|
Ya ampunnnn.. dah la tido tak cukup.. mlm cari ex kene culik.. siang gi miting.. tgh hari sambung lagik.. ptg pigi joging???? Mau pengsannnnn |
|
|
|
|
|
|
|
ya..demi ayla..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 11-3-2015 10:58 AM
ok sambung sikit...
PENAT berlari sekeliling taman, Conan berehat di bangku sambil memerhati beberapa orang pengunjung taman itu yang juga turut sama beriadah. Ada yang datang bawa keluarga bersama. Senyum mekar di bibirnya melihat kemesraan suami isteri bersama anak yang baru bertatih dibawa bersiar-siar sekitar taman. Dulu, dia pernah mempunyai impian memiliki keluarga begitu bersama Aylanins. Yalah..segalanya sudah berlalu dan sepatutnya impian itu harus dilaksanakan bersama Arisha sekarang ini. Gadis yang sudah sah dinikahi.
"Assalamualaikum..Nan.."
Dalam melayan perasaan di situ, Conan berpaling seraya menjawab salam. "Nicki?"
Nicki melabuhkan punggung sebelah Conan. Dia sandar belakang badannya ke bangku dan melemparkan matanya ke arah beberapa orang yang sedang bersenam di situ. Tiada kata-kata. Tiada butir bicara. Conan yang seperti terkejut dengan kemunculan Nicki di situ juga sudah kehilangan kata-kata. Sejak pernikahannya dengan Arisha, Nicki bawa diri dan pulang ke Malaysia pun masih tidak bertegur sapa. Jika bertembung sekalipun, Nicki cuba mengelak darinya. Apa lagi dengan Arisha.
"Nicki..kalau pernikahan aku dengan Arisha yang buat kau jadi macam ni. Aku tak boleh buat apa. Aku...aku.." Conan mulakan bicara dan dia sekali lagi hilang kata.
"Aku dah move on Nan. Aku datang ni nak beritahu kau, aku akan bernikah dengan Dr. Harlina. Ni kad aku.." Sekeping kad dihulur pada Conan.
Kad disambut perlahan dan dibaca sekilas. Ya..tertera nama Nik Mohamad dan Harlina. Sudah jelas.
"Hanya satu yang aku nak kau buat untuk aku.." Nicki berkata tetapi mata masih memandang ke arah depan.
"Apa dia?" Conan menoleh. Nicki dilihat menghela nafas.
"Aku nak kau bahagiakan Arisha. Cintakan Arisha dan jaga dia baik-baik." Perlahan Nicki memalingkan wajahnya pada Conan di sebelah.
"Aku dengar Ayla kena culik? Macam mana dia sekarang?" Nicki mengalih topik melihatkan Conan sudah tunduk.
"Ya..dia dah selamat. Ada kat hospital sekarang ni.." Lemah suara Conan.
"Siapa yang culik dia? Dah kena tangkap ke?"
"Entah..tapi aku syak Hani. Kan Hani tu suka Malik.."
"Hmm...aku rasa Hani tu psiko la. Patutlah dia kena gantung kerja tapi aku pelik, aku pernah nampak Linda beli mawar hitam."
"Bila kau nampak?"
"Lama dah..aku pun dah beritahu pada Amir. Amir pun tahu hal ni. So, mungkin mawar hitam tu adalah Linda. Tak mustahil Nan. Mungkin Linda tengok dengan mata kepala sendiri masa Hani dirogol dulu. Apa yang aku tahu, kesan tu bukan saja pada mangsa tapi pada orang yang dekat dengan mangsa. Zaman remaja adalah zaman yang sangat vulnerable. Segala apa yang dilihat, tambah lagi perkara buruk dan melihat orang yang tersayang menderita dan terseksa, pengalaman pahit macam nilah yang meninggalkan kesan yang amat kuat dan memberi impak pada emosi si pelihat sehingga berlanjutan sampai ke peringkat dewasa. Adakala, mereka akan menyimpan rasa dendam dan tidak mustahil berubah watak. Split personality.." Jelas Nicki.
Conan angguk-angguk. Ya..mungkin itu yang terjadi pada Hani atau pun Linda. Atau mungkin juga pada Muzafar.
Petang itu mereka berbual agak lama. Kisah suka duka ketika serumah dan pertemuan itu berakhir dengan sebuah persahabatan yang tetap kekal antara mereka.
