CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah1285

AKU ADALAH KOTA ILMU SEDANGKAN ALI ADALAH PINTUNYA - PALSU..!!

[Copy link]
Post time 12-7-2008 07:55 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 11-7-2008 09:54 AM
salam buat semua

saudara hanya mengatakan ttg ahlulbait bagi ibu nabi musa???
dan jika hanya di ungkapkan AYAT ini
maka ahlul bait adalah pertalian darah
tetapi bagaimana AYAT ttg isteri na ...


salam

saudara hanya mengatakan ttg ahlulbait bagi ibu nabi musa???
dan jika hanya di ungkapkan AYAT ini
maka ahlul bait adalah pertalian darah
tetapi bagaimana AYAT ttg isteri nabi Ibrahim???
beliau bukanlah pertalian darah dgn Ibrahim
takkan saudara nak mengenepikan AYAT ini???



1) Berulangkali anda membangkitkan isu isteri Nabi Ibrahim a.s, walaupun telah diulangjawab masih membangkitkannya. Orangbesi, Al Quran itu tidak ditafsirkan mengikut nafsu anda, perhatikan ayat ini dengan dengan teliti:

Allah SWT berfirman dalam KitabNya yg mulia:

"Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah kepadanya, 'Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan istri-istri kamu, diri-diri kami dan diri-diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.'" (QS. Ali 'lmran: 61)

Bukankah dari ayat jelas Rasulullah saaw diperintahkan utk memanggil isteri baginda saaw utk diajak bermubahalah dengan Nasrani Najran? Sekarang perhatikan:

Dari Sa'ad bin Abi Waqash yang berkata, "Ketika ayat ini turun, 'Katakanlah, 'Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu...' Rasulullah saaw memanggil Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Lalu Rasulullah SAWW berkata, 'Ya Allah, mereka inilah Ahliku."

Nah sekarang, apakah anda fikir Rasulullah saaw telah melanggar perintah Allah SWT (Na'udzubillah!). Maka jelas di sini, Quran itu tidak boleh anda tafsirkan sesuka hati anda sahaja, mengikut apa yg anda mahukan. Maka begitulah halnya berkenaan isteri Nabi Ibrahim a.s dalam ayat. Dan sekarang saya tanyakan kepada anda, bagaimana anda boleh mengenepikan langsung jawapan saya bahawa Siti Sarah dipanggil Ahlul Bait a.s dengan kelahirannya Nabi Yakub, seorang Nabi dan seorang Imam!

bukankah saudara yg sendiri memecahkan golongan ahlul bait itu sendiri
dan hanya merangkumnya dlm mengikut fahaman golongan saudara???
dan saya tidak sesekali pun nak menjatuhkan mana-mana golongan terdahulu
walaupun ada tampak kelalaian pada mereka
tetapi hanya mengambil pelajaran agar tidak terikut yg tidak baik itu

Subhanallah, apakah anda tidak pernah membaca hadis2 yg telah dibawakan ke sini? Apakah ianya dari saya atau dari Rasulullah saaw sendiri?! Bagaimana anda membuat tuduhan seperti ini?!

-----------------------------------------------------

2) Ini kesaksian Zaid seorang sahabat Rasulullah saaw: Pada penghujung Hadis Tsaqalain: bepegang teguh kepada Kitabullah dan AHlul Bait,  perawi berkata:

"Kami berkata 揝iapa Ahlul Bait? Apakah isteri-isteri Nabi? . Kemudian Zaid menjawab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2008 09:35 AM | Show all posts
salam buat semua

syukur saya masih meneruskan pembacaan
dan tersinggah di surah al ahzab
dan dapat saya BACAKAN kembali:


