CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: hunny_bunny

[Tempatan] Budak maut disyaki didera

[Copy link]
Post time 16-3-2017 11:33 AM | Show all posts
sedihnya baca berita mcm ni..  =(
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2017 12:05 PM | Show all posts

kan bf mak nye..ngn suami pengasuh bukan suami maknye

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 12:09 PM | Show all posts
budakmanentah replied at 15-3-2017 03:56 PM
astarfirullah hal azimmmm...sampai hati deme2 ni buat mcm tu kat budak kecik...hina lebih hina dari  ...

binatang lagi tau sygkan anak!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 12:13 PM | Show all posts
Setiap tahun ada je kes sebegini terus berulang.  Semoga pelaku segera dihukum atas perbuatannya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Eish emosi btol la baca benda gini. Budus tol la.. sape yg buat ni. Budak kot!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
2 tahun innocent lagi taktau ape. kesiannn anak aku baya ni asik nak ibu abah je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2017 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
knp ramai yg pening ni..4,suspek
1.ibu mangsa
2.pengasuh
3.bf mak(sheol janda la ni..skrg ada bf)
4.suami pengasuh.
kita pun xtau apa hukuman yg kena pada org yg dera sblm2 ni..rsnya longgar lg.mangsa mati jd pelakunya jg harus mati.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
vavinya manusia berperangai mcm ni.sejenis tak faham la kalau takde rasa kesian kat budak.klu tak dpt dr mak tu kau cr yg berbayar la woiii.budak tu.patut kemaluan jantan tu disiat hidup2.baru ada akai.somehow i rasa perogol mcm ni patut terima blsn sama apa yg dia buat.nyawa dgn nyawa.dah dorg pun tak fikir masa buat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2017 12:40 PM | Show all posts
sdhnya bce cter2 mcmni, menitik air mata,baya ank dina, budak kecik mne nk daya melawan..sampai skrg xleh wt keja, Ya Allah berikanlah rakmat ke atas ank ini
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes begini still akan berlaku sebab betina sundal yang bersedudukan dengan bf tidak didakwa. Dh berapa byk kes,  bf tala ank,  mak sundal tu di bela ::.
So betina2 sundal yg lain x takut nk angkut bf duduk sekali. Ilang ank,  buat ank lain. Bf kena angkut polis,  gi menyundal dgn jantan lain.



Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 12:47 PM | Show all posts
cerita yg sama


7 tahun lepas mak memuki..anak terseksa

mmg standard mak2 membirah ni selayaknya Allah amik je anak dorang.... hidup pun terbiar je...



Seksa Syafia

Syafia Humairah Sahari, 3 tahun maut jam 7.30 malam, 26 Februari, Jumaat lalu di Kampung Batu 30, Batang Kali, Selangor.

Bedah siasat mayat di Hospital Kuala Kubu Bharu semalam mendapati abdomen Syafia pecah dan berlaku pendarahan otak selain kecederaan di leher, pipi dan bahu. Suspek, pemandu teksi berusia 28 tahun semasa disoal siasat polis dilaporkan mengaku menendang mangsa dan memijak kepalanya sewaktu kejadian. Saya tidak mampu membayangkan trauma dilalui dan kesakitan dideritai tubuh kecil itu. Dia anak kecil bukan tandingan tenaga si bangsat terbabit.

Malangnya, beberapa saksi dikatakan tidak berani menegur perlakuan suspek apatah lagi melaporkan kes kepada polis kerana dia banas baran.

“Dia memang bukan manusia dan tarafnya lebih rendah daripada binatang. Mana tidaknya, binatang pun tidak akan membuat perkara sekejam itu,” kata Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu Syafia dipetik Harian Metro.

Hairannya, Nurhanim dikatakan mula menjalinkan perhubungan bak suami isteri bersama suspek sejak 6 tahun lalu. Buta hati andai dia mendakwa tidak mengenali sikap teman lelaki, menyamar sebagai suaminya itu.

