CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bintang

Cinta Itu Membunuhnya.

[Copy link]
Post time 3-8-2009 08:04 AM | Show all posts
takut kang dia g tuduh ija peknen anak org len plak..:geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2009 11:04 AM | Show all posts
tak sabar nk baca next n3....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2009 02:08 PM | Show all posts
sorilah kwn2 semua.. patek demam...

harap ptg ni larat nak post...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 02:25 PM | Show all posts
baru kesempatan baca cite ni..
memang best..sedih la..
sambung la..xsabar nak tahu camne reaksi zikri
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 04:28 PM | Show all posts
104# juneazry

sama lah ngan aku...tahniah bintang..cerita yang menarik..cerita yang sememangnya byk terjadi...
isk kalo ler aku jumpa zikri tu..dusyum dusyum aku keje kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2009 06:52 PM | Show all posts
’’Adakah abang ni salah pendengaran?’’

Diam.

’’Benar?’’ Zikri memandang perut Ija. Kelihatan besar namun disangkanya kerana Ija naik badan dan tidak terlintas langsung isterinya itu mengandung. Selama dia balik tidak ada tanda-tanda Ija kelihatan mengandung seperti apa yang Mila alami.

Ija mengangguk.

’’Sejak bila?’’

’’Sudah berusia enam bulan.’’

’’Huh, begitu lama.... Kenapa tak cakap?’’

”Abang tak pernah ingin mendengarnya.’’


Zikri terdiam. Seperti mimpi. Tiba-tiba dia tahu Ija mengandung. Sudah enam bulan. Perasaannya? Tidak keruan kerana tidak pernah menyangka. Dia tidak pasti ingin gembira atau tidak. Ada perasaan kesal dan marah terhadap Ija. Kenapa baru sekarang dia tahu?


’’Kalau tidak diberitahu macamana boleh dengar? Perkara macam ni pun sanggup Ija sembunyikan dari abang? Kalau tak, sampai beranak baru abang tahu, kan?’’ Zikri mundar-mandir di depan Ija. Geram. Donat yang sudah separuh dimakannya tidak dapat dihabiskan. Perasaan marahnya kian meruap. Dia tidak boleh lama memandang Ija, geram berbaur marah bersilih ganti.


Ija tunduk membisu. Pasrah apa yang akan berlaku selepas ini. Dia bersalahkan? Tapi selama ini dia telah mencuba untuk memberitahu Zikri, namun segalanya tidak menjadi lalu dia pasrah. Zikri masuk ke bilik, menukar pakaian, lama dia di situ lebih membuatkan kemarahannya meruap untuk menengking Ija. Baik dia lari saja dari kemelut itu.


Tanpa permisi, dia keluar menutup pintu rumah dengan kuat sekali, dan kedengaran tapak kasutnya laju menuruni anak tangga rumah flat itu.


Ija bungkam. Dia memandang perutnya yang sedikit memboyot, mengelusnya lembut sambil berdoa perlahan; tetaplah menjadi anak yang soleh meski hanya mama yang membelai kamu. Beberapa bait dari surah Luqman yang sudah dihafalnya dibaca berulang-ulang, meredupkan hatinya, menghilangkan laranya. Namun dia tidak dapat berbohong dengan diri sendiri, kejadian tadi tetap mengimbau berulangkali.


Dia berdialog dengan diri sendiri; apakah kandungan ini tidak membawa apa-apa erti buat Zikri? tiada kegembiraan, tiada ihsan?. Dia tahu Zikri meletakkan kesalahan atas dirinya, dia akan menaggung akibatnya. Dia sudah biasa dipersalahkan. Sudah biasa dimarahi, sudah biasa diherdik dan ditengking semenjak dia dimadukan! Kenapa dia masih menaruh harap kepada Zikri? Cinta yang penjarakan, sungguh sakit! Sesaat dia berfikir, dia tidak ingin lagi berharap apa-apa pada Zikri, biarlah dia sendirian bersama kandungan ini. Namun sesaat kemudian, dia menjadi rindu yang amat kepada Zikri, terlalu ingin berada dalam pelukan Zikri. merasai hangat jari jemari Zikri membelainya Dipejamnya mata. Mengingat. Jemari itu pernah membelai wajahnya, meramas lengannya, bertaut dengan jemarinya. Nafas yang lembut teduh, yang berlari, yang tertawa, yang mendesah.

