CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 20-3-2015 02:05 PM | Show all posts
fazss replied at 20-3-2015 01:30 PM
rasa ini ada silap sikit...

kena culik viana dan baby dia... >> wife khalid

Zeeta wife Zack
viana wife khalid

- Viana kakak kepada Jie

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2015 02:58 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 6-4-2015 07:23 PM



Bab 53

Zack terpaku dipusara yang masih merah.  Sejak seminggu lepas disinilah tempat Zack menghabiskan masa senggang. Isteri dan anaknya sudah tidak dipedulikan. Sedih mengenangkan cinta pertama yang kini bersemadi buat selamanya.

"Baby.. I tak pernah lupakan you ! I lebih rela you tembak I dari tengok you mati.. Sampai hati you tinggalkan I.." Dialog itu sudah kerap kali diulang. Zack kesal !

Jie terbunuh dalam usaha menyelamatkan dirinya. Ternyata Azim memang gila ! Zack berharap Azim dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. Dan kali ini Zack sendiri akan pastikan Azim takkan terlepas lagi !

"Bie.." Air mata Zack mengalir laju. " Kalau I beranikan diri untuk melamar you dulu mesti kita dapat hidup bersama. I memang bodoh !" Terbayang saat Jie dan Rayyan disatukan sebagai suami isteri. Zack hanya mampu memandang dari jauh.

Waktu itu Zack terpaksa akur dengan ketentuan jodoh mereka tiada. Sedih namun prinsip tidak akan merampas hak orang lain masih kuat dipegang. Rela berputih mata dari berjuang mendapatkan wanita yang dicintai.

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2015 05:41 PM | Show all posts
heroin mati...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2015 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 20-3-2015 06:58 PM

"Sudahlah Zack.. Doakan saja Jie tenang disana.." Khalid buntu untuk memujuk adik bongsunya. Zack hanyut dalam kesedihan. Makan minum tidak diendahkan. Kerapkali menyalahkan diri sendiri sebagai punca kematian Jie.

Rayyan pula jadi hilang arah sejak Juwita ditahan atas tuduhan bersubahat dengan Azim. Hampir sepanjang masa abangnya akan meracau mencari bayang Juwita.

Puas sudah Tengku Safiah dan Tan Sri Isa berikhitar untuk memulihkan Rayyan. Semua kaunselor maupun pakar psikiatri terbaik telah dibawa berjumpa namun Rayyan tetap begitu. Malah makin teruk.

Khalid juga semak kepala memikirkan Viana yang meminta diceraikan kerana beranggapan Rayyan juga bersubahat dengan Azim untuk membunuh adiknya.

Jalan terakhir Khalid hanya mampu menyerahkan nasib perkahwinannya kepada peguam syariah yang dilantik. Seboleh mungkin Khalid tidak mahu berpisah dengan anak dan isterinya.

Hubungan persahabatan yang terjalin erat sekian lama antara Tan Sri Isa dan Dato' Hanafi kini terlerai sudah.

Dato' Hanafi seperti memusuhi semua yang berkaitan Rayyan maupun Tan Sri Isa. Khalid tidak terkecuali terkena tempias.

Sewaktu hari pengebumian Jie juga, Dato' Hanafi dan Maznah menghalang keras sesiapa dari kalangan keluarga Tan Sri Isa untuk datang menziarah jenazah buat kali terakhir. Walau Papa merayu namun Daddy tetap berkeras.

Sehinggalah ketika jenazah Jie selamat disemadikan. Tiada siapa dibenarkan mendekat tanpa kebenaran Dato' Hanafi.

Sepanjang masa pengawal akan menjaga untuk memastikan tiada siapa yang melanggar arahan Dato' Hanafi.

Lantaran terlalu sedih atas kehilangan anak bongsunya mungkin penyebab Dato' Hanafi bertindak begitu. Fikir Khalid.

Cuma sehingga kini, Khalid sukar menerima hakikat Jie sudah tiada di dunia yang fana ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2015 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis dahhh.... tq TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2015 08:20 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 20-3-2015 08:52 PM

Walau cemburu menebal memikirkan suami yang tetap teguh mencintai Jie yang sudah pergi, akan tetapi Zeeta tak sanggup membiarkan Zack hidup tidak terurus. Zack enggan makan atau minum. Tan Sri Isa dan Tengku Safiah cuba juga memujuk namun tidak diendahkan. Zack tenggelam dalam dunianya yang penuh dengan bayang bayang Najiha.