33:28. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, "Jika kamu menghendaki kehidupan dunia dan
perhiasannya, marilah, aku akan membuat peruntukan untuk kamu, dan melepaskan kamu
dengan pelepasan yang manis.
33:29. Tetapi jika kamu menghendaki Allah, dan rasul-Nya, dan tempat kediaman akhir, sesungguhnya Allah
menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik antara kamu dengan upah yang besar."
33:30. Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa antara kamu yang melakukan kesumbangan yang nyata, baginya
azab akan digandakan dengan dua kali ganda; itu, bagi Allah, mudah.
33:31. Tetapi sesiapa antara kamu yang patuh kepada Allah, dan rasul-Nya, dan membuat kerja-kerja
kebaikan, Kami akan memberikan upahnya dua kali; Kami menyediakan untuknya rezeki yang mulia.
33:32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidaklah seperti perempuan-perempuan lain. Jika kamu bertakwa, maka janganlah hina dalam ucapan kamu, supaya orang yang di dalam hatinya ada penyakit berkeinginan; tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan janganlah menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk membersihkan kamu, sebersih-bersihnya.
33:34. Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah, dan Kebijaksanaan; sesungguhnya Allah adalah Halus, Menyedari.

jadi dr turutan AYAT TUHAN diatas
maka bolehkan dirumuskan AHLULBAIT itu adalah ISTERI NABI???
dan bukan anak menantu atau cucunya???

dan pada AYAT:
3:61. Dan sesiapa mendebat kamu mengenainya, setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka katakanlah, "Marilah, hendaklah kita menyeru anak-anak kami dan anak-anak kamu, dan isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, dan diri-diri kami dan diri-diri kamu, kemudian hendaklah kita memohon dengan rendah hati dan meletakkan laknat Allah ke atas orang-orang yang berdusta."

dan kenapa bila diturunkan AYAT dr SURAH AL AHZAB, nabi memanggil anak cucu dan menantunya???
dan bila AYAT dr ALI IMRAN tu, NABI sekali lagi memanggil anak cucu dan menantunya???

cuba saudara bayangkan jika AYAT sebegini diTURUNkan kepada saudara???
hanya tertakluk kepada isteri sahaja, dan tidak kpd anak cucudan menantu???
apakah perasaan saudara
dan apakah perasaan anak cucu dan menantu saudara????
jadi sebelum mereka meminta atau mengatakan sesuatu
bukankah lebih baik saudara BERKATA DAHULU
utk menenangkan dan mendamaikan mereka
walaupun ADA DIKALANGAN ISTERI DAN ANAKMU ADALAH MUSUH BAGIMU.........

dan saya tidak mengatakan SALAH NABI berbuat sebegitu
jika kepada saya pun, saya akan berbuat sebegitu juga
kan itu yg TERBAIK
sedangkan PERKATAAN NABI adalah SEMUANYA BAIK  kannnnn

dan disini juga bolehkah saudara BEZAKAN perkataan AHLULBAIT dan AHLULBAITKU
dr ATYAT TUHAN dan HADITH NABI???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 09:51 AM | Show all posts
Adakah saudara berfikir saya mengatakan bhwRasulullah saaw telah melanggar perintah Allah SWT
atau adakah saudara sendiri mampu berfikir bhw NABI
MEMOHON dan BERDOA bagi HAKNYA
adakah salah NABI berbuat sebegitu, kan saudara sendiri mampu menilainya

dan apabila Ummu Salamah berkata, "Dan apakah aku beserta mereka wahai Rasulullah saaw? .
Beliau bersabda 揺ngkau mempunyai tempat sendiri dan engkau menuju kebaikan
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 05:41 PM | Show all posts
salam
saya hanya akan menjawab yg dua ini sahaja, saya fikir yg lain2 itu anda sendiri boleh menjawabnya.

[quote]Originally posted by orangbesi at 13-7-2008 09:35 AM
dan apabila Ummu Salamah berkata, "Dan apakah aku beserta mereka wahai Rasulullah saaw? .
Beliau bersabda 揺ngkau mempunyai tempat sendiri dan engkau menuju kebaikan
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2008 09:37 AM | Show all posts

