CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
Post time 11-3-2015 06:33 PM | Show all posts
hai laaa.. motip nak tergamam bagaiii

apo nak buek awek ku dah jadi bini orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2015 09:20 PM | Show all posts
Conan segera bersalam dengan Nicki. Senyuman dilemparkan pada sahabatnya itu. Nicki juga turut mengukir senyum. Dia pandang Arisha yang berada di sebelah Conan yang tunduk sejak tadi.

"Dari mana ni?" Nicki mulakan bicara.

"Aku melawat Aylanins tadi..kau?" Conan jeling Dr. Harlina di sebelah Nicki yang sudah tersenyum manis. Masih dalam baju kot putih seorang doktor.

"Aku jemput Lina. Kami bercadang nak makan malam sekali. Hmm..kalau korang tak keberatan, jomlah join sekali." Ajak Nicki.

Conan jeling Arisha yang masih tunduk. Dia tahu Arisha tidak selesa. "Err..tak apalah. Lagipun Arisha kena jumpa nenek. Kau tahulah nenek Qasidah tu.." Conan sengih. Terpaksa beri alasan sendiri. Bantai sajalah!

"Oh..tak apalah kalau macam tu. Arisha..jaga suami baik-baik ya.." Sempat Nicki menutur kata pada Arisha sebelum dia minta diri bersama Dr. Harlina menaiki kereta dan berlalu pergi dari situ.

Conan pula tarik tangan Arisha yang masih kaku di sebelahnya menuju ke kereta. Riak Arisha sudah lain tadi. Bimbang 'hujan' akan turun bila-bila masa, dia cepat saja tarik tangan Arisha ke kereta. Kereta dipandu keluar dari kawasan hospital pulang ke rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2015 09:21 PM | Show all posts
aylanins replied at 11-3-2015 06:13 PM
Kejam

mentang-mentang ko dah suke kat Arisha...

nanti abam malik masak sedap2 ya..balik dari ganu..
kepok lekor pung dia bawa sekali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2015 09:23 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 11-3-2015 06:33 PM
hai laaa.. motip nak tergamam bagaiii

apo nak buek awek ku dah jadi bini orang {:mlcry ...

buat2 tergamam
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 11-3-2015 09:23 PM
buat2 tergamam

Sat lagi bakal hujan di rumah ku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2015 12:16 AM | Show all posts
SUASANA di meja makan senyap. Conan perasan, balik dari hospital tadi dan selepas bertembung dengan Nicki, Arisha tidak banyak bercakap. Sampai saja di rumah tadi, Arisha menyibukkan diri di dapur menyediakan juadah makan malam. Lepas jemaah maghrib dan Isyak, mereka sama-sama menikmati hidangan makan malam. Conan melirik matanya ke arah Arisha yang tunduk saja dari tadi. Butir nasi dikunyah sedikit sedikit. Sekadar mengalas perut agaknya. Lauk asam pedas ikan pari dan ulam pucuk gajus hanya diambil sedikit saja.

"Hmm...ikan pari ni dah penat dah ni.." Conan mulakan bicara. Nasi digaul dan dicampur dengan kuah asam pedas lalu disuap ke mulut. Dikunyah dan ditelan penuh selera. Sedap, memang sedap. Arisha memang pandai masak.

Arisha mendongak. Dia pandang Conan yang begitu berselera di depannya. Dia kembali tunduk dan menguis nasi.

Conan senyum." Ikan pari ni, kalau boleh cakap, tentu dia dah beritahu..bila la nak masuk pinggan tukang masak.."

Sekali lagi Arisha mendongak. Dia cuba menahan gelak. Faham dengan gurau Conan tadi. Dia capai sudu lauk asam pedas lalu seketul ikan pari diceduk dan diletakkan dalam pinggan nasinya. "Ikan pari dah masuk dah.."

Conan senyum lagi. Dia menyambung  makan. Sesekali dia kerling Arisha yang duduk di depannya. Ikan pari sudah diambil tapi jari masih menguis-nguis butir nasi. Apakah Arisha masih teringat pada Nicki petang tadi?

"Awak.."Arisha pandang Conan tidak berkelip.

Conan mengangkat muka. Wajah Arisha ditatap seketika. Menunggu kata-kata isterinya. "Hmm?"

"Awak, saya..saya..cintakan awak.."

