|
ROZY pejam mata. Tarik, hembus nafas perlahan-lahan.
“Baik.” Rozy tenang-tenangkan diri. Memandangkan dia pembantu penting Puan Kasuma dalam mengendalikan petugas-petugas hotel. Secara tidak langsung, dia kenalah selesaikan masalah mereka.
Terpaksa dia sendiri yang kena bersihkan suite pent house ini berseorangan. Akak-akak cleaner yang lain tidak berani mengemas di suite mewah ini.
Menurut mereka. Ada sesuatu di suite ini. Entahlah. Setakat ini dia tiada rasa apa-apa pun.
Rozy memulakan tugas tidak rasminya. Dari mengelap, vakum karpet, mengganti cadar hinggalah menyental bilik air sebesar laman depan rumah. Dah serupa bibik penampilan Rozy.
Rozy menyinsingkan lengan kebayanya. Rambutnya yang mengurai, dia simpul-simpulkan. Misi mencuci bilik mandi di mulakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
“OKAY sweetheart. I’ll be back as soon as possible.”
Mikail mematikan talian. Dia mengakses masuk suite pent house tanpa menyedari keberadaan Rozy di dalam. Dia mencari sesuatu dalam laci meja sisi katil.
Kemudian, Mikail memasang telinga. Menangkap ada bunyi di bilik mandi. Dia melangkah ke situ. Berhati-hati. Kot-kotlah ada penceroboh.
Huh?! Mikail melarik senyum penuh makna. Seorang gadis muda sedang gigih menyetal tab mandi. Mikail berkerut. Baru teringat akan jadual pembersihan untuk suite ini dilakukan hari ini.
Ah, dia benar-benar terlupa.
Akan tetapi, kunjungannya hanya sementara. Tiada masalah jika mereka melakukan pembersihan di suite ini. Namun, dia pelik. Setahunya, pakaian seragam cleaner berwarna putih. Ini…
Tertonggeng-tonggeng Rozy dok asyik menyetal tab mandi. Mikail pula, sempat cuci-cuci mata.
Rozy menyeka keringat didahi. Penat betul jika seharian berseorangan kerja-kerja mencuci di suite pent house ini sahaja makan sejam, dua. Jika ada mana-mana cleaner yang dapat mencuci suite mewah ini, kira beruntung. Diberi kelonggaran balik awal.
Apa nak buat. Dah, Kak Leha dan Kak Seri pun takut nak buat, jadinya…dialah kena selesaikan.
Rozy menyimpan bahan-bahan pencuci ke dalam baldi. Berkilat jugalah bilik mandi dikerjakannya. Rozy buat regangan leher. Terngeliat rasa urat-urat leher. Sedang leka Rozy bersenam ringan, hembusan nafas hangat betul-betul di belakang leher Rozy, membuatkan Rozzy kaku dan meremang bulu tengkuk.
“Akak mula-mula tu seronok dapat mengemas suite pent house tu. Sebab tak perlu nak kemas bilik-bilik lain dah. Bolehlah balik awal. Tapi…sejak dua menjak ni…akak rasa macam ada kelibat-kelibat lalu. Masa tu, akak ingatkan ada orang masuk…tak tau hari ini ada pembersihan. Akak tinjau-tinjau…tak ada sapa-sapa. Akak ingat akak kot yang mengigau disiang hari.
Tapi…makin menjadi-jadi pulak gangguan. Sampai akak ajak Seri temankan sambil bantu kerja-kerja mengemas.”
Kak Seri pula menyambung cerita.
“Bila dah kami berdua, ingat tak ada apa-apa…tapi Rozy oiii…dah pandai dah main hembus-hembus, main-main kerusi, meja dan dah start panggil-panggil nama kami. Takkan nak tunggu…terus kami tak dan kemas. Itu siang tu…malam…tak taulah.”
