CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Rempuh Pemandu Bas Rapid KL. dibawah pengaruh syabu #117

[Copy link]
Post time 17-8-2018 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang statement semua bercanggah nak selamatkan tengkuk masing2.
Kata driver 50-50, tapi ada gambar tengah senyum atas wheel chair?

Gerai burger kata rosak teruk, tapi nampak cam tercalar sikit jah?

Mana satu betul?

Proton Iswara punya driver takde tampil bagi statement?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2018 04:53 PM | Show all posts
Ethernet replied at 17-8-2018 03:59 PM
habis hancurrrrr stall burger ni #sarcasm

kat mana la lepas ni penduduk situ nak makan burger lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Allaaah...ingatkan remuk teruk gerai burger tuuu... Sikit jaaaaa... Waduhhhhh....dasar keramat betul lah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 04:55 PM | Show all posts
Keadaan meja bertaburan, manakala ibu saya yang sedang memegang anak saudara berusia dua bulan tersepit di antara gerai dan pembahagi jalan.


status kat socmed yg katanya baby tercampak tu sapa punya status?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 04:57 PM | Show all posts
mungkin peniaga burger and the gang salah sebab belasah.. tapi sepatutnye drebar ni awal2 dah berhenti.. kalau dengar keterangan audio drebar ni katenye salah seorang sempat naik belasah.. bukan awal2 ko kene benti driving ke.. ni tak.. abeh semua kenderaan ko sapu.. boleh pulak ko drive sambil dibelasah
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Motip bawak mak nenek baby segala meniaga tengah jalan.harap babi sondol gerai ko nnti..perangai pprt flet x leh tinggal ke..Malaysia baru tapi rakyat pangai bak penduduk hutan amazon
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-8-2018 05:46 PM | Show all posts
Orang ramai diminta henti buat spekulasi insiden bas Rapid KL

17 Ogos 2018 12:15 PM

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sementara menunggu keputusan siasatan rasmi pihak polis berkenaan insiden bas Rapid KL di Jalan Enggang AU2, Taman Keramat di sini semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Mohd. Azam Omar turut mengesahkan bahawa bas yang terbabit dalam insiden di Jalan Enggang AU2 Taman Keramat di sini malam tadi adalah dalam keadaan baik semasa digunakan.

“Berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat malam tadi, insiden berkenaan bermula apabila bas tersebut terlibat dalam satu kemalangan jalan raya kecil di Jalan Enggang AU2, di Taman Keramat.

“Kapten bas dilaporkan meneruskan perjalanan sambil dikejar oleh sekumpulan orang awam.

“Semasa dikejar bas tersebut dilaporkan melanggar beberapa kenderaan di sepanjang jalan sehingga tiba di susur keluar Jalan Ampang ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di mana kapten bas dilaporkan dipukul oleh beberapa orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kejadahnya berniaga bege atas jalan besar? Akal takde ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2018 06:19 PM | Show all posts
Polis sahkan pemandu bas RapidKL yang melanggar beberapa kenderaan malam tadi di bawah pengaruh dadah methamphetamine - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.


dah boleh kawan dengan Linda Onn dah korang
lepas ni nak makan berger sila ke mcd dan kfc ye
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Society labu labi..nk komen pe??
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 17-8-2018 04:55 PM
status kat socmed yg katanya baby tercampak tu sapa punya status?

Habah dia kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 17-8-2018 06:19 PM
Polis sahkan pemandu bas RapidKL yang melanggar beberapa kenderaan malam tadi di bawah pengaruh dada ...

Teringat iklan sapik mata kail hisap dadah sampai delusional tu...agaknya drebar ni camtu la kut, nmpk seolah2 org kejar dia guna pedang
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 07:43 PM | Show all posts
Pemandu tersebut dikenali sebagai Md Khairol Anuar Mohamad berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dalam keadaan separa sedar kerana dikatakan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Ampang.




Sepatutnya kerajaan mengambil langkah ketat agar pendatang begini tidak dibenarkan bekerja sebagai pemandu penangkutan awam! tangkap dan hantar sahaja spesis ini pulang ketempat asal mereka!
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 07:49 PM | Show all posts

warga serombi dan najis dadah berpisah teda.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 07:53 PM | Show all posts
kibodwatriuh replied at 17-8-2018 07:49 PM
warga serombi dan najis dadah berpisah teda.

Selalunya orang kata mereka ini pengotor dan gedebe sahaja...... Elok lagi pendatang bangla (yakni kurang membawa masalah sosial).

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ethernet replied at 17-8-2018 04:40 PM
yup! atas jln gerai tu

Tlg pihak berwajib pn amek tindakan atas gerai beger ni..dh ler bukak tepi selekoh,mnyusahkn pengguna jln raya y lain jgk tu..
Tp baca statement kedai beger tu,ai ssh nk percaya,dgn mulut menyumpah seranah,i doubt theolzs ckp leklok kt drebar bas tu...ofkos nk bt cte hasanah utk bekap diri sndiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2018 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemandu bas RapidKL dibawah pengaruh dadah - Polis
Ogos 17, 2018 19:17 MYT

KUALA LUMPUR: Pemandu bas RapidKL yang merempuh beberapa kenderaan di ibu negara malam tadi disahkan dibawah pengaruh dadah jenis syabu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, setakat ini polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 47 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kini ada dua siasatan polis, bukan di bawah Kontinjen Kuala Lumpur sahaja tetapi disiasat oleh Kontinjen Selangor juga di bawah IPD Ampang kerana insiden di dua tempat – di kawasan Ampang dan juga Jalan Ampang.

"Kes ini masih dalam siasatan, namun ia disahkan pemandu bas tersebut berada dalam kawalan dadah ketika dia memandu," katanya dalam satu sidang media hari ini.


Mengulas mengenai kejadian pemandu bas dipukul orang awam, Mazlan berkata siasatan hanya akan dilakukan sekiranya pemandu bas itu membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Jsiasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata, pihaknya sedang mengambil keterangan pemandu bas berusia 32 tahun itu sebaik selesai menerima rawatan di Hospital Ampang tengah hari tadi.


Lelaki berkenaan dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul orang awam yang menangkapnya semalam.

Semalam, satu video tular dalam media sosial menunjukkan beberapa penunggang motosikal mengejar sebuah bas henti-henti RapidKL.


Bas rempuh beberapa kenderaan

Menerusi rakaman itu, bas terbabit dilihat berada dalam keadaan laju dan dipandu secara berbahaya sehingga merempuh beberapa kenderaan.

Sejurus selepas kemalangan itu, satu sidang media dibuat oleh Ketua Pegawai Operasi RapidKL, Shamsul Rizal Mohd Yusof.

Shamsul Rizal berkata, pemandu tersebut telah berkhidmat selama dua tahun dan mempunyai rekod kerja yang baik.

Beliau turut meminta maaf kepada orang ramai akibat insiden tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ethernet replied at 17-8-2018 04:39 PM
statement tauke burger

'Kami tak bawa pedang samurai'

Memula kata x sempat buat2 apa terhadap driver.. hujung2 bgtau boleh tanya saksi yg melihat driver dibelasah
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
semua dasar penipu...uuu uuu uuuu, uuu uuu (nyanyi ikut rentak elizabeth tan)
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ethernet replied at 17-8-2018 03:59 PM
habis hancurrrrr stall burger ni #sarcasm

Betul ke kebanyakkan penduduk kt flat situ org boyan?
Baca kat fb org komen tu kata boyan tu maksudnya anak org indo yg kawen ngn org malaysia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.099436 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list