Tersembur nasi yang dimakan Conan. Dia cepat-cepat sapu mulutnya yang sudah comot. Air kosong dalam gelas diteguk sampai habis. Dia kembali menatap Arisha. Tergamam.

"Saya cintakan awak.." Sekali lagi Arisha ulang kata-kata tadi.

Conan menelan liur. Tidak terkata apa-apa. Apakah Arisha benar-benar maksudkan kata-katanya tadi atau sekadar melepaskan rasa kecewa setelah melihat sendiri kemesraan Nicki dan Dr. Harlina? "Awak ni bergurau saja kan?"

"Tak..saya benar-benar cintakan awak.." Arisha masih tidak berkelip memandang Conan.

Conan diam namun dalam hati dia masih tidak percaya. "Awak ni..benda macam ni pun nak bergurau.." Ketawa mula menghiasi ruang makan itu.

Arisha tunduk. Dia luku kepalanya sendiri. Kemudian dia turut senyum dan ketawa. Merah mukanya menahan malu. "Ya...mungkin la kut..saya ni..entah.."

Conan geleng. Mungkin Arisha asyik terbayang wajah Nicki  hinggakan meluahkan rasa itu padanya tadi.  Usai makan, Arisha mengemas dan terus saja masuk ke bilik. Dia duduk di birai katil. Berkali-kali kepalanya diluku. Malu yang teramat. Mukanya ditekup ke bantal. Rasa malu pada Conan.

"Kenapa dengan aku hari ni? Kenapa aku luahkan pada dia? Mana nak letak muka?? Sekarang ni siapa yang malu?"Gumam Arisha sendiri. Sekali lagi dia luku kepalanya sendiri.

"Ehem!"

Arisha menoleh ke arah pintu. Sudah tercegat Conan di depan pintu biliknya  yang terbuka. Tadi meluru saja dia masuk ke bilik, pintu pun tidak ditutupnya. Dia menelan liur. Terus saja dia rebahkan tubuhnya di atas katil dan pejam mata rapat-rapat. Pura-pura tidur.

Conan senyum.  Dia tahu mungkin Arisha sudah termalu tadi kerana  meluahkan kata-kata itu di depannya tadi. Pintu ditutup semula dan dia menapak ke biliknya. Kertas kerja yang perlu dibentangkan dalam mesyuarat esok, perlu disiapkan malam ini juga. Komputer riba dibuka dan dia mula menyambung kerja yang tak sempat siap di pejabat tadi. Hampir satu jam lebih mengadap komputer, akhirnya kerjanya siap juga. Leher yang terasa tegang, diurut-urut sedikit. Komputer riba ditutup.

Conan mula baring atas katil. Lega bila dapat berehat dan meregang otot begitu. Matanya masih belum mengantuk. Teringat kata-kata Arisha di meja makan tadi. Dia senyum sendiri. Rasanya itulah kali pertama Arisha menutur seperti itu padanya. Entahlah, dari riak wajah Arisha tadi, nampak seperti serius tapi boleh pula Arisha ketawa bersamanya tadi. Kata-kata Nicki pula terngiang-ngiang di telinga.


"Hmm...aku kena lakukan sesuatu. Arisha dan aku, dua-dua macam segan.." Conan bingkas semula. Dia pandang ke arah dinding yang memisahkan biliknya dengan bilik Arisha. Sudah tidurkah Arisha?

Belum sempat Conan melangkah ke bilik Arisha, Arisha sudah terpacak di muka pintu biliknya. "Awak..awak buat apa kat sini?"

"Tadi...masa di meja makan tadi..maafkan saya.." Arisha tunduk.

Conan terdiam. Dia kemudian melangkah perlahan menghampiri Arisha. "Kenapa?"

"Anggaplah ianya satu gurauan saja..." Sambung Arisha sambil menundukkan wajah. Malu sebenarnya pada Conan.

"Arisha.." Tangan Arisha segera ditarik melihatkan gadis itu sudah ingin beredar dari situ.

"Hmm?" Arisha menoleh.

Perlahan Conan tarik Arisha ke dalam pelukannya...makin lama makin erat. Arisha biarkan saja..sebak mula terasa. Itulah pertama kali dirinya dipeluk Conan. Matanya mula berkaca. Terasa wajahnya disentuh lembut kedua tapak tangan Conan.

"Let's start a new life...as real husband and wife.." Senyuman diukir di bibir saat Conan menutur kata-kata itu.