"Nan...aku pergi dulu. Tu! Buah hati aku sedang tunggu.." Nicki tuding ke arah Dr. Harlina yang datang bersama anak buahnya yang petah bercakap.
Conan memeluk Nicki sekali lagi." Aku dan Arisha akan hadir majlis nikah kau nanti.."
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 48
SEMINGGU berlalu. Aylanins masih dirawat di hospital. Malik setia menemani isterinya di wad dua itu. Majlis resepsi yang sepatutnya diadakan pada hari Ahad lepas terpaksa dibatalkan. Biarlah Aylanins sembuh sepenuhnya dulu. Luka di bahu dan paha Aylanins pun masih belum sembuh sepenuhnya lagi.
"Ayla..makan sikit sayang.." Malik tegakkan badan Aylanins dan belakang badanya disandarkan pada bantal yang diletakkan di kepala katil.
"Abang masak sendiri ke?" Aylanins nganga mulut. Satu sudu bubur sudah disuap ke mulutnya.
"Ya..abang yang masak. Sedap tak?" Malik lihat riak muka Aylanins yang sedang mengunyah, seolah sedang cuba meneka rasa bubur yang dimasak Malik tadi. Lagak seperti chef yang sedang menilai masakan pekerjanya.
"Hmm...ada kuranglah bang." Aylanins berkerut kening.
"Kurang? Kurang tang mana?" Malik kacau-kacau bubur dalam mangkuk yang masih panas. Baru dikeluarkan dari bekas tadi.
"Kurang tang kasih sayang..." Sengih Aylanins melihat Malik yang beria merasa bubur itu sampai tiga sudu dimakannya.
"Oh..kurang kasih sayang ya?" Hidung Aylanins dicubit. Sengih juga Malik bila Aylanins berlawak begitu. Terhibur sebenarnya.
Tingkah keduanya diperhatikan dari jauh oleh Conan yang kebetulan baru tiba di pintu wad itu bersama Arisha. Dia berpura-pura tidak melihat. Tangan Arisha digenggam erat dan bersama melangkah menghampiri katil Aylanins. Arisha yang berada di sebelah Conan sudah terpinga-pinga dengan tindakan Conan memengang erat jemarinya. Dia biarkan saja.
"Assalamualaikum.." Salam diberi sebaik tiba di katil itu. Conan senyum, Malik dan Aylanins sudah serentak berpaling. Nampak merah muka keduanya tadi. Yalah..sudah saling bersuapan begitu.
"Wa'alaikumussalam. Nan, Arisha..bila sampai?" Malik terus bangun dan mangkuk bubur diletakkan atas meja kecil di sebelah katil.
"Baru je..Ayla apa khabar? Dah sihat?" Conan bertanya pula pada Aylanins, tangannya masih menggengam erat jemari Arisha.
"Baik..." Aylanins jeling tangan Conan yang begitu erat memegang tangan Arisha bagai tak nak lepas.
"Ni ada sedikit buah .." Arisha lepaskan tangan Conan dan hulur bakul berisi buah epal merah kepada Aylanins.
"Terima kasih..susah-susah je." Buah itu dihulur pula kepada Malik.
"Nan..terima kasih kerana sudi tolong aku selamatkan Ayla.." Malik peluk seketika tubuh Conan.
"Tak ada hallah..kau kan kawan aku.." Conan tepuk-tepuk bahu Malik sambil melemparkan senyuman nipis.
Aylanins tunduk. Dia tahu apa yang sebenarnya ada dalam hati Conan. Mungkin Conan juga sepertinya, sukar melupakan kenangan indah mereka tetapi terpaksa dilupakan juga.
Arisha juga tunduk. Dia juga tahu apa yang ada dalam hati Conan. Aylanins cinta pertama Conan dan orang kata cinta pertama sukar dilupakan. Tak apalah..dia akan sabar menunggu hati Conan dipindahkan kepadanya pula. Kan sabar itu separuh dari iman? Pupuklah iman dulu sebaik mungkin dan insyaAllah, yang lain akan menyusul dengan baik juga.
"Aku dah buat report polis Nan. Aylanins dah beri keterangan pada polis. Semalam, bos Ayla datang.." Jelas Malik mengenai kes penculikan Aylanins. "Tak sangka, rupanya Linda yang culik Ayla. Dia upah seorang lelaki buat kerja tu. Dan luka tu..Linda yang tikam.."
