CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tangopapa

Misteri dan kes paranormal di pahang

[Copy link]
Post time 5-8-2008 12:32 PM | Show all posts

Reply #100 tangopapa's post

musim mengidam????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2008 12:35 PM | Show all posts
alamak....mendap sokmo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2008 04:52 PM | Show all posts

Balas #101 ReLyZa\ catat

ye laaa....bulan depan kan dah pose, klu nak makan ape2, kena la mkn time ni puas2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2008 04:53 PM | Show all posts

Balas #102 ReLyZa\ catat



suka ar tgk avatar ni, mcm nak penin pun ade
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 12:46 PM | Show all posts

Reply #104 tangopapa's post

tu baru tgk avatar....blom tgk tuan nyer plak
wakakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 12:48 PM | Show all posts
dimanakah org2 kat sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-8-2008 06:55 PM | Show all posts

Balas #105 ReLyZa\ catat

dah tgk dah
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 02:22 PM | Show all posts

Reply #107 tangopapa's post

tgk ape...
cun tak?
ekekekke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2008 02:28 PM | Show all posts

Balas #108 ReLyZa\ catat

tak boleh nak kata apa, gambor senget
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 02:31 PM | Show all posts

Reply #109 tangopapa's post

hahhahha
tak on ym ke?

ntah arr
dah lama tak tgk pix senget tu
nnt arr ingat mlm nnt nak update fs tu
ada org tu kan..janji...tp... :@ :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2008 02:39 PM | Show all posts

Balas #110 ReLyZa\ catat

kita dah off topic jauh dah ni.

citer psl hantu le plak

on ym mlm krg.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 02:42 PM | Show all posts

Reply #111 tangopapa's post

hahahha
hantu?

hrm....takde pengalamanjupe dpn2
setakat dgr bunyik2 cite dr kwn2 ada arrrr

alamak...
mlm takde net arrr
jauh tu nak g cc
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2008 10:12 PM | Show all posts
35 mangsa histeria pindah sekolah


GURU ini memerhati pelajar perempuan yang diserang histeria di SMK Tanjung Lumpur, Kuantan kelmarin.

KUANTAN - Semua 35 mangsa histeria yang kembali bersekolah semula di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini semalam akan dipindahkan ke sekolah lain selepas mendapat persetujuan ibu bapa masing-masing.

Pengarah Pelajaran Negeri, Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, perkara itu telah dibincangkan antara Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan ibu bapa pelajar terbabit dalam satu mesyuarat di sekolah berkenaan semalam.

"Keputusan untuk menukar pelajar ke sekolah lain adalah atas budi bicara ibu bapa sendiri. Kita tidak paksa jika ibu bapa tidak bersetuju," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Kosmo! mengenai 35 pelajar SMK Tanjung Lumpur yang diserang histeria sejak 13 Mei lalu kembali bersekolah di sekolah sama sejak kelmarin.

Dalam perkembangan sama, beliau menambah, kesemua 12 pelajar yang menjalani rawatan di Jabatan Psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini beransur pulih tetapi masih dipantau oleh pihak berkenaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2008 10:15 PM | Show all posts
ARKIB : 05/08/2008
Histeria di SMK Tanjung Lumpur berulang

Oleh ZULKIFLI MANZOR

KUANTAN 4 Ogos - Kejadian histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur yang disangka telah berakhir sejak lima hari lalu, kembali menghantui guru serta pelajar sekolah tersebut apabila beberapa pelajarnya dilaporkan mengalami semula histeria hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian yang bermula kira-kira pukul 10.15 pagi hingga 12.10 tengah hari itu, sekurang-kurangnya tiga pelajar perempuan sekolah berkenaan menjerit-jerit serta meracau secara tiba-tiba.

Tinjauan pemberita di SMK Tanjung Lumpur mendapati, beberapa pelajar perempuan termasuk seorang pelajar tingkatan dua dipercayai menjadi mangsa terbaru kejadian misteri itu dengan menunjukkan kelakuan aneh.

Para wartawan dan jurugambar bagaimanapun tidak dibenarkan membuat liputan di dalam kawasan sekolah kerana dikhuatiri kedatangan mereka akan menganggu tumpuan pelajar lain yang sedang belajar.

Menurut satu sumber, salah seorang mangsa yang terpaksa dipapah oleh guru meronta-ronta dan berjalan terhoyong-hayang ke belakang bangunan sekolah sebelum rebah di atas lantai simen.

