|
[Jenayah]
Bayi Perempuan Meninggal Dunia Akibat Didera Secara Fizikal Dan Seksual
[Copy link]
|
|
Aduhhh kusangkakan di India.... |
|
|
|
|
|
|
|
pedo dan yg paling keji sekeji2nye buat kat baby..
|
|
|
|
|
|
|
|
nursery pon ingat x kejam ke..siap ikat2 anak asuhan lg..plus, ade baby jenis fussy skit..kene dijaga secara persendirian..tu psl ade parents pilih ibu asuhan..
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Saya tidak akan tenang’
KUALA LUMPUR 11 Nov. - Kes penderaan bayi seolah-­olah tiada kesudahan dengan kematian terbaharu melibatkan seorang bayi berusia 11 bulan, Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal meni­­ng­gal dunia di Hospital Serdang dekat sini akibat didera fizikal dan seksual oleh pengasuhnya. Perbuatan itu tidak diterima oleh ibu bayi tersebut, Noraihan Ab. Aziz, 22, yang tidak pernah menjangka tragedi hitam tersebut akan menimpa keluarganya dan meninggalkan kesan amat pedih dalam kehidupan mereka.
“Hati saya sakit sangat, apabila melihat keadaan Zara yang menyayat hati, saya serahkan kepada pihak polis untuk me­lakukan penyiasatan dan mengenakan hukuman setimpal pada pesalah. “Selagi kes Zara tidak selesai, selagi pelaku tidak dihukum, saya tidak akan berasa tenang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Nur Muazara dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Rabu lalu dan berada dalam keadaan kritikal sebelum menghembuskan nafas terakhir, Jumaat lalu. Noraihan dan suaminya, Muhammad Zainal Abduk Rahaman, 27, serta anak sulung mereka, Muhamad Alif Zamani, 4, kini berada di kampung halaman di Rantau Panjang, Kelantan untuk urusan pengebumian puteri kecil mereka, semalam. Noraihan yang bertugas sebagai operator kilang di Bandar Baru Bangi berkata, biarpun pasrah dan reda dengan insiden menimpa anak keduanya itu dia pada awalnya amat sukar untuk menerima kenyataan kematian anak sebegitu rupa. Kesedihan ibu bayi tersebut turut berkongsi dalam laman Facebook miliknya dengan memuat naik status Damailah kau di sana sayang...Tunggu ibu di syurga...Ibu halalkan susu yg mengalir di dalam badan anak ibu.. anak syurga ibu #nurmuazaraulfa. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, suami pengasuh yang positif methamphetamine berusia 36 tahun dan isterinya, 28 tahun dibawa ke Mahkamah Kajang, semalam dan direman selama lima hari sehingga Selasa ini. Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah impak tumpul pada kepala iaitu tempurung kepalanya pecah dan terdapat kesan lebam pada bahagian atas kepala kiri dan kanan. “Selain itu, terdapat juga kesan penderaan seksual ke atas bayi dan kematian mangsa dipercayai mempunyai unsur-unsur perlakuan jenayah,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tolong laaaa sudah2 la ngan dok dera budak2 |
|
|
|
|
|
|
|
tade perkataan sesuai untuk jantan keparat ni... setan pun tepuk dahi perangai jantan ni... babi pun tak buat macam ni kat baby babi... aku harap ko masuk neraka yang paling dalam sekali... |
|
|
|
|
|
|
|
Murung aku baca...
Nasib anak2 aku mak jaga... masuk 5 thn masuk tadika.. x sanggup aku byg baby 9 bulan.. |
|
|
|
|
|
|
|
auntyaya replied at 12-11-2018 09:03 AM
KUALA LUMPUR 11 Nov. - Kes penderaan bayi seolah-olah tiada kesudahan dengan kematian terbaha ...
Begini punya teruk tahap kecederaan lagi sedara mara dan tino bini pedobabi ni nak bekap? Bangsat punya keturunan. Mudah2an kamu semua hidup tak aman dan mati sekor2 dengan dahsyat jika benar jantan pedobabi penagih tu dah rogol, liwat dan bunuh adik Zara.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 11-11-2018 06:43 PM
Kalo dah ngasuh anak org duk dlm umah jelah jgn kuar2 kesana kemari mcm kawan iols ade sekali tu ...
