|
GLOBAL MINDA : Apabila Tuhan Dipisahkan Dari Zaman Kanak-Kanak
[Copy link]
|
|
[quote]Originally posted by Abuyazid at 26-2-2007 10:49 PM
............ (^_^)
Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan 慉lhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
HIBURAN ORANG MUKMIN
Bismillahirrahmanirrahim
Semua orang sukakan hiburan. Adakalanya hiburan memang perlu bagi sesetengah orang. Kerana hiburan boleh mendatangkan ketenangan, mengurangkan tekanan dan menyegarkan emosi.
Ketegangan dan kegersangan emosi boleh menyebabkan seseorang itu pemarah, bertindak kasar, tertekan dan kerungsingan. Menyuburkan emosi memang penting kerana di situ nanti akan tumbuh dan suburnya kasih sayang, sikap prihatin dan peka.
Apabila disebut hiburan, bukan bererti semata-mata nyanyian, konsert, pesta, karaoke, kelab malam dan seumpamanya. Melihat keindahan alam juga adalah hiburan. Melancong atau musafir atau ekspedisi, berkelah, dan seumpamanya adalah sejenis hiburan juga.Biar apa pun jenis hiburan, semuanya terbahagi kepada tiga kategori:
Pertama: Hiburan hakiki
Bagi orang mukmin, iman, ibadah, wirid dan zikir atau apa saja pekerjaan yang membawa kepada mendapat pahala dari Allah SWT adalah hiburan. Hatinya tenang tenteram. Jiwanya sentiasa hidup dan segar. Emosinya selalu terkawal.
Inilah yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam firmanNya:
Maksudnya:
"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Raad: 28)
Ingat (zikir) kepada Allah itu luas pengertiannya. Zikir itu merangkumi apa saja sifat terpuji (mahmudah), rasa kehambaan yang mendalam, rintihan dan munajat, semuanya dinamakan zikir qalbi atau zikir hati. Ini termasuk juga rasa syukur apabila mendapat nikmat, sabar apabila menghadapi ujian dan redha apabila ditimpa musibah.
Zikir qauli (perkataan) atau lisan ini ialah pengucapan lidah terhadap Asma` Allah, puji-pujian, istighfar, selawat, takbir, tasbih, tahmid dan membaca Al Quran. Apa yang penting pengucapan itu mestilah beserta hadir hati atau dari hati. Barulah berkesan dan sempurna zikirnya, serta berhasil mensucikan hati dan memperolehi Nur atau cahaya dari Allah SWT.
Zikir fi`li (perbuatan) pula ialah apa saja pekerjaan yang bersesuaian dengan syariat dan ditujukan kepada Allah , maka ianya dikira ibadah yang dikira sebagai zikir juga. Oleh itu bagi orang yang benar-benar mengikut sunnah, rnenguap, tidur, baring, makan, minum, masuk tandas, `berkawan, bergaul, dan urusan keluarga, masyarakat, negara dan umat semuanya merupakan ibadah.
.......
[ Last edited by Abuyazid at 2-3-2007 12:29 AM ] |
|
|
|
|
|
|
syamiun This user has been deleted
|
Reply #102 Abuyazid's post
Terima kasih Tuhan.... kerana walaupun kami umat2 islam di akhirzaman ini yang lemah2 dalam beramal dan melaksanakan perintah-Mu masih lagi Engkau datangkan seorang wakil Engkau yang Engkau sendiri melantiknya sebagai ikutan dan pendukung agama yang telah Engkau redhoi yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang tercinta dan juga ulama2 ul-aamilin,al-fuqaha wal muhaddisin wal qurra' wal mufassirin wa sadati suufiyati muhaqqiqin wa tabi'ihim......
terima kasih Sedara abuyazid yang selalu mengkongsi2kan ilmu2 hasil cetusan rasa dari seorang manusia yang sangat cinta dan Takutkan Tuhan, serta seorang manusia yang sangat ingin menjadi pengikut Rasulullah yang setia dan pendokong agama iSlam yanng sejati walaupun diberi berbagai2 dugaan dalam melaksanakannya...
