CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Diela_79

Suami Tidak Bertanggungjawab

[Copy link]
Post time 22-5-2007 01:14 PM | Show all posts
kuda siot la lu...

duit bini elok .... atau utk holiday sekali sekala.

akakakaka.....bagus idea nko

lagi satu .. kalo nak beli bra atau seluar dalam .. jangan sekali-kali guna duit sendiri .. mintak duit ngan laki secara lembut dan manja .. selalunya mudah ler laki nak bagi sebab mende2 tu semua untuk "barang2 berharga" bagi die. laki nih kalo bab barang yg die kerap pakai die takde berkira sangat .. contohnya cam kete la.... hehehehe.


hahahahaha....berharga ke bra ngan panties tu...barang dalam tu er yg berharga...biasa pakai kejap je sebelum dibuka...uih..!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2007 08:51 AM | Show all posts

Reply #100 kudajantan77's post

good idea.. but kalo dah laki tu memang tak berduit.. ajak pi jalan2 pun x mo... ekekek sabo je la
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2007 08:52 AM | Show all posts
Originally posted by DewaGanaZ at 22-5-2007 01:14 PM
kuda siot la lu...


akakakaka.....bagus idea nko



hahahahaha....berharga ke bra ngan panties tu...barang dalam tu er yg berharga...biasa pakai kejap je sebelum dibuka...uih..!!!


ah siot la tuh.. ada ka nak pi holiday guna duit bini.. sesama la.. ( aku pun selalu kene gak cam ni....)
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2007 11:10 AM | Show all posts

Reply #103 shimaf1's post

abih tu .. duit laki dah abis sara keluarga .. yang tinggal pun ciput jer untuk beli spender setahun sekali .. lagipun lelaki tak elok simpan duit banyak2 .. nanti die asik pikir nak berbakti pada pompuan lain.

nak holiday kene la mintak ihsan tabungan bini .. duit laki untuk necessity duit bini utk luxury .. holiday tu kire luxury la .. mentang2 ler laki bertanggungjawab jgn ler asik nak beli gelang emas sampai ke siku...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 10:48 AM | Show all posts

Reply #104 kudajantan77's post



macam2 la idea korang ni... ekekekkekek
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 11:47 AM | Show all posts
tp mmg bagus habiskan duit laki jgn tinggakkan sisa pun..
nak holiday apasalahnya kita belanjakan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2007 12:26 PM | Show all posts
Originally posted by errynn at 31-5-2007 11:47 AM
tp mmg bagus habiskan duit laki jgn tinggakkan sisa pun..
nak holiday apasalahnya kita belanjakan


aku tak suka perabihkan duit laki aku... sebab aku nak suruh dia tolong family dia...

Tapi kalau dia gunakan kesempatan nih utk perabihkan pompuan lain tuh...tak tau nak kata la.. mmg aku akan cakap dasar tak tau malu...

Anyway.. takat nih laki aku mmg tau malu la.. kekdg kalau aku nak bayorkan duit kiteorang makan2 kat luar pun dia sendiri tepis... " isshhh... ape nih..."

Melainkan time dia betul2 kering.. dia akan ambil sambil tersipu2... hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 09:50 PM | Show all posts
Tanggungjawab suami
Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah SWT untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami. Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti di bawah :-

ADIL

Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.

Sabda Rasulullah SAW:
(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.

Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam.Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.

PEMIMPIN

Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.
Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.

Firman Allah
Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.(An-Nisak:34)

NAFKAH

Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.

Firman Allah
"Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik."(Al-Baqarah:233)

Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.

Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

PENDIDIKAN

Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.

Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.

PELINDUNG

Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:

Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.(at-Talaq :6)

Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.

Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.

Sabda Rasulullah SAW:
Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as job will be given for his forbearance.

Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.

Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.

MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK

Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.