Reply #104 billionaire's post

salam buat saudara

sama sekali saya tidak membangkang atau menepis
HADITH yg saudara bawakan itu
semuanya adalah baik dr seorang RASUL yg diutus

iya, dan mereka adalah AHLULBAIT bagi NABI - AHLULBAITKU
dan saya tidak pertikaikannya
sebagaimana saudara juga memohon sebegitu kepada AHLULBAIT saudara sendiri
betul tak??????
sedangkan AHLULBAIT bagi SURAH 33 adalah bagi para isteri NABI
adakah saudara menyangkal KENYATAAN ini????
sebagaimana saudara perlu MEMBACAKAN AYAT tersebut dr AYAT 28 sehingga 34

dan saya TIDAK MENIDAKKAN MEREKA DISUCIKAN SESUCINYA
tetapi cuba saudara BELEK AL QURAN kembali
dan teliti perjalanan hidup kesemua KISAH yg DIWAHYUKAN
adakah semua ANAK CUCU dan KETURUNAN
masih terus TUNDUK PATUH KEPADA TUHAN SEMESTA ALAM
sedangkan
KATA TUHAN; ADA DIKALANGAN ISTERI DAN ANAK2MU ADALAH MUSUH BAGIMU
dan HARTA DAN ANAK-ANAKMU ADALAH CUBAAN BAGIMU

cuba saudara tunjukkan bagaimana SIFAT KASIH SAYANG seorang KHALIFAH
kepada TANGUNGGANNYA dan KETURUNANNYA
sebagaimana IBRAHIM juga masih memohon keampunan bagi BAPAKNYA

dan sebagai persoalan umum
siapakah yg mampu meneruskan kesinambungan AGAMA?????
adakah keturunan atau sesiapa sahaja yg mahu menempuh jalan yg lurus????
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2008 03:41 PM | Show all posts
salam Orgbesi,

Nampaknya tidak ada jalan lain, saya telah sediakan utk anda sebuah perbincangan yg agak panjang mengenai hal ini. Saya harap anda bersabar membaca tulisan panjang ini, dan harap anda dapat baca dengan teliti dan dapat memahami point2nya agar dapat menghilangkan kesangsian anda atas hujjah2 kebenaran.

Saudara Orgbesi, Anda membuat kesimpulan ini kerana anda hanya melihat ayat2 sebelum dan selepas ayat Tathhir. Memang kita semua akan membuat kesimpulan seperti itu dengan melihatnya sepintas lalu. Kita perlu ingat bahawa al-Quran turun beransur, bukan sekaligus.
Dan kita merujuk kepada Asbabun Nuzul ayat (sebab-sebab penurunan ayat) sebagai sebahagian cara memahami ayat Quran. Kita telah pun melihat akan Asbabun Nuzul ayat, maka kita telahpun mengetahui siapakah individu2 yg dimaksudkan sbg Ahlul Bait dalam ayat Tathhir.


Mungkin timbul persoalan, Jika ayat ini bukan utk para isteri, mengapa pula ia tersisip di tengah2 ayat utk para isteri? Bukankah ini menunjukkan berlaku kerosakan kepada ayat?

Bagaimana dapat kita menjelaskannya?

1)
perhatikan ayat sebelum dan selepas ayat Tathhir. Dengan mengecualikan ayat Tathhir, ayat2 sebelum dan selepas utk para isteri sama sekali tidak terganggu dan masih mampu berjalan secara harmoni. Hal ini sekali lagi dapat dibuktikan melalui Asbabun Nuzulnya bahawa ia turun utk org2 tertentu selain para isteri. Maka ayat ini disebut Jumlah mutarridhah yg menunjukkan bahawa ia adalah berasingan dari ayat sebelum dan selepasnya.

2)
Jumlah Mutaaridhah dapat juga kita lihat pada ayat berikut:

揇iharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni'mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. Maka barangsiapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa,sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.擺/i] (QS Al Maidah 5:3)

Ayat Ikmaluddin (penyempurnaan agama) di atas, dapat anda lihat ia tersisip di antara ayat sebelum dan selepas yg tidak ada kena mengena dengannya. Sebagai bukti penguat, Asbabun Nuzul ayat Ikmaluddin ini sendiri menunjukkan ia diturunkan secara berasingan.


