CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zeey

REVIEW LENTERA TIMUR

[Copy link]
Post time 6-1-2009 08:33 PM | Show all posts

Reply #100 beta_carotene's post

n mayb tv3 akan suh tokti mskkan lebih dr 3 lagu psl nak cukup kan kuota EK....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2009 08:35 PM | Show all posts

Reply #101 graxier06's post

pendek kata, biar semua lagu dlm EK tu lagu tokti..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2009 08:46 PM | Show all posts
biasala utusan dulu masa HDH pun teruk komen2 nya..tup tup AIM menang album pop terbaik...pelik kan..
siti ni ikon..mesti orang expect lebih dari dia...bagi saya hampir semua lagu dalam album lentera adalah yang terbaik...dan ini album etnik terbaik pernah siti hasilkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2009 08:48 PM | Show all posts
lagu2 yang bagi saya layak masuk pertandingan AIM ataupun AJL :

1) DI KAYANGAN KITA

2) JELMAKANLAH AYUMU

3) ADA MASA MASA

4) SELOKA BUDI

5) BULAN YANG MESRA

6) BINTANG MALAM


Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 10:02 PM | Show all posts
Juan rasa pun Di Kayangan Kita, Jelmakanlah Ayumu & Ada Masa Mata plg kuat utk bertanding dalam anugerah2 kat malaysia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 11:58 PM | Show all posts
aku ttp rasa senyum minang manis..
walaupun ia bukan lagu paling feveret aku dalam album ni..
tapi aku ttp rasa hanya lagu ni jer yg ada magis utk disukai ramai dengan cepat..
kat youtube pun (dah ada org upload bebrapa lagu dalam LT kat youtube ) nampak mcm sambutan utk lagu ni paling memberangsangkan..

padangan aku, ct perlu popularkan lagu ni utk mendekatkan org ramai dengan LT memandangkan dah ada review yg tak berapa sedap di dengar..

senyum minang manis mmg manis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2009 12:49 AM | Show all posts
secara jujurnye aku rasa, album ni best dibanding dgn HDH yang aku rasa merepek (ntah mana aku campak album ni)...Takkan nak lagu spesen mcm  lagu nirmala...nnti ada org kata pak ngah ni x de pembaharuan..lebih kurang sama lagu dia .. LT bagus dibanding album tradisional yg lain kebanyakkan lagu melentok..LT best ada lagu rancak...dan yg penting x de lagu cover version... kalau CT asik buat cover version baik aku beli cd penyanyi asal... Ni hanya pendapat aku ttg LT :victory:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2009 01:07 AM | Show all posts

Reply #107 keton's post

betul...pembaharuan banyak sangat dalam album nie..lagu2nya juga jenis easy listening...dan santai...sebgai contoh ramai yang kurang suka lagu jelmakanlah ayumu namun setelah lama perhatikan lagu ni, mmg ada kekuatan dari segi lirik yang mendalam (bonda bukan merujuk kepada ibu) dan jugak melodi yang datang dari pelbagai instrumen....berani saya katakan jelmakanlah ayumu setanding dengan cindai,nirmala,balqis ...wait n c laa...masih terlalu awal nak menilai...album pun x lancar pun lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2009 01:19 AM | Show all posts
ULASAN HARIAN METRO

Respirasi Muzik: Segar, berbeza

PELBAGAI maklum balas diterima perihal album tradisional terbaru Datuk Siti Nuhaliza, Lentera Timur. Ada yang menggemarinya dan ada yang tidak, begitulah selera peminat hiburan tempatan.

Tambahan pula ia himpunan karya yang dihasilkan komposer berpengalaman sewaktu menyertai acara Cipta Ekspress anjuran Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Berhad (MACP) lebih setahun lalu.

Mereka yang tidak menggemarinya berasakan Lentera Timur kurang dari sudut susunan muzik seperti apa dihasilkan 'Pak Ngah' untuk album tradisional Siti sebelum ini, dan masih mahukan lagu seperti Nirmala.