Gulp! Teringat aduan mistik Kak Leha dan Kak Seri. Patutlah masing-masing mula mengelak nak mengemas bilik suite ni. Selalu tu, berebut-rebut.
Alahai, siapa pulak dah tinggalkan saka kat bilik ni? Sebelum-sebelum ni, tak ada pun. Ya Allah, Ya Tuhanku…Lindungilah hamba-Mu dari Syaitan yang direjam.
Rozy titipkan beberapa ayat penghalau gangguan. Dia meraih kekuatan dalam diri yang kian longlai. Agak kuat juga aura di belakangnya ini. Lain macam rasanya.
Ya Allah. Bau apa yang harum sangat ni? Dah mula keluarkan bau pulak. Tenang Rozy tenang. Jangan biarkan ia menguasai diri. Ingat pesan abah. Kalau jumpa benda-benda macam ni apa yang patut dibuat selanjutnya. Kalau kita lemah semangat, senang ‘benda’ tu merasuk.
Rozy tidak menoleh ke belakang. Dia mencongak untuk keluar ikut pintu bilik air secara berundur. Tidak lekang bibirnya mengalun zikir dan surah-surah. Errkk…
Berderau darah Rozy. Dia dapat rasa sesuatu pula di belakangnya. Kali ini, seluruh tubuh merinding. Hampir tak jejak kaki Rozy ke lantai.
“Waaa…abahh…tolong adik, adik tak kuat abahh…!”
Tak tertanggung rasa takutnya. Kalau setakat bunyi atau kelibat dia mampu lagi. Tetapi, dah mula muncul begini, dia belum cukup ilmu untuk jadi berani. Dan tatkala itu juga, pandangannya terus gelap gelita.
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 16
KHALIF mengunci pintu bilik pejabat lalu keluar. Dia terlajak waktu tatkala jam mula menunjukkan pukul 10 malam. Kalau tidak kerana mama yang telefon bertanya khabar, langsung dia tak sedar waktu semakin larut.
Kaki Khalif tiba-tiba terhenti. Dia amati suatu ruang di antara beberapa kubikel. Lampu menerangi kawasan itu sahaja. Khalif sedikit berkerut. Mahu mengenal pasti, siapa yang balik lewat sepertinya juga.
“Itu kan tempat Cik Naurah?”
Khalif melangkah ke situ.
Naurah kelihatannya begitu tekun menaip pada komputer.
“Kenapa tak balik lagi ni?”
“Allahuakhbar. Terkejut saya.”
Naurah sempat menjeling kepada Khalif. Suka benar buat dia terkejut. Dah tak reti-reti bagi salam ke?
“Maaf. Assalamualaikum. Dah lewat ni. Tak nak balik ke atau ada hati nak tidur office? Bukan saya nak takut-takut awak. Tapi, baru-baru ni ada saya dengar yang…area awak ni…kerap ada macam-macam bunyi. Bunyi menaiplah, orang fotostatlah, ada tu main kasar…dah pandai buat panggilan palsu…telefon berdering-dering. Siapa pula nak call malam-malam buta ni kan… So…”
Adui dia ni. Mulalah psikokan aku dengan cerita-cerita seram dia. Sengajalah tu kan bagi aku takut. Dahlah kena menapak sorang-sorang malam-malam buta ni. Salah aku juga. Buat kerja sampai tak ingat dunia.
“Boleh tunggu saya kejap tak. Saya dah rasa lain ni tau.”
“Oh, boleh saja. Kang awak pengsan lagi, siapa yang nak tolong kalau bukan saya.”
Naurah menggenggam kuat tali beg tangan tanda menahan geram. Tersindir dan rasa malu bersatu. Dia berpura-pura tidak mendengar. Dah cukup baik lelaki ini sudi temankan dia.
Komputer semua di tutup. Mereka berdua seiring meninggalkan ruang pejabat.
|
|
|
|
|
|
|
|
“TERIMA kasih sebab sudi temankan saya. So, sampai sini sajalah ye.”
