|
nak bayar fidyah kat mana kat kl ni...takda ke cawangan cam bayar zakat fitrah tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zerozone at 17-8-2007 19:36
Fidyah yg dikenakan ialah satu cupak bagi setiap hari = 675gram dan boleh diberi kpd fakir miskin saja.
Zakat fitrah jumlahnya sebanyak satu gantang baghdad = 2.27kg.
Assalamualaikum zerozone,
SEtahu teman, satu gantang Baghdad = 2.7kg
Harap dapat KEPASTIAN/PENJELASAN dari sesiapa yg lebey arif.
Wsalam |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana pulak kalo seseorang tu puasa ganti lewat sgt sehingga nak masok ke bulan ramadhan
berdosa ke kalo melambat kan puasa ganti |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #104 miss_white's post
xde masalah asalkan ganti..tp biasa hr last b4 puasa xleh pose sunat...ganti xpe |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih bagi link tuk kire tu |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanyer, betul ke contoh pengiraan fidyah untuk tahun 2008 saya ni?
tahun 2004 = 6 hari
tahun 2005 = 30 hari
tahun 2007 = 27 hari
2004 = 6 hari x 1 cupak x 4 tahun
= 24 cupak
2005 = 30 hari x 1 cupak x 3 tahun
= 60 cupak
2007 = 27 hari x 1 cupak x 1 tahun
= 27 cupak
total = (24+60+27)cupak x 0.6kg beras
= 66.6kg
= lebih kurang 7 guni beras 10 kg (yang perlu dibayar)
katakanlah fidyah dah settle tapi puasa tu tak ganti2 lagi sebab masalah keuzuran, cthnya orang tua yang sakit. adakah tahun 2009 masih lagi dikenakan fidyahnya? |
|
|
|
|
|
|
|
ops, kena ganti dulu puasa yang tinggal tu baru boleh bayar fidyah ye? selagi tak ganti tak boleh bayar? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #107 cikwawi\ catat
kalo keuzuran cmtu xperlulah ganti pose .. fidyah tu dh dikira ganti... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #108 cikwawi\ catat
ni masalah mana lak...
yg kena ganti ialah, org2 yg sihat walafiat saje (contoh, pompuan haid atau nifas yg suka tangguh2 ganti pose sampai ramadhan berikutnya lak) dan fidyah diwajibkan juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 20-8-2008 08:27 AM
Assalamualaikum zerozone,
SEtahu teman, satu gantang Baghdad = 2.7kg
Harap dapat KEPASTIAN/PENJELASAN dari sesiapa yg lebey arif.
Wsalam
Kadar zakat fitrah, mengikut hadis; kadar yang wajib dikeluarkan ialah satu Sha’ (الصاع) iaitu satu gantang. Abi Sa’id al-Khudri r.a. menceritakan; “Kami mengeluarkan zakat fitrah (pada zaman Rasulullah s.a.w.) dengan kadar satu Sha’ (gantang) dari gandum atau satu Sha’ dari barli atau satu Sha’ dari tamar atau satu Sha’ dari ‘aqt (keju) atau satu Sha’ dari kismis (anggur kering)” (Riwayat Imam Muslim).
Satu Sha’ mengikut nilaian lama menyamai 5 1/3 Ritl (الرطل) ‘Iraqi iaitu gantang Baghdad. Mengikut ukuran liter, menurut pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji, satu Sha’ menyamai 3 liter. Adapun mengikut gram, antara ulamak ada sedikit perbezaan;
1. Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji menetapkan; satu Sha’ (gantang) menyamai berat hari ini 2400 gram atau 2.4 Kg.
2. Dr. Wahbah az-Zuhaili dalam kitabnya al-Fiqh Islami Wa Adillatuhu menyebutkan; menurut jumhur ulama’, satu Sha’ Iraqi menyamai ukuran semasa 2751gram atau 2.751Kg.
3. Menurut Syeikh Majid al-Hamawi (seorang ulamak dari Syria) dalam ulasannya terhadap kitab “Matn al-Ghayah wa at-Taqrieb” menegaskan; satu Sha’ menyamai ukuran semasa 2750gram atau 2.75Kg. Mengikut ukuran bekas, jika bekas adalah empat segi sama, maka panjang setiap sisinya ialah 14.6cm.
