CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cari-Azza

Aishah Azman Ditegur Isu Pad Tak Dibasuh, Tak Geli Ke?

[Copy link]
Post time 14-7-2021 03:14 PM | Show all posts
Suchi replied at 13-7-2021 10:42 AM
Isu sensitif sblm ni public health dah penah ulas, sorang setazah ni pun dah penah ulas.
Kesudahan  ...

kalau mufti pun dah cakap tak payah basuh kenapa nak kena diam2 pulak. orang melayu suka buat bidaah,benda tak perlu buat sibuk nak buat, kalau orang tak buat jatuh hukum. seeloknya ada awareness macam ni. memang tak perlu basuh pun sbb tak wajib.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2021 03:17 PM | Show all posts
depresio replied at 13-7-2021 10:56 AM
Nak tegur kang kena kecam tau jelah pkmpuan ni

Pad skrg ni ada gel ye

nampaknya kat porum ni pun ramai lagi yang masih berfikiran jumud. kalau dah mufti pun kata tak perlu tapi masih nak lawan mufti, lantak la. masing2. iols mmg dah terbiasa basuh pad dari kecik tapi pad gel susah nak basuh. bila tahu je sebenarnya tak perlu basuh, buat apa basuh. dispose elok2 la
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 03:18 PM | Show all posts
nanasno replied at 13-7-2021 11:02 AM
mmg betul pun apa dia cakap. bila kat office iols tak basuh. sbb kat office ada tong sampah khas unt ...

betul tu. yang basuh pad kat public toilet lepas tu ada sisa2 darah kat tandas tu lagi pengotor. bajet pembersih pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 03:19 PM | Show all posts
alieyrina replied at 13-7-2021 11:17 AM
Aku pakai whisper yg mahai sikit tu. Senang basuh. xsuka jenis gel mengembang. Xtau mcm mana nak han ...

kalau pad murah tu bukan gel je, kapas pun jenis mengembang. stress aku. pulak tu kalau basuh terkoyak kapas tu masuk dalam lubang toilet. kalau tersumbat sia2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 03:20 PM | Show all posts
rayray28 replied at 13-7-2021 11:21 AM
eh seyes eh ada koyak plak aiyooo habis laa kuar gel2 tu sumbat...leh je gonyoh2 pad tu cuci dgn s ...

u ni laki ke perempuan? seriusla basuh pad pakai sabun?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 03:22 PM | Show all posts
rosmahisham replied at 13-7-2021 11:42 AM
Klu geli sgt nk pegang..basuh guna kaki je..aku x sanggup biarkn x basuh..rasa berdosa sgt..sbb masa ...

ajaran ustazah dulu2 tak sama dan ada yang tak betul. kita kena selalu update kadang2 melayu ni lebih suka ikut adat bukan hukum sebenar islam. banyak benda yang tak betul dari dulu kita ingat betul contoh macam hadis payung emas, hadis pelacur bagi anjing makan, adat majlis tahlil 7 hari apa semua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2021 03:52 PM | Show all posts
lavendernovella replied at 13-7-2021 02:56 PM
Kalau islam memang kena basuh. Perah. Buang dalam plastik sampah. Ikat elok2. Melainkan keadaan daru ...

sumber laman web mufti



AL-KAFI #743 : HUKUM MEMBASUH TUALA WANITA SEBELUM DIBUANG
Soalan :
Adakah perlu membasuh tuala wanita sebelumnya membuangnya kerana saya ada terdengar yang mana jika tidak dibasuh sebelum membuangnya Jin akan makan darah haid yang ada pada tuala tersebut. Adakah terdapat sebarang hadis atau athar yang berkaitan?

Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Tiada sebarang athar atau hadis yang menunjukkan bahawa tuala wanita yang terkandung darah haid perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya. Bahkan tidak ada riwayat dari para Sahabat dari kalangan wanita menyatakan bahawa mereka membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya. Juga tidak terdapat arahan dari Nabi agar membasuhnya. Yang Nabi arahkan adalah jika darah tersebut terkena pakaian sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Asma’ Binti Abu Bakar. Kata beliau :
سَأَلَتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ دَمِ الْحَيْضَةِ يُصِيبُ الثَّوْبَ فَقَالَ : حُتِّيهِ ثُمَّ اقْرُصِيهِ بِالْمَاءِ ثُمَّ رُشِّيهِ فَصَلِّى فِيه
Maksudnya :” Aku bertanya kepada Nabi saw tentang darah haid yang terkena pada pakaian. Nabi saw bersabda : basuhlah ia dan gosoklah ia dengan air serta siramlah ia (setelah digosok). Kemudian solatlah dengan pakaian tersebut.”
Riwayat al-Tirmizi (138) & Abu Daud ( 362)
Adapun membasuh tuala wanita sebelum membuangnya,  tidak pernah diarahkan oleh Nabi saw. Ini dapat dilihat dari zahir hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw :
أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَالنَّتْنُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ قَالَ الْمَاءُ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ
Maksudnya :” Adakah boleh kami mengambil wuduk dari perigi yang mana dibuang di dalamnya kain-kain yang terkandung darah haid, nanah dan daging anjing. Sabda Nabi saw : Air itu suci dan tidak dinajiskan oleh sesuatu,”
Riwayat al-Tirmizi (66) & Ahmad (11257) di dalam Musnadnya
Zahir hadis menyatakan bahawa الحِيض iaitu kain tuala wanita dibuang tanpa dibasuh terlebih dahulu. Jika kain tersebut dibasuh, masakan ada yang bertanya tentang kesucian air perigi tersebut.
Kami menyatakan bahawa tiada sebarang hadis atau athar yang menyatakan perlu membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya. Adalah tidak benar jika ada yang mengatakan bahawa ia perlu dibasuh terlebih dahulu kerana dibimbangi akan menjadi makanan jin. Namun tidak dinafikan bahawa syaitan adalah antara kalangan yang memang menyukai perkara-perkara yg kotor & najis. Ini berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik yang menyebut doa Rasulullah saw ketika masuk ke dalam tandas. Rasulullah berdoa :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
Maksudnya :” Ya Allah aku berlindung dengan Engkau dari al-Khubuth dan al-Khabaith.
Riwayat al-Bukhari (6322)
Kata al-Khattabi :
“al-Khubuth adalah kata jamak bagi al-Khabith yang membawa makna syaitan jantan. Manakala al-Khabaith adalah kata jamak bagi al-Khabithah yang membawa makna syaitan betina.”
Rujuk Ma’alim al-Sunan (1/10)
Cuma kami mengesyorkan beberapa perkara :
  • Tuala tersebut perlu dibuang di tempat yang khusus. Jika boleh asingkan dari tempat buangan yang biasa digunakan seperti mana yang dilakukan di hospital.
  • Jangan dibuang merata-merata seperti di mangkuk tandas dan lain lain tempat yang tidak sesuai. Ini kerana, ia boleh menimbulkan suasana tidak selesa.
Wallahu’alam.


Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
I kalau kat rumah i basuh ja. Alang2 mandi terus sekali. Kat public toilet mc susah nak basuh. Tambah jenis toilet paip dalam jamban tu.

Xkesah l basuh ke x. Asalkan masa nak buat balut elok2 pastu baru buang dalam tong sampah.darah sendiri jugak. Jgn jadi mcm hamba Allah kat opis i sudah  dah xbasuh pad tu xpa. Dibuangnya pad tu xberbalut biar terkangkang mcm tu ja. Tong sampah xtutup plak tu. Angin ja cleaner yg kutip sampah tu. Muncung mulut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2021 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan kaki fitnah ni aku myampah. Semak la ko. Pasal ko aku tak tgk pun selmarin cinta versi azman. Semak ko dlm industri. Kawen la cept lepas tu berambus jaga ank
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 14-7-2021 03:52 PM
sumber laman web mufti



I'm aware of this. Thank you.

Cuma saya mengikut ilmu dari ustazah yang dia dapat dari gurunya. Dan takder apa yang salah. Perkara cukup mudah.