Naurah berlalu dari basement parker kereta menuju ke hentian teksi. Malam beranjak begini, perkhidmatan LRT di tutup.
Naurah terdengar derap kaki dari belakang. Apabila dia berhenti, derap itu berhenti. Bila dia melangkah, derap itu seakan mengikut sahaja tingkahnya. Naurah mengetap gigi. Lalu, pantas dia berpaling.
Khalif tertegak. Dia turut hentikan langkahnya.
Naurah mendengus. Laju dia meluru ke arah Khalif. Terundur Khalif melihat Naurah datang melulu.
“Encik Khalif, terima kasih saja ya. Saya boleh balik sendiri.”
“Okey.”
“Okey.” Naurah menunduk. Dia tidak perlukan lelaki itu untuk menemaninya.
Saat Naurah menyambung langkah, sekali lagi derap kaki Khalif mengekori. Naurah tegak berdiri. Sekali lagi dia memalingkan badan. Khalif tersenyum sahaja.
“Encik Khalif tak perlu risau pasal saya. Saya dah biasa balik seorang diri. Saya tau jaga diri saya, okey.”
“Okey, saya tau.”
Polos kenyataan Khalif.
“Kalau tau, kenapa ikut?”
Bengang pula Naurah.
“Err…saya pun balik ikut jalan ni. Motor saya rosak. Kereta pula, saya dah pulangkan kat ayah saya. Saya pun rakyat marhaen, menyahut seruan kerajaan untuk naik pengangkutan awam. Tak gitu Cik Naurah, sayang.”
Eh, eh…mula-mula ayat tu sedap didengar…tapi tang hujung nak bersayang bagai. Sayang, melayanglah.
“Suka hati awaklah Encik Khalif. Huh…”
Naurah memanjangkan langkah. Lagi lama di situ, lagi entah apa yang keluar dari mulut lelaki itu. Hati dia ni, bukan kuat sangat pun. Bila-bila boleh melting juga.
Khalif tersengih sahaja melihat tingkah Naurah. Dia mengatur langkah mengikut diam-diam di belakang Naurah. Hakikatnya, takkan nak biarkan gadis itu sendirian di malam-malam begini. Alasan dia bukan tipuan semata. Memang dia tiada transport sekarang ini.
Hanya kebetulan dia dan Naurah melalui haluan yang sama. Ah, lucu rasanya gadis itu bersangka yang bukan-bukan dengannya. Selalu sangat dah.
|
|
|
|
|
|
|
|
SUNYI betul malam ni. Angin pun sepoi-sepoi. Nak hujan kot malam ni. Langit pun mula tak terlihat. Diliputi awan nan gelap.
Auuu…! Sayup-sayup suara itu kedengaran. Terhenti serta-merta langkah Naurah. Dia tertoleh-toleh kiri, kanan. Tiada sesiapa di situ.
Wahh…! Apa ni? Meremang segala bulu dibuatnya. Naurah melajukan langkah. Mulut tak henti-henti membaca ayat-ayat suci. Nak menapak sampai ke rumah terasa macam jauh pula.
Kali ini, Naurah berlari-lari anak. Namun, dalam kalut dia mahu segera sampai ke rumah, dia tersandung lalu jatuh mengiring atas jalan. Naurah cuba untuk bangun. Tskk…dia berdecit apabila terasa lutut kanannya perit. Kemungkinan mengalami kecederaan ketika terjatuh tadi.
Naurah memandang sekeliling. Sunyi sekali. Tiada sesiapa untuk mohon pertolongan. Namun, dia lebih suka tiada orang. Kalau ada pun, belum tentu orang itu akan berniat baik membantu. Zaman sekarang, macam-macam boleh jadi.
Naurah cuba sekali lagi untuk bangun. Perlahan-lahan dia mula berdiri. Disandang beg tangan ke bahu yang mula melurut. Terjongket-jongket Naurah mengatur langkah semula.