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2015 12:34 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Oooo. So sweet Conan & Arisha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2015 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
alahai sweetnya......
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 08:46 AM | Show all posts
Sweetnye Conan & Arisha

Baeklah... sekarang semua orang sudah happy... marilah kita berganding bahu menangkap mawar hitam  
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 11:09 AM | Show all posts
aylanins replied at 12-3-2015 08:46 AM
Sweetnye Conan & Arisha

Baeklah... sekarang semua orang sudah happy... marilah ...

amboiii.. mentang2 dpt laki ensem, kaya..
ya laaa.. sapa la aku ni.. bawak moto buruks jaa..


(gambar hiasan)



Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 05:54 PM | Show all posts
fuhhhh... habis jugak merempit
sweetnya conan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2015 07:36 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 13-3-2015 07:37 AM

PAGI yang indah. Seawal enam setengah pagi sudah kedengaran bunyi kicauan burung yang berbondong terbang mencari rezeki. Usai solat subuh berjemaah bersama Conan, Arisha segera ke ruang dapur menyediakan sarapan. Hari ini Conan perlu awal ke pejabat. Katanya ada kerja yang perlu dibereskan dan kertas kerja perlu disemak oleh ayah. Tersenyum Arisha melihat keindahan panorama pagi dengan cahaya matahari sudah mula menampakkan diri.

"Subhanallah...cantik.." Arisha masih melemparkan matanya ke arah luar rumah dari cermin tingkap dapur.

Puas menikmati suasana pagi, Arisha mula menyibukkan diri menyiapkan sarapan. Pagi itu dia memasak nasi goreng, lebihan nasi malam tadi. Bila teringat malam tadi, hatinya mula berdebar tidak keruan. Benar, tidak tahu mana dia hendak letak muka ketika itu. Terasa sudah bertempek-tempek rasa malu itu pada mukanya. Nasi goreng yang sudah dimasak lalu dihidang atas meja makan bersama seteko kopi o panas yang dibancuh sebentar tadi. Arisha kemudian mula mencuci pinggan mangkuk di singki.

"Hai sayang.."

Hampir terlepas pinggan dari tangan Arisha. Kaget  bila tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari belakang. Dia menoleh. Conan sudah tersenyum.

"Err...abang nak makan? Saya dah siap masak tu.." Arisha mula menggelabah. Dia segera basuh dan lap tangan sebelum menapak ke meja makan. Nasi goreng diceduk masuk ke dalam pinggan dan dihulur kepada Conan yang sudah mula melabuhkan punggung. Kopi o panas dituang ke dalam cawan. Langsung matanya tidak memandang suaminya. Sungguh dia merasa malu.

"Marilah makan sekali.." Conan tarik tangan Arisha supaya duduk di sebelahnya bila melihat isterinya ingin menyambung mencuci pinggan di singki.

Arisha terpaksa juga duduk di situ. Dia tunduk. Semakin berdebar bila terasa Conan asyik memandangnya. Perlahan dia ceduk nasi goreng ke dalam pinggan dan disuap ke mulut.

"Arisha...pandang abang.." Conan angkat dagu Arisha sehingga terdongak sedikit.

Arisha pandang Conan yang masih tersenyum di sebelahnya. Dia menanti kata-kata suaminya dengan sabar. Anak mata Conan seperti ingin menceritakan sesuatu.

"Hmm...semuanya cantik dan sempurna. Ada satu yang buat abang tak berkenan.." Wajah Arisha ditilik lama, jari masih melekat di dagu Arisha. Conan tatap wajah Arisha yang sudah kelihatan kebingungan.

"Err..aa..apa?" Entah kenapa rajin pula Arisha melayan kata-kata Conan ketika ini. Entah apalah pula yang tak berkenan dek Conan.

"Tu..kenapa pulak ada solekan cili pes kat atas kening tu?"Perlahan Conan menyapu kesan cili tumbuk yang terkena di muka Arisha.

"Hah??" Cepat saja jemari Arisha meraba atas keningnya.

"Sudah..abang dah buang. Hmm..sekarang barulah cantik dan sempurna sepenuhnya..sedap mata memandang.." Sengih Conan sambil tersenyum simpul, nasi goreng dikunyah perlahan. Dia sedar Arisha sudah tunduk malu.

