|
Ala nama pun ruangan gosip..semua ni gosip jer..betul tentu jadi kenyataan..tgk je mase AJL 18, sapa sangka KELIRU boleh menang walhal persembahan MENADAH GERIMIS dan NIRMALA lagi memukau. macam juga mase AJL 19, sapa sangka Spider boleh jadi juara?? semua ingat misha omar..macam tu gak mase AJL 22 baru baru ni...Estranged boleh jadi juara..walhal semua taget Faizal Tahir....so ade 1000 kemungkinan yg boleh terjadi..so rumors will remain rumors, the truth will reveal during AJL 23 on 18 JANUARY 2009 |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan cepat patah semangat...yang penting biar ZZ buat yang terbaik..biar persembahan nye diingati..kalo kalah pun biarlah kalah bermaruah..tu jer.. tapi aku nak sangat arrangement Dingin mase part tarik tu diubah supaya dipanjangkan seperti lembah asmara and then silence serta merta(masa tu suara ZZ masih bergema)...sure gempak.....lagi satu kalo korg sume bace paper, tv3 sekarang tengah cari juri yang benar2 berkecuali supaya keputusan nanti tidak akan ade pertikaian...so berserah lah kepada ALLAH yang maha Agong.Tiada siapa yang dapat melawan kuasa-Nya |
|
|
|
|
|
|
|
Dingin #11 dalam persembahan finals |
|
|
|
|
|
|
|
1. SOFAZ
2. AIZAT
3. AIMAN
4. FAIZAL
5. ESTRANGED
6. SPIDER
7. ZAHID/ HELIZA
8. FAIZAL
9. AYU
10. STACY
11. ZZ
12. ELYANA
13. FARAWAHIDA
14. MUH |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #106 jiju81's post
kalau betullah...
btw, tQ.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah betul dh
dorang buat pc td |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #109 elbee\ catat
Bagusla buat persembahan lepas FT..so bolehh ZZ menyerlah |
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba benci pulak tgk peminat CT. nyibuk pulak nak komen kt thread AJL sana seperti nak mencantas peluang ZZ nak menang AJL...
I've done a lot utk menyakinkan org kt sana supaya memilih Ziana Zain sbg kemungkinan juara... sebab saya tahu kt thread sana ada org2 media prima... maybe they can reconsider... tapi ada je yg nak mencantas.
lebih-lebih lagi si peminat CT sekor tu. tak habis2 kata "TERANG LAGI BERSULUH LAGU ZZ TAK LAYAK SEBAB LAGU TERAKHIR DIPILIH. MARKAH TERENDAH BALADA. SEMUA ORG DAH TAHU"... menyibuk betul nak beritahu hal tu. kalau Ziana Zain menang pun ramai jugak yg suka dan rasa perkara tu adil. tak jadi masalah. tapi sibuk je peminat siti tu dok mencantas.
dengki tak habis2. tau la Siti Nurhaliza dah menang banyak kali Juara Lagu. Takkan Ziana Zain nak menang satu kali Juara Lagu pun tak nak kasi, tak senang duduk. melebih la tu. bukit antarabangsa yg runtuh tu dekat je dgn rumah artis kegemaran diorang tu.
eeee org2 yg dengki ni tak insaf2. tak habis2 nak menganiaya org. sukatilah. saya serahkan je pada Allah S.W.T.... hanya Dialah saya bergantung sepenuhnya. Dia sahaja yg melindungi dan memberi pembalasan. Imanku kpd Allah tak pernah pudar malah makin kuat. Alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #111 elbee's post
isshhhh kak bee nih, eddy x mksd kan mcm tu la..... cube open sket |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #111 elbee\ catat
kite jangan lah cepat melatah..cube jadi cool cikit..hari tu kate dapat masuk final pun dah cukup..tak menang tak per kan..tapi sebenarnya semua statement yang nak menjatuhkan ZZ tu seharusnya menjadikan kite bertambah kuat bukan bertambah lemah..lagi satu perasan tak korang, masa zuraini jd manager BMG dan nanee jd pengurus ZZ, kerjaya ZZ meletop di peringkat Asia beb..Jadi pemenang Voice of Asia, sertai Festival Asian Pop Queen, ZZ record lagu dalam Asians voices, Colors of love, a musical salute to disney, dan theme song for 15th Sea game dan 89 commonwealth..So insan2 seperti Rahim Othman, Zuraini dan Nannee sanagt2 berjasa dan diperlukan oleh Ziana buat mase sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
TV3 bukan pulau Raja SMS
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]
Rap
HANYA tinggal 10 hari lagi acara berprestij anjuran TV3, Anugerah Juara Lagu kali ke-23 (AJL23) bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil dan akan disiarkan secara langsung bermula jam 9 hingga 11.30 malam, tanggal 18 Januari ini.