Semua itu kini lesu.

Seminggu selepas kejadina itu Zikri pulang, memberitahu Ija sekiranya Ija ingin berehat di kampung, pergilah kerana dia tidak dapat menjaga Ija kerana isterinya yang satu lagi asyik sakit-sakit saja. Jadi dia lebih diperlukan Mila berbanding Ija yang sihat itu. Lagi pula kandungan Mila sudah sarat berbanding Ija, Mila dijangka akan bersalin satu bulan mendahului Ija.


Ija akur tanpa banyak bicara, mengangguk dengan senyum yang dibuat-buat dan  airmuka yang bersahaja supaya Zikri tau, dia seorang isteri yang baik tidak mendesak dan menyenangkan urusan suaminya. Meski batinnya pedih, perit dalam balutan rawan.


Zikri menghulur kepadanya wang sebanyak enam ratus ringgit buat perbelanjaan membeli keperluan bayi. Itu saja yang dapat diberinya, kata Zikri lagi berjimatlah Mila pun perlu wang juga. Dia pedih kerana banyak perkara dia harus bertolak ansur dengan Mila. Dia bukanlah terlalu baik untuk meredhakan semua hal. Tidak. Batinnya sering sakit kerana merestui dalam terpaksa demi suami, demi orang lain. Kalaulah dia juga berkerja, mau saja dicampakkannya duit itu semula kepada Zikri. Ambillah bagi semuanya untuk isteri mudamu itu. Tapi dia tidak dapat berbuat demikian dan tidak boleh angkuh, dia sangat membutu*kan wang itu.


Petang itu, dia menelefon Zila mengajaknya membeli belah melengkapkan keperluan bayi yang masih belum mengcukupi. Mereka ke mall bersama-sama, dan sahabatnya itu tahu apa yang telah berlaku antara dia dan Zikri. Cuma kepada Zila dia mencurah rasa melegakan batin terseksa.


’’Kenapa tak ajak Zikri saja? Lagi pun ini kan anak sulung dia jugak.’’

’’Ajak? Kalau dia tak nak Ija lagi pedih. Lagi pun abang dah bagi duit.’’

’’Boleh join........!’’ Sekoyong-koyong Amir muncul. Turut berjalan bersama-sama mereka.

’’Eh, abang dari mana ni?’’ Terkejut Ija sambil matanya memandang Zila kerana merasakan Zila tahu sesuatu.

”Aku call dia. Dia memang sudah pun berada sekitar sini. Mir, belanja minum nanti tau..’’

’’Boleh dong, janji kena makan banyak-banyak.. hahahah..,’’ Amir memandang Ija, seronok tengok Ija turut tergelak, paling seronok Ija semakin manis dengan pipi yang merah, mukanya yang sedikit tembam lantaran kandungannya kini kian membesar juga menandakan dia sihat dan bahagia dengan kandungannya. Teramat menyeronokkan Amir Ija memakai baju mengandung berwarna ungu muda itu adalah hasil dari pemberiannya, sungguh ayu!


’’Cukuplah dulu...’’ sambil dia mencongak jumlah pembeliannya sudah melebihi tiga ratus ringgit. Lagi pun sebahagiannya sudah dibelinya, tak perlulah banyak sangat kerana dia perlu menyimpan juga untuk membeli ubat penjagaannya selepas bersalin nanti.

’’Katil dah beli Ija?’’ tanya Amir.

‚’’Belum,’’ Zila yang menjawab.

’’Tak perlu tak apa, duk tilam Ija aje,’’ yang Ija fikirkan dia perlu berjimat.

’’Isk, kena adalah Ija.. bahaya tau tak ada katil baby ni. Karang bila dia sudah pandai bergolek, mau jatuh katil nanti,’’ Amir membantah sambil dia mengambil bakul isian keperluan bayi yang dipegang Ija.