Ukuran di atas berdasarkan timbangan gandum iaitu makanan asasi penduduk Negara-negara Arab. Adapun mengikut timbangan beras, berdasarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, satu gantang Baghdad mengikut timbangan beras semasa (beras super tempatan gred A) ialah 2600gram atau 2.6 KG. (Lihat; Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57, bertarikh 10 Jun 2003. Rujukan; http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=148)
Maka kadar fidyah bagi sehari puasa yang ditinggalkan ialah satu mudd (cupak) iaitu ¼ gantang atau suku gantang. Menurut taksiran ulama’ hari ini, kadar satu mudd menyamai lebih-kurang 600gram mengikut timbangan gandum. (Rujuk; al-Fiqh al-Manhaji, jil. 2, hlm. 92). Syarat makanan yang hendak dikeluarkan fidyah ialah makanan asasi setempat. Bagi penduduk Malaysia, makanan tersebut sudah tentunya adalah beras. Harus menukarkannya dengan wang yang seharga dengannya. Sebagai jalan mudah, apabila diumumkan nilai zakat fitrah, maka pastikan berapa nilai ¼nya, maka itulah nilai satu mudd (cupak) atau nilai fidyah bagi sehari. Ini kerana seperti dijelaskan tadi, satu mudd adalah menyamai ¼ gantang dan zakat fitrah sebagaimana diketahui kadarnya adalah satu gantang. Katakanlah, zakat fitrah bagi suatu tahun itu ialah; RM4.00. Maka nilai fidyah pada tahun tersebut ialah; RM1.00 (yakni ¼ dari nilai zakat fitrah). Jika mengira keputusan majlis Fatwa Kebangsaan maka fidyah yg perlu di bayar adalah 1/4nilainya dari 2.6kg beras yakni 650gram. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jadi kalau ikut tahun 2008 terbaru, berapa nilai 1 cupak beras? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gemukkkkkkk at 11-9-2008 11:24 PM
jadi kalau ikut tahun 2008 terbaru, berapa nilai 1 cupak beras?
katalah anda di KL,
Jumlah zakat dikenakan utk 2008, RM5.20= 1 gantang
so bagi fidyah anda pula adalah, nilai 1 cupak = 1/4 dari 1 gantang.
so anda pelu keluarkan RM 1.30 bagi 1 hari puasa yg anda tinggalkan.
[ Last edited by NTvirus at 13-9-2008 03:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
adakah bayar fidyah ni mengikut negeri di mana kita tinggal..atau mana2 pun boleh..?
mcm kes saya, mak mertua tinggal di Johor oleh kerana dia sakit skg ni dia tinggal bersama dgn saya di Selangor..
dari segi keadaan mmg dia tak berkemampuan utk berpuasa jadi saya dan suami bercadang nak bayar fidyah utk dia..boleh tak bayar fidyah ni di Pusat Zakat Negeri Selangor..? sbb ikutkan dia hanya tinggal sementara dgn kami sahaja..
Setiapa negeri berbeza ke cara pengiraannya..? ke utk bayar fidyah ni takder kena mengena berdasarkan tempat tinggal tetap seseorang..asalkan di bayar sahaja fidyahnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanna1905 at 14-9-2008 12:12 AM
adakah bayar fidyah ni mengikut negeri di mana kita tinggal..atau mana2 pun boleh..?
mcm kes saya, mak mertua tinggal di Johor oleh kerana dia sakit skg ni dia tinggal bersama dgn saya di Sela ...
Tanya Pusat kutipan zakat Selangor.
[ Last edited by ibnur at 14-9-2008 12:46 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #115 stargate's post
err...pendapat stargate atau ada ayat2 yg dah di delete..?
anyaway thanks...esok saya call Puzat Zakat, saya tanya sbb soalan ni tetiba muncul masa saya baca thread ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
tetiba merak pikir cmni...sori klu da ada soalan sama eh.
katakan merak deliver ramadhan 2007..so thn ni 2008 merak ganti puasa 25hr je so ada baki 5hr dan telah difidyahkan.
pastu katakan ramadhan 2009 lak merak x sempat ganti puasa 5hr tu sbb deliver lg (uikshh..asyik deliver je,ni cth la ye)..
soalan: adakah 5hr tu kena gandakn bayaran fidyah sbb ia adalah puasa ganti bg ramadhan 2007? atau byr tanpa perlu digandakan sbb thn 2008 telah dibyr fidyah?
mengelirukn ke soalan merak ni? terima kasih pd yg menjawab. |
|
|
|
|
|
|
|
PUASA DAN GANTI
a'kum kawan..mintak tolong,saya ader masalah sket la..
macam ni,
tahun 2007 lepas saya telah bersalin dalam bulan posa,kira sempat berpuasa 5 hari sahaja.
then tahun 2008 saya cuma sempat mengantikan sebanyak 5 hari .ini bermakna saya telah berhutang lg 20 hari dan saya nak langsaikan sebelum bulan puasa tahun 2009.
yang menjadi persoalannya adakah saya nak gantikan puasa itu ganda 2?
adakah saya perlu bayar denda?
bagaimana bentuk denda tu kat sapa nak bayar??
tolong eh....
nak settle cepat ni....
err...thanks ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang-orang yang meninggalkan puasa dengan sebab apa pun diberi kelapangan masa untuk mengqada |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kayoti at 10-12-2008 04:23 PM
a'kum kawan..mintak tolong,saya ader masalah sket la..
macam ni,
tahun 2007 lepas saya telah bersalin dalam bulan posa,kira sempat berpuasa 5 hari sahaja.
then tahun 2008 saya cuma sempat me ...
terpaksalah terus menerus berpuasa selama 20 hari...
[ Last edited by hammer at 11-12-2008 12:49 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|