As-Suyuti menyebutkan hal ini dalam Durr Mantsurnya riwayat dari Abu Hurairah yg mengatakan: ketika hari Ghadir Khum tiba yaitu hari ke delapan belas Dzul Hijjah, Rasulullah saaw bersabda: 揃arang siapa aku maulanya maka ini Ali sebagai maulanya (juga), maka Allah SWT menurunkan ayat: (Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni'mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu)]




Khatib Bagdadi salah seorang ulama besarSunni dalam kitabnya Tarikh Baghdad dengan menukil riwayat dari Abu Hurairah disebutkan: Rasulullah saaw bersabda: Barang siapa berpuasa di hari kedelapan belas dari bulan Dzul Hijjah maka dicatat baginya (pahala puasa 60 bulan) hari itu adalah hari Ghadir Khum saat Rasulullah saw mengangkat tangan Ali Bin Abi Thalib a.s kemudian beliau bersabda: Bukankah aku wali kaum mukminin? Semua
menjawab: Ya benar wahai utusan Allah, Rasulullah saaw kemudian bersabda: barangsiapa aku maulanya maka Ali adalah maulanya (juga). Kemudian Umar bin Khattab berkata: Selamat bagimu wahai putra Abi Thalib kamu telah menjadi maulaku dan maula setiap mukmin dan mukminah, kemudian Allah SWT menurunkan ayat厰 (Tarikh Baghdad, jilid 8, hal 290.)


---- -----
Kembali kepada ayat Tathhir, subjek perbicaraan dalam ayat2 sebelum dan selepas ayat Tathhir adalah dua perbicaraan berbeza. Ayat berkenaan para isteri menceritakan tanggungjawab2 tertentu yg harus mereka kerjakan, di samping ancaman dua kali lipat yg mereka harus tanggung atas kegagalan melaksanakannya. Ayat Tathhir pula membicarakan satu hal yg pasti berlaku, tanpa syarat dan berbeza dengan pembicaraan ayat sebelum dan selepasnya. Ini dibuktikan lagi bahawa ayat2 berkenaan para isteri kesemuanya menggunakan dhamir Muannast (feminin) (kunTUNNA, kamu para isteri, ayat 28, minKUNNA dari kalian para isteri ayat 29, dll) , namun sebaik sahaja tiba pada ayat Tathhir, serta merta dhamirnya berubah kepada muzakkar (YuthahhiraKUM, menyucikan kalian lelaki). Dan kemudian kembali semula kepada Muannas pada ayat 34 (buyutikunna rumah2 kamu para isteri).

Begitu juga rumah (Bait) yg dirujuk dalam ayat Tathhir adalah sebuah rumah yg berbeza dengan rumah2 para isteri. (Buyutikunna) yg ditafsirkan sebagai rumah kenabian dan rumah para isteri.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2008 03:46 PM | Show all posts
Kehendak Tasyri抜yyah dalam ayat-ayat bersangkutan para isteri Nabi saw.

Ayat-ayat bermula 28 hingga 34 Surah al-Ahzab adalah ayat-ayat yang menyentuh hukum-hukum syariat yang harus secara khusus dilaksanakan kepada para isteri. Di dalamnya, para isteri Nabi saw diberi pilihan untuk memilih untuk melakukan apa yang ditetapkan ke atas mereka atau pun mereka memilih untuk tidak melakukannya. Bermula ayat 28 dan 29, Allah memberi pilihan kepada para isteri untuk memilih samada kehidupan dunia dan perhiasannya serta diceraikan ataupun memilih untuk bersama Allah dan RasulNya dan memilih kehidupan akhirat serta mendapat pahala yang besar.
Allah SWT berfirman:


揌ai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2008 03:56 PM | Show all posts
Penggunaan 憭An
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2008 04:21 PM | Show all posts
Dan dengan penyucian yg paling sempurna, dapatkah kita membayangkan Ahlul Bait akan masih terpengaruh dengan rasa dengki, permusuhan, keburu2an (yg dari sifat syaitan), salah pertimbangan (kerana tidak dapat melihat kebenaran)? Lalu apakah dapat kita mengatakan Ahlul Bait akan berperang sesama sendiri sehingga terbunuh lebih 20,000 org Islam hanya kerana perang saudara sesama mereka?