Namun, tekanannya sudah mula dirasai penganjur. Ia diakui Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin ketika sidang akhbar dan cabutan undi giliran lagu bertanding diadakan di Sri Pentas, Damansara Utama, kelmarin.
Katanya, Anugerah Juara Lagu musim lalu memperoleh rating 4.715 juta jumlah penonton menerusi kajian dilakukan AC Neilsen, dan menjadi acara paling ramai ditonton dalam sejarah penyiaran.
"Sebagai acara tahunan yang sering diberi perhatian, pastinya harapan penonton terhadap AJL23 sangat tinggi. Bagaimanapun, saya yakin dengan tema Iluminasi Muzik diketengahkan tahun ini mampu menarik perhatian.
"Persembahan pembukaannya juga menarik tetapi saya tidak boleh berbicara banyak mengenainya. Biarlah ia menjadi kejutan," katanya.
Begitupun, di saat akhir acara bakal berlangsung, AJL23 berdepan dengan penarikan diri penyanyi lagu kategori etnik kreatif, Doa Dalam lagu ciptaan Ajai dan lirik oleh Loloq iaitu Asmawi Ani atau Mawi.
Untuk lagu itu, Mawi seharusnya berduet dengan Heliza, tetapi kini tempatnya digantikan dengan Juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2) Zahid.
Menjelaskan mengenai perkara itu, Amrin berkata, ia tidak ada kaitan dengan isu yang berlaku di majlis pernikahan Mawi di Johor Bahru. Isu mengatakan pihak TV3 memulaukan Mawi juga tidak berlaku.
Sebaliknya pemenang anugerah Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian itu dijadualkan berbulan madu di Korea pada hari AJL23 berlangsung.
"Mawi dan pihak pengurusannya sendiri datang dan memberitahu kepada kami mengenai perkara itu. Dia memohon maaf atas apa yang berlaku kerana ia di luar perancangannya.
"Dia juga memberitahu bersedia untuk beraksi di pertandingan akhir sejak pertandingan separuh akhir Muzik Muzik bagi kategori etnik kreatif lagi. Tetapi persetujuan tajaan diterima saat akhir untuk pakej bulan madu diterima Mawi bertentangan dengan tarikh AJL23.
"Begitupun Mawi sudah pun mengatur sendiri persiapan untuk Heliza dengan memilih Zahid untuk menggantikan tempatnya. Saya tidak rasa ia satu masalah besar, dan kini segalanya sudah selesai," katanya.
Amrin turut menafikan ketiadaan Mawi dalam AJL23, seri acara berprestij itu akan hilang kerana yang diberi perhatian pada hari itu bukanlah penyanyi, sebaliknya lagu.
Turut menjadi perhatian wakil media di majlis sidang akhbar itu adalah sistem penjurian. Antara yang dibangkitkan dibangkitkan termasuklah kemungkinan timbul kontroversi sekiranya Sampai Syurga muncul juara.
Lagu dendangan dan ciptaan Faizal Tahir bersama Audi Mok itu ketika proses pembikinannya turut dibantu Ketua Pegawai Operasi 8TV, Ahmad Izham Omar. Bimbang apabila kelak ada pihak mengatakan AJL23 ini sudah menjadi acara 'kroni'.
Bukan itu saja, apabila Faizal pada awalnya mendapat undian giliran kelapan dan kesembilan menukar kedudukan dengan Ayu yang bertanding atas lagu Hanya di Mercu ciptaan Aubrey Suwito dan Habsah Hassan, turut dijadikan isu. Memandangkan pertukaran dilakukan oleh mereka dibawah satu bumbung dan bukan artis lain.
"Dalam hal ini apa yang boleh saya katakan, sebagai satu acara yang menjadi tumpuan ramai sudah tentu kita tidak mampu untuk memuaskan hati ramai pihak. Kemenangan diumumkan kelak sudah tentu ada setuju dan ada yang tidak. Perkara ini memang kami tidak dapat elak.
