|
A - Andai Sajali online
L- Lalu ada2 jak posting baru
A - Akan dibaca
H - hari-hari
A - ada
I - informasi terkini, borak2 dan sembang2
S - Seandainya engkau tahu
A - Aku amat menyayangi dirimu
J - Janganlah engkau sia-siakan
A - Aku tak kan
L - Lupakan dirimu
I - Inginku katakan aku sayang padamu
salam
SAJALIMOHAMAD |
|
|
|
|
|
|
nunnun This user has been deleted
|
alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii lah sajaliiiiii.... |
|
|
|
|
|
|
|
LALU
lalu
lalu aku ambil jalan pintas
untuk berjalan dilikuliku
yang berduri yang mengajar aku
bagaimana menyajikan kasihsayang
yang terputusputus
lalu aku pasrah
mensedekahkan pada diriku
kewajaran yang kealpaan itu
adalah peringatan
lalu mengertilah aku
bahawa perjalanan yang panjang itu
adalah pendek dan padat
SAJALI BIN MOHAMAD
6 januari 2007 |
|
|
|
|
|
|
|
Kasih diberi...Kasih diterima...Kasih berkekalan... |
|
|
|
|
|
|
|
MIMPI NGERI
MIMPI NGERI
mimpi ngeri ini
adalah keterencatan lamunanku
kerana buah-buah fikirku digari keadaan
lalu kerana mimpi ngeri ini
sukar untuk sesiapa menemuiku
lepak dimana-mana
dalam waktu yang panjang
mimpi ngeri mengulitku
terlena dalam diri
dan aku tidak pasti
bila ada ruang waktu untuk kita bertemu semula
SAJALI BIN MOHAMAD
15 jan 2007 |
|
|
|
|
|
|
|
AKU TIADA KESEORANGAN DI SINI
aku tiada keseorangan di sini
walaupun menghitung hari
walaupun janji tiada terisi
namun tiada yang pasti
aku tiada keseorangan disini
namun aku dalam keterasingan
malam yang tiada siang
SAJALI MOHAMAD
2 feb 2007 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #104 lamola's post
Kasih ini kasih suci
adalah cinta ku pada Mu
bagaikan arah tiupan
tanpa haluan
kadangkala...
lembut menyegarkan
dan sering pula
melemaskan
kerana wajah Mu adalah wajah
yang payah aku gambar
dalam segala kenang
adalah wajah yang
tak pernah aku sua
tak terlihat oleh mata
tak terucap dibibir
tetapi ....
meresap di hati ... |
|
|
|
|
|
|
|
genre60pp KEPADA.........
KEPADA.........
aku tahulah, aku tidak dapat lari kemana-mana, kerana hatiku tidak boleh
mengingkari perasaanku, mencintaimu. sebenarnya memang berat mulutku untuk
melafaskan bahawa soal hati telah menguasai naluriku memautmu dikamar
hatiku untuk kujadikan permaisuriku. lok cinta ini telah dimeteri dengan
faham dan mengerti, walaupun dilanda ribut tsunami, cintaku padamu tetap
utuh bertahan. aku harap hatiku diizinkan menghuni hatimu berbunga kasih
dan sayang.
SAJALI BIN MOHAMAD
18-feb-2007 |
|
|
|
|
|
|
|
puisi - KEPADA.........
KEPADA厖匸/color]
pertemuan itu menjentik
naluriku dengan pautan
yang terindah untuk dirasai
dengan beban yang manis
jelingan manjamu
dan lemparan senyum manismu
mengisi sebuah hasratku untukmu
bahawa engkau datang dalam hatiku
kamar hatiku kini telah dihuni
dan dijaga dengan harapan
berbunga untuk berbuah
dengan dibajai kasihsayang
pertemuan ini adalah pertemuan
yang membisu seribu bahasa
penuh bermakna dalam makna
hakikat yang tidak mengenal
hakisan dan kepudaran
dan tidak akan dimakan tua
pertemuan yang melena aku dalam mimpi nyata
bersama haruman semerbak mewangi
sama-sama merasa ujiduga yang panjang
pertemuan ini
bersaksikan suasana dan perasaan
sentuhrasa yang kental
merimbun mekar dijambangan hati
putik-putik kemesraan nan kebiruan
menjanjikan soal hati bukan untuk dimungkiri
kerana semua jawapan panjang adalah
adalah tetamu yang menentukan
anyaman dan tenunan perasaan
bahawa pertemuan yang bertuah
tetap menyerikan tiap ruangrasa
SAJALI BIN MOHAMAD
11 feb 2007
|
|
|
|
|
|
|
|
wah... nang terer la ktk orang... kamek tok nak molah sajak pun terkial kial |
|
|
|
|
|
|
|
.........
.........
setelah dua kali pertemuan itu semakin kuat aku tersangkut kepadanya, padahal aku dan dia tidak pernah
berkelakar apa-apa. entah. kini wajahnya sentiasa dipenglihatan mataku dimana-mana aku pergi, wajahnya
dimana-mana dengan kuntuman senyumannya, aku tahu aku perasaan, aku sedar aku syok sendiri,
aku juga tidak tahu kenapa hatiku menjadi begini, kalau diturutkan hati mahu hari-hari aku berjumpa
dan bercakap-cakap dengannya, tapi aku takut melanggar pantang, melangkah adat pulak. hairan,
mengapa aku jadi begini setelah berjumpanya, pertemuan pertama di LTAK kemudian pertemuan
kedua sewaktu aku menghadiri dinner di sebuah hotel terkemuka. aku banyak membuang waktu
mencuri pandang memerhatinya dari jauh saja, aku takut dia perasan.
SAJALI BIN MOHAMAD
19feb2007 |
|
|
|
|
|
|
|
Genre 60 pp ???????
???????
hari itu aku betul-betul tersilap hantar sms, selang beberapa minit aku menerima balasan darinya,
'abang, sms itu dituju kepada mizahkah?' macam mengelabah saja jawapan mizah.
'tidak, sebenarnya untuk cikgu wan, tolong deletekan'
'abang, sekiranya mizah bersalah, mizah minta maaf.'
'sms itu bukan dituju kepada mizah, memang kepada cikgu'
'apa salah mizah bang?'
harian, kenapa dia panik semacam, terasa begitu.
SAJALI BIN MOHAMAD
28 Febuari 2007
[ Last edited by sajali at 28-2-2007 07:37 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku nang liat gila pasal molah sajak/puisi tok.. |
|
|
|
|
|
|
apiz_2006 This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by apiz_2006 at 28-2-2007 04:01 PM
puisi UNTUKMU IBU....
Pahit getir..
Hidup yang aku jalani
Berpeluh debu dan caci
Tuk sesuap nasi
Ibu pergi..
Sungguh terlalu pagi..
Tak ada yang menyayangi
Dan menjaga diri..
Sering ak ...
sik salah deng eh...ekekekkeke....
tok memberik mek ilham untuk seseorang juak...
hati terdetik rasa bersalah,
menerima cinta yang tiada di hati,
cinta yang tak pernah hadir,
tatkala hadirnya bintang menyinari,
jiwa meronta ingin memetik bintang,
sayang sekali,
sang bintang tak bisa ku tawan,
hanya mampu ku lihat, amati dan puja puji,
sang pencinta setia mengharap,
mengharap cinta sejati dariku,
tapi maafkan daku sayang,
hatiku telah ditawan sang bintang,
sang bintang yang tak mungkin ku dakap,
tak mungkin dapat ku gapai,
tak mungkin dapat ku miliki,
namun ku manusia biasa,
tak bisa mengubah rasa di hati,
rasa yang ingin ku sisih,
namun ku sendiri tak berdaya,
bersabarlah sayang,
ku tetap akan cuba,
cuba untuk menerima cintamu,
dan cuba untuk mencintaimu,
kerna ku percaya,
kau bisa menantiku....
sori..cincai jak.. |
|
|
|
|
|
|
|
DITERMINAL INI
DITERMINAL INI
diterminal ini
yang banyak ranjau dan duri
ombak semakin mengganas menceritakan
tentang tambah, tolak, dharab dan bahagi
diterminal ini
dalam kakuku
aku bertatih
mencari suci dalam debu
yang memberatkan bebanan
persinggahan yang sekadar dipinggiran ini
sesungguhnya diterminal ini
menuntut sedar dalam diri
menuntut sabar dan tabah
menghimpun kefarduan
untuk menghadapi kejutan noktah
disini, diterminal ini
akulah setia menanti
kbabar-khabar dari keterasingan rasa
yang membelenggu dalam diri
bersama degup jantung dan denyut nadi
diterminal ini
yang amat kabur
pada panjang dan pendeknya disini
menitah aku pasrah
disaksikan entah
diterminal ini
berhimpun soalan-soalan
ujian yang jawapannya tidak pernah tepat
tidak pernah sempurna
tidak dapat disempurnakan
seperti yang diperlukan setiap kali
diterminal ini
yang berlebuhraya nan berliku
mengajar erti
kesesatan-kesesatan yang perlu dipertanggungjawabkan
kerana banyak tuntutan-tuntutan
yang sambung menyambung
diterminal yang ditempuhi ini
kadang-kadang ceritanya ngeri
namun sarat dengan pengertian
sarat dengan kekuatiran
yang aku adalah pelakonnya
diterminal ini
perhimpunanrasa yang besar
mencabar
dalam kekerdilan diri
percambahan minda
kemana selepas ini
atau terus dapat
menjejak episod-episod percintaan
SAJALI BIN MOHAMAD
1 mac 2007 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adziah at 1-3-2007 08:36 PM
terminal ne ya
simbolis pada 'kehidupan' - kerenah-kerenah yang ujud dalam penghidupan, terminal ya dimaksudkan pada kehidupan yang dihadapi, pahit, manis, hambar dan gusar kerananya, intresting dalam melayari episod demi episod dalam hidup ini, kehidupan adalah drama. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan Terminal 3 buku miak skolah menengah ya ka? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|