I ada kenal doktor ni.... Pengasuh sampai bawa anak dia keluar masuk Singapore lagi... Selamba |
|
|
|
|
|
|
|
Korang bomoh santau Malaysia, daripada dok kedai kopi test santau korang bunoh orang tak bersalah, baik la test ilmu korang kat pedobabi2 laknat sebegini. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya. Tak boleh imagine mcm mana baby ni kesakitan |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai sungguh celaka pedo gilakan baby sekarang
Dulu2 i pernah murung byk hari bila baca kat paper psl kes rogol baby, dan macam x percaya juga sbb ada yg kata paper metro tu suka buat cerita tipu
Rupa2 nya memang ada betul kat malaysia
Kes cabul baby i mmg tau sbb pernah nmpk depan mata
Ni rogol smpai mati mmg speechless laa xtau nak maki mcm mana dh manusia gila mcm ni
Apa yg terlintas dlm otak cuma cara2 nak seksa pedo celaka sampai mati perlahan2 kesakitan je, contohnya siat2 kulit pastu tabur cuka dan garam, smpailah pedo tu mati terseksa
Sakit hati sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 11-11-2018 12:17 AM
Manusia teruk zaman skrg, punya ramai ayam bayar 50, bayi juga ditala
Pedo yg selera pd budak dan bayi
Xde guna nk offer ayam dewasa kat pedo celaka pun
Pilihan nya tetap kanak2 dan bayi
So sick |
|
|
|
|
|
|
|
maksud dia, laki or anak lelaki pengasuh tu kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
I tk bole nk baca article tu penuh. Jantung berkocak bagai nk runtuh. Moga digantung mati org yg buat ni. Sblm gantung pastikan dia kene sebatan seribu kali, diseksa kejam, kote dipotong, dubur dirodok btg penyapu lidi.
Moga keluarga mangsa tabah. Kalo jd pada i mungkin i akan gila |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailahirojiun..Baby pun jadi mangsa..manusia ke binatang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fifie_olin at 12-11-2018 10:26 AM
bini si jantan ni subahat sama ke..
umo 11 bln tu
x tecapai akal la wei
hanat sgt jantan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Baca BH online pengasuh tu kata suami dia selalu amik alih tugas jg baby tu, alasannya dia lembab buat keje. Ibu baby tu dh ambik bbrapa hari dn hantar pd sedara dia. Sbb dia tgok ank dia lebam. Tp sebab asik nangis dia pulang balik kt pgasuh. Pgasuh kata dia jg ok x meragam, bila laki setannya amik,bby tu x nak dn nangis.
Laki setan tu isap Syabu. Syabu ni mmg ikut mood pnghisap, kalo bnafsu, mmg naik nafsu. kalo mood nk merompak, xde rs takut. Semangat merompak.
Mmg babi la laki ni. Kalo bnfsu tala bini ko sudahla.. bby tu.. moga dapat hukuman setimpal didunia. Biar kt dunia pn dh tseksa. Kt akhirat confirm dpt yg selayakknya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by reeny at 12-11-2018 10:54 AM
Kes Zara: Rupanya anak dijaga suami pengasuh...
Oleh Nurul Hidayah Bahaudin
KUALA LUMPUR: “Saya tidak sangka selama ini anak saya dijaga suami pengasuh, bukan wanita itu sendiri,” kata Noraihan Ab Aziz, 22, ibu kepada bayi yang maut akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh.
Bayi malang itu, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal atau nama mesranya, Zara berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia, kelmarin, selepas dua hari dilaporkan tenat sebaik dirujuk ke Hospital Serdang, Rabu lalu.
Menurut Noraihan, dia dimaklumkan oleh pihak polis bahawa suami pengasuh berusia 36 tahun itu menjaga sepenuhnya anak perempuannya sejak dihantar di bawah jagaan isteri lelaki berkenaan, berusia 28 tahun, 21 September lalu.
