CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
 Author| Post time 6-2-2026 03:55 PM | Show all posts
Program 'Free Meal@JSSP' di UPMS ringankan beban pelajar
Februari 6, 2026, Jumaat - 3:37pm



Dr Yasmin (dua kiri) menyampaikan makanan percuma kepada pelajar dalam Program 'Free Meal@JSSP' di UPMS pada Selasa.

BINTULU: Atas dasar prihatin bagi membantu pelajar yang memerlukan, Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan (JSSP) Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah melaksanakan Program 'Free Meal@JSSP' di sini, pada Selasa.

Ia secara amnya merupakan sebagai langkah sokongan membantu meringankan beban kos sara hidup pelajar yang menimba ilmu di universiti berkenaan.

Ketua Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan Dr Yasmin Yaccob berkata, program berkenaan dilaksanakan dengan agihan makanan dan minuman percuma kepada 200 pelajar di fakulti berkenaan sebagai tanda keprihatinan, selain bertujuan meringankan beban pelajar dalam memenuhi keperluan asas harian.

Mengulas lanjut berkenaan program itu beliau berkata, Program Free Meal@JSSP bukan sekadar penyediaan juadah percuma, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh hubungan komuniti kampus dalam suasana mesra dan harmoni, selari dengan semangat perpaduan yang diraikan sempena Tahun Baharu Cina.

"Inisiatif ini bukan sahaja mengeratkan silaturrahim antara pensyarah, staf dan pelajar, malah menyemarakkan semangat kebersamaan serta menanamkan nilai kesyukuran dan saling menghormati dalam persekitaran kampus yang inklusif," ujarnya.

Dalam pada itu, para pelajar yang hadir mengakui mereka bukan sahaja menikmati hidangan yang disediakan, malah turut merasai semangat kebersamaan dan muhibbah yang diterapkan oleh pensyarah dan pegawai di jabatan berkenaan.

Program Free Meal@JSSP ini akan diteruskan dari masa ke masa sebagai sebahagian daripada usaha berterusan JSSP dalam menyokong kesejahteraan pelajar UPMS.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2026 03:56 PM | Show all posts
Lelaki disyaki edar dan jual dadah diberkas bersama syabu
Februari 6, 2026, Jumaat - 3:39pm

Suspek yang ditahan bersama syabu susulan serbuan di Kampung Belading, Limbang pada Rabu.

LIMBANG: Seorang lelaki yang dipercayai terlibat secara langsung dalam kegiatan pengedaran dan penjualan dadah di sekitar daerah ini diberkas, manakala dadah seberat 352.18 gram bernilai RM35,200 dirampas dalam serbuan di Kampung Belading pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata, suspek, 44, yang juga kontraktor, diberkas pada jam 9.50 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang.

“Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dipercayai terlibat secara langsung dalam kegiatan pengedaran dan penjualan dadah di sekitar daerah Limbang.

“Rampasan dadah syabu seberat 352.18 gram ini boleh digunakan untuk 1,760 kali penggunaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Parum menjelaskan, suspek direman selama tujuh  hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Tegasnya, usaha bagi memerangi kegiatan pengedaran dadah dipertingkatkan dan ini termasuk  menangkap ahli sindiket atau individu yang terlibat, serta melumpuhkan sumber bekalan dadah, kewangan dan aset mereka bagi memastikan kegiatan pengedaran dadah dibanteras habis-habisan.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan pengedaran atau penagihan dadah dan diharapkan orang ramai dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah dan jenayah kepada pihak polis,”katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi IPD Limbang Sarawak di talian 085-211466 atau hotline 24 jam JSJN Sarawak di talian 017-5929211 atau mana-mana balai polis berhampiran.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 03:57 PM | Show all posts
sbh - GKMM usul isu gaji wartawan Sabah ke MMM

swk - Lelaki disyaki edar dan jual dadah diberkas bersama syabu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 03:57 PM | Show all posts
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan “menghina” dan “menjengkelkan” selaras Perlembagaan
Februari 6, 2026, Jumaat - 2:39pm

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa perkataan “menghina" dan "menjengkelkan" di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) adalah sah dan selaras dengan Perlembagaan.

Seksyen berkenaan memperuntukkan bahawa sebarang komunikasi dalam talian yang bersifat lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau menyinggung dengan niat untuk menjengkelkan, mendera, mengugut atau menggangu orang lain merupakan suatu kesalahan jenayah.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan penting itu selepas membenarkan sebahagian rayuan kerajaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini memutuskan dua perkataan itu di bawah akta berkenaan sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Turut bersidang hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah,

Hakim Nallini ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu, berkata tujuan Seksyen 233 (1) (a) akta berkenaan adalah untuk mengawal penggunaan tidak wajar kemudahan dan perkhidmatan rangkaian dengan matlamat menyediakan persekitaran dalam talian yang selamat.

“Seksyen itu bertujuan melindungi individu dan masyarakat daripada mengalami sebarang kemudaratan akibat penggunaan perkataan tidak wajar sedemikian,” katanya sambil menegaskan seksyen itu menyasarkan komunikasi yang berada di luar skop kebebasan bersuara dan kebebasan menyatakan pendapat.