Bagaimanapun dinilai dari sudut kelainan, Lentera Timur hadir dengan karya segar dan berbeza. Menerusi lagu Ada Masa Mata ciptaan M Nasir dan lirik nukilan Ad Samad, siapa sangka lagu punya pengaruh irama Thailand boleh dihidupkan dengan petikan sape, .

Begitu juga dengan muzik moden yang cuba 'dikahwinkan' dengan irama tradisi dalam lagu Senyum Minang Manis dicipta Zul Mahat dan lirik ditulis Abot.

Sekiranya ada antara kita tertanya-tanya bagaimana bentuknya muzik etnik kontemporari atau fusion, Lentera Timur boleh dijadikan contoh dan penanda aras.

Susunan muziknya sangat mudah tetapi elemen yang dimasukkan penuh. Tidak ada satu pun nota muzik dibiarkan kosong dan paling tidak ditonjolkan mainan instrumen tradisi secara solo bagi mempengaruhi suasana lagu didendangkan Siti.

Menilai sudut vokal, mungkin ada berpendapat ia tidak sehebat apa yang pernah dilakukan Siti menerusi album tradisional lain sebelum ini.

Alunan penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini sangat santai tetapi untuk album bercorak fusion dan etnik kontemporari gaya nyanyian seperti itu lebih sesuai kerana ia memberikan ketenangan kepada pendengarnya.

Begitupun tidak semua lagu didendangkan terasa santai, cuba dengarkan cabaran yang harus dilalui Siti menerusi Ada Masa Mata yang harus mendendangkannya dalam nada rendah tetapi secara pantas.

Memastikan irama tradisi tidak dilupakan dan dalam usaha menambah khazanah lagu Melayu, Siti memuatkan lagu asli, Bulan Yang Mesra ciptaan Khairil Johari Johar dan lirik oleh Zubir Ali dan Joget Menanti Kasih, ciptaan S.Atan dan lirik nukilan Habsah Hassan.

Begitupun lagu paling menarik terdapat dalam album ini adalah Di Kayangan Kita ciptaan Johari Teh dan lirik ditulis Keon dan Di Taman Teman ciptaan Fauzi Marzuki sementara lirik dihasilkan Hairul Anuar Harun.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2009 01:30 AM | Show all posts

Reply #109 keton's post

saya pun suka lagu kayangan kita tapi ditaman teman tu biasa2 jelah,,,kenapa review nie x mention cinta ini?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 12:25 PM | Show all posts
byk tul review ckp di kayangan kita hebat..

mayb sbb johari teh yg selama nie wat lagu ballads xspecially utk kak jena jen tp bler wat percubaan traditional yg lain dr yg lain tu yg wat lagu tu mmg bebetul hebat....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 12:39 PM | Show all posts

Reply #111 graxier06's post

share la mp3 download
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 02:34 PM | Show all posts

Balas #109 keton\ catat

ulasan nie lebih SETARA = positif + negatif.....berbanding komen Utusan tue..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 04:14 PM | Show all posts

Reply #112 JAY-Z's post

xmau...

crk sendiri...

hehhheh
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 07:08 PM | Show all posts
UTUSAN tu merepek tak pernah pun bg komen positif kalo artis lain pun tgk2 gak kalo popular jer start la sume kata x sdp.Cuba suruh yg mengomen tu buat lagu tgk kot jd album "BLACKOUT " kot?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 01:09 PM | Show all posts

dr semalam cuma ulang:

Seloka Budi, Senyum Minang Manis & Joget Menanti Kasih....

Seloka Budi: best...suka sgt rentak dia..pastu paling suka part time "buah cempedak diluar pagar"    ..dah pakat dgn colleague tuk guna lagu ni masa performance during cultural day kt ofis nih...

Senyum Minang Manis: ....starting pun dah catchy sgt..sambil buat keje pun rasa nak bergoyang jer badan ...perasaan yg bengang pun jadi cool jer bila dengar lagu ni...lagu ni comel bg i!