"Begitupun, saya percaya juri yang memilih lagu bakal bergelar juara itu nanti benar-benar layak. Selepas majlis selesai di sidang akhbar AJL23 nanti ketua juri akan memberi penjelasan kenapa ia dipilih dan rasanya ia dilakukan setiap tahun.
"Mekanisma penjurian, kami belum putuskan lagu sepenuhnya, bagaimanapun dua hari sebelum majlis berlangsung mereka yang dilantik akan berkumpul dan menilai lebih awal setiap lagu dipertandingkan.
"Menyentuh mengenai pertukaran giliran itu saya rasa ia lebih mudah kerana Ayu dan Faizal duduk dibawah syarikat rakaman sama iaitu Monkey Bone. Ia dilaksanakan tanpa membabitkan pihak lain yang mungkin kalau dilakukan akan timbul isu lain.
"Pertukaran dilakukan ini adalah perkara biasa dan ia berlaku setiap tahun. Lagipun sekiranya Faizal terus menyanyi dua lagu berturut-turut ia memberi masalah kepada pihak produksi dan sekali gus akan mencacatkan sedikit perjalanan AJL23," katanya.
Berikut adalah giliran lagu bertanding selepas undian dilakukan iaitu bermula dengan Bukan di Sini dendangan Sofaz dan ciptaan Zimi dan Amir sementara lirik ditulis Iwan. Lagu Kita (Aizat), Dusta Berkalang (Aiman/Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya), Cuba (Faizal Tahir/Audi Mok), Yang Pernah (Estranged), Bila Nak Saksi (Spider/Tam/Loloq) dan Doa Dalam Lagu (Zahid&Heliza/Ajai/Loloq).
Tujuh lagi lagu bertanding, Sampai Syurga (Faizal Tahir/Audi Mok), Hanya Di Mercu (Ayu/Aubrey Suwito/Habsah Hassan), Aku Stacy (Stacy/Intan Norul Azlin/Layla Ismail), Dingin (Ziana Zain/Azlan Abu Hassan/Azalea), Kali Rindu (Elyana/Aidit Alfian/Ad Samad), Persoalan Cinta (Farawahida/Julfekar/Ku Seman&Izza Rosley) dan Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein). |
|
|
|
|
|
|
|
apa2 jer la
nk cantas ke apa ke
lantak la
yg dpt duit nya zz
bukan dorang
rezeki zz gak murah
bukan dorang pun |
|
|
|
|
|
|
|
Pada 6 Januari lalu, Budiey ada menghadiri sidang media Anugerah Juara Lagu 23 yang diadakan di Room 1, Tingkat 5, North Wing, Sri Pentas, Bandar Utama. Ramai penyanyi, komposer dan penulis lirik yang hadir untuk mencabut undian giliran untuk buat persembahan pada malam itu.
Selain perkenalkan alat make up Stage sebagai penaja utama, majlis pada petang itu juga memperkenalkan juga pengacara malam AJL iaitu Ally Iskandar dan Faizal Ismail.
Konsep untuk AJL kali ini ialah Iluminasi yang bererti penataan dan permainan cahaya. Finalis pun ramai yang datang… ada dua tiga artis je yang tak datang. Turut diperkenalkan set pentas pada malam itu. Memang gempak gak la. Yang penting pada malam itu, korang akan saksikan permainan lampu cahaya… ada unsur-unsur visual yang begitu mengkagumkan akan dipersembahkan.
Budiey dah tanya persiapan beberapa orang artis. Farawahida nak buat stunt sikit, katanya nak guna tali melayang dari atas
pentas… tetapi tak dipersetujui oleh produksi atas alasan keselamatan. Aiman pula nak buat kelainan dari segi muzik yang lebih oriental sikit. Tarian pun terpaksa upah penari dari luar. Takde budjet sebab AJL kali ini dengar ceritanya kurang penaja. Kesian, kan 2009 adalah tahun kegawatan ekonomi. Heliza pun akan buat kejutan bersama Zahid. Kena tunggu sahaja persembahan mereka.
