|

Rama-rama
Pelbagai warna
terbang bebas di taman bunga
menghisap madu mendebunga
menjelma di waktu senja
memikat sekian mata
jangan dilupa si pemangsa
mengintai tanpa leka
menanti saat dan ketika
menyambar si rama-rama
jadi korban di tirai senja
ditangisi tiada berguna
melainkan deraian air mata
mengalir ke pipi dada
membasahi kelopak jiwa.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 14-12-2010 18:08
Mendung
Seribu petanda
mungkin hujan akan melanda
atau hanya sekadar peneduh dari haba
semuanya kejadian tunjuk kuasa yang Esa
syukuri dengan ucapan Alhamdulillah
melimpahkan nikmat tiada hadnya
percuma
Dialah yang Maha Pengurnia
mendung hujan panas membara
sejuk dingin perubahan cuaca
semuanya rahmat tak terhingga
pada insan yang mengharga
anugerah Sang Pencipta.
~Goldkey~
|
|
|
|
|
|
|
|

Terkubur rindu
Kudongak ke langit malam
bulan bercahaya suram
ditirai awan putih nipis berbalam
kerdipan bintang-bintang kelam
angin meniup halus dari penjuru alam
terasa dinginnya melewati batas silam
pada kisah duduk termanggu di tepi kolam
menantikan berita dan salam
dari kejauhan yang merindu dendam
mengharap kasih sebelum mata terpejam
menumpah kasih dan sayang sedalam-dalam
di lautan kasih lemas dan karam
terkubur rindu kejam.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 14-12-2010 21:53
Keajaiban beribu
Dari puncak (Broga Hill) itu
kau melihat awan kelabu
terdetak di hati-hati yang ke situ
indahnya ciptaan Tuhanku
betapa luasnya alam berbumbung langit biru
syukuri apa yang kita nikmati itu
semuanya dianugerahi buat mengujimu
ucapkanlah Subhanallah
moga ditemukan selalu
keajaiban yang beribu
dari Tuhan yang satu.
~Goldkey~
p/s : ditujukan pemilik foto ini
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 14-12-2010 23:43

Segalanya mungkin
Segalanya mungkin terjadi
takdir ketetapan sejak azali
syukuri anugerah terbaik Ilahi
tinggal lagi hanya untuk menguji
kemantapan keimanan diri
segala emosi
suka duka tawa tangis yang menghiasi
tempuhi dengan jiwa murni
berpandukan ayat-ayat suci
juga sunnah nabi
jika dua tunjang ini
digenggam rapi
mengharapkan keredhaan Ilahi
InsyaAllah takkan sesat jalan dilalui
dan akhirnya tiba di syurga Ilahi
nikmat yang tak terperi.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Pura-pura
Hidup sengsara
tiada ketenangan di jiwa
sentiasa diburu rasa kecewa
hanya duka nestapa yang menimpa
eloklah hentikan sikap pura-pura
kembalikan peribadi mulia
hidup lebih bermakna
hidup lebih diharga
tiada sengketa
cuba!!!
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Spital II
Sesak spital
ramai hadir kenduri ubat
alhamdullilah sihat
itulah matlamat
kerajaan memberi khidmat
kepada mereka yang tidak sihat
terima kasih kerajaan berjiwa rakyat.
Jika tidak sihat
cari ubat makan ubat
tak bermakna hilang nikmat
ujian kepada kita mungkin membawa rahmat
hendaklah diingat
kesabaran membawa rahmat
perbanyakkan selawat
InsyaAllah sihat.
~Goldkey~
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 15-12-2010 20:22

Katanya V
Kau kata kau manusia
pada aku kau binatang
haiwan pon tak campak anak
dikendung bawa ke hulu ke hilir
ini tidak
kau humban ke longkang
kau humban ke tong sampah
kau humbang ke mangkuk tandas
kau lebih jijik dari najis babi.
kau! kau!
kau nak marah?
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 15-12-2010 20:22

Katanya VI
Kau salah!
katanya kepada pesalah
makan dijatuhkan hukuman
sekian-sekian
tapi bila aku tengok berita
kau tumbuk rusuk
apa ni?
kau kata orang salah
kau! kau!
kau tak salah?
~Goldkey~
|
|
|
|
|
|
|
|

Tahniah Malaysia Menang!!!
Dua kali dibocorkannya
Si Safee Sali ni gelojoh
gelojoh menjaring tak apa
barulah ada harga
main pun bertenaga
tahniah ambo kata
moga dapat masuk final
kalau nak minum teh O
cicah sekut tawa
datang la ke rumah
ok je!!!
~GoldBall~ |
|
|
|
|
|
|
|