Terima kasih Tuhan.... |
|
|
|
|
|
|
|
meyambung ,,,,
Inilah kebahagiaan sejati yang terbenam di dalam hati sanubari orang mukmin. Orang yang begini, kesukaran dalam hidupnya tidak menjejaskan hati dan perasaan ; apatah lagi kalau memiliki kehidupan yang senang dan serba ada.
Kedua: Hiburan `pain-killer`
Apa saja jalan bagi menghilangkan keresahan dan kerungsingan dan masih dalam keharusan atau tidak bercanggah dengan syariat. Seumpama yang disebut sebelum ini iaitu berkelah, melihat keindahan alam , melancong dan termasuk nasyid-nasyid yang kini mula popular.
Memanglah hiburan jenis ini boleh juga sampai ke tahap hakiki sekiranya dapat dijadikan wasilah untuk merasa kebesaran Allah, dapat melihat dengan mata hati Maha Penciptanya Allah SWT. Atau tumbuh rasa gerun dan takut kepada Allah SWT. Realitinya tidak begitu. Kebanyakan orang hanya sekadar terhenti sebagai hiburan. Namun selagi tidak mendatangkan kesan negatif, bolehlah dianggap sebagai `pain killer`. Ertinya ubat yang melenyapkan dan melupakan masalah buat seketika iaitu ketika berhibur itu. Tetapi tidak menghapuskan punca atau virus penyakit yang dialami.
Ketiga: Hiburan `junk food`
Hiburan jenis ini yang paling banyak dan popular. Bukan saja tidak bersifat menyembuhkan atau `pain killer` malah umpama penagihan dadah. Memanglah seronok. Tetapi keseronokan bukan bererti kebahagiaan atau ketenangan. Malah di sebaliknya pula umpama pengambilan najis dadah yang secara beransur-ansur tanpa disedari membawa akibat buruk dan negatif untuk jangka panjang.
Kalau junk food yang sebenar biasanya mengakibatkan kesan sampingan dan kerosakan tubuh anggota badan. Manakala hiburan `junk food` ini mendatangkan kesan buruk pada hati yang sukar dikesan. Terutamanya hati menjadi semakin keras, kesat, terdinding dari mendapat kelazatan dalam mengingati Allah dan ibadah dan sukar pula menerima kebenaran.
Sesungguhnya orang yang mendapat hiburan hakiki itu umpama orang yang mengecapi makanan dan hidangan yang lazat dan enak. Dia tidak mahu lagi kepada gula-gula yang bukan sahaja tidak mengenyangkan malah tidak berkhasiat.
Selalunya yang sangat menyukai gula-gula ini ialah kanak-kanak.
Cetusan Minda Ust. Ashaari bin Muhammad - Pengerusi Eksekutif Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd
[ Last edited by Abuyazid at 6-3-2007 12:17 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk ni berat sikit kot, nanti kalau ada sapa |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by Abuyazid at 13-3-2007 07:08 PM
Tajuk ni berat sikit kot, nanti kalau ada sapa |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam segi mengamalkan di dalam kehidupan seharian, mereka tidak pun mempersoal apakah selari atau tidak. Itu tidak penting bagi mereka. Itu bukan matlamat mereka. Pada mereka yang penting ilmunya itu. Mereka ini golongan yang diragui keislaman mereka.
4. BELAJAR, YAKIN TAPI TIDAK MINAT
Golongan ini mempelajari Al Quran dan Al Hadis seperti golongan yang ketiga. Sikap, amalan mereka juga sama. Cuma bezanya ia tetap yakin ilmu daripada kedua sumber ini adalah satu kebenaran dan tempat rujuk. Namun untuk mengamalkannya, mereka tidak berminat. Mungkin mereka merasakan tidak menguntungkan, atau bimbang tidak mendapat kejayaan, merasa malu atau rendah diri untuk mengamalkan. Mereka itu adalah golongan yang fasik atau golongan yang menzalimi diri sendiri. Golongan ini agak ramai juga.
