CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Sang_Pencinta

Perbicaraan Kes Cabul Di Tahfiz Datuk Kazim Elias Digugur Atas Arahan AG Tommy T

 Close [Copy link]
Post time 17-10-2019 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
pinksarah replied at 17-10-2019 08:21 PM
Yes..kes cerai melibatkan suami org berduit kan..tp isteri org biasa..right?

Kesian wey i baca  ...

Melibatkan kanak2 mmg sy geram betul.. Patutnya dibicara jadi biar mahkamah tentukan salah atau tidak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2019 08:37 PM | Show all posts
statement ibu mangsa dari post fb;
Last chapter. I shall not write about this anymore after this. This is the end of the story.
Pada 7 Ogos 2019 tempoh hari majistret tuan afifi telah meneliti kes kami dan mendapati ada asas untuk pendakwaan. Jadi pihak mahkamah telah menghantar surat kepada Pejabat Pendakwaraya Negeri Perak untuk mengetahui alasan beliau kenapa kes ini dia tutup sebanyak 2x.
Pada 14 Oktober 2019 kami menghadap semula majistret yang sama dan beliau maklumkan DPP tak datang dan hanya dengan mewakilkan surat yang menyatakan siasatan telahpun dilakukan sebelum ini (ye ke?) dan membuat keputusan tiada pendakwaan. Alasan taknak dakwa? Sila baca di bawah:
"Perkara 145 Fasal 3 di dalam Perlembagaan Persekutuan telah memberi kuasa kepada Peguam Negara dalam menjalankan pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan di mahkamah yang berbidangkuasa layak kecuali mahkamah syariah. Dalam hal ini, Tindakan pendakwaan bagi semua kesalahan di bawah undang-undang bertulis di Malaysia adalah atas arahan Peguam Negara. Walaubagaimanapun ianya adalah mustahil bagi semua kes di Malaysia dirujuk kepada Peguam Negara seorang. Oleh yang demikian Seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah telah mengariskan bahawa kuasa pendakwaan juga boleh diturunkan kepada Timbalan Pendakwaraya yang dilantik."
Apabila kuasa mutlak diberi kepada AG dan DPP dalam membuat pendakwaan, maka kedua-dua pihak ini BOLEH MEMILIH sama ada mahu mendakwa atau TAK MAHU MENDAKWA. Klausa ini tidak boleh dinafikan atau dicabar oleh sesiapa walau Agong sekalipun.
Ada beberapa perkara yang berbangkit dari keputusan ini. Ia dinamakan case precedence, iaitu:
1. Selepas ini, mana-mana budak yang dibuli, dicabul, diliwat atau dirogol oleh ahli keluarga orang kenamaan yang berkepentingan, tidak akan diberi pembelaan walaupun bukti-bukti cukup untuk mendakwa suspek.
2. Selepas ini, mana-mana ibubapa yang anaknya menjadi mangsa buli, cabul, liwat atau rogol oleh individu berkepentingan tidak akan melaporkan kepada pihak polis kerana kepincangan pdrm mengikut SOP kendalian kes seperti ini. Seperti dlm kes ini:
- tiada kawad cam walaupun mangsa telah mengenalpasti saspek dan menamakan mereka dalam laporan polis.
-tiada rakaman video percakapan kanak-kanak dibuat melalui kamera mengikut prosedur akta kanak-kanak.
-tiada pengecaman lokasi sebenar kejadian dibuat oleh pihak polis. Sepatutnya polis bawa mangsa ke lokasi utk tunjuk di mana bilik jenayah tersebut dilakukan. Semua ni tak buat.
3. Tidak akan ada pembelaan sewajarnya kepada mangsa dan pelaku jenayah ini hidup bebas, dan boleh juga terus mencari mangsa lain tanpa takut didakwa oleh mahkamah.
Selepas keputusan muktamad, ada terdengar perbincangan peguam-peguam di whatsapp dan medsos tentang sikap DPP dalam kes ini.. kemungkinan besar kertas siasatan ini memang KOSONG. Sebab kertas siasatan pertama memang dihantar kosong kepada pihak peguam negara di putrajaya tanpa disertakan dengan laporan pakar paedatrik dan pakar psikiatri kanak-kanak.