Tan Sri Isa gelisah. Kalau Zack berterusan begini takut anak bongsunya juga bakal menjadi seperti Rayyan. Hilang pedoman dan hidup tak tentu hala.

"Zafrey.." Tan Sri Isa menghampiri anak bongsunya. "Papa sedih tengok Zafrey macam ini. Kalau Najiha ada lagi, Najiha pun tak nak Zafrey hidup macam ini.. Please Zafrey ! Zeeta masih lagi tanggungjawab Zafrey.. Danish juga perlukan Zafrey... Zafrey kena kuat ! Papa tahu Zafrey cintakan Najiha... Papa tak buta untuk lihat semua itu.." Nada suara sayu.

"Tapi Papa tak sanggup tengok Ray merana kehilangan Najiha... Maafkan Papa sebab paksa Zafrey kahwini Zeeta.." Air mata bergenang di tubir mata tuanya.

Ternyata perkahwinan antara Zack dan Zeeta belum mampu membuatkan Zack melupakan cinta pertamanya.

Tan Sri Isa faham perasaan Zack. Dirinya juga kadang masih mengingati Maznah. Tambah pula, bila melihat wajah Jie yang mirip cinta pertamanya. Spontan bayang isteri Dato' Hanafi itu menjelma.

" Zafrey nak tidurlah Papa !" Zack letih mendengar kata kata perangsang dari Tan Sri Isa. Rimas dengan bebelan Khalid dan Tengku Safiah!

Bukan itu yang dimahukan ! Zack cuma ingin bersendirian buat masa ini.

Baby...I rindu you ! Hati berbisik syahdu. Gambar Jie dipeluk erat.

Zack terus baring tanpa menghiraukan Tan Sri Isa. Berharap dapat bertemu Jie seketika walau hanya dalam mimpi.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-3-2015 09:10 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 20-3-2015 09:22 PM

Amanah dari Jie akan Rizal tunaikan sedikit masa lagi. Pesanan terakhir Jie supaya Rizal membantu Rayyan memulihkan diri dari cengkaman sihir Juwita.

Jie memohon maaf kerana tidak pernah terlintas akan kewujudan manusia yang masih tega mempercayai kekuasaan syaitan dari meminta pertolongan dari Allah.

Pada  hemat Jie perubahan Rayyan mungkin kerana cinta sudah beralih arah namun akhirnya Jie percaya akan kemungkinan Rayyan di'guna guna'kan Juwita. Itupun setelah diyakinkan oleh Rizal untuk menemui seorang Ustaz.  

Sayang, Jie tak mampu membantu bekas suaminya untuk memulihkan diri. Hanya pesanan disampaikan kepada Rizal supaya menjaga Rayyan sebaiknya.

Rizal tidak sampai hati melihat Rayyan menderita. Malah, disahkan sakit mental sehingga terpaksa mendapatkan rawatan jiwa.

Mungkin Rizal akan bersemuka dengan Tan Sri Isa dalam masa terdekat untuk membawa Rayyan berubat secara alternatif. Melalui kaedah rawatan Islamik. Rizal tahu perubatan moden tidak mampu memulihkan Rayyan.

Sheera yang sedang tidur ditenung. Kalau bukan kerana Rayyan yang membebaskan Rizal dari penjara,  tak mungkin Rizal punya waktu untuk hidup bahagia bersama bidadari hatinya.



Rizal berharap Rayyan akan pulih seperti sedia kala. Rindu untuk berbual mesra dengan lelaki itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2015 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
"Zeeta...! " Tak sangka mereka bersua lagi. Zeeta masih seperti dulu. Tetap cantik dimatanya.

"You?!" Terkejut bertemu lelaki ini. Pantas saja langkah kaki dilajukan. Kalau boleh Zeeta tidak ingin mereka bertemu lagi. Biarlah hubungan dulu terputus begitu saja. Itu adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan !

"Wait !!" Zeeta terus berlalu tanpa menoleh lagi. Tak menghiraukan jeritan lelaki itu. Takut luka lama berdarah kembali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2015 10:19 PM | Show all posts
Tangisan Danish membuatkan tidur Zack terganggu. Baru teringat Zeeta meminta izin keluar membeli barang dan menyuruh Zack menjaga Danish. Memikirkan pembantu rumahnya mungkin sibuk di dapur Zack menggagahkan diri untuk bangun melihat keadaan anaknya.

Segala kekusutan fikiran cuba dilenyapkan. Zack cuba fokus pada zuriatnya yang sedang menangis kesakitan. Alangkah terkejutnya Zack apabila memegang tubuh kecil anaknya terasa bahang !

Takut Danish ditimpa demam panas Zack gopoh gapah memanggil nama pembantu rumahnya. Danish diserahkan kepada orang gajinya. Kunci kereta dicapai.

Lalu Zack mengarahkan pembantu rumahnya supaya menuruti untuk membawa Danish ke klinik berdekatan. Risau keadaan anak tunggalnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2015 11:37 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 23-3-2015 06:26 PM

Ujian darah Danish menunjukkan terdapat virus dalam darah anak itu. Mungkin Danish perlu ditahan untuk mendapatkan pemantauan lanjut.  Zack terduduk lemah mendengar perkhabaran itu.

Satu demi satu ujian menimpa. Sudahlah masih rawan di atas kehilangan Jie kini anaknya pula ditimpa kesakitan. Rasa tidak sanggup berdepan dugaan lagi. Tubuh lesu.

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 03:24 PM | Show all posts
tt, x abes lagi kew? macam dh menyimpang pulak cite ni??
tanye je..sbb pelik..heroin dh mati..ade plot lain lagi kew?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2015 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mama_donut replied at 21-3-2015 03:24 PM
tt, x abes lagi kew? macam dh menyimpang pulak cite ni??
tanye je..sbb pelik..heroin dh mati..ade p ...

Heroin mati tp hero still hidup..  

Mcm fnf 7  paul walker mati tp ada main cast lain

Btw tgg for actual ending

Insya Allah x menyimpang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2015 06:12 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 21-3-2015 06:15 PM

Jenis darah Danish menarik perhatian Zack tiba tiba. Anaknya berdarah A ! Logik akal menidakkan kenyataan ini.

Setahu Zack, Zeeta bergolongan darah O. Itulah yang tertera pada rekod perubatan isterinya. Manakala Zack sendiri juga memiliki golongan darah yang sama.

Menurut hukum biologi yang pernah dipelajari dulu , tak mungkin anak mereka dari golongan darah A.

Melainkan.... Satu spekulasi timbul difikiran. Zack pantas bangun.

Hanya ada satu cara saja untuk membuktikan andaiannya salah. Dada berdebar kencang.

Berharap barangkali ini adalah satu kesilapan dari pihak makmal.






Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ciputnya n3..tak sabar nk tau betul2 ending..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2015 04:29 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 22-3-2015 04:40 AM

Tidak mahu tersalah dalam menjatuhkan hukuman. Mungkin jika terpaksa Zack akan melakukan ujian DNA untuk memastikan kesahihan status Danish.

Hal ini kerana, ujian makmal kali kedua membuktikan golongan darah Danish adalah A. Zack tidak mahu menuduh melulu kerana yakin Zeeta sangat mencintainya. Malah, Zacklah yang berdosa kerana sehingga kini masih lagi gagal mencintai Zeeta sepenuh hati.

Walaupun dalam keadaan dirinya yang tidak terurus dan mengabaikan isteri serta anak mereka,  Zeeta tidak pernah sekalipun merungut. Tetap setia menemani Zack sedangkan dirinya sendiri masih lagi hanyut menangisi pemergian mantan kekasih.

Betapa mulianya hati Zeeta ! Jasa dan pengorbanan wanita itu tak mungkin dapat dibalas. Kadang Zack rasa sedih memikirkan kebodohan diri yang tetap menginginkan Jie dalam hidupnya sehinggalah kini. Cinta itu seakan sukar dibuang dari hatinya. Kalau diikutkan perasaan yang lara,  Zack ingin saja menamatkan riwayatnya. Biar semua kepedihan ini berlalu. Tak sanggup lagi hidup dalam bayangan Najiha yang sudah tiada.