5. MENGAKU MENGAMALKANNYA
Golongan ini mengaku mengamalkan Al Quran dan Al Hadis tetapi mereka tidak mampu untuk terus merujuk kepada keduadua sumber itu kecuali sedikit kerana mereka tidak benar-benar mempelajari Al Quran dan Al Hadis dengan sempurna atau mendalam. Amal ibadah dan tindak-tanduk mereka lebih merujuk kepada pendapat ulama atau mazhab-mazhab di dalam Islam atau merujuk kepada kitab-kitab karangan para ulama. Mereka yakin ulama atau mazhab yang menjadi ikutan dan tempat rujuknya itu tentulah merujuk kepada Al Quran dan Sunnah. Mereka kalau ditanya lebih boleh menjawab dengan memberikan pendapat-pendapat ulama atau mengeluarkan fatwa-fatwa mazhab daripada nas-nas atau dalil-dalil Al Quran dan Al Hadis.
[ Last edited by Abuyazid at 17-3-2007 11:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by acol at 29-8-2006 12:41 PM
anda masih mengatakan kemiskinan bukan untuk dibenteras?
saya bukan ajak berdebat tidak tentu pasal, tapi kita ingin mencari titik tengah terhadap persoalan ini.http://forum.cari.com.my/im ...
entah, aku pun heran. so kerajaan tak payah la buat apa2 utk mengatasi kemiskinan ye tak? bravo....bravo.... kerana manusia diwujudkan ada miskin & ada kaya. so tak payah buat apa-apa. ye ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shahgti at 20-3-2007 07:50 AM
entah, aku pun heran. so kerajaan tak payah la buat apa2 utk mengatasi kemiskinan ye tak? bravo....bravo.... kerana manusia diwujudkan ada miskin & ada kaya. so tak payah buat apa-apa. ye ke?
kurang ilmu, kuranglah kefahaman....itu masalahnya....bila kurang kefahaman, jadilah taksub melulu...
setiap ilmu yg sampai kepada kita perlu ada check and balance....ia berkait di antara satu sama lain...lengkap melengkapi antara satu sama lain...barulah senang memahami ilmu....
aku rasa klau ler sdra2 ni faham ilmu yg disampaikan maka tidaklah timbul persoalan di atas....soalan yg org yg cerdik boleh gelak ketawa apabila membacanya....
kerana manusia diwujudkan ada miskin & ada kaya. so tak payah buat apa-apa. ye ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kaya ... Miskin... tingkat ilmu yang berbeza-beza... dan semua di alam ini tidak Allah swt jadikan ianya dengan sia-sia... semuanya ada hikmah untuk mereka yang mahu memikir... harapkan panduan dari Allah swt supaya tidak tergelincir dari jalan yang Dia gariskan... |
|
|
|
|
|
|
|
maner pegi Abuyazid ni ... melajuk ker ...
ka kena pengalaman trauma sikit kot ...
selagi kita hidup selagi tu la kita kena berjuang ... nk dpt Tuhan bukan senang ...
apa |
|
|
|
|
|
|
|
pengurusan zakat dan harta wakaf di malaysia masih belum telus lagi..sb tu ekonomi umat Islam di malaysia tidak dapat bersaing dgn bkn islam sedangkan aset umat Islam melalui zakat dan wakaf nilai nya berbilion-bilion ringgit....di manakah silap nya? |
|
|
|
|
|
|
|
Takut Dengan Dosa
Orang mukmin yangsejati itu
Jika terbuat dosa
Hatinya luka, punah, sedih dan derita
Jiwanya parah, dia tidak boleh melupakannya sepanjang masa
Kalau anggota lahir, sudah tentu nampak berdarah
Kalaupun sembuh dari lukanya
Namun parutnya ada
Begitulah halus perasaan seorang hamba yang berdosa
Dia tidak boleh melupakannya sepanjang masa
Bagaimana dia boleh melupakannya
Kerana parutnya masih ada
Ertinya ingatannya kepada dosa tidak boleh dilupakan
Teringat sahaja jiwanya terseksa
Teringat sahaja hatinya derita
Payah sekali dia mahu melupakannya
Perasaan ini adalah anugerah dan nikmat dariTuhannya
Takut dengan dosanya itu adalah buat syafaat kepadanya
Terseksa dengan dosa, derita dengan kesalahan
"Dianggap oleh ALLAH itulah hukuman kepada hamba-hamba-Nya"
Moga di Akhirat kelak terlepas
Daripada seksa Neraka
Begitulah hati seorang mukmin
Sentiasa sahaja bergelora
Kerana takut dengan Tuhannya
Lebih-lebih lagi setelah terbuat dosa
Kalaulah Allah perlihatkan kepada manusia
Sudah tentu manusia akan mengatakan dia telah gila
Kerana keluh-kesahnya sentiasa bergelombang di dalamjiwanya
Kerana takut sangat dengan Tuhannya
Selepas Zuhur
11.11.99.