Akhirnya, sampai juga. Pintu pagar rumah dibuka. Naurah mengunci semula lalu masuk ke dalam rumah.
Kelihatan di seberang jalan, teksi berhenti tak jauh dari rumah Naurah. Khalif melihat Naurah dikejauhan. Hingga kemari dia mengekor Naurah. Sanggup dia bayar lebih untuk pakcik teksi ini mengikut teksi lain yang dinaiki Naurah.
“Alhamdulillah. Sampai dia kat rumah. Okeylah pakcik. Boleh jalan.”
Teksi mula beransur-ansur pergi.
|
|
|
|
|
|
|
|
apa jadi pada Rozy TT? alahai... risau pulak kita... Naurah dh selamat sampai rumah. Rozy ni apalah nasibnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
GWS aka get well soon..
Org skrg kn dh malas..
Semua nk diringkaskn..
|
|
|
|
|
|
|
|
sayang betul khalif kat naurah
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah makin menarik cik sellie. Keep it up! |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 17
ROZY bagaikan terawang-awang. Dia seolah-olah berada di suatu tempat asing. Sayup-sayup, dia terdengar suara-suara yang belum pernah didengar. Dia membuka mata. Mengamati di mana dia berada kini.
Dia bangkit dari tidurnya. Tidak pasti berapa lama dia terlelap. Malah, tempat tidurnya pun agak asing sekali. Dia belum mampu menelah apa yang sebenarnya terjadi.
Rozy melangkah perlahan menuju arah suara-suara itu. Ada juraian langsir diperbuat dari kayu, biji-biji kecil, mengikut tona-tona warna gelap dan terang.
Rozy tinjau curi-curi dibalik juraian itu. Dia lihat, ada tiga orang di situ. Dia tidak jelas, siapa gerangan mereka bertiga itu. Seorang lelaki dan dua orang wanita mengadap lelaki itu.
Lelaki itu sedang asapkan sesuatu. Dua wanita hanya diam memerhati. Kemudian, benda yang diasap tadi, diserahkan kepada salah seorang wanita itu. Rozy tidak pasti apakah benda yang diberi lelaki itu kepada wanita asing itu.
Rozy sukar mencerna situasi yang dilihatnya sekarang ini. Situasi apakah disebaliknya ini?
|
|
|
|
|
|
|
|
“DON’T worry Tengku. She just fainted.”
Doktor lelaki itu menanggalkan pembalut ‘HEM Omron 7203’, alat bacaan tekanan darah pada lengan Rozy.
“But, she fainted about a couple hours ago.”
Doktor lelaki itu menghela nafas perlahan mendengar penjelasan Mikail yang mula kerisauan. Bila dilihat keadaan Rozy, seperti sedang tidur. Tekanan darah Rozy tidak menunjukan apa-apa yang pelik. Normal sahaja.
“Are you sure about this Tengku?”
“Yes, doctor. I think, you better check again. I'm not sure what happened. She suddenly screamed and fell unconscious.”
Mikail menggaru-garu kening. Salah dia juga, buatkan gadis itu terkejut lalu pengsan pula. Tetapi, dia tidaklah mengejutkan perempuan itu. Pelik juga gadis itu berteriak lalu pengsan begitu.
Doktor muda itu mengangguk.
“If so, I'll call an ambulance to bring your workers to the hospital. I will check thoroughly, causes.”
“It sounded good. I will follow once.”
Doktor lelaki itu membuat panggilan ke hospital. Sementara Mikail, sedang bersiap-siap untuk sama-sama ke hospital. Rasa bertanggungjawab atas apa yang berlaku terhadap pekerjanya itu. Tidak sekali-kali dia lepas tangan begitu sahaja.
|
|
|
|
|
|
|
|
DI WAKTU yang sama, Naurah melihat katil di sebelah. Tiada penghuni. Dia ambil telefon bimbit atas meja sisi lalu melihat pada skrin. Tiada sebarang panggilan. Naurah menghembus nafas, muram.