P/s So sape kate tak bleh nak buat kelainan..ingat tahun ni tema die illuminasi Muzik.so kene banyak main dengan pencahayaan..macam aku kate hari tu la.. |
|
|
|
|
|
|
|
HIBURANMenentang orang muda
BUKAN sahaja sudut vokal, liuk badan Ziana Zain sudak dikenali sejak mula dia melangkahkan kaki ke dalam industri seni.
Bagi mengukuhkan lagi pernyataan bahawa Ziana adalah salah seorang ratu unggul dalam bidang seni suara, Anugerah Juara Lagu (AJL) membuktikan penyertaannya melalui lagu Dingin adalah bukti bahawa dia berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Ziana dan Spider adalah dua senior yang akan berentap dengan 12 peserta muda yang lain. Namun itulah warna-warni berada dalam pertandingan AJL yang dinantikan ramai.
"Persediaan saya tentulah dari segi vokal. Saya juga pentingkan pemakaian dan rambut saya pada malam itu. Segala macam perasaan berada dalam diri ini.
"Butterfly in the stomach kata orang putih. Bayangkan akak yang berusia 40-an ini akan berentap dengan adik yang muda-muda di atas satu pentas," ujarnya dalam tawa dan nada berlucu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ziana kembali selepas tujuh tahun
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
MAMPUKAH gandingan Ziana Zain (kanan) bersama Azlan Abu Hassan memberikan kemenangan buat lagu Dingin?
NAMA penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain sememangnya cukup sinonim dengan pertandingan berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL).
Bermula dengan penyertaan pertamanya pada tahun 1992 menerusi lagu Madah Berhelah, persembahan Ziana sememangnya cukup dinantikan setiap kali namanya tersenarai ke peringkat akhir AJL.
Malah, sehingga kini namanya sudah enam kali berjaya ke peringkat akhir pertandingan yang mengiktiraf hasil karya lagu tempatan terbaik itu.
Kini, setelah hampir tujuh tahun namanya sepi dalam pertandingan yang seringkali menjadi perhatian saban tahun itu, nama Ziana kembali menjadi sebutan tatkala lagu dendangannya, Dingin berjaya mara ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 18 Januari ini.
Dingin yang tersenarai dalam kategori Balada itu merupakan ciptaan Azlan Abu Hassan manakala liriknya pula oleh Azalea.
Bukan itu sahaja, Dingin juga merupakan gandingan pertama Ziana dan Azlan yang berjaya ke gelanggang akhir AJL.
Kali terakhir anak kelahiran Merlimau, Melaka ini menyertai AJL adalah pada tahun 2002 menerusi lagu Menadah Gerimis yang juga berjaya mengungguli kategori Balada tahun itu.
Setiap kali jika nama Ziana tersenarai, persembahannya memang ditunggu-tunggu kerana peminat mahupun pemerhati industri hiburan tanah air mahu menyaksikan lontaran vokal lantang Ziana dalam melagukan lagu yang dibawakannya.
Jika masih ada yang ingat lagi, persembahan Ziana pada tahun 1992 dalam AJL dikritik hebat kerana ketidakmampuan Ziana untuk menyampaikannya secara langsung dengan baik terutama apabila tiba ke bahagian lagu yang memerlukan Ziana menarik tinggi suaranya.
Begitu juga dengan tahun ini, ramai yang agak skeptikal dengan kemampuan Ziana dalam melagukan lagu seindah Dingin sementelah usianya juga kini sudah mencecah 40 tahun.
Persoalannya kini, mampukah dia menyampaikan lagu Dingin dengan sempurna serta lancar tanpa sebarang cacat-cela sekali gus tidak menghampakan peminat setianya?
Bertemu dengan ibu kepada dua orang anak pada majlis sidang media AJL23 baru-baru ini, dia tidak berhenti memanjatkan kesyukuran kerana lagu Dingin terpilih juga ke peringkat akhir AJL23 walaupun diumumkan pada saat akhir.
Begitu juga dengan persembahannya pada malam yang cukup gilang-gemilang itu nanti kerana jelas Ziana, dia tidak mahu ambil pusing kata orang mengenai persembahannya malah cukup optimis dengan apa yang dilakukannya.
Apa yang penting, dia mahu menyanyi dengan tenang agar persembahannya mampu diingati oleh peminatnya.