Buletin 1.30 tadi menyiarkan temubual bersama Nurhanim. Dia mengaku suaminya, ayah Syafia enggan menceraikannya (baca: digantung tidak bertali). Untuk rekod, suami Nurhanim, ayah kandung Syafia, Sahari kini ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana terbabit dalam kes pembunuhan pada tahun 2006.

“Saya mengaku banyak membuat kesilapan …,” kata Nurhanim ketika merayu mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Nurhanim dipercayai melahirkan bayi lelaki berusia 1 tahun 6 bulan hasil perhubungan dengan suspek, kini dia dilaporkan mengandung 4 bulan. Sehubungan itu menurut Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, polis akan merujuk kes terbabit kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk tindakan lanjut. Jika dakwaan berhubung kelahiran anak luar nikah itu benar, Nurhanim wajib dituduh di mahkamah syariah. Melalui saat duka, bukan alasan dia dilepaskan begitu sahaja dari tindakan undang-undang dunia.

Akhbar sebelum ini melaporkan, datuk mangsa, Aziz Shahar, 50 tahun, terkilan kerana pernah melihat kesan kecederaan pada tubuh cucunya itu tetapi mendiamkan diri kerana tidak menyangka dia didera. Terfikir, jika benar dakwaan Aziz, masakan Nurhanim sebagai ibu, hidup bersama Syafia tidak mengetahui kejadian sebenar?

Dakwaan Aziz diperjelaskan DSP Bakhtiar.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan juga mendapati terdapat penderaan berterusan pada badan mangsa. Ada kesan-kesan kecederaan luaran baru dan lama dilakukan dipercayai dipukul oleh benda keras”

Cinta tidak mengenal siapa, barangkali.

Berikut kenyataan klise ibu mangsa berhubung suspek disahkan positif ujian saringan dadah sewaktu ditahan.

“Orang sepertinya tidak patut wujud atas muka bumi ini,” komen Hurhanim berhubung suspek.

Malangnya, hanya selepas 2,190 hari (baca: 6 tahun) baharu dia tersedar berhubung fakta itu.

Suspek direman 7 hari sehingga Khamis ini dan polis dipercayai akan memohon lanjutan tempoh tahanan reman maksimum 7 hari lagi untuk menuduhnya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh.

Keluarga Nurhanim dan keluarga suspek dilaporkan bertengkar lebih 20 minit di pekarangan bilik mayat hospital mempertikaikan hak tuntutan jenazah mangsa. Jenazah Syafia akhirnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang pada jam 5 petang semalam.

Apapun berlaku, seksa dunia Syafia, dinoktahkan sudah. Mereka masih hidup dan terbabit dalam pembunuhannya akan dibicarakan di mahkamah dunia dan mahkamah Allah. Pembasalan setimpal akan mereka terima.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 01:05 PM | Show all posts

Tengokla pangai maknya tu camna. Sila masukkan puang ni sekali dalam penjara ya. Tahu beranak jah, anak tak betul-betul jaga. Laki tak guna tu mesti dah banyak kali mendera buat sekali dua jah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 01:07 PM | Show all posts
Herannnya dah lebih 6 tahun dengan BF baru, tapi anaknya yang sulung (dengan suami lama) baru 3 tahun?

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 01:09 PM | Show all posts
"Malangnya, beberapa saksi dikatakan tidak berani menegur perlakuan suspek apatah lagi melaporkan kes kepada polis kerana dia banas baran."


Ko tengok jah budak kecik kena sepak dan pijak??? Sama-sama binatang saksi-saksi ni semuaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Marah sgt lah bila baca cerita mcm ni. Kenapa ada org sejahat mcm ni?? Org mcm ni pengarah seumur hidup je! N rotan beratus kali.