"Lebih membimbangkan, mangsa menjerit-jerit seperti kena rasuk dan apabila sedar pelajar itu mengadu sakit di bahu kanan dan kembali mengamuk beberapa minit kemudian.

"Pemeriksaan mendapati memang ada kesan lebam seperti kesan gigitan pada bahu mangsa," katanya sumber itu ketika ditemui di sini hari ini.

Kejadian misteri di SMK Tanjung Lumpur menarik perhatian media dan orang ramai apabila Utusan Malaysia pada 25 Mei lalu melaporkan sebilangan pelajar sekolah berkenaan diserang histeria dan sakit sendi hampir setiap hari terutama menjelang waktu tengah hari sejak Mei lalu.

Dilaporkan juga pada waktu rehat, sebahagian pelajar perempuan akan berjalan terbongkok-bongkok seperti orang tua uzur dan keadaan itu dipercayai turut dialami segelintir guru wanita sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, Jumaat lalu, sekolah itu dilaporkan kembali tenang tanpa seorang pelajar pun diserang histeria sejak semalam berikutan pelbagai usaha telah dilakukan untuk memulihkan semangat pelajar sekolah berkenaan.

Dalam pada itu, sumber itu memberitahu, ketiga-tiga mangsa baru serangan histeria itu berkelakuan lebih agresif berbanding pelajar yang mengalaminya sebelum ini dengan cuba memanjat pagar sekolah serta bertutur dengan nada keras.

Sementara itu, pengamal perubatan tradisional, Shahabudin Sham Sudin, 50, yang sebelum ini mendakwa telah melakukan upacara "pembersihan" di sekolah berkenaan pada Jumaat lalu bagaimanapun mendakwa, kejadian itu berulang kerana terdapat anasir jahat lain yang cuba menganggu pelajar sekolah berkenaan.

"Saya sudah memindahkan anasir yang menganggu pelajar SMK Tanjung Lumpur pada Jumaat lalu, bagaimanapun kejadian hari ini ekoran perbuatan anasir jahat yang lain," katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan.

Pengarah Pelajaran Pahang, Abdul Aziz Abdul Latiff bagaimanapun gagal dihubungi untuk mengesahkan kejadian misteri yang berulang itu manakala pengetua sekolah berkenaan, Abdul Khalil Sham enggan mengulas ketika ditemui pemberita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2008 10:21 PM | Show all posts
Makhluk halus 'dibawa' naik bas


PELAJAR-PELAJAR SMK Tanjung Lumpur, Kuantan ceria kerana tiada lagi kejadian histeria dilaporkan di sekolah itu semalam.

KUANTAN - Makhluk halus yang dipercayai menjadi punca gangguan histeria di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur dekat sini akan 'dipindahkan' dengan menggunakan sebuah bas hari ini.

Menurut Pengetua SMK Tanjung Lumpur, Abdul Khalil Sham, beliau dimaklumkan upacara pemindahan itu akan dilakukan oleh seorang pengamal perubatan tradisional.

"Tapi saya tidak diberitahu siapa akan buat kerja 'pemindahan' esok (hari ini). Pihak sekolah hanya memberi peluang kepada mana-mana pihak yang ikhlas membantu sahaja," katanya semasa ditemui di sini semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan masalah yang dihadapi oleh sekolah itu apabila 36 pelajarnya termasuk seorang lelaki didapati mengalami histeria sehingga menimbulkan kebimbangan warga sekolah dan ibu bapa mereka.

Menurut Abdul Khalil, kerja- kerja 'pemindahan' itu dilakukan selepas pihak sekolah bersama Jabatan Pelajaran Pahang, Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan, Yayasan Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang, ibu bapa serta penduduk sekitar mengadakan majlis solat hajat yang bermula Isnin lalu berakhir kelmarin.

Mengenai perkembangan terkini pula beliau berkata, hingga semalam tiada lagi kejadian histeria sejak semua pelajar yang pernah mengalami gangguan itu diberi cuti bermula Selasa lalu.

"Keadaan sekolah kembali tenang. Pagi tadi pun (semalam) kita adakan majlis solat hajat besar-besaran bersama pelajar dan tiada kejadian terbaru," katanya.

Sementara itu, pelajar tingkatan lima, Rodiah Mamat, 17, (gambar kecil) berkata, keadaan sekolah yang diselubungi kejadian misteri lebih dua bulan lalu kini semakin tenang.