Beribu kali Zack meningatkan diri Jie sudah tiada lagi didunia ini namun hati tetap degil meyakini Jie masih hidup. Kematian itu adalah satu pembohongan !

Sementelah Zack sendiri tidak dapat melihat jasad Jie buat kali terakhir lantaran dihalang keras oleh Dato' Hanafi. Sukar untuk menerima hakikat mereka kini terpisah antara dua dunia berbeza. Dan perpisahan ini adalah untuk selamanya.

Enjin kereta dimatikan. Tersentak melihat isterinya bersama seorang lelaki. Berdasarkan kereta yang dipandu, Zack seperti pernah kenal pemilik wajah itu.

"Zul?!" Tidak percaya lelaki itu boleh muncul dikediaman dan sedang berbicara dengan Zeeta.

Zulkarnain dan Zeeta tersentak dengan kehadiran Zack yang tak diduga.

"You kenal isteri I ke?" Zack menyoal setelah melihat kedua manusia dihadapannya hanya membisu.

"Zeeta isteri you?!" Zulkarnain terpaku. Tak percaya. Mustahil ini satu kebetulan ! Serentak itu rasa berdosa segera bertandang. Zack harus tahu perkara sebenar !

Biarpun Zeeta menghalang, Zulkarnain tidak kisah. Lelaki itu terlalu baik untuk dibohongi ! Lagipun cepat atau lambat Zulkarnain pasti Zack akan tahu jua. Biarlah rahsia itu keluar dari mulutnya sendiri.

Zulkarnain menghela nafas panjang. Lidah kelu untuk berterus terang.

Namun, memikirkan dirinya adalah seorang lelaki, Zulkarnain bertanggungjawab di atas kesilapan masa lampaunya.


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2015 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Danish anak zeeta & zul? Makin berbelit cite ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2015 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 replied at 22-3-2015 07:43 AM
Danish anak zeeta & zul? Makin berbelit cite ni

Haha..

Pandai

Kalau straight forward sangat lame lak

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2015 12:15 PM | Show all posts
adoiii pening la...da mcm citer ipo lak...terbelit membelit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2015 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 23-3-2015 12:16 PM

Sukar untuk Zack memaafkan Zeeta. Ternyata dari awal lagi perkahwinan mereka adalah satu kesilapan. Buat masa ini biarlah takdir saja menentukan nasib rumah tangga mereka. Zack perlukan ruang untuk menerima semua kenyataan ini.

Sudah hampir 2 bulan Zack keluar dari rumah yang diduduki bersama Zeeta.  Sejak itu Zack jarang berkomunikasi secara terus dengan isterinya.

Andai kata jodoh mereka sampai disini saja, Zack rela. Danish tetap akan dianggap seperti anak kandungnya. Titik. Tiada apa yang berubah.

Biarlah segala kesilapan Zeeta dan Zulkarnain dulu menjadi rahsia. Zack tak akan sesekali mengaibkan Zeeta.

Walauapapun wanita itu tetap isterinya dan wajib dilindungi. Tiada manusia yang dapat lari dari kesilapan. Dirinya hanya manusia biasa tidak layak untuk menghukum baik Zeeta maupun Zulkarnain.


Kesilapan yang bukan disengajakan mereka berdua. Malam itu Zeeta mabuk kerana leka berparti di majlis ulang tahun kawan baiknya. Zulkarnain juga dijemput dan disitulah segalanya bermula.

Kejadian itu berlaku seminggu sebelum Zack dan Zeeta diijabkabulkan. Tidak disengajakan ! Malah Zeeta juga terus menghilangkan diri tanpa meninggalkan sebarang pesan pada Zulkarnain selepas malam itu.

Memikirkan Zeeta akan menghubungi Zulkarnain jika sesuatu 'terjadi' hasil dari perbuatan mereka namun tindakan Zeeta menyepikan diri membuatkan lelaki itu beranggapan Zeeta mungkin sudah meneruskan hidup seperti biasa. Maka Zulkarnain juga melupakan sejarah pahit itu.