[ Last edited by Abuyazid at 17-6-2007 09:48 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Rasulullah bersaba, "Tidak akan masuk ke dalam neraka seorang yang menangis karena takut kepada Allah" (HR.Tirmidzi dan Abu Hurairah ra). |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana Diketahui Ego
Orang yang ada ego tidak sedar yang dia ada ego
Ego diketahui melalui ilmunya
Kalau tahu pun adanya sifat ego
Belum tahu lagi dapat membuangnya
Ego adalah sifat batin
Tapi dapat dikesan melalui tanda lahir dan sikapnya
Bercakap di kalangan kawan selalu sahaja cakap besar
Bila berdiri selalu sahaja cekak pinggang
Apabila berbincang selalu sahaja tinggi suaranya
Apabila kebenaran itu keluar daripada mulut orang payah menerimanya
Kalau bercakap mahu menang sahaja
Bila bertemu orang payah menegur sapa, kecuali orang mendahuluinya
Jika orang tersilap terhadapnya mudah sahaja marah dan berang
Selalunya serius sahaja, kurang mesra
Kalau hendak berkawan pilih-pilih orang,
biasanya orang yang setaraf dengannya
Bila dicabar mudah sahaja mencabar
Kalau bersalah susah hendak meminta maaf
Adakalanya orang meminta maaf enggan menerimanya
Mudah marah, bahkan marahnya sangat ketara
Kalau ada kuasa, suka menzalim dan menindas
Jika tiada kuasa selalu sahaja keras kepala untuk patuh kepada ketua
Bertekak dan berbahas menjadi budayanya
Pantang ditegur oleh siapa sahaja
Masam mukanya
Apabila ego sudah tebal sebarang kebenaran payah diterima
Bila ditegur sakit hatinya, dendam pun membara
Jangan sebut dosa pahala tersinggung perasaannya
Kalau dipuji orang lain di hadapannya, sakit hatinya
Sebut Syurga Neraka amat jijik mendengarnya
Bahkan sebut nama Allah pun tersinggung jiwanya
Jangan cuba bala bencana yang datang
kita kaitkan dengan kemurkaan Tuhannya
Sakit hatrnya payah mahu menerima
Bencana alam dianggap perkara biasa
Itu perkara nature
Jangan cuba dihubungkaitkan dengan dosa
Dia akan melenting menunjuk sikap tidak menerima
Aduh dahsyat ego amat berbahaya
Bukan sahaja dengan manusia bahkan dengan Tuhannya
Kebenaran payah menerima
Selalu sahaja menolaknya, bahkan dijadikan bahan peru sahaja
Kerana ego orang sanggup derhaka kepada Tuhannya
Bahkan orang sanggup jadi kafir
Lihat sahaja Namrud, Haman dan Firaun
Sebelum matinya berbagai bala dan tanda amaran dan Tuhan
Namun tidak boleh jadi pengajaran dan ingatan
Akhirnya sanggup mati kafir, kerana sikap egonya
Aduh dahsyatnya sifat ego!
[ Last edited by Abuyazid at 21-6-2007 06:21 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Penyakit masyarakat umat Islam sekarang.
