CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: marul78

Nabil - Peserta Favourite Raja Lawak [Gambar baru page 3]

[Copy link]
Post time 2-3-2008 08:34 PM | Show all posts
best giler lawak nabil utk ep8 ni....brilliant idea..
nampak nyer nabil berada di kedudukan selesa
harap2 dia akan muncul juara utk musim 2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2008 10:06 PM | Show all posts

Reply #99 iena_kindaichi's post

ko jangan ar kecik ati...kan nabil kate die nak mintak clash bkn sbb montel tapi sbb asyik muntakedarah...abehla duet lau mcm2 nak...kan nabil kate bukan sebab saiz...ala.. name pon lawak
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 12:06 AM | Show all posts
Originally posted by iena_kindaichi at 2-3-2008 04:06 PM




tuh ahh pasal...cam comel gilos jer.... tapi aku terkecik atie yang cinta fast fud tuh...sebab aku nie spisis montel....hmmm nabil..nabil....!!!!



heheh hangan ambil hati dia lawak tuh...... relax n be cool.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 01:51 PM | Show all posts
suko sangat aku nabil x lupo loghat nogori...nampak awek lontik kat sinun....he he walaupun awek tu jauh, nabil totap nampak bulu mato eh yg lontik

tp idea mengabungkan dengan lagu mmg beshhhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 04:24 PM | Show all posts
tuler...ingt ke ape yg lentik..maklom ler die pnah bercinta ngan pondan...haha..lawak tol nabil
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 05:19 PM | Show all posts
good looking. tak caya tgk nanti bila dia dah glamer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2008 05:44 PM | Show all posts
kumpulan Cham tue yang bukan selalu sebut allrite tu sapa nama dia? mcm perasan hensem.
buat lawak pun ala2 mcm dia perasan hensem.
hmm
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 09:22 AM | Show all posts
bangbil .. bangbil ...

heheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2008 10:01 AM | Show all posts
kumpulan cham macam dua2 perasan ensem..masa wat show pon along x abes2 nak wat lawak fasal die encem..but still...tuh sumer lawak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 04:10 PM | Show all posts
Raja Lawak: Nabil sudah layak ada program sendiri!
03-03-2008 03:31:26 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

PROGRAM realiti Gelanggang Raja Lawak Astro kini telah melepasi minggu kelapan sebelum ke peringkat akhir pada 14 Mac ini.

Ini bermakna tinggal lagi satu minggu untuk empat finalis yang bertarung demi menentukan nasib mereka sebelum salah seorang finalis disingkirkan pada minggu ini.

Nabil antara peserta kesukaan ramai
(Foto Astro)
Mereka adalah Ahmad Nabil Ahmad (Nabil), Mohamad Nor Rollah Ismail (Pak Tam), kumpulan Cham yang terdiri daripada Muhammad Nizamudin Ahmad (Along) dan Asrul Zaidi Jamaludin (Azrul) serta kumpulan XN3 yang dibarisi oleh Mohd Fadhil Mohd Nasir (Anu) dan Nor Azhar Buyong (Pak Cu).

Jumaat lepas, mereka diuji dengan dua tugasan iaitu 'berinteraksi dengan penonton' selama dua minit sementara tugasan yang kedua bertemakan 'cinta' selama empat minit.

Melihat kepada persembahan dan undian peserta minggu tersebut, Nabil masih mengekalkan kualiti persembahan yang mantap lantas tidak hairanlah jika ramai penonton yang sanggup berhabis duit untuk menghantar sms undian kepada jejaka berusia 25 tahun ini.

Mengikut penelitian, Nabil sudah layak bergelar juara dan mempunyai program sendiri seperti yang dipersetujui oleh barisan pengkritik, Zaibo, Enot, Harun Salim Bachik dan Aznil Nawawi selaku pengkritik undangan.

Persembahannya minggu lalu menunjukkan kepantasan akal Nabil memikirkan idea yang cukup mencuit hati dan tidak membosankan apabila Aznil memberikan tugasan kejutan kepada peserta untuk mengajak penonton ke pentas dan berinteraksi dengan mereka selama dua minit.

Malah tugasan yang kedua pula dilakukan dengan penuh bersahaja serta tersirat penuh makna tentang cinta apabila beliau mengolah cerita mengikut peringkat umur seseorang yang bernama Nabil.


"Buat macam ni." kata Nabil

Kata Zaibo, Nabil pandai menyusun cerita dengan cantik sekali bermula usianya kecil sehinggalah ke usia 29 tahun namun lagu yang dipilih pada permulaannya perlu mempunyai makna dan sambungan kepada sketsa yang dilakukan selepas itu.