Conan terdiam. Selama ini dia ingat Hani yang lakukan semua itu. "Tapi..kan masa kita naik atas bukit tu..Hani ada kat situ?"
"Ya..mungkin Hani pun sedang cari Linda masa tu. Linda mungkin sudah disuruh pulang.."Malik meneka sendiri. Baginya biarlah pihak polis yang menyiasat hal itu. Asalkan Aylanins selamat, cukuplah.
"Jadi..Linda ke yang culik awak Ayla? Kenapa?" Arisha mula buka mulut.
"Entah la..dia nak Malik ceraikan aku dan dia suruh Malik bernikah dengan Hani.." Lirih Aylanins menutur. Dia pandang Malik dan Conan silih berganti sebelum jatuh pada Malik semula. Lama.
"Macam-macam..terima sajalah ketentuan Allah." Arisha menambah.
Saat mendengar kata-kata Arisha, Conan pula berpaling. Ya, kata-kata itu juga sudah terkena pada batang hidungnya. Harus terima hakikat. Harus redha.
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni arisha plak kene pujuk conan |
|
|
|
|
|
|
|
jom tido
|
|
|
|
|
|
|
|
jauhnya iols tertinggal.. busy yang amat |
|
|
|
|
|
|
|
ehem...nak kena pujuk ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
tak apa..Malik kan ada resort..honeymoon je kat sana..
|
|
|
|
|
|
|
|
busy sangat ke pretty? kesian ipo..tunggu pretty tak datang2...huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
tiba2 terbayang pulak malik bawak ayla ke resort,
sampai sana terus campak ayla dalam air
pastu tinggal ayla sorang2 kat situ
malik selamba je gi uruskan resort mcm takdek apa2 berlaku
|
|
|
|
|
|
|
|
iols ada.. lama ketinggalan..
nak merempit ni haa..
|
|
|
|
|
|
|
|
iya.. busy pastu terlupa nak menjengah..
ni baru sampai bab 18.. tu pun tengok author post je
|
|
|
|
|
|
|
|
motif kau nak campak ayla dlm air?
|
|
|
|
|
|
|
|
tak apa pretty..slow and steady bak kata omputih..
|
|
|
|
|
|
|
|
tengah steady la ni.. habis bersepah popcorn
|
|
|
|
|
|
|
|
Rancak berbual, tidak sedar Ipo dan Hanna sudah berada di situ. Conan senyum, senyum melihat Ipo begitu rapat dengan wanita berasal dari Sweden itu. Selepas Kurt meninggal, Ipo nampaknya semakin rapat dengan Hanna.
"Kau dari mana ni?" Tegur Conan sebaik bersalam dengan Ipo. Hanna sudah merapati Aylanins dan Arisha.
"Aku dari makmal la..mana lagi.." Sengih Ipo, dia turut bersalam dengan Malik. "Ayla macam mana?"
"Macam tulah.." Jawab Malik, dia pandang isterinya yang sudah tersenyum di atas katil.
"Dah buat laporan polis?" Tanya Ipo lagi.
"Ya..kami serahkan pada pihak polis untuk menyiasat hal ni." Malik menjawab lagi. Matanya masih pada Aylanins yang sedang berbual dengan Hanna dan Arisha.
"Aku harap semuanya selamat. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Amir pun dah ceritakan semuanya pada aku. Sejak dia kenal Linda, dia dapat rasa yang Linda tu seperti ada sesuatu yang tak kena padanya. Terlalu ikut perasaan. Mungkin dia terlalu sayangkan Hani dan dia nak yang terbaik untuk kakaknya. Sayang, mungkin rasa dendam yang disimpan sekian lama itulah yang buat dia jadi macam tu.." Ipo turut bersimpati pada Linda.
"Aku harap dia insaf..bertaubat dan kembali ke jalan Allah.." Conan pula mencelah.
Hari itu mereka berbual seketika sehingga waktu melawat tamat. Malik pula diganti dengan ibu Aylanins yang sudah tiba untuk menemani Aylanins kerana Malik terpaksa pulang ke Terengganu menguruskan hal di resort.
Conan dan Arisha pula yang juga sudah bersama melangkah keluar menuju ke tempat letak kereta bertembung pula dengan Nicki dan Dr. Harlina. Tergamam seketika.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejam
mentang-mentang ko dah suke kat Arisha...
hari ni Abang Malik bawak pizza hat kat Aylanins yeay yeayyy...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|