Tapi walau macam manapun pilihan akhir adalah di tangan masing2. Jadi terpulang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 14-7-2021 07:43 PM
krustykrab replied at 13-7-2021 05:02 PM
Kt rmh sendiri blh la basuh kaka, if kat ofis, mall...nk basuh jgk ke? Kikkiki


Kalau kat ofis akak basuh jgk..klu kat mall mmg tunggu toilet cangkung.sbb nk basuh tp x la sebersih putih mcm kat rmh..tp pastikn x de sisa darah la yg tertinggal..kalau kat obersea keja/bercuti darurat kononnye mmg x basuh klu darah dh nk hbs..klu msh byk air flush tu akk guna tekan byk kali..walau x bersih betul.. klu dh x de pilihan mmg x bsuh lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 14-7-2021 07:42 PM
armin replied at 14-7-2021 03:52 PM
sumber laman web mufti




Tq ...selama ni dh terbiasa basuh mmg lama la klu kat toilet..baru tau ni! Ruoa x pe kalau x basuh!kdg2 kat obersea yg konon darurat klu g bercuti pon i gigih jgk basuh..kalau dh x de air sgt..air flush tu i berkali2 tekan dpt cuci sikit jd lah asalkn hilang warna drh tu!hu hu
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 07:47 PM | Show all posts
aku basuh bukan sebab jin, tapi sebab bau..

busuk lah kalau tak basuh..
dah lah tong sampah bilik air buang 2-3 hari sekali...peram 2 hari dalam tong tu rasa jijik bila tak basuh..

kalau di ofis saja aku tak basuh..tapi tukar pad setiap 2-3 jam..tak suka pad 'berat' darah
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 14-7-2021 03:17 PM
nampaknya kat porum ni pun ramai lagi yang masih berfikiran jumud. kalau dah mufti pun kata tak pe ...

Betul tu
Basuh lagi tak logik
Konon takut hantu jilat
Lagi takut jat hantu pulak..

Even pad xde gel pon kapas dia bukan pure cotton
Sintethic jugak..
Bukan biodegradable.
So jgn buang dlm lubg tandas..
basuh melecak 1 toilet
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukati la.nak basuh ke tak basuh..isu ni dulu2 dh masuk forum byk.kali...
Yg nak basuh korg basuh lah...yg tak.mau basuh pun boleh sb tak de keperluan pun nak cuci pad
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 10:44 AM | Show all posts
lavendernovella replied at 14-7-2021 04:50 PM
I'm aware of this. Thank you.

Cuma saya mengikut ilmu dari ustazah yang dia dapat dari gurunya ...

kalau kat rumah rasa pelik tak basuh sbb dah biasa basuh dari dulu tapi sejak tahu dah tak perlu basuh iols mmg tak basuh la.sampah pad dgn diapers anak buang hari2. iols malas dah nak follow ajaran2 lama yang dah terbukti hukum dia, nanti anak pun nak ajar yg betul je. Nak basuh ok je kalau kat rumah but public toilet, no. And harap anak tak masuk asrama supaya tak termakan dgn budaya2 pelik. Dulu masuk asrama gak la orang cerita jin makan darah pad. Siap satu aspuri kena pegang pad ada darah beramai2. what a toxic culture.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2021 10:45 AM | Show all posts
rosmahisham replied at 14-7-2021 07:38 PM
Tq ...selama ni dh terbiasa basuh mmg lama la klu kat toilet..baru tau ni! Ruoa x pe kalau x bas ...

betul iols pun dah terbiasa basuh. tapi sejak dapat awareness mmg tak basuh la.. jimat masa tapi tetap rasa macam pelik haha.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 10:45 AM | Show all posts
depresio replied at 14-7-2021 09:23 PM
Betul tu
Basuh lagi tak logik
Konon takut hantu jilat

iols kalau basuh confirm terkoyak sbb gel2 or kapas dia kembang. memang tak elok pun buat sumbat je.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 15-7-2021 10:45 AM
iols kalau basuh confirm terkoyak sbb gel2 or kapas dia kembang. memang tak elok pun buat sumbat j ...

Pad tu mmg dibuat bukan utk dibasuh
Sbb tu kata sapa rasa  nak basuh pakai kain jelah
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2021 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 15-7-2021 10:44 AM
kalau kat rumah rasa pelik tak basuh sbb dah biasa basuh dari dulu tapi sejak tahu dah tak perlu b ...

Pilihan di tangan sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.041993 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list