Jadi, jika perkara ini benar. Apalah yang kita nak harapkan dari pihak polis, dari sistem penghakiman kita? Ini cuma membuktikan undang-undang hanya memihak kepada orang kaya berpengaruh dan kenamaan, bukan kepada marhaen seperti kita. Macam citer tamil betul.
Akhir kata, inilah kata-kata akhir untuk mereka yang terlibat dalam kes ni:
1. Kpd tuan majistret, terima kasih kerana percaya adanya terjadi jenayah, dan beri peluang kepada kami untuk berjuang untuk kali terakhir. Kami faham jika kes tak dapat diteruskan sebab luar bidang kuasa hakim majistret. Kami hargai peluang yang tuan berikan.
2. Kpd tuan pendakwaraya, terima kasih kerana memilih untuk tidak mendakwa orang yang melakukan jenayah ke atas anak saya. Saya yakin, tuan juga akan didakwa suatu hari nanti, di suatu tempat bernama mahkamah robbul jalil. Bersedialah tuan sebab tuan orang melayu Islam.
3. Kpd peguam-peguam yang terlibat, terima kasih yang tidak terhingga kerana melaburkan masa, tenaga dan wang yang saya tak mampu membayarnya. Hanya dengan balasan doa ikhlas dari seorang ibu yang teraniaya, agar hidup tuan-puan semua diberkati Allah dengan rezeki yang luas. You know who you are.
4. Kpd ustaz selebriti, saya doakan semoga Allah berikan hidayah dan keinsafan kepada anda. Semoga Allah jagakan anak-anak anda dari menanggung kafarah perbuatan anda terhadap anak-anak yang telah dizalimi di albarakah tanpa mendapat pembelaan sewajarnya. Tanpa sesalan atau ucapan maaf walau sepicing pun. Tahniah ustaz, anda menang di mahkamah dunia ini. Bersedialah ustaz. Kita akan bertemu di mahkamah robbul jalil nanti. Round 2.
5. Kpd nadirul ihsan, hafizan irfan, aiman farhan dan faqrul raqib. Kamu cederakan anak makcik dengan cara yang tidak akan mampu beliau sembuh selama-lamanya. Dia akan mengingati tragedi hitam di tahfiz ini sehingga ke akhir hayatnya. Makcik belum mampu memaafkan kamu dan makcik berdoa agar kamu tidak akan menyakiti anak orang lain sepertimana kamu buat pada anak makcik. Maka bersedialah wahai anak-anak. Kita buat perhitungan di mahkamah robbul jalil nanti.
6. Kpd pegawai penyiasat. Mula2 anda marah sebab kisah ini viral, anda kata ia ganggu siasatan. Lepas tu anda telah tunjukkan warna anda sebenarnya apabila sengaja tak masukkan laporan pakar kanak2 dan laporan pakar psikiatri dalam kertas siasatan. Jgnlah anda lupa bahawa anda juga ada keluarga. Ada anak lelaki. Takut perkara ini berbalik kpd keluarga anda. Allah Maha Adil dan Saksama.
7.Kpd sahabat-sahabat FB dan rakan-rakan yang mengikuti episod duka hidupku. Terima kasih diatas doa, sokongan, bantuan kewangan, pelukan dan kata-kata semangat. InsyaAllah kami kuat. Semoga Allah memberi ganjaran pahala kepada kalian.
8. Kpd Luke. Anak sulung kesayangan. Semoga Allah menyembuhkan kamu, memberi kamu kekuatan, supaya dengan hikmah terjadinya perkara ini ke atasmu, kamu akan jadi manusia hebat. Manusia yang akan membuat perubahan kepada keadaan umat Islam yang semakin dangkal moralnya.
9. Kpd Johanna. Sang ibu yang memperjuangkan nasib anak yang dizalimi, akhirnya gagal juga kes dibicarakan. Percayalah kamu, bahawa kamu takkan dapat mencari keadilan yang kamu pinta di mahkamah undang-undang manusia, kerana yang akan memberi keadilan kepada kamu hanyalah satu, iaitu YANG MAHA ADIL, YANG MAHA BERKUASA. Lihatlah dan saksikanlah bahawa Allah akan membalas segala perbuatan jahat dengan balasan yang setimpal dan adil. Saksikanlah.
Akhir sekali, kususun sepuluh jari memohon maaf andainya ada telah menyusahkan sesiapa sepanjang 3 tahun kami mencuba. Maafkan kami semua. Maafkan aku. Aku dah cuba dan aku kalah. Aku gagal..😭
End of story.




Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah. Siannya that boy.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
geenie replied at 17-10-2019 11:50 AM
medical report semua cukup, beb.... n bkn budak ni sorg sbenarnya.. ade few budak lain klau tak si ...

Yup ada mak2 lain gak tp dorang sekerat jalan je mampu berjuang hanya sis johanna ni je fight habis2
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Wei...nper jd gini
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 17-10-2019 11:35 AM
ke anak dia memang berhalusinasi sebelum ni?
tak, i tanya je, bukan beerti i menyokong apa yang te ...

Kn dh ada laporan doktor.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2019 09:08 PM | Show all posts
baru baca luahan hati mak mangsa kat fb tadi
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Melorqe replied at 17-10-2019 02:58 PM
anak UKE yg buat tu? apa kah masalah anak dia ni?terencat ke apa?

tapi still, UKE pun mesti tak ...

anak dia normal tp main liwat budak2 dlpusat tahfiz. ustaz Kazim perlu mengambil tanggungjawab sebab pusat tahfiz tu dia punya. kedua, si pelaku ialah anaknya. alasan org fitnah sebab dengki adalah alasan lapuk. dia ingat dia celebrity ke. Inilah contoh ustaz penunggang agama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2019 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
future3006 replied at 17-10-2019 08:37 PM
statement ibu mangsa dari post fb;
Last chapter. I shall not write about this anymore after this. T ...

Sedihnye...moga ada pembelaan utk luke..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-10-2019 06:43 PM
Anak dia gay, bukannya terencat.

If gay dok dendiam tak kacau orang, takpa. Yang jahatnya ...

Tu bkn gay sis..tu pedo...

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
pichee replied at 17-10-2019 09:05 PM
Kn dh ada laporan doktor.

kertas siasatan tak disertakan laporan doktor. ko baca penjelasan ibu mangsa kat atas nun
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 17-10-2019 09:14 PM
kertas siasatan tak disertakan laporan doktor. ko baca penjelasan ibu mangsa kat atas nun

Iyea...

I reply utk org tu..org tu ckp seolah budak tu hnye berimaginasi....then i reply, kn dh ada laporan doktor....

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 17-10-2019 09:10 PM
anak dia normal tp main liwat budak2 dlpusat tahfiz. ustaz Kazim perlu mengambil tanggungjawab seb ...

Boikot je la UKE..mslhnye...ank die lgsg xde kne soal siasat

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
aku mmg boikot UKE sejak kes ni.. tak ingin aku dengar suara dia.. & aku benci pedo
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.... seumur hidup trauma...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 09:45 PM | Show all posts
pichee replied at 17-10-2019 09:22 PM
Boikot je la UKE..mslhnye...ank die lgsg xde kne soal siasat

itulah pasal. Elok kita uar uarkan hal derang anak beranak ni. Biar ksh malu satu Malaysia yg anak dia tu pedo. Aku harap msh ada lawyer yg boleh buka blk kes ni. Cubalah dulu. Mesti ada loophole dlm kes ni yg blh lawyer pembela pusing balik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2019 09:49 PM | Show all posts
Dok tunggu penjelasan AG ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 09:50 PM | Show all posts
mummy75 replied at 17-10-2019 11:32 AM
ai kenot brain kes2 camni..mg boleh kemurungan..si pencabul aman2 je idop di luar sana kan..cuma ken ...

Khabarnya dah dok luar negara...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 17-10-2019 08:52 PM
Yup ada mak2 lain gak tp dorang sekerat jalan je mampu berjuang hanya sis johanna ni je fight habi ...

Ye betul. Mmg ramai budak2 yg kena. Hanya sorg ni je yg mak dia berjuang habis2an. Sorg ni jugak yg Asiah jumpa. Dgr citer anak ustz kazim dh dihantar ke Jordan ke mana ntah. Yg jadi mangsa sampai kena dirawat menanggung trauma
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 09:54 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 17-10-2019 09:14 PM
kertas siasatan tak disertakan laporan doktor. ko baca penjelasan ibu mangsa kat atas nun

maybe sebab inikah AG gugurkan kes ni...dari awal lagi ada campur tangan orang atasan kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.055126 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list