Originally posted by pelitaHatiku at 24-10-2008 10:46 PM
yang ni ori tapi tk nmpak gamba ahli
ni dia profile ahli2
5murid dari sekolah yang berbeza telah mengikat persahabatan melaluisebuah bas sekolah. Maka di situlah bermulanya pengembaraan apabilaperjalanan yang mereka lalui setiap hari dipenuhi dengan cabaran dandugaan yang menjadi asam garam alam persekolahan.
Seorangmurid yang berumur 10 tahun yang mempunyai adab sopan yang baik danhati yang murni. Ibu bapanya merupakan petani yang sering bekerja kerasdemi Amin. Amin seorang yang lasak dan mempunyai tali pinggang hitamdalam Tae Kwan Do. Dia seperti merupakan ketua geng bas sekolah danbersedia menempuh apa jua cabaran demi mempertahankankan ahli-ahlikumpulannya.
Mellyjuga berumur 10 tahun yang merupakan ketua darjah. Dia seorang yangbijak dan sangat bertanggungjawab serta degil dan selalu memikirkantentang melakukan perkara yang betul. Dia juga selalu menolong ibunyamenjual nasi lemak setiap pagi di perhentian bas. Di antara ahlikumpulannya. Melly seperti kakak yang paling dewasa keranakematangannya. Dia mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada pendapatAmin walaupun sering bercanggah.
Chuaadalah adalah ahli yang paling muda, berumur 7 tahun dan pasti sekaliyang paling nakal. Berimaginatif namun sedikit lurus, dia selalumengemukakan cadangan untuk menyelesaikan masalah walaupun kadang-kalaideanya tidak masuk akal. Cita-cita Chua sering bertukar-tukar,daripada seorang angkasawan, sehinggalah kepada seorang penyampaiberita.
Thanusha berumur9 tahun mempunyai tocang yang cantik, mempunyai baran, suka bertengkardan sering membuat kesimpulan dengan pantas. Thanusha diamanahkan olehibu Chua supaya menjaga Chua kerana mereka berjiran dan bersekolah ditempat yang sama. Namun kadang-kala Thanusha sedikit lalai dengantanggungjawabnya.
Jinak berumur9 tahun dan anak kepada seorang peniaga yang berjaya. Latarbelakangnyayang menyebabkan dia berupaya memiliki hidup yang serba mewah di manasedikit berbeza dengan rakan-rakannya. Ramai yang berfikir Jinak selalumempamerkan kemewahan dan menyebabkan dia tidak mempunyai ramai kawan.Dia meluangkan sebahagian besar daripada masanya dengan mereka ciptaalatan baru.