Author|Post time 25-1-2021 08:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by NekNgah at 25-1-2021 09:00 PM
Pelakon Ben Amir meluahkan rasa syukur kerana selepas lapan tahun menyimpan idea, akhirnya impian untuk mengeluarkan produk minuman bervitamin terlaksana.
Ben berkata, idea mula tercetus ketika melancong ke Hong Kong dan Singapura sembilan tahun lalu, sekitar tahun 2012.
Bagaimanapun kata Ben, proses Penyelidikan & Pembangunan (R&D) mula dijalankan pada Februari tahun 2020.
"Saya seorang yang sangat menitikberatkan pemakanan dan kesihatan, jadinya saya memang akan hadapi masalah kalau nak beli minuman di kedai."
"Di kedai serbaneka contohnya, memang banyak minuman berperisa dijual tetapi kandungan gula pula tinggi dan ada yang terlalu manis dan tak beri manfaat pun kepada tubuh badan."
"'Hujung-hujung’ air yang saya beli teh hijau atau air mineral. Kalau dah selalu sangat bosan juga, sudahlah tak ada rasa."
"Itu yang buat saya terfikir nak keluarkan minuman yang menyegarkan, sihat dan sedap tanpa gula tambahan dan rendah kalori."
"Akhirnya selepas sekian lama, saya dapat minuman saya sendiri yang dinamakan Bentamix dan anda semua juga boleh nikmatinya tanpa keraguan,” katanya.
Bagaimanapun kata Ben dia tidak mahu pembeli salah faham dengan Bentamix kerana air ini bukan produk minuman kesihatan atau tenaga.
Bentamix bukan kategori minuman kesihatan atau tenaga. Ia adalah minuman bervitamin yang boleh diambil secara harian oleh individu berumur lima tahun ke atas tanpa memudaratkan kesihatan.
“Bentamix dapat menyegarkan tubuh badan, tanpa gula tambahan dan membantu meningkatkan imunisasi tubuh,” katanya.
Produk sulungnya ini dimulakan dengan perisa tembikai yang tidak pernah lagi dikeluarkan oleh mana-mana produk minuman di Malaysia.
"Bentamix minuman pertama berperisa tembikai di Malaysia. Tak ada sebab lain saya pilih tembikai sebagai perisa utama, hanya kerana tembikai buah kegemaran saya."
“Sebab itu ia diekstrak daripada buah sebenar dan diperkaya dengan vitamin C, B5, B6, E, B9, B12 dan Biotin. Lagi sedap kalau diminum ketika sejuk,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Ben turut menyasarkan pasaran antarabangsa untuk beberapa tahun akan datang.
"Alhamdulillah setakat ini Bentamix telah menerima maklum balas positif dari Singapura, Indonesia, Brunai dan Korea Selatan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ben baru sahaja menamatkan pengambaran drama Diva Popular dan akan kembali ke set untuk dambungan drama Sweetdreams 2 selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Author|Post time 17-2-2021 12:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by NekNgah at 17-2-2021 12:29 PM
Pelakon, Ben Amir selepas muncul dalam drama Sweet Dreams rasanya orang ramai masih mengingati bukan sahaja wajah dan penampilannya ketika itu menjadi tumpuan ramai.
Malah wajahnya yang berambut panjang juga dikatakan cukup seiras dengan pelakon popular, Lisa Surihani. Sehingga mereka juga ketika itu acap kali viral dan menjadi buah mulut warganet apabila ada yang menyangka Ben Amir dan Lisa Surihani benar kembar.
Nampaknya juga foto gabungan wajah pelakon-pelakon ini kembali mendapat perhatian apabila dikongsikan semula Ben Amir diruangan Instagram.
Namun begitu, lebih membuatkan warganet teruja juga apabila pelakon itu turut memuat naik foto istimewa bersama Lisa Surihani. Akhirnya mereka berjumpa!
Selepas acap kali dikatakan seperti kembar selebriti pelakon utama drama Sweet Dreams, Ben Amir itu berjumpa dengan Lisa Surihani.
Ben Amir bagaimanapun di posting berkongsikan hal itu bersertakan kapsyen dan beberapa keping foto.
Dalam pada itu, ternyata bukan sahaja pertemuan kedua-dua pelakon seperti kembar itu mengundang peminat teruja malah ramai rakan-rakan selebriti juga meninggalkan komen-komen mereka.
Sehingga posting dikongsikan bersama beberapa keping foto itu telah mendapat lebih 100,000 tanda suka bersama lebih 2 ribu komen orang ramai.
“Samaaa!”
“Hahaha omg yee”
“Sampai ke eyebag pun sama”
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register