well done nora
Biar lambat tapi tak cetek ilmu bab kahwin - Nora Danish[size=0.688em]Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2018 6:30 AM
[size=0.75em]Nora Danish jawab soalan netizen.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PELAKON sensasi Nora Danish berpendapat berkahwin pada usia agak lewat adalah pilihan terbaik untuk remaja masa kini. [size=0.98em]Nora atau nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif, 36, berkata, ilmu pengetahuan seseorang dalam perkahwinan amat penting sebelum membuat keputusan untuk mendirikan sebuah rumah tangga. [size=0.98em]"Kak Nora, better kahwin awal atau lambat untuk remaja masa kini? " tanya peminat. [size=0.98em]"Lambat! Biar banyak ilmu pengetahuan dan tidak cetek minda dalam bab perkahwinan," jawabnya.
[size=0.98em]Nora jawab soalan diajukan netizen. [size=0.98em]Nora menjawab hampir 20 soalan secara rawak daripada peminatnya menerusi fungsi pertanyan yang diperkenalkan di Instagram story. [size=0.98em]Antara soalan yang dijawab pelakon berkenaan ialah berkaitan perkahwinan, cinta, suami dan kerjaya. Menjawab pertanyaan tentang suamimya, Nora turut mendedahkan tiga sebab dia cintakan Nedim Nazri itu. [size=0.98em]"Tiga sebab itu ialah saya sukakan cabaran, kedua sebab hatinya dan ketiga sebab perut saya, bila lapar saya boleh makan," katanya. [size=0.98em]Selain itu, menjawab lanjut tentang cinta, Nora berkata, seseorang perlu menyanyangi dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum mencintai orang lain.
[size=0.98em]Nora Danish bersama suaminya Nedim dan anak mereka Neqayl atau Ney Ney. [size=0.98em]Tambahnya, keyakinan dan bertemu dengan ramai orang juga akan memberi pengalaman untuk menjadi lebih baik. [size=0.98em]Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ia adalah perkahwinan kedua buat mereka. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata Mohamed Neqayl Nedim pada 22 Februari lalu. [size=0.98em]Sebelum ini, Nora, 37, pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang berusia 9 tahun. [size=0.98em]Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.
[size=0.98em]Antara soalan pengikut laman sosial Nora Danish. [size=0.98em]Sementara itu juga, menjawab soalan bagaimana dia kekal positif sebagai seorang selebriti, Nora berkata, jauhkan diri dengan persekitaran yang memberi kesan negatif. [size=0.98em]"Berfikiran positif adalah kunci untuk berjaya dan hidup tenang. Bila anda tukarkan fikiran negatif kepada positif, anda akan dapat keputusan yang positif, Insya-Allah. [size=0.98em]"Bergaul dengan orang yang positif dan hidari daripada orang-orang negatif," katanya. [size=0.98em]Dalam pada itu, menjawab tentang berat badan, Nora perlu mengurangkan 7 kilogram lagi untuk kelihatan baik di depan skrin. [size=0.98em]"Saya belum langsing lagi, sebenarnya berat saya 55 kilogram dan ia dikira gemuk untuk ketinggian saya. [size=0.98em]"Saya perlu kurangkan lebih kurang 7 kilogram lagi untuk kelihatan baik di skrin. Sekarang dalam kamera okey tapi bila keluar TV gemuk!," tulisnya.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... bBig5oPDoIzmh2Ux.99
|