Zarina Anjoulie baru-baru ini telah membuat laporan polis mendakwa yang namanya telah diburukkan-burukkan oleh ibu kepada pelakon Zarina Zainuddin.
Pelakon yang lebih mesra dengan nama Anju ini sebelumnya menjalankan perniagaan sabun sirih bersama Mama Zuras (Ibu Zarina Zainuddin).
"Ketika mula berniaga dahulu, saya memang mengambil produk daripada wanita ini untuk dijual. Harga yang diberikan boleh dikatakan agak mahal juga. Selepas itu saya dapat produk serupa daripada pembekal lain dan menghentikan urusan dengannya secara baik," jelas Anju kepada Harian Metro.
Namun disebabkan tidak berpuas hati, Mama Zuras mula memaki hamun dan bertindak keterlaluan dengan menghantar mesej berbaur ugutan.
Foto: Facebook
Mama Zuras turut mendakwa bahawa Anju menipu pelanggan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa semua sabun yang dijualnya itu adalah hasil tangan Anju sendiri walhal ia telah diambil dari kilang.
Kenyataan dari Mama Zuras sendiri menerusi akaun Instagram miliknya selepas Anju membuat laporan polis terhadapnya:
Sementara itu, Zarina Zainuddin berkata dia tidak mahu menyalahkan atau menyebelahi sesiapa berikutan pertelingkahan membabitkan ibunya dengan Anju.
“Apapun saya mahu mereka berdamai. Takkan Zarina Anjoulie tidak terkenang langsung hubungannya yang amat rapat dengan ibu saya dulu. Sebagai anak pula, jika ibu saya yang bersalah, maafkanlah dia. Jangan dipanjangkan lagi isu itu. Ia adalah rezeki masing-masing dan tidak perlulah kita bergaduh kerananya,” katanya.
Foto: IG Zarina Zainuddin
Doakan sahaja baik-baik agar isu ini dapat ditamatkan dengan segera. -CARI |