“Kau kat mana Rozy? Sampai hati kau tak balas call aku. Selalu kau call atau whatsapps aku kalau balik lewat.”
Naurah bercakap sendirian dengan telefon bimbit ditangan. Telefon yang telah pun kehabisan bateri gara-gara gasak menghubungi sahabatnya itu. Wayar charger dicapai dan dicucuk pada telefon. Diletak atas meja tepi katil.
Sekali lagi Naurah menatap sayu katil sebelah. Kemudian, dia mengensot melabuhkan tubuh atas katil, di bawah selimut. Malam-malam begini dengan hujan yang renyai-renyai, membuatkan Naurah akur akan kelopak matanya yang mula memberat.
Dia menitip Surah 3 Qul, Ayat Al-Kursi, Al-Fatihah dan doa sebelum tidur. Amalan seharian dikala tidur. Terasa damai lenannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
MELAMPAU tau Rozy ni. Dari semalam sampai sekarang pun tak balik-balik. Call jauh sekali.
Naurah yang baru bersiap hendak mandi, mula perasan katil sebelah elok tidak disentuh penghuninya. Sah-sah Rozy tidak menemui jalan pulang agaknya.
Naurah hidupkan telefon bimbitnya. Dia menanti beberapa minit. Ditatap skrin, langsung tiada panggilan masuk. Naurah menguis-nguis mencari nombor Rozy. Dapat sahaja nombor sahabatnya itu, ditekan terus.
Agak lama panggilan itu tidak bersambut, barulah terdengar talian masuk.
“Hah Rozy, awat lama sangat angkat call…aku risau kau tak balik-balik…kau kat mana ni hah?”
“Hello, hello…siapa ni?”
Eh? Suara lelaki? Naurah tergamam. Hatinya mula tak sedap.
“Hei! Awak ni siapa hah? Angkat call kawan saya. Jangan sampai saya buat report polis.”
“Eh, nanti…nanti. Biar saya jelaskan dulu.”
“Nak jelaskan apa? Baik awak beritahu saya…mana kawan saya?”
“Boleh bagi saya jelaskan dulu tak. Ini, telefon kawan awak ada kat sepupu saya. Dia tolong simpan kan. Kawan baik awak tu masuk hospital faham.”
“Hah…masuk hospital? Biar betul awak ni?”
“Eh, ingat boleh main-main ke pasal hospital. Dari memekak pagi-pagi tuduh orang melulu. Baik pergi jenguk dia kat hospital nu.”
Belum sempat Naurah bertanya hospital mana, terus talian dimatikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
SEMENTARA itu,
“Hapa yang memehkak pagih-pagih tuh…” Mikail sedang berus gigi sambil bertanya di balik pintu bilik air.
“Ntahlah, perempuan senget mana sembur orang pagi-pagi buta. Aku tolong jawabkan, ini yang aku dapat. Menyesal aku.”
Khalif melempar telefon bimbit milik Rozy ke atas katil.
“Yang kau pun satu. Pergi bawa balik telefon pekerja kau buat apa. Aku juga yang kena.”
Mikail berkumur-kumur lalu lap mulut dengan tuala bersih.
“Aku ingat nak call ahli keluarga dia. Alih-alih…kau yang kena sembur. Miahahah…”
Sempat Mikail gelakkan Khalif.
“Nama siapa yang buat panggilan tadi?”
“Entah, keluar nama ‘Minah separa senget’.”
“What?” Terhambur gelak Mikail diikuti Khalif. Pagi-pagi dini dah ada lawak sekampus.
“UHUK, uhuk…siapalah yang ejek-ejek aku pagi-pagi ni?”
Tersedak Naurah saat meneguk air minum. Naurah ke sinki mencuci gelas dan disangkut pada penyangkut cawan. Naurah termenung. Risau menggamit jiwa. Dia akan hubungi semula nombor Rozy atau ‘Minah separa senget 2’.