Suami hendaklah mendekati si isteri dengan cara yang baik dan bersopan, tidak bersikap ganas seperti seekor binatang. Isteri hendaklah dilayan sebagai seorang yang setaraf yang boleh berkongsi kebahagiaan dengannya. Sepatutnya isteri itu dilayan dengan penuh kasih sayang dan kelembutan terutamanya pada malam pertama perkahwinan mereka. Dengan ini, sudah tentu akan mengukuhkan lagi rasa kasih sayang antara mereka.

Suami akan mendapat ganjaran di akhirat jika menggauli si isteri dengan baik:

Dan bergaullah dengan mereka (perempuan-perempuan) dengan baik, dan sekiranya kamu membenci mereka mungkin apa yang kurang kamu sukai itu Allah menjadikannya kebaikan yang banyak.(An-Nisak :19)

Seorang suami juga tidak boleh mempunyai prasangka yang buruk dan bukan-bukan terhadap isterinya walaupun perasaan cemburu itu adalah perkara biasa. Perasaan cemburu yang timbul itu mestilah munasabah dan tidak keterlaluan sehingga boleh menyebabkan perbalahan antara suami isteri. Si suami sepatutnya tidak membiarkan perasaan cemburu itu mengatasi akal pemikiran yang rasional dalam menyelesaikan masalah.

Sabda Rasulullah SAW:
There is a type of jealousy which Allah loves and there is another type which Allah hates. As for what which Allah loves, it is the jealousy which is provoked by a legitimate cause of suspicion; and that which Allah hates is the jealousy which is unduly aroused.
(Ibnu Majah)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2008 09:52 PM | Show all posts
Disini terdapat beberapa petua untuk kebahagian dalam keluarga:

Memahami dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing seperti suami sebagai ketua keluarga, isteri sebagai pembantu. Paling penting, jangan campur aduk antara kerja di pejabat dan hal rumah tangga.

Mengamalkan berjemaah dalam apa jua aktiviti seperti solat, makan, menonton telivisyen. Begitu juga konsep musyawarah walau sekadar membuat keputusan untuk makan malam kerana setiap orang akan rasa dihargai.

Hidupkan sikap berkorban dan bertolak ansur serta tidak berkira di atas apa yang dihulurkan.

Tunjukkan sikap kasih sayang melalui perkataan dengan memberitahu pasangan dan anak-anak betapa mereka disayangi seperi apabila mengakhiri perbualan di telefon dan sebagainya.

Tunjukkan rasa kasih sayang melalui sentuhan seperti pelukan, berpegangan tangan, ciuman, belaian, urutan dan sebagainya.

Kawal diri ketika marah atau ketika bosan kerana kata-kata yang tidak sepatutnya boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada pasangan dan anak-anak.

Elakkan sebarang bentuk penghinaan terhadap fizikal, mental dan sifat pasangan atau anak-anak walaupun secara bergurau.

amalkan pujian di atas pengorbanan. Walaupun kecil , nyatakan penghargaan serta sentiasa mengucap penghargaan serta sentiasa mengucap terima kasih di atas apa yg dilakukan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 09:53 PM | Show all posts
Tanggungjawab Isteri

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah SWT untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami. Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti di bawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami : Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami : Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami : Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami : Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami : Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak : Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain,suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan : Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya terus masuk syurga.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 09:56 PM | Show all posts
Originally posted by philipinoe2 at 10-1-2007 04:53 PM
aku bajet laki tuan umah nie:-

a. dah bosan ngan tuan umah,
b. ade skandel/private affair,
c. dah tau yg ade laki laen tolong tuan umah dr segi material...

retak menanti belah..cube di si ...

kak pino nya post mmg superb...



Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 07:53 AM | Show all posts
good info..take note..............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 182236 Replies : 4110
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 11027 Replies : 155
HATI-HATI DENGAN ORANG INI
hayrin86HATI-HATI DENGAN ORANG INI
Views : 26248 Replies : 164
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 2137 Replies : 8
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5904 Replies : 43
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22720 Replies : 131
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73572 Replies : 2956
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103368 Replies : 2877
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40184 Replies : 245
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7781 Replies : 82

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.215125 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list