(rujuk kepada persitiwa perang Jamal antara Aisyah dan Imam Ali bin Abi Thalib a.s. - Kalau Imam Ali a.s akan sentiasa bersama kebenaran dan kebenaran juga sentiasa bersamanya, maka mustahil lawannya juga bersama kebenaran!)
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2008 04:30 PM | Show all posts
bukti lain dengan tambahan dari hadis:

Itrah hanyalah melalui keturunan darah

  Hadis sahih dalam kitab Mustadrak As Shahihain Al Hakim, Juz III hal 110.

Al Hakim meriwayatkan telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Ishaq dan Da抣aj bin Ahmad Al Sijzi yang keduanya mendengar dari Muhammad bin Ayub yang mendengar dari Azraq bin Ali yang mendengar dari Hasan bin Ibrahim Al Kirmani yang mendengar dari Muhammad bin Salamah bin Kuhail dari Ayahnya dari Abu Tufail dari Ibnu Wathilah yang mendengar dari Zaid bin Arqam ra yang berkata

揜asulullah saaw berhenti di suatu tempat di antara Mekkah dan Madinah di dekat pohon-pohon yang teduh dan orang-orang membersihkan tanah di bawah pohon-pohon tersebut. Kemudian Rasulullah saaw mendirikan shalat, setelah itu Beliau saaw berbicara kepada orang-orang. Beliau memuji dan mengagungkan Allah SWT, memberikan nasehat dan mengingatkan kami. Kemudian Beliau saaw berkata
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2008 04:38 PM | Show all posts
Dalil kemaksuman Ahlul Bait


1.            "Quran bersama Ali dan Ali bersama al-Quran"


وهو قول النبي صلى الله عليه وآله وسلم : علي مع القرآن والقرآن مع علي ، لن يتفرقا حتى يردا علي الحوض

       Al-Mustadrak, 3/124. berkata al-Hakim: hadis ini sahih isnadnya. Dhzahabi menyetujuinya. (majma
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 11:50 AM | Show all posts
salam buat saudara

maafkan saya
tak mampu nak berbicara sangat
pasal dok pening kat RSF tuu

kalau saudara kelapangan cuba jenguk kat RSF jap
mana tahu ada kebaikan kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 01:18 PM | Show all posts

Reply #112 orangbesi's post

salam orangbesi
mula2 saya masuk ke Cari forum dulu pun pasal inter religion lah. Saya dapati lebih penting utk kita mengetahui hal2 basic dari agama kita lebih dari berjidal dengan mereka. So saya tinggalkan mereka dan terus berada di sini. Tapi sekarang hanya time ni saja dapat berforum, pasni sibuk balik

wassalaam
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 01:13 AM | Show all posts
korang ni tak hbs hbs pasal hadis ni he he...

tak kira lah hadis tu sahih ke, hasan ke, da'if ke, maudhu' ke, S. Ali ttp antara org yg berilmu dr kalangan ahlul bait dan para sahabat Nabi r.anhum ajma'in. Sunni n Syiah kedua-duanya mengiktiraf perkara ini.

Cuma bezanya ialah, Sunni yakin bhw S. Ali walaupun ilmunya tinggi tapi beliau tidak maksum. Syiah pula menghimpunkan ketinggian ilmu dgn kemaksuman.

Walaupun ada di kalangan ulama' sunni yg menolak hadis ni, mereka bukanlah bermaksud menolak ketinggian ilmu dan kemulian S. Ali r.anhu. Ketinggian ilmu dan kemuliaan S. Ali thabit dlm hadis2 sahih yg lain.

Manakala Syiah pula saya melihat mereka selalu menggunakan hadis ini utk menguatkan hujah mereka bhw S. Ali lah yg layak menjadi pengganti Nabi. Point dan hujah mereka akhirnya akan balik ke situ. Segala kelebihan, kemuliaan, manaqib, fadha'il S. Ali yg diriwayatkan oleh ulama' Sunni mereka ambil sebagai hujah untuk menguatkan dakwaan mereka tersebut. Kalau org sunni argue mereka kata: Hadis-hadis dari kitab kamu sendiri yg menyatakan demikian!