Tinjauan di sekolah tersebut semalam mendapati, pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah melalui pintu hadapan atas nasihat pengamal perubatan tradisional yang akan melakukan upacara tersebut hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru sekolah tersebut, Omar Senik berkata, pengamal perubatan tradisional dari Kuala Lipis yang dikenali dengan panggilan 'Datuk' hanya akan melakukan upacara 'pembersihan' kawasan sekolah itu apabila ikhtiar hari ini tidak berhasil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2008 10:34 PM | Show all posts
KUANTAN 6 Ogos - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur tidak akan ditutup walaupun kejadian misteri yang menyebabkan pelajar dan guru-guru di sekolah berkenaan mengalami histeria masih gagal ditangani sehingga kini.

Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, perkara itu tidak timbul sama sekali kerana kejadian yang melanda sekolah berkenaan sejak Mei lalu, tidak menjejaskan sesi pembelajaran secara keseluruhannya.

more...

''Kejadian histeria itu hanya dialami oleh 35 pelajar sekolah berkenaan secara berulang-ulang, manakala lebih 800 pelajar yang lain masih berupaya meneruskan pelajaran dengan baik di sekolah itu.

''Tidak timbul soal menutup sekolah kerana kita masih mempunyai pendekatan yang lebih progresif untuk berdepan dengan masalah tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Abdul Aziz, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menempatkan para pelajar serta guru terbabit di sekolah lain sekiranya keadaan menjadi bertambah buruk.

Semalam, Aziz memberitahu, mereka akan menyegerakan proses memindahkan 35 pelajar SMK Tanjung Lumpur yang mengalami histeria ke sekolah lain sebagai usaha menangani kejadian misteri yang berlarutan sejak empat bulan lalu itu.

Keputusan tersebut dibuat selepas satu mesyuarat khas diadakan bersama ibu bapa para pelajar, pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuantan di sekolah berkenaan.

Bagaimanapun jelasnya, sebarang tindakan masih terletak kepada kehendak dan budi bicara ibu bapa pelajar terbabit sama ada bersetuju atau sebaliknya untuk dipindahkan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, kejadian misteri di SMK Tanjung Lumpur yang disangka telah berakhir, kembali menghantui para pelajar dan guru-guru sekolah tersebut apabila beberapa pelajarnya dilaporkan mengalami semula histeria Isnin lalu.

Difahamkan, hari ini sebanyak enam pelajar telah mengalami histeria selain beberapa pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, ibu bapa dan pihak hospital turut dilihat memasuki kawasan sekolah berkenaan pada kira-kira pukul 11.30 pagi.

Sementara itu, pengamal perubatan tradisional, Shahabudin Sham Sudin, 50, yang mendakwa telah melakukan upacara 'pembersihan' di sekolah tersebut berkata, perkara serupa berulang kerana terdapat anasir jahat yang cuba mengganggu para pelajar berkenaan.

''Sebarang tindakan susulan untuk mengatasi kejadian misteri yang berulang itu terletak kepada persetujuan pihak sekolah dan saya dengan ikhlas hanya ingin cuba membantu sebaik mungkin," jelasnya.

sumber : utusan malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2008 10:59 AM | Show all posts
btw...nape blh berulang neh???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2008 11:42 AM | Show all posts

Balas #117 ReLyZa\ catat

biasa arr org pompuan kan, uzur bukan sehari je....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2008 11:47 AM | Show all posts
betul gak tu.....tp sian kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2008 12:11 PM | Show all posts

Balas #119 ReLyZa\ catat

haah sian.....bongkok2 mcm nenek tua, mcm citer congkak je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 117733 Replies : 5083
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 21354 Replies : 41
TBS dah clear, tak ada warga asing tidur macam rumah sendiri
RalineTBS dah clear, tak ada warga asing tidur
Views : 36870 Replies : 21
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 199325 Replies : 7359
Suspek tahan kereta, paksa pemandu bawa keluar dari mall- Cleaner lelaki ditembak di kaki
RalineSuspek tahan kereta, paksa pemandu bawa
Views : 19255 Replies : 8
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 143925 Replies : 1529
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 37481 Replies : 34
Layan macam princess- Cik Epal hadiahkan selipar Hermes pada Ammar
RalineLayan macam princess- Cik Epal hadiahkan
Views : 30910 Replies : 67
Beli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk macam penghantar makanan
RalineBeli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk
Views : 36944 Replies : 17
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 36693 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.103222 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list