Tanpa mempedulikan Ija, Amir membayar semua isian dalam bakul itu dan memberitahu Zila, ’’kita ke kedai depan. Kat sana tadi aku nampak banyak pilihan katil-katil baby ni,’’ Zila mengangguk tersenyum memandang Ija yang kelihatan tidak senang dengan tindakan Amir berbelanja untuk anaknya yang bakal dilahirkannya itu.


Setelah menyeberang jalan, saat menghampiri kedai yang dikatakan Amir menjual banyak katil baby itu, Ija ternampak Zikri bersama dengan seorang perempuan mengandung. Lengan Zikri dipaut erat oleh perempuan itu. Keduanya menuju ke dalam kedai yang mereka ingin masuk sama. Ija berhenti melangkah, juga Zila dan Amir, mereka semua fenomena yang tidak disangka-sangka itu.


’’Isteri dia ke?’’ entah apa bahananya soalan yang tak relevan itu ditanya Zila. Ija diam memandang dari kejauhan dalam rona wajah yang sudah bertukar. Dan kenapa ntah, tiba-tiba Amir menarik lengan Ija sehingga badan Ija berpusing bergerak mengikut langkah Amir. Zila membuntuti dari belakang.

’’Ija nak balik.’’

’’Kita makan dulu, kita ke kereta.’’

’’Yelah Ija, makan dululah... aku pun lapar ni.

’’Ija nak balik.’’ Semakin keras suara itu. Apa yang bersarang di kepalanya ialah tidak ingin sekali lagi bertembung dengan Zikri dan isterinya.


Akhirnya petang tu mereka makan di warung roti nan bersebelahan apartmen Zila.


’’Ija tak perlulah risaukan pasal ubat-ubatan selepas bersalin tu sebab mak abang sudah siapkan semuanya untuk Ija termasuk bengkung dah siap pun ditempahnya,’’ Zikri menenangkan Ija bila di bersungut tadi dia berhajat untuk membeli ubat buat bekalan dia di dalam pantang nanti.


’’Anak sulung ke bang,’’ tanya pelayan warung roti nan sambil meletak air minuman di atas meja dan mulutnya memuncungkan ke arah perut Ija.

’’Ya,’’ tanpa segan silu Amir mengakuinya.

Ija menjeling dan Zila Cuma tergelak.

’’Zikri menyuruh Ija balik ke kampung, berehat di sana,’’ beritahu Zila kepada Amir. Zila mengangguk kerana sudah tahu semuanya dari Ija.

”Eloklah tu, mak boleh tengokkan Ija. Lagi pun udara kampung baik untuk kandungan Ija,’’

Ija diam. Dia masih mengharapkan Zikri yang menjaganya. Tapi dia sedar, semua itu cumalah mimpi yang menyakitkan.

’’Aku dah simpan cuti untuk menjaga Ija lepas bersalin nanti,’’ Zila memandang Ija yang masih kelihatan sugul. Dia harus buat sesuatu agar Ija tidak terus menerus dalam kemurungan.

’’Mir, minggu depan kita pergi memancing nak?’’

’’Sapa dapat sedikit ikan kena masak? Ok?’’

Amir tahu, Zila cuba mengalihkan kesedihan Ija dan dia pun ingin melakukan sesuatu tapi dia tidak tahu bagaimana. Kerana wanita yang disayanginya ini adalah isteri orang. Dia sedar batasannya.