Pertemuan tidak diduga mencetuskan kembali ingatan terhadap tragedi malam itu. Zack kagum dengan sikap berani Zulkarnain mengakui kesilapannya secara terang terangan.

Cuma Zack sukar menerima hakikat Zeeta membohonginya ! Kalau saja Zeeta berterus terang dari dulu Zack akan terima dengan tangan terbuka. Tiada apa yang akan mengubah keputusan Zack dari menerima Zeeta sebagai isteri waktu itu.

Entahlah... Zack buntu. Fikiran semak dan serabut. Dua nisan yang terpacak didepan mata disentuh.

"Baby... sejak you tak ada hidup I memang totally messed up ! Ingat tak you pernah minta I janji untuk jaga Zeeta dan Danish dengan baik? I takut I tak boleh tunaikan hajat you." Airmata bergenang. Sebak tetap ada. " I wish you ada dengan I sekarang.." Zack tunduk merenung sayu.

"Bro..." Satu tepukan terasa dibahu. Zack berpaling. Tersentak melihat Ku Iz di sini.

"Aku harap kau tabah Zack !" Ku Iz terpukul melihat kesedihan yang ditanggung oleh sepupunya. Zulkarnain sudah menceritakan semua. Walau pada mulanya Zulkarnain teragak agak namun akhirnya sahabatnya setuju untuk bertanggungjawab diatas kesilapan lampaunya. Itupun bergantung pada budi bicara Zack. Zeeta pula tiada pilihan. Mungkin terpaksa menurut.

"Kau tak payah cerita semua pada aku Zack ! Zul dah bagitau semua." Ku Iz bersuara kemudiannya apabila melihat Zack hanya termangu merenung  ke arah nisan.

"Kau tahu tak, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya ? Aku yakin kau akan dapat kebahagiaan yang kau impikan.. Aku tahu kau masih cintakan Najiha... Aku minta maaf sebab pernah pisahkan korang dulu.. Aku sangat pasti sampai ke akhir hayat Najiha, kau masih ada dihati dia.. Kalau tak dia takkan sanggup berkorban untuk melihat kau hidup..." Ku Iz mahu Zack bangkit dari kesedihan dan meneruskan hidup yang bersisa .

Masih tiada reaksi dari Zack. " Kalau kau perlukan anything aku ada bro ! Kita sepupu.. Aku dah anggap kau macam adik aku.." Segala permusuhan mereka sudah lama dilupakan. Baik Zack maupun Ku Iz gagal memiliki Najiha apabila Najiha memilih Rayyan sebagai suami.  

"Aku nak Najiha hidup !! Kau boleh hidupkan dia balik ke?!" Wajah Ku Iz ditenung. Rimas ! Zack bosan dengan semua bebelan ini ! Tiada siapa mengerti isi hatinya melainkan Najiha !

"Zack.." Zulkarnain muncul lalu terus menyampuk. "I bukan jenis orang yang pakar bercakap atau memujuk . I nak you tenangkan diri ! Ingat Allah ! Nah..." Sekeping sampul surat dihulurkan. " Bacalah ! I yakin you takkan menyesal !" Zulkarnain sebak.

" I serahkan hidup dan mati I pada you ! You lebih  berhak.." Spontan air matanya menitis. Gagal mengawal kesedihan. Simpati melihat Zack yang tak terurus sejak Jie tiada.

Zack teragak agak menyambut. Masih membatu.

Zulkarnain meletakkan sampul berisi surat digenggaman Zack. " Bacalah ini ! I yakin you takkan menyesal malah berterima kasih pada I.." Usai berkata begitu Zulkarnain terus berlalu meninggalkan Ku Iz dan Zack.

Sedih namun yakin inilah jalan terbaik untuk semua kekusutan yang melanda mereka. Zulkarnain redha !

I tetap cintakan you Jiha... You memang bukan dijadikan untuk I ! Zulkarnain menghala pandang ke arah tanah kubur yang luas saujana mata memandang. Zack dan Ku Iz masih lagi disitu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2015 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mawibotak replied at 22-3-2015 12:15 PM
adoiii pening la...da mcm citer ipo lak...terbelit membelit

Jgn pening..

Malam ini atau esok confirm abis pening

Thanks for reading kak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.053441 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list