Kemungkinan, ada insan yang baik hati membawa Rozy ke sana.
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 18
Naurah terkocoh-kocoh keluar dari rumah, tatkala mengetahui lokasi hospital yang merawat Rozy. Cuma dia pelik tadi. Suara lelaki mula-mula jawab tadi macam kerek. Kali kedua buat panggilan, ada suara ‘sexy husky voice’ menjawab tadi. Oh, terawang sekejap.
Naurah mengunci pintu dan terburu-buru mengunci pintu pagar selepas itu. Dia benar-benar risau. Risau penyakit ganjil Rozy datang semula.
Saat dia menoleh, sebuah kereta mewah elok berhenti di hadapannya. Jatuh rahang juga Naurah melihat kereta mewah serba merah menyala terpakir depan rumah. Naurah mendekati kereta mewah itu lalu menjenguk-jenguk gerangan melalui cermin kereta.
Huh! Terkejut Naurah apabila cermin kereta diturunkan si pemandu. Naurah undur sedikit ke belakang.
“Assalamualaikum. Selamat pagi.”
Empunya kereta keluar dari perut kereta, menyapanya mesra. Naurah berkerut kehairanan.
“Encik buat apa pagi-pagi kat sini?”
“Mana salam untuk saya Cik Naurah?”
“Erk…Wa’alaikum salam.” Jawab Naurah perlahan dan teragak-agak. Termalu sendiri.
“Encik, saya baru nak call. Saya terpaksa EL hari ini.”
“EL? Kenapa? Saya baru nak jemput awak gerak ke pejabat sama-sama.”
Aiseh, aku baru nak tayang kereta mewah ni. Nak ek sikit dengan kereta ni kat dia tu. Mana tau sangkut.
Sedikit kecewa. Walaupun pinjam daripada Mikail.
“Maaflah encik. Saya ada hal yang tak dapat dielakkan. Encik pergilah pejabat. Saya tunggu teksi datang jemput.”
“Awak nak ke mana? Alang-alang saya dah sampai ni…jom saya tolong hantarkan.”
Tidak semena-mena pintu kereta dibuka luas-luas oleh Khalif. Cuba memancing hati Naurah.
Tertelan air liur Naurah melihat isi dalam kereta yang serba mewah. Teringin pula nak merasa naik kereta ni. Porsche tu…
“Tak…tak apalah. Nanti, lambat pula encik masuk office.”
Naurah jual mahal. Segan pula dia terus setuju naik kereta mewah bersama Khalif. Tak layak rasanya.
“Ini peluang awak Naurah. Takkan awak tak sudi naik kereta saya ni.”
Membulat mata Naurah. Huik, kereta dia ke? Takkan baru dua, tiga hari jadi Pengurus dah mampu beli kereta ni. Ini nak membayor sampai 7 keturunan pun tak langsai hutangnya. Melainkan, dia ni anak orang usahawan berjaya adanya…
“Err…kereta encik ni?”
“Kenapa? Tak percaya?”
“Entahlah nak percaya atau tidak. Mana tau kot-kot kereta pinjam.”
“Tak kisahlah awak nak percaya atau tak. Peluang hanya sekali. Jangan menyesal.”
Khalif menggiat, bermain-main pintu. Kejap-kejap acah-acah tutup, buka pintu. Ada tikanya dia menggosok-gosok ‘body’ Porsche yang berkilau merah menyala, serta menawan itu.
“Baiklah, dah orang tu paksa-paksa suruh naik. Nak buat macam mana kan.”
Naurah meluru masuk, melabuh punggung di tempat duduk penumpang hadapan. Khalif menutup pintu. Dia mula tersenyum panjang atas kesudian Naurah berada di sampingnya. Kacamata hitam dipakai. Kenalah bergaya. Baru kena kereta dengan tuannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
“SIAPA yang sakit Cik Naurah?”