“Sebelum ini saya tidak bekerja, namun saya mendapat kerja di sebuah kilang di Bangi. Saya mengenali pengasuh melalui Facebook selepas dia menghubungi saya menerusi WhatsApp memaklumkan dia berminat untuk menjaga anak sulung, Muhammad Alif Zamani berusia lima tahun dan Zara dengan bayaran RM550 bagi setiap seorang dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
NORAIHAN Ab Aziz bersama anaknya, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal.
“Seminggu sebelum menghantar anak kepada pengasuh, saya ada berjumpa dengan pengasuh itu di rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah kami di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.
“Ketika itu, dia memaklumkan akan menjaga anak saya seperti anaknya sendiri memandangkan dia sendiri mempunyai anak lelaki berusia satu tahun lapan bulan, namun lain pula jadinya,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Noraihan berkata, dia menyedari terdapat kesan lebam pada lengan, paha dan dahi Zara, dua minggu lalu.
“Pengasuh memberitahu kesan lebam itu akibat digigit anak lelakinya. Malah, bibir dan gusi Zara mula membengkak menyebabkan dia tidak mahu menyusu serta kerap menangis. Keadaan Zara menyebabkan kami tidak menghantar dia ke rumah pengasuh bagi tempoh beberapa hari selepas itu.
“Saya dan suami kemudian menghantar kedua-dua anak ke rumah kakak di Klang, namun Zara kerap menangis menyebabkan saya terpaksa menghantar semula dia ke rumah pengasuh pada Rabu lalu.
NORAIHAN Ab Aziz, 22, bersama anaknya, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal berusia 11 bulan yang maut selepas didera secara fizikal dan seksual, kelmarin.
“Sebelum kejadian kira-kira jam 9 pagi (Rabu lalu), saya sempat menghantar mesej menerusi WhatsApp bertanyakan mengenai keadaan Zara. Pengasuh memberitahu Zara tidak meragam apabila bersamanya, namun dia menangis apabila melihat suaminya.
“Saya tidak menyangka mendapat panggilan daripada doktor di Hospital Serdang yang memaklumkan anak sedang tenat. Saya dimaklumkan dia dihantar ke hospital berkenaan oleh pengasuh dan suaminya selepas Zara dikatakan tercekik epal,” katanya.
Katanya, ketika dirawat, doktor memaklumkan terdapat kecederaan pada tempurung kepala Zara yang dikatakan pecah dengan lebam di bahagian berkenaan.
“Hasil bedah siasat, saya dimaklumkan terdapat tiga bahagian pada kepala Zara retak, selain tisu pada kemaluan dan dubur koyak dipercayai akibat dirogol.
“Pihak polis memaklumkan sepanjang tempoh saya menghantar anak di bawah jagaan pengasuh, Zara dijaga sepenuh masa oleh suaminya kerana lelaki itu beranggapan isterinya seorang yang lembab membuat kerja,” katanya.
Dia memaklumkan pernah berjumpa dengan suami pengasuh yang dilihat seperti individu normal, namun riak mukanya kelihatan garang.
“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan lelaki berkenaan ketika membayar wang upah menjaga anak di rumahnya pada 31 Oktober lalu. Jika dilihat pada luaran, dia kelihatan seperti individu lain,” katanya.
Moraihan berkata, kematian anaknya menyebabkan dia merasa sakit hati dan tidak senang duduk setiap kali mengenangkan perbuatan durjana dilakukan terhadap Zara.
“Saya reda dengan pemergian Zara, namun perasaan sakit hati masih ada selagi pelakunya tidak menerima balasan setimpal atas perbuatan keji itu.
“Selagi pelaku itu tidak ditahan, selagi itu hati saya tidak senang. Saya mahu individu yang melakukan perkara itu diberikan hukuman atas perbuatan dilakukan,” katanya yang memaklumkan Zara selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lubok Gong, Kelantan, jam 7.50 pagi, semalam.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|