’’Dah tahu siapa yang kena tu, sajalah ek, korang nak membuli Ija,’’ Ija memuncungkan mulutnya, nampak mungil dan wajahnya mencuka. Apa pun riaknya Ija tetap ayu... Amir sungguh senang memandangnya!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2009 09:28 PM | Show all posts
kesian ija....
..nasib ada kawan2 yang baik ati ..terhibur gak ija  dengan gelagat  amir n zila tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 11:42 PM | Show all posts
haduiiii...menyakitkan hati betul dpt laki camtu...baik hidup sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2009 09:01 AM | Show all posts
geram plak ngan zikri nie....x de perasaan ke hapa...:@
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 09:25 AM | Show all posts
lempang laju2 br tau zikri ni...
bengong xsudah....:@
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 11:13 AM | Show all posts
110# fieza1510


ye le...sokong...sokong

bengong tol zikri
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 11:25 AM | Show all posts
ni la manusia..nak kawin lagi sebab nak anak..
sekarang dah dapat..tuhan bagi lagi lebih rezeki..
xreti bersyukur..xpandai nak berlaku adil..
eee...orang camne diketuk2...smp bengong..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 05:53 PM | Show all posts
sambunglah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 07:27 PM | Show all posts
Wah... Thread cerpen seksis rupanya. Patut la berbondong-bondong kaum hawa datang bertandang...

Jahat betul si Zikri ni yek. Tapi part sini takde yang nak komen ke?
Dan kenapa ntah, tiba-tiba Amir menarik lengan Ija sehingga badan Ija berpusing bergerak mengikut langkah Amir. Zila membuntuti dari belakang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2009 10:23 PM | Show all posts
Uteh Som riang menyambut kedatangan Ija. Kasih sayangnya kepada Ija kian bertambah dan dia menjadi orang yang paling sibuk memasak itu ini melayan selera Ija.  Maklumlah kandungan Ija kian sarat, dan keriangannya sepertilah menyambut cucu sulungnya sendiri meski Ija tidak punyai apa-apa pertalian darah dengannya. Amir adakalanya buat-buat merajuk kerana ibunya itu melebihkan Ija dari anak kandungnya sendiri. Uteh Som secepatnya menarik telinga Amir sambil membebel;  tua-tua pun sibuk nak cemburu, cuba carikan dia seorang menantu kalau tak nak jeles. Terus Amir terdiam. Hah.


Sewaktu Ija, Zila dan Amir asyik mengail di pengkalan sungai berdekatan rumah Uteh Som, dalam sayup-sayup terdengar zikir asma ul husna dari kanak-kanak yang selesai mengaji quran bersama Uteh Som, sms masuk ke handphone Ija. Dia membaca sms Zikri yang Mila selamat bersalin anak perempuan. Dia membalasnya mengucap selamat. Walaupun dia tidak pernah menyukai kepada madunya, tidaklah pernah dia berdoa keburukan sepanjang pernikahan Mila dengan Zikri, dia tetap berdoa Mila selamat melahirkan dan sihat walafiat.

Zikri membalas, Mila demam semasa melahirkan anak, dan anaknya turut tidak sihat. Itu saja yang Zikri memberitahunya dalam sms. Selepas itu sms Ija tidak dijawab setelah Ija memberitahu dia sihat sahaja. Ija tidak kisah, dia sudah terbiasa dengan sms tergantung dari Zikri. Lagi pun dia tengah gembira menanti pancingnya disambar ikan, paling tidak pun anak keli atau kaloi atau buntal, usik Zila.


Seperti selalu bila mengail Ija tidak memperolehi seekor ikan pun. Amir mendapat seekor ikan sembilan, dua ekor ikan patin manakala Zila mendapat dua ekor ikan keli. Jadi seharusnya Ijalah yang memasak semua ikan-ikan itu, mengikut perjanjian asal. Namun yang sebenarnya Uteh Somlah yang sudah dari awal lagi bertungkus lumus di dapur menyiapkan rempah ratusnya. Tak berhenti dia menggomel leterkan Zila dan Amir kerana membuli Ija yang sarat kandungannya itu. Hah, mereka tergelak. Ambik serius pulak Uteh Som dengan bulian olok-olok itu. Bukan apa, semua dapat merasakan kasih sayang Uteh Som yang tidak berbelah bahagi kepada Ija.


Hampir seminggu Ija di kampung dia mulai menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin, tiga minggu lebih awal dari yang dijangkakan. Di tengah malam Zila memandu bertemankan Uteh Som yang tak putus-putus berdoa dan membaca ayat-ayat suci supaya Allah selamatkan Ija di sepanjang perjalanan ke hospital.


Saat yang dinanti-nantikan, tepat jam empat dua puluh pagi Ija selamat melahirkan seorang bayi lelaki comel secara caesarean kerana kedudukan anaknya songsang di saat-saat akhir. Amirlah doktor yang membedahnya dan turut sekali mengazankan anak itu. Kerana Ija dibius menggunakan kaedah epidural dia dapat melihat anaknya diazankan Amir. Airmatanya tumpah, sayu dan gembira kerana semuanya selamat biar pun Zikri tidak ada di sisinya. Amir meletakkan bayi tersebut di lengannya. Tiada perkataan yang dapat digambarkan, cuma senyuman terus mengukir pada wajah comelnya itu seperti tidak percaya dia kini seorang ibu!


Ija dimasukkan ke dalam wad, kelihatan Uteh Som ’membelah mulut’ anak kecil itu -  dimulakan dengan bacaan al Fatihah, ayatul Qudsi dan selawat ke atas nabi - sambil mengadap kiblat, bayi comel seberat hampir tiga kilogram itu didukung oleh Zila disuapkan air zamzam oleh Uteh Som. Setelah itu Uteh Som meletakkan jarinya ke dalam mulut kecil  yang sedia ternganga itu sedikit kurma, sungguh indah melihat anak yang baru muncul ke dunia  itu menghisap jari telunjuk Uteh Som begitu kuat sekali. Semua riang melihat aksi mencuit hati itu. Dengan bantuan Uteh Som juga Ija diajar cara-cara menyusukan bayi dengan betul.


’’Namanya apa, Ija?’’ tanya Zila yang dari tadi turut keghairahan melihat anak kecil yang dianggap anak angkatnya itu.

’’Muhammad.’’

’’Muhammad... anak ibu nii....'', sambil mencuit pipi Muhammad yang kemerah-merahan itu dalam pangkuan Ija. ''Eh, Muhammad mirip mamanya, putih, ada lesung pipit di kanan juga.. comel sungguh’’

Uteh Som turut tersenyum mengiyakan apa yang dikatakan Zila.

’’Sudah bagitahu Zikri?’’ tanya Uteh Som kepada Zila.

’’Saya call kejap lagi.’’

’’Jangan, biar Ija saja call,’’ Ija sedari awal sudah merancang sesuatu. Apa nak jadi, jadilah. Hatinya menjadi keras sekarang. Dia sudah berbohong dengan Uteh Som dan Zila. Dia tidak membawa handphone pun, dan dia sudah nekad tidak akan memberitahu apa-apa kepada Zikri. Lagi pun Mila masih di hospital, dia dan anaknya tidak sihat. Mana mungkin Zikri dapat datang menjenguknya. Biarlah semuanya berlalu begitu saja.


Ija sudah pun dapat keluar dari hospital selepas lima hari berada di wad. Di rumahnya di kampung sudah ada set katil baby yang cantik pemberian dari Zila ibu angkat Muhammad. Muhammad kini punyai nenek yang penyayang, ada dua papa dan dua mama... meski pun mamanya ini anak yatim piatu dan disingkirkan suaminya, Muhammad tetap beruntung punyai ramai orang yang mengasihi. Dia sungguh seronok memandang wajah jernih Muhammad yang sungguh comel itu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 10:54 PM | Show all posts
sedih sungguh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2009 08:20 AM | Show all posts
next N3 please....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 08:51 AM | Show all posts
alhamdullilah...akhirnya ija dah lahirkan bb boy...
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 09:25 AM | Show all posts
syukur la ija dh selamat...
zikri sikit pn xty kaba pasal ija...
aku ni klu sebut pasal zikri mesti hangin....:@
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 10:56 AM | Show all posts
119# fieza1510

samala....mmng sengal la laki mcm zikri tu.....


agak2 anaknye ngn mila tu mati kot nanti tmasuk ngn mila
skali sbb kan diorg  x sihat demam......kena H1N1 tu  kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.211363 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list