Hish dia ni. Menyibuk aje. Kenapalah dia nak ikut aku sampai sini? Takkan tak masuk office?
“Encik, sampai sini saja pertemuan kita. Sila beredar. Byee…”
Khalif terhenti melangkah. Hai, menghalau nampak. Khalif melihat jam tangan.
“Kalau ada apa-apa, call saya okey.”
“Tak perlu risau Encik Khalif. Bukan saya yang sakit sekarang ni, tapi kawan saya. Terima kasih atas keprihatinan encik.”
Naurah melekap telapak tangan kanan ke dada tanda penghormatan. Kenalah tunjuk betapa dia hargai pertolongan lelaki ini. Paling tidak pun, merasa jugalah seumur hidup ini dia dapat naik Porsche. Walaupun dia seakan ragu-ragu Porsche itu milik Khalif.
Masa dalam kereta, memang terawang-awang di dalamnya. Di sebelah pula, ada dreber kacak bergaya.
Heheh… aku kalau cerita benda ni kat Rozy, mesti jealous berbakul-bakul minah tu. Hah! Hampir lupa aku pasal Rozy. Apalah masalah Rozy sampai pengsan bagai? Aku yang pernah pengsan pun, taklah sampai masuk hospital. Jangan-jangan, penyakit ganjil dia datang balik tak? Allah, mohonlah dijauhkan.
Naurah bergegas ke wad yang menempatkan Rozy.
|
|
|
|
|
|
|
|
“DAH berapa lama dia pengsan?”
“Sejak semalam, sampai ke hari ini dia masih tak bangun lagi.”
Terpana sepasang mata Naurah melihat lelaki super kacak ini setia menunggu Rozy. Katanya boss kepada Rozy. Jadi, inilah pemilik ‘sexy husky voice’ dalam talian tu.
Hai lah Rozy, bertuah kau ada putera kacak tunggu kau sampai sekarang. Musti mamat ni jenis setia pada yang satu. Musti ni.
Naurah serkap jarang menelah personaliti Mikail. Kalau Naurah tahu hakikat sebenar, mau dijilat balik kata-katanya sendiri.
“Doktor ada tak cakap apa-apa sebab dia pengsan?”
Mikail angkat bahu.
“Doktor sendiri tak pasti sebabnya. Tekanan darah, degupan jantung…semuanya normal.”
Naurah mulai risau. Biar betul?
“Saya tak jamin Rozy akan bangun. Perubatan moden tak akan membantu Rozy.”
Mikail berkerut.
“Apa maksud awak, yang perubatan moden tak dapat bantu Rozy untuk bangun semula? Begitu ke?”
“Ermm…” Naurah tak terkata. Dia sendiri tidak tahu nak jelaskan bagaimana akan penyakit Rozy ini.
“Apa yang awak nak jelaskan sebenarnya ni? Jangan buat saya serabut boleh?”
Mikail mula naik angin. Dia cukup risau dan runsing mengenangkan pekerjanya ini masih tidak sedarkan diri. Ditambah penjelasan pelik Naurah, buat dia makin berang.
“Sebenarnya…ini bukan kali pertama Rozy jadi begini…err…tuan.”
Aish, marah pula boss si Rozy ni.
“What? Jadi maknanya…dia pernah pengsan dan tak bangun-bangun macam sekarang ni?”
“Ha, ye. Hanya abah dia saja boleh buatkan Rozy bangun semula.”
Mikail senyum sinis.
“Abah dia doktor ke?” Memerli.
Naurah menggeleng-geleng, polos.
“Abah Rozy seorang guru silat dan…guru agama sekolah pondok.”
Berlapis-lapis dahi Mikail. Apa kena-mengena silat, guru agama dengan pengsannya seorang Rozy?