Kalau hukum mati dia tak rasa seksa, I nak dia rasa seksa nya main suka hari dera org!!  ::
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjara ** seumur hidup . Marah sgt sampai typo tak perasan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2017 01:30 PM | Show all posts

y taun lepas punya kes dasat lg...bln 4/2016 xsilap sy...mak keje krani emergesen bsekedudukan ngn bf mase tu somi duk kursus maritim...nma baby tu hanna safiyah...mak ngn bf balun ank smpai mati...xtau lh pkembangan camane kes tu...kna tanye abg @Syd
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 01:32 PM | Show all posts
jahcomel replied at 16-3-2017 01:30 PM
y taun lepas punya kes dasat lg...bln 4/2016 xsilap sy...mak keje krani emergesen bsekedudukan ngn ...

ada berita tak? Boleh tolong share. Dalam banyak-banyak benda patut public persecute ialah mendera kanak-kanak. Biar sama-sma kita hentam ngan batu sampai kepla pecah. Kucing aku pun punyalah sayang/protect anak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 01:39 PM | Show all posts
kibodwatriuh replied at 16-3-2017 01:32 PM
ada berita tak? Boleh tolong share. Dalam banyak-banyak benda patut public persecute ialah mendera ...

Bayi perempuan maut dipercayai dihempas ke lantai


[size=1.125]




[size=0.75]02 April 2016 12:03 AM
[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]






SEPANG 1 April – Mati akibat dihempas ke lantai. Itu kekejaman yang dipercayai dilakukan seorang lelaki terhadap anak teman wanitanya kerana berang mendengar tangisan bayi berusia setahun tujuh bulan berke-naan yang ingin mengikut ibunya ke tempat kerja.

Kejadian berlaku di rumah teman wanita suspek yang merupakan seorang pegawai imigresen di Blok B, Apartmen Teratai, Putra Perdana, di sini semalam.
Sumber memberitahu, bayi malang itu, Hannah Sufiyah Muhammad Adib dikatakan meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah klinik di Putra Perdana.



Menurutnya, bayi itu dihantar oleh suspek lelaki yang berusia 22 tahun ke klinik itu pada pukul 12 tengah hari selepas bayi itu tidak sedarkan diri.
“Pihak klinik kemudian telah memberikan bantuan pernafasan selama 30 minit sebelum menghubungi pihak hospital. Seorang doktor dari Hospital Putrajaya kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada pukul 2 petang dan mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
“Bedah siasat yang dibuat di Hospital Serdang hari ini kemudian menemukan beberapa kesan dera yang menyebabkan mangsa meninggal dunia seperti pendarahan di kepala dan badan akibat dipukul dengan benda tumpul,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Sumber itu memberitahu, polis yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut telah menahan suspek yang berasal dari Marang, Terengganu dan bekerja sendiri di hospital berkenaan sebaik sahaja bedah siasat selesai.
Ujarnya, ibu mangsa pula ditahan di hentian rehat dan rawat Sungai Buloh, Selangor ketika dia cuba membawa jenazah bayi itu untuk dikebumikan di kampung-nya di Alor Setar, Kedah.
“Siasatan lanjut mendapati wanita itu merupakan seorang pegawai imigresen yang mempunyai masalah rumah tangga dengan suaminya sejak penghujung tahun lalu,” katanya.
Tambah sumber itu lagi, pada awal tahun ini, wanita itu tidak lagi berhubung dengan suaminya sebelum mengambil keputusan untuk keluar dari rumah mertuanya di Sungai Buloh dan menyewa bersama dua lagi anak perempuannya di Putra Perdana.
“Soal siasat mendapati mangsa telah dihempas ke lantai selepas teman lelakinya naik berang kerana mangsa menangis untuk mengikut ibunya keluar untuk pergi kerja. Si ibu juga dikatakan sering memukul anak-anaknya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan tangkapan tersebut
Katanya, kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. Sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.







Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/bayi-perempuan-maut-dipercayai-dihempas-ke-lantai

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 01:52 PM | Show all posts
eh sakit la hati aku bca ni. hkum gntung cpt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 01:58 PM GMT+8 , Processed in 2.261217 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list