Masyarakat Islam di zaman masih baik, masing-masing sangat menjaga diri
dan memikir diri
Selalu menyuluh diri sendiri, tidak minat menyuluh diri orang lain
Kecuali secara kebetulan terlihat kejahatan orang lain
Zaman itu setiap orang memikirkan dosa apa yang sudah terbuat untuk bertaubat
Kebaikan apa lagi hendak dibuat
Mereka kebaikan itu memang sengaja dicari-cari untuk dibuat
Mereka kalau terlihat orang Islam yang lain membuat jahat mereka sembunyikan
tidak dihebohkan
Kecuali mereka membuat kejahatan terang-terangan dan membahayakan umum
barulah dicanang untuk menyelamatkan umumul Muslimin
Zaman sekarang ini memang umat Islam sangat suka mendedahkan kejahatan orang lain
bahkan memang dicari untuk didedahkan dengan bangga pula
Sekalipun kejahatan itu tersembunyi dan terlalu peribadi
Zaman sekarang media-massa pula sudah ada, maka berita lagilah mudah tersebar diketahui orang
Orang yang suka mendedahkan pekung orang Islam, biasanya dia juga ada barah
dan pekung, tidak kurang
Mereka itu juga orang yang banyak pekung dan kudis di badan
Bukan pula ertinya orang yang suka mendedahkan kejahatan orang mereka tidak jahat, adakalanya dia lebih jahat dari orang yang didedahkan
Memang orang yang jahat wataknya suka mendedahkan kejahatan orang
Akhirnya di zaman ini berlakulah dedah-mendedahkan
Samada secara cakap-cakap mahupun diberitakan di suratkhabar dan di media-massa
Lebih-lebih lagi pula orang yang buat jahat itu ada nama pula
Orang ternama lagilah hendak sangat orang buat berita
Jadi satu keseronokan pula rahsia terbuka
Jadilah sekarang ini masyarakat Islam sudah jadi satu trend dedah-mendedahkan, ondeh-melondehkan, telanjang-menelanjangkan
Akibatnya nama baik umat Islam seluruhnya tercemar dan memalukan
Ertinya muka kita semua termasuk yang memberi malu, malu sama, tercemar sama
Begitulah masyarakat Islam yang sudah rosak akibat iman sudah lemah,
tidak takut lagi dengan Tuhan
Perkara yang boleh memalukan kita sama pun boleh dilakukan
Lebih-lebih lagi kerana cari makan macam penulis-penulis upahan
Jika boleh dapat makan, Islam dan umat Islam tercemar pun apa dia pedulikan
Yang penting boleh cari makan, lebih-lebih lagi kalau boleh senang
Pada saya penulis memalukan orang Islam kerana upahan adalah rasuah
yang sangat dilarang Tuhan
Itulah di antara penyakit masyarakat umat Islam sekarang.
Nukilan : Pengerusi Eksekutif Rufaqa
(Ust. Hj. Ashaari Muhammad)
25.11.2004
[ Last edited by Abuyazid at 26-6-2007 10:22 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tumpang baca ya.... bagus semua yang tertulis kat sini.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by unnamed at 12-5-2007 11:07 AM
pengurusan zakat dan harta wakaf di malaysia masih belum telus lagi..sb tu ekonomi umat Islam di malaysia tidak dapat bersaing dgn bkn islam sedangkan aset umat Islam melalui zakat dan wakaf nila ...
bila dasar pengurusan zakat mementingkan keuntungan dan peningkatan jumlah tabungan........maka yang berhak menerima zakat akan tersisih........lebih malang lagik...........sumbangan berpilih........... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #119 Kerengge's post
ya...tumpang sedih gak......pengurusan zakat yang ntah-hapa2-ntah kat mesia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
lebih malang lagik........wang zakat dilaburkan ditempat yg tidak sewajarnya......masyarakat yg memerlukan bantuan diabaikan........mereka dibebani dgn kerenah2 birokrasi................yg sememangnya tidak memihak pd mereka.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|