“Lagi satu. Abah Rozy ni hebat dalam ilmu persilatan dan ilmu agamanya juga tinggi. Abah Rozy sangat garang dan tegas orangnya. Tapi, sangat baik hati dan disegani semua orang.”
“Oh.” Mikail mula-mula dengar seakan kecut perut. Bila tiba penjelasan terakhir rasa lega pula. Eh?
“Jadi, apa perlu saya buat?”
“Tak perlu buat apa-apa. Biar saya sendiri call Abah Rozy. Abah Rozy, abah saya juga. Dia dah anggap saya macam anak sendiri.”
Naurah cepat-cepat buat panggilan. Takut kalau dibiarkan lama, melarat pula penyakit ganjil Rozy.
|
|
|
|
|
|
|
|
mistik pulak si Rozy ni... cepat call abah tu Naurah...
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 19
“Bagaimana? Dapat?” Laju Mikail bertanya saat Naurah selesai bercakap dalam talian.
“Abah Rozy akan datang dan mungkin petang baru sampai.”
“Oh, okey.”
Naurah perhatikan sahaja tingkah Mikail. Risaunya, mengalahkan Rozy tu bini dia.
Hmmm…something fishy here. Bangun saja Rozy, aku akan korek…sejauh mana hubungan mamat ni dengan minah sengal tu.
Naurah berkira-kira sendiri.
“Encik, baik awak pergi makan dan lepas tu solat. Biar saya yang jaga Rozy kat sini.”
Mikail angguk perlahan. Makan okeylah juga. Tapi solat…agak berat baginya.
“Dari encik risau begini, baik doakan Rozy supaya dapat bangun semula. Doa kan senjata mukmin umat Islam.”
Ikhlas gadis itu memberi nasihat.
Mikail senyum sahaja lalu pergi dari situ. Terasa tebal mukanya dinasihatkan begitu. Sungguh, gadis itu belum kenal siapa dia. Kalau Rozy, tentu-tentu bukan nasihat sesalju seperti yang dituturkan gadis tadi. Sebaliknya akan disindir sampai berdarah telinganya.
|
|
|
|
|
|
|
|
“WOIT Mika, kau bila nak balik ni? Aku call tak dapat-dapat. Pekerja kau masih sakit lagi ke?”
“Aku masih kat hospital. Baru lepas solat Asar kat masjid depan hospital ni. Tu pasal tak angkat call kau. Pekerja aku sampai sekarang tak bangun-bangun. Tunggu orang tua dia datang.”
Terangkat kening Khalif saat Mikail menyatakan dia bersolat di masjid tadi. Wah, hari ini dalam sejarah.
“Sejuk perut aku dengar kau solat kat masjid bro. Baguslah. Insaf sebelum tiba waktunya.”
“Dah, jangan nak perli-perli aku. Patutnya kau doakan aku supaya rajin-rajin solat.”
“Weh bro, kau ingat aku jenis macam kau. Hari-hari doa aku kat kau tak pernah tinggal tau. Kau tu aje yang selalu tak ingat aku. Ni, buktinya sekarang…doa aku dimakbulkan Allah jua.”
“Yelah, sorry okey. Ni apa hal call aku? Mustahak sangat ke?”
“Taklah mustahak sangat. Aku cuma nak tau, bila kau nak balik. Aku tak masak hari ini. Nak makan luar, nak ajak kau.”
Khalif sempat membuka pintu peti sejuk. Dijenguk isi dalam peti sejuk. Tiada apa bahan nak dimasak untuk makan malam. Botol kaca yang berisi air sejuk di keluarkan untuk diteguk.
“Oh. Aku, mungkin lepas orang tua pekerja aku sampai, aku terus balik.”
“Okey, kau dekat nak sampai call aku. Aku standby bawah tunggu kau kat tempat guard. Kita pi soru kat mamak.”
Khalif meneguk minuman sejuk dalam mug.
“Alright, see you there.”
Mikail matikan talian. Dia berlalu dari lobi hospital menuju ke wad pesakit.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|