Manakala Enot mengatakan Nabil mempunyai idea yang 'brilliant' di mana beliau memulakan persembahannya dengan komedi senyap atau 'silent comedy'.

Dalam pada itu, Harun Salim Bachik menggelarkan Nabil sebagai spesies 'alien' Raja Lawak.

Akhir sekali, Aznil menambah pujian yang menggunung itu dengan mengatakan "Persembahan brilliant. Penantian Malaysia sudah terjawab".


Ramai penonton yang membanjiri Wisma Ali Bawal untuk melihat peserta kesukaan masing-masing

"Peserta perlu bergerak aktif kerana mereka sudah diberi masa selama lima hari untuk memikirkan idea yang bernas agar persembahan tidak berada ditakuk yang lama atau membosankan.

"Mereka sudah disuapkan dan dihidangkan dengan ilmu-ilmu yang diberikan oleh jurulatih pada setiap minggu jadi gunakan ia dengan sebaik mungkin.

"Saya lihat hanya Nabil yang keluar dari kotak lama dan boleh dikatakan beliau menyampaikan lawak 'maju'.

"Persembahannya menjadi lebih menarik apabila beliau menggunakan elemen lagu dan gaya penceritaan yang 'terkejut-terkejut'.

"Ceritanya ada nilai tatasusila, dia juga comel dan boleh membuatkan orang rasa mahu sayang dan memeluknya.


Aznil memberi tugasan mengejut kepada peserta untuk
berinteraksi dengan penonton

"Tidak ada elemen yang membuatkan orang rasa 'mual' atau mahu 'ludah mukanya'...Sepatutnya yang tinggal kejar Nabil dari belakang," ulas Aznil mengenai persembahan pada minggu tersebut.

Melihat kepada carta undian, markah peratusan Nabil kekal teratas dengan markah 33 peratus diikuti Cham dengan 18 peratus manakala XN3 dengan 17 peratus.

Persembahan peserta lain masih kurang mantap bilamana Zaibo mengatakan Cham kurang dari segi pengisian cerita.

Aznil pula, "Cham tak perlu pilih spesies lelaki lembut untuk membuatkan penonton ketawa."

Lawak Shah pula dilihat disampaikan terlalu lambat dan kurang bercerita tentang 'cinta'.


Lawak Cham turut menyerlah namun pengisian cerita harus dikembangkan agar tidak membuatkan penonton bosan

"Shah hanya menggunakan pergerakan lisan semata-mata. Perkataan 'silau' yang kerap kali diulang untuk membuatkan penonton tertawa boleh membuatkan orang mual.

"Gurau dan mempersenda adalah perkara yang berlainan. Apabila perkara itu banyak kali disebut ia boleh jadi persenda," kata Zaibo.

Mungkin beliau sudah tidak tahan lagi apabila perkara tersebut kerap kali diulang dan dalam masa yang sama seolah-olah ditujukan kepada dirinya.

Sebelum ini Zaibo masih boleh bertahan dan hanya mendiamkan diri kerana beliau menganggap perkara itu sebagai bahan gurauan tetapi lama-kelamaan Zaibo terpaksa bersuara agar lawak tersebut tidak berulang lagi demi mengelakkan ia menjadi 'lawak basi' dan membosankan.


Penyampaian lawak Shah bergerak terlalu lambat

Kumpulan XN3 pula masih lemah dari sudut cara persembahan kepada penonton apabila mereka selalu membelakangkan pengkritik ketika seronok berbual antara satu sama lain.

"Sepatutnya anda perlu membuat bentuk 'V' agar kami dapat melihat ekspresi masing-masing," beritahu Zaibo.

Pak Tam masih mengekalkan identiti yang sama seperti minggu-minggu lepas di mana beliau lebih banyak bercerita daripada berlawak.

"Jangan sampai membuatkan penonton ketawakan pelawak itu tetapi biarlah ketawakan lawaknya," demikianlah kata Aznil apabila beliau kasihankan Pak Tam yang diketawakan ketika beliau melakukan persembahan.


Pak Tam pandai bercerita tetapi kurang lawaknya

Tambah Aznil lagi, "Saya rasa sedih apabila mereka ketawakan Pak Tam sebab dia bekerja keras untuk membuatkan orang ketawa."

Minggu tersebut turut menyaksikan penyingkiran Shah yang mendapat undian terendah sekaligus menolak andaian Aznil yang mengagak Pak Tam yang tersingkir.

"Dari awal lagi, Shah ada peluang untuk diselamatkan berbanding Pak Tam. Namun ini pilihan orang ramai di mana kita tidak tahu apa yang orang lain nampak.