Pagi itu usai sarapan,seperti biasa Conan akan menghantar Arisha ke rumah anak yatim terlebih dahulu sebelum dia menghala ke pejabatnya. Tiba di pejabat, dia terus saja masuk ke bilik dan meneruskan kerja sehingga tengahari. Cadangnya ingin menikmati tengahari bersama Ipo. Tadi, Ipo ada menghubunginya. Katanya ada hal penting nak beritahu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 07:36 AM | Show all posts
@Ipo... sambung cepat2 ya... tak sabar nak tau endingnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2015 07:39 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 13-3-2015 07:36 AM
@Ipo... sambung cepat2 ya... tak sabar nak tau endingnya

dah sambung sikit zam..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 07:40 AM | Show all posts
Ipo replied at 13-3-2015 07:39 AM
dah sambung sikit zam..

tu semalam punya @Ipo... nak sambungan utk hari ini... chewah... boleh gitu Ipo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2015 08:16 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 13-3-2015 07:40 AM
tu semalam punya @Ipo... nak sambungan utk hari ini... chewah... boleh gitu Ipo...

ada zam..post #1173 tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2015 08:36 AM | Show all posts
TENANG Conan menghirup jus guava di satu sudut meja di sebuah restoran. Matanya masih menghala ke arah luar restoran, mencari kelibat Ipo. Minum jus guava sejuk pada hari yang panas terik begitu cukup menyamankan. Senyuman mula terukir di bibir sebaik terpandang Ipo yang sudah menapak ke arahnya.

"Kau dah lama tunggu?" Ipo bertanya, kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan.

"Baru je. Order?" Conan panggil pelayan restoran.

"Boleh jugak" Ipo senyum. "Ni..aku ada hal penting nak bincang dengan kau.."

Conan masih memasang telinga, menunggu kata-kata Ipo seterusnya.

"Hani..dia datang jumpa aku. Dia minta tolong aku tapi..." Kata-kata Ipo terhenti seketika. Dahinya berkerut.

"Tapi apa?"

"Aku berat hati la nak tunaikan permintaannya tu.."

"Permintaan apa? Dia nak ajak kau nikah ke?" Gelak Conan melihat raut wajah Ipo sudah senyum kelat.

"Siapalah nak kat aku ni Nan. Pretty..entah apa cerita dia.." Ipo sedikit mengeluh.

"Hok aloh..kau ni pun. Kenapa Pretty je yang melekat kat otak kau ni? Patutlah Hanna tak nak kat kau! Kalau dah dalam otak asyik fikir perempuan lain je.." Kali ini Conan semakin kuat ketawa.

"Sudahlah tu..aku pun suka kat Hanna tu..tapi yalah..dia kan berlainan agama. Lagipun..baru semalam kawan lamanya dari Sweden beritahu dia..propose nak kahwin dengan dia.." Suara Ipo semakin perlahan, antara dengar dengan tidak.

"Oh...jadi..Hanna terima ke?" Conan mula serius melihat riak Ipo sudah sugul.

"Haruslah kut..rupanya lelaki tu crush dia masa sekolah tinggi dulu.." Jawab Ipo sambil menghela nafas.

"Oh...wah..cinta lama berputik semula la ni. Hmm..melepaslah kau. Tak apa..aku rasa mungkin jodoh kau dengan gadis yang lebih baik dari mereka tu.." Conan sengih semula.

"Eh..aku ajak jumpa kau ni bukan nak gebang pasal jodoh ok?" Ipo tepuk bahu Conan sambil tersenyum. "Back to cerita aku tadi, Hani dia nak aku tolong dia selamatkan Linda.."

"Maksud kau?" Conan kembali serius semula.

"Hani syak yang Linda tu sakit..maksud aku..sakit jiwa, so, dia nak aku dan Hanna lakukan sesuatu. Kau ingat tak, pasal projek aku dan Kurt dulu?" Ipo pandang Conan yang sudah berkerut-kerut keningnya.

"Hmm...pasal formula CB tu?" Conan meneka, dia pun sudah ingat-ingat lupa.

"Ha...pandai pun kau. Formula CB asal masih tak jumpa. Hanna yang tanya Prof Johari pasal tu. Rupanya formula CB yang asal tu memang power tapi sayang dah hilang. Patutlah Ryan beria nak curi." Semakin lebar senyuman Ipo bila bercerita hal kajian di makmal.

"Jadi..apa kaitan formula tu dengan Linda? Dengan permintaan Hani? Aku tak faham.." Conan teguk lagi jus guava, mata masih menala ke wajah Ipo.

