain tu, dier gunakan brek khas yang ditetapkan kuasa membrek dier, dan kuasa kuda dikira berdasarkan berapa banyak kuasa yang diperlukan untuk lawan kuasa membrek pada brek dynamometer tu laa. |
|
|
|
|
|
|
|
119# Squall-Leonhart
hmmm....pekata....kalau diletakkan sekor kuda yang sihat kat atas mesin dyno...pastu kita pakat suh dia lari macam atas treadmill....agak2..berapa hp yang dihasilkan hek? |
|
|
|
|
|
|
| |
|