Sebelah kaki
Sebelah sudah lepas
sebelah lagi belum tentu
langkahlah dengan bermaruah
walau di khalayak ramai yang menyorak
bukan di laman sendiri
perkemaskan serangan
asaklah bertubi
lawan itu pasti tumbang
aku yakin
kamu mampu letak
tapak satu itu
di sebelah tapak
tersedia di gelanggang terakhir.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Kaki
Kaki membawa
sekujur tubuh suci bersih
halanya ditetapkan hati
dibantu minda yang bercelaru
antara pengaruh kanan dan kiri
jika kaki itu hatinya takut kepada manusia
jalan pilihan barangkali
ke sarang noda penuh dosa
jika kaki itu hatinya takut kepada Allah
jalan pilihan tentu sekali
ke kiblat yang disyariatkan-Nya
begitulah kehidupan
kaki-kaki yang kesesatan
kaki-kaki yang menjunjung kebenaran
Ya Rabbi
takdirkan aku ke jalan diredhai-Mu
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Macam-macam kaki
Kaki bola
Kaki motor
kaki pancing
apa pon kaki
itu semua hobi
jangan sampai lupa Ilahi
bersederhana dalam berhobi
kawal diri
menjadi.
~goldkey~
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa khabar cikgu kunci...? lama benar tak menyapa... lama benar tak menyusun kata.. rindu benar nak berpuisi... pergi seketika membawa hati... kini dah kembali  |
|
|
|
|
|
|
|
Apa khabar cikgu kunci...? lama benar tak menyapa... lama benar tak menyusun kata.. rindu benar nak ...
assafdiyah Post at 16-12-2010 11:43 
Saya baik saja di sini
tak henti tulis puisi
terima kasih datang kemari
sekurang ada yang ringan jemari
menulis catatan di ruang ini
tidaklah saya syok sendiri
yang lain semua menyepi
tak sudi
menulis walau sebaris isi hati
terima kasih sekali lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya baik saja di sini
tak henti tulis puisi
terima kasih datang kemari
sekurang ada yang r ...
Goldkey Post at 16-12-2010 13:26 
cikgu kunci tak jemu menulis puisijika tidak, tiada siapa yang menghidupkan ruangan ini
bunyinya seperti kecewa
tiada siapa sudi berkongsi minat yang sama
biarlah syok sendiri
lebih baik dari ada rakan tapi memedihkan hati
teruskan berpuisi
rakan cikgu ini sentiasa menemani
 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cikgu kunci tak jemu menulis puisijika tidak, tiada siapa yang menghidupkan ruangan ini
bun ...
assafdiyah Post at 16-12-2010 15:07 
Terima kasih
saya akan terus berpuisi
tidahlah kecewa di hati
meriah jika ada yang menggarap juga di sini
apakan daya orang tak sudi
sendiri-sendiri
letih berhenti
ada idea tulis lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siang malam
Senja di atas dinding
siang dan malam yang silih berganti
merah jingga itu mengukir seribu wajah
garis pemisah dua rupa yang ketara bezanya
cahaya ditelan gelap malam
bayang-bayang malam disinari fajar hari
beraturan sedemikian rupa
tiada pernah keluar dari hukumnya
patuh akan ketetapan
tidak perna terdetik bosan.
~Goldkey~
|
|
|
|
|
|
|
|

Pernah merasa
Bulatan-bulatan cahaya
menerobos pada siangnya
maka dicari ruang
mengelak terik mentari
bila hujan membelah malam
takk! takk!
dahi ditimpa tetes air hujan
maka dipaksa mengesot mencari ruang
mengelak dingin basahan hujan
gebar caping dijahit bersambungan
tidak bisa menghangat dingin malam
tanpa cahaya lilin apa lagi lampu neon
menunggu terbitnya mentari
dalam ketar gegar
diiringi alunan lagu
keroncong perut
tunggulah siang
yang mungkin membawa
segaris rasa
ria.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 16-12-2010 22:46

Kaki Motor
Dulu kuat berlari
Kini duduk di kerusi
Dulu ligat ke sana ke mari
Kini tersadai menunggu hari
Dulu pandu kereta kalahkan Ferrari
Kini di kerusi roda tiada kaki
Dulu naik motor tayar dijungkit
Kini terbaring di tilam lembik
Dulu orang lain semua di pandang lekeh
Kini dia yang paling selekeh
Dulu bau minyak wangi
Kini bau minyak angin
Dulu ada banyak duit
Kini tinggal kulit
Dulu dikelilingi kawan
Kini dikelilingi pawang.
~Goldkey~
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|