“Jujurnya, memang dulu, saya memang terlalu fikirkan tentang kritikan terhadap diri saya apabila menyertai AJL. Maklumlah, orang mengharapkan kita akan buat yang terbaik tetapi ada kalanya, apa yang kita harapkan itu tidak terlaksana kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku.
“Kini, dengan usia saya yang semakin matang dan dewasa, saya tidak mahu lagi begitu tertekan memikirkan tentang persembahan saya pada malam itu nanti kerana jika kita terlalu tertekan, peluang untuk membuat kesilapan itu memang terbuka luas.
“Apa yang penting, adalah untuk melunaskan tanggungjawab yang diberikan itu sebaik mungkin. Soal rezeki itu semuanya adalah ketentuan Allah. Apa yang saya harapkan, semuanya berjalan lancar dan saya juga berdoa agar kesihatan saya baik pada malam itu nanti,” kata Ziana optimis.
Bercerita tentang lagu Dingin, pemilik nama Siti Roziana Zain in memberitahu, lagu berkenaan merupakan sebuah lagu yang berhantu serta mencabar vokal serta kredibilitinya sebagai seorang penyanyi dan penghibur.
“Apabila Azlan memberi lagu berkenaan kepada saya, tanpa berlengah, terus saya setuju untuk merakamkannya. Bukan mudah untuk membawakan lagu ini kerana ia bermula dengan nada rendah dan seterusnya ke nada yang tinggi.
“Lagu Dingin juga banyak mengajar dan memperbaiki kelemahan saya sebagai seorang penyanyi terutama bahagian nada rendah saya. Malah, kekuatan lagu ini juga terletak pada susunan muziknya yang begitu indah.
“Pada saya, Azlan memang bijak bereksperimentasi dengan muzik kerana jika kita perhatikan, setiap lagunya pasti akan disuntik dengan elemen muzik yang baru serta segar,” ujarnya lagi.
Untuk kategori Balada, Dingin akan berdepan dengan saingan yang cukup sengit dari lima buah lagu lain iaitu Cuba dan Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir, Bila Nak Saksi (Spider), Lagu Kita (Aizat) dan Hanya Di Mercu (Ayu).
Kata Ziana lagi, dia sendiri tidak mampu mengatakan siapakah saingan terdekatnya kerana semua lagu yang bertanding cukup hebat dan berkualiti.
Dingin dicipta untuk Ziana - Azlan
Bagi komposer tersohor ini, setiap kali menyertai AJL, dia tidak terlalu memikirkan tentang kemenangan tetapi sebaliknya apabila lagunya diterima baik oleh peminat dan juri yang menghargai karyanya.
Sehubungan itu, apa yang penting kata Azlan, tahun ini, dia mahu peminat Ziana mencapai kepuasan menerusi lagu Dingin pada malam itu nanti.
“Lagu ini juga untuk peminat Ziana yang telah lama merindui kemunculannya untuk muncul di gelanggang AJL. Saya juga mengharapkan yang terbaik dan seboleh-bolehnya, kami tidak mahu peminat Ziana kecewa.
“Soal menang atau kalah itu adalah perkara kedua kerana apabila membicarakan tentang AJL, ia adalah tentang tuah. Sesiapa sahaja boleh menang dan ia bergantung kepada kebijaksanaan juri untuk memilih yang terbaik. Seandainya lagu Dingin menang, ia benar-benar memberikan kejutan buat saya.,” katanya.
Azlan juga memberitahu, saingan tahun ini sememangnya cukup sengit dan semua pihak boleh membuat ramalan siapa yang bakal bergelar juara.
“Tahun lalu apabila Izinku Pergi menang kategori Balada, saya memang terkejut kerana menyangka lagu Mahakarya Cinta akan menang. Lagu itu memang cukup kuat dan saya memang sukakan lagu itu.
“Tahun ini pula, lagu Hanya Di Mercu ciptaan Aubrey Suwito juga mempunyai potensi kerana lagu itu memang indah ciptaannya,” jelas Azlan.
Untuk memantapkan lagi persembahan Ziana, Azlan akan melakukan latihan vokal bersama Ziana beberapa hari sebelum AJL berlangsung.
“Orang suka melihat Ziana apabila dia menarik suaranya dan untuk itu, saya akan berlatih dengannya untuk memperbaiki lagi nada tingginya adar dia mampu melakukan yang terbaik pada malam itu nanti,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|