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 01:18 AM | Show all posts
Perbincangan secara detail ttg sanad dan taraf hadis ini boleh dibaca di sini :

http://www.alukah.net/articles/1/550.aspx

kalu korang nak bincang ttg sanad hadis ni, korang baca lah dulu smpi habis. lepas hbs baca kan nanti baru korang bncg.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 10:13 AM | Show all posts
salam buat semua

sorry bili sibuk sikit leeee
hanya mampu masuk ke RSF jap tadi

nahzaluz???
lam tak dengark hang??? sihat keeee
biasa le berbincang cam niiii
dr dok berbincang yg mengarut
baik dok dengark sesama saudara membacakan AYAT TUHAN dan HADITH NABI
rasa nyaman sikit
dr KEPANASAN DAN KERAKUSAN MANUSIA.................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2008 10:50 PM | Show all posts

Balas #115 nahzaluz\ catat

ingatkan bahasa melayu tulisan jawi.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 12:49 AM | Show all posts
sori la lupa nak habaq. b. arab he he
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 12:52 AM | Show all posts

Reply #116 orangbesi's post

wah wah org besi ni ttp dengan kebesiannya. tak berubah.

mmg lama tak masuk. smlm masuk sbb nak pm seri. ada benda nak tanya. tp bukan pasal global ikhwan. pasal pak malau.

tapi bila masuk tgk aik hgt pulak dah thread mazhab. tu singgah kejap. tapi tak lama ni. malas dah. 'dah tobat' heh heh

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 02:46 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 24-7-2008 01:13 AM
korang ni tak hbs hbs pasal hadis ni he he...

tak kira lah hadis tu sahih ke, hasan ke, da'if ke, maudhu' ke, S. Alittp antara org yg berilmu dr kalangan ahlul bait dan para sahabat Nabir.anhum ajma'in. Sunni n Syiah kedua-duanya mengiktiraf perkara ini.

Cuma bezanya ialah, Sunni yakin bhw S. Ali walaupun ilmunya tinggi tapibeliau tidak maksum. Syiah pula menghimpunkan ketinggian ilmu dgnkemaksuman.

Walaupun ada di kalangan ulama' sunni yg menolak hadis ni, merekabukanlah bermaksud menolak ketinggian ilmu dan kemulian S. Ali r.anhu.Ketinggian ilmu dan kemuliaan S. Ali thabit dlm hadis2 sahih yg lain.

Manakala Syiah pula saya melihat mereka selalu menggunakan hadis iniutk menguatkan hujah mereka bhw S. Ali lah yg layak menjadi penggantiNabi. Point dan hujah mereka akhirnya akan balik ke situ. Segalakelebihan, kemuliaan, manaqib, fadha'il S. Ali yg diriwayatkan olehulama' Sunni mereka ambil sebagai hujah untuk menguatkan dakwaan merekatersebut. Kalau org sunni argue mereka kata: Hadis-hadis dari kitabkamu sendiri yg menyatakan demikian!

sebenarnya perbicaraan pasal hadis ni dah selesai. Tentang pembuktian kemaksuman dgn keilmuan tu hanya satu cara pembuktian. Kalau Syiah membela hadis inipun sebab setiap kali hadis2 yg meninggikan Ahlul Bait disebut, maka nama Syiah akan diikutkan tapi dengan sebutan negatif. tengok sahaja pasal hadis ni, alih2 Syiah juga yg dituduh dengan tuduhan yg tak baik.

Ustaz, tentang penggunaan hadis2 Sunni, saya rasa ini satu keperluan bagi Syiah. Apatah lagi Sunni menjadikan diri mereka sebagai tolok ukur kebenaran, tidak menerima melainkan dari sesuatu yg berasal dari mereka sahaja. Kalau Sunni mau terima hadis2 Syiah, maka saya rasa tak perlu bagi Syiah membawakan hujjah2 Sunni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.127672 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list