"Formula tu sebenarnya boleh  buatkan minda seseorang jadi bijak dan cepat belajar dan formula tu juga boleh bertindak seperti ubat penenang dan orang yang disuntik dengan enzim tu boleh  mengawal keadaan pemikiran dengan baik." Jelas Ipo.

"Eii..makin tak faham.." Conan habiskan jus guava dalam gelas.

"Maksud aku..kalau Linda tu disuntik dengan enzim dari formula tu, bermakna Linda akan berubah watak. Dari seorang yang stress kepada seorang yang bijak mengawal keadaan. Hani dah jumpa doktor yang merawatnya dulu. Menurut doktor tu, Linda sebenarnya sudah dikuasai minda yang jahat akibat dari kejadian menimpa Hani dulu. Minda tu semakin lama semakin meresap masuk ke otak dan seterusnya menguasai semua bahagian otak. Tambah lagi Linda tidak sedar semua tu dan tiada sebarang rawatan diambil. Jadi, Linda juga ada masalah split personality sebenarnya tanpa disedari oleh Linda dan orang sekelilingnya." Ujar Ipo lagi.

"Jadi..Hani minta kau suntik Linda dengan formula tu?" Tercengang Conan ketika ini. Sungguh tidak terduga dek akalnya.

"Ya..tapi yang peliknya..kenapa dia nak jadikan Linda tu macam tu? Kan dia sendiri tahu yang enzim dari ekstrak bakteria tu akan menyebabkan minda dikuasai perkara jahat dan jadi ganas bila semakin stress. Takkan dia nak tengok Linda tu jadi makhluk jadian? Gila! Ni benar-benar dah kerja gila!" Tempelak Ipo sambil menggeleng.

"Mungkin la kut sebab dia tak nak Linda masuk penjara barangkali. Jadi dengan keadaan Linda macam tu, tentu Linda akan dimasukkan ke wad sakit jiwa saja." Teka Conan pula dengan penjelasan dari Ipo tadi. Padanya tidak mustahil Hani akan bertindak begitu pada Linda.

"Itu tak ada kerja cari kerja namanya! Sanggup dia tengok Linda tu jadi gila??" Ipo geleng lagi.

"Kan kau ada juga penawarnya..apa tu..antidot?" Teringat pula antidot yang dihasilkan oleh Hanna dulu dan kemudiannya disuntik ke badan Alif dan Amir.

"Entahlah...antidot tu memang ada tapi aku tak sampai hati la nak buat kerja tu. Memanglah niat Hani tu nampak baik tapi dari satu sudut, macam tak berperikemanusiaan pulak, tak ada etika bagi seorang saintis. Aku pesan kat dia..jumpa doktor, dapatkan nasihat doktor..suruh je doktor tu rawat Linda dan tulis laporan mengatakan yang Linda tu didiagnoskan seorang yang ada sakit jiwa. Tentu pihak polis tak akan penjarakan Linda tu. Sudah sah sah Linda akan dimasukkan ke wad gila." Ipo melepaskan rasa terbuku di hati. Sejak semalam lagi jiwanya terasa kacau dengan permintaan gila Hani.

"Habis tu, kau nak buat apa sekarang?" Conan turut merasa apa yang Ipo rasa. Serba salah.

"Entahlah..aku tak akan suntik Linda tu. Itu kerja gila! Aku bukan Ryan!" Ipo teguk jus tembikai yang baru tiba di meja bersama  makanan yang dipesan. Kali ini daging panggang dengan pencui mulut yang dipesan Conan tadi untuk santapan tengahari mereka.

"Aku pun rasa macam tu. Biarlah Hani dapatkan nasihat doktor macam kau cakap tadi tu." Balas Conan pula.

"Betul..aku tak nak fikir hal ni. Jom makan! Perut aku dah ada lagu keroncong ni." Ipo sengih. Dari tadi dia pegang sudu dan pisau untuk memotong daging panggang.

Usai makan, mereka berdua mula beredar dari situ menuju ke tempat kerja semula. Ipo pula masuk ke makmal semula. Dia bimbang jika Hani memaksa Hanna pasal formula itu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 11:49 AM | Show all posts
Apa jadi? Apa jadi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2015 11:55 AM | Show all posts

ko dah ketinggalan gerabak keretapi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.082484 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list