"Isu simpati tak boleh dijadikan alasan untuk mengundi. Jika diberi peluang, Shah boleh diselamatkan kerana beliau mempunyai elemen lucu," kata Aznil.


XN3 perlu membuat persembahan yang berbentuk 'V' agar tidak membelakangkan penonton

Shah serius

Melihat kepada semangat anak muda berusia 18 tahun ini, beliau sanggup menepis perasaan malu dan seriusnya demi menjulang harapan keluarga dan orang kampungnya di Felda Mempaga, Pahang.

"Saya sedih sebab tak dapat tunaikan impian mak dan ayah, keluarga serta orang kampung.

"Selepas ini saya akan merindui Pak Cu XN3 dan abang-abang yang lain.

"Banyak perkara yang saya timba dalam Raja Lawak ini dan antara cabaran yang saya lalui adalah untuk mengubah diri menjadi lebih ramah dan membuatkan suasana huru-hara," kata Shah yang merancang untuk menyambung pengajian sekiranya mendapat keputusan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) yang baik.

Saksikan Gelanggang Raja Lawak pada minggu ini, Jumaat, 9 malam di Astro Prima!
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 05:33 PM | Show all posts
hehehhe...... takder ler sampai nak kecik atie pun ngan bang bil tuh... aku tak kisah....

hmmm aku pelik sket dalam diari raja lawak...apasal dia ckp shah cam tuh....kitaorang 'bukan nak berkira'...buli budak tuh ker...shah tuh naper...kerek ker ngan abg-abg dalam tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 09:09 PM | Show all posts
Kalo ada sistem gred dari gelanggang first, NABIL nih mmg aku bagi A++..  :pompom:  Markah mungkin lam 96% (bese ar, nak bagi markah penuh mustahil)
Yang lain..
:pompom:   CHAM : A   :pompom:

SHAH : B-   (memandangkan faktor dia kira berjaya ngan lawak Pontianak Mexico + Nasir Bilal Khan/Nordin Ahmad)

KETAMPI/AWAS : C+

XN3: C


DEVEN / AZIL/ USEN : E- :re:

PAK TAM : F :kant:

[ Last edited by  SaVilara at 4-3-2008 09:10 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 10:17 PM | Show all posts
Originally posted by SaVilara at 4-3-2008 09:09 PM
Kalo ada sistem gred dari gelanggang first, NABIL nih mmg aku bagi A++..  :pompom:  Markah mungkin lam 96% (bese ar, nak bagi markah penuh mustahil)
Yang lain..
:pompom: :loveliness ...

ngalahkan cek'egu kome ni

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 10:18 PM | Show all posts
Originally posted by SaVilara at 4-3-2008 09:09 PM
Kalo ada sistem gred dari gelanggang first, NABIL nih mmg aku bagi A++..  :pompom:  Markah mungkin lam 96% (bese ar, nak bagi markah penuh mustahil)
Yang lain..
:pompom: :loveliness ...



ermmm kalau ikut sistem  pngk universiti...

nabil = 4.00

cham = 3.75

ketampi = 3.30

shah, awas, xn3 = 3.00

pak tam, azil, deven ngan husen = 2.00 ( tak moh ahh fail kan...nanti tak grad...   )
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 05:50 AM | Show all posts
loorrrr nabil ni ke. die ni dulu keej kat warung mak cik aku kat mambau..

aku tak sangke pulak die ni masuk raja lawak..kekeke.. bodoh2 je dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 10:17 AM | Show all posts

Reply #115 sayang_mulut's post

kat CI nun, orh nogori sibuk nak cari rumah nabil kat mambau nun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2008 11:14 AM | Show all posts

Reply #115 sayang_mulut's post

ko baru tau ke...ish2...nabil dah star dah now..cewaahhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 11:33 AM | Show all posts
kenal nabil ke..kem salam syg ek..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 03:20 PM | Show all posts
Akak baru jumpa Nabil hr tu. OK lah budaktu. Sempoi. Naknye kalau cakap nogori, memang merapu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 05:13 PM | Show all posts
Originally posted by sayang_mulut at 5-3-2008 05:50 AM
loorrrr nabil ni ke. die ni dulu keej kat warung mak cik aku kat mambau..




aku tak sangke pulak die ni masuk raja lawak..kekeke.. bodoh2 je dulu..




dia kejer despatch ker kejer warung...??
kalau dia kejer warung dia amik order ker tukang masak ker bancuh air...??


hehehhe....ko tak baik cakap dia bodo-bodo tau...kalau tgk lawak dia mmg mabeles lah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.061836 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list