Joget Menanti Kasih: suka lirik dia..sedap! and ai mmg suka lagu joget...

(bukan yg lain x sedap...cuma sekarang keadaan tak mengizinkan utk dengar lagu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2009 02:16 PM | Show all posts
aku dah beli semalam .. terus main kat cdplayer keter datsun buruk aku .. cover inlays sume simpan dlm dashboard sbb x nak bias pd certain2 komposer so aku x tengok pun apa info2 yg ade dlm inlays tu .. aku decide main terus and just refer lagu by number yang appear kat cd player tu ..

first impression kan .. so aku mintak ampunnn la pada backup2 ct tu .. tapi aku rase album ni x menangkap terus cam album Sanggar Mustika la. bini aku yang karatz ct pun cakap camtu .. track #1 tu bolee la kan, pastu ade lagu yang la la la la tu memula dengar cam haram je lagu tapi bila dua tiga kali ulang rase cam best pulak .. tapi setakat 2 - 3 kali round ni, yang paling sodap didongar lagu 3 paling last tu la .. yang kerap kuar Hot FM terpaksa la aku cakap yang paling lazat daripada sume track dalam album tu .. tapi tu la, ni just for my first impression .. sebab bagi aku Sanggar Mustika tu cam Masterpiece album tradisional DCT so sebelum aku beli album ni ekspektasi aku memang menggunung la, thats y aku ada la cam terduduk sket bila dengar album ni tapi .. tu just first impression and aku still nak beri peluang dan harap dalam 2 - 3 minggu la sume lagu2 dalam album ni keep growing!!! dan akhirnya semua lagu2 tu melekat dalam kepala otak aku .. moga2 tercapai jua ..

next 2 week, aku akan tulis review album LT selepas 2 minggu .. wassalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 04:06 PM | Show all posts

Balas #117 Zalim\ catat

tu la..kadang2 kita tak leh nak compare sgt dengan album tradisional ct sebelom nie..coz ini album etnik kontemporari fusion...so approach dier berbeza..
hopefully ko akan lebih suka album nie pasnie...coz not a bias way..this is a killer and ver fresh album from CT !!! no doubtttt
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 08:37 PM | Show all posts
Mmg camtu mula2 dgr tak leh nak masuk tp lagu Di Kayangan Kita tu berhantu betul sbb dek petikan gambus(bukan gamelan ke?) pada first opening lagu tu fuh..aku jarang pasang malam2 lagu ni sbb mmg aku tak tipu bulu roma aku sume ikut berdiri.Lepas aku rasa vokal Siti dlm lagu ni mmg biso bonar meremang lagi bulu roma..mula2 dgr mmg sedap tp lama2 berhantu..trust me.

Seloka Budi tu ada sentuhan muzik dikir barat sikit gabung ngan stail Bollywood sikit tp cam pernah dgr dlm lagu2 Hindustan..jd mmg world music album kali ni sbb campur2 cam rojak pun ada.Sampai skarang lagu paling kuat dlm album ni cuma Jelmakanlah Ayumu,Di Taman Teman,Di Kayangan Kita,Cinta Ini,Senyum Minang Manis ngan Ada Masa Mata.

Dgr cam cincai jer tp kalau diamati irama dier senang diingat kalau mudah melekat di ingatan means AJL lah tu!
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 10:15 PM | Show all posts
Originally posted by <i>aznorazizul</i> at 8-1-2009 08:37 PM
Mmg camtu mula2 dgr tak leh nak masuk tp lagu Di Kayangan Kita tu berhantu betul sbb dek petikan gambus(bukan gamelan ke?) pada first opening lagu tu fuh..aku jarang pasang malam2 lagu ni sbb mmg ...
<br />

try dgr intro dia datang nyanyian nash...lebey kurang je cam di kayangan kita...

http://alfi69.imeem.com/music/kvnjalpB/nash_dia_datang_ghazal/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.074514 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list