Bagaimanapun, berhubung kes aktivis Heidy Quah, beliau berkata mahkamah berpendapat pendakwaan sepatutnya tidak diteruskan terhadapnya kerana kandungan hantaran beliau di Facebook adalah dalam skop hak kebebasan bersuara dan menyuarakan pendapat di bawah Perkara 10 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan, dan tidak boleh dijadikan asas untuk mendakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) akta itu.

Tahun lepas, Mahkamah Rayuan memutuskan perkataan "menghina "dan "menjengkelkan" dalam Seksyen 233 sebagai tidak berperlembagaan dan membatalkannya selepas membenarkan rayuan Quah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak samannya pada 2023.

Pada Julai 2021, Quah, 31, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan membuat kenyataan menyinggung perasaan menerusi satu hantaran di Facebook dan pada 2022, beliau dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) selepas mahkamah mendapati pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) adalah cacat.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 04:00 PM | Show all posts
SUKSAR: Yolienda bukti kekangan bukan halangan rangkul dua emas angkat berat
Februari 6, 2026, Jumaat - 3:46pm



Yolienda (kiri) meraikan kejayaan merangkul dua emas dalam acara angkat berat sempena SUKSAR IV 2026. - Gambar UKAS

BETONG: Atlet dari Zon Utara, Yolienda Layun Yohanes rangkul dua pingat emas dalam acara angkat berat wanita 69 kilogram untuk kategori ‘snatch’ dan ‘clean and jerk’ pada temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026.

Berasal dari pedalaman Long Naah, Yolienda membuktikan bahawa kekangan bukan penghalang untuk mencipta kejayaan dalam acara yang diminatinya itu.

Yolienda yang kini menjalani latihan dan bersekolah di Bakong berkata, perjalanan menuju kejayaan bukanlah mudah apabila berdepan beberapa cabaran utama sepanjang tempoh persediaan.

“Cabaran paling besar adalah kekangan masa latihan kerana semasa cuti akhir tahun, saya perlu pulang ke kampung atas permintaan ibu dan ketika itu saya langsung tidak dapat menjalani latihan kerana tiada kenderaan untuk ke pusat latihan,” katanya memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Pada Majlis Penyampaian Pingat Angkat Berat di Dewan Panglima Rentap di sini pada Jumaat, Yolienda turut berkata dirinya berdepan masalah kecederaan kaki yang sedikit sebanyak menjejaskan rutin latihan.

Menurutnya, kesakitan yang dialami menyebabkan sesi latihan menjadi lebih mencabar dan memerlukan ketahanan mental yang tinggi.

Walaupun hanya menjalani latihan intensif selama lebih sebulan sebelum SUKSAR, beliau tetap berjaya menampilkan prestasi cemerlang sehingga menghadiahkan dua pingat emas dalam acara yang disertainya.

Yolienda dalam acara tersebut unggul apabila berjaya membuat angkatan terbaik seberat 50 kilogram dalam kategori ‘snatch’ manakala 60 kilogram dalam kategori ‘clean and jerk’.

Mengulas perancangan seterusnya, Yolienda berkata fokus utamanya adalah untuk mengekalkan prestasi dan meningkatkan tahap pencapaian ke peringkat yang lebih tinggi.

Menariknya, kejayaan di SUKSAR ini merupakan penampilan sulung beliau di kejohanan besar, dan sebelum ini beliau belum pernah mewakili Sarawak di mana-mana temasya utama.

“Sasaran saya selepas ini adalah untuk layak ke SUKMA dan itu juga merupakan sasaran jurulatih saya,” ujarnya dengan penuh harapan.

Yolienda turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang banyak memberi sokongan sepanjang penglibatannya dalam sukan angkat berat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, jurulatih dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong saya dari awal hingga saya berada di tahap ini,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 04:01 PM | Show all posts
Jurulatih, pegawai bola keranjang puas hati kemudahan Stadium Tertutup MDSA
Februari 6, 2026, Jumaat - 3:43pm



Perlawanan bola keranjang wanita SUKSAR antara Zon Barat dan Zon Tengah yang berlangsung di Stadium Tertutup MDSA, hari ini. Pasukan Zon Tengah menang tipis 41-40. - Gambar Roystein Emmor

SIMANGGANG: Jurulatih dan pegawai bola keranjang yang terlibat dalam penganjuran Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026 menzahirkan rasa puas hati dengan kemudahan di Stadium Tertutup Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) yang menjadi venue utama kejohanan tersebut di sini.

Meskipun venue berkenaan sesuai untuk pertandingan peringkat rendah seperti SUKSAR, ia memerlukan penambahbaikan ketara sekiranya ingin menganjurkan kejohanan besar seperti Sukan Malaysia (SUKMA), kata Ketua Jurulatih Bola Keranjang Wanita Sarawak Aiman Khalid Abdul Salam.

Menurutnya, walaupun kemudahan sedia ada secara keseluruhan adalah baik, beberapa aspek masih perlu dinaik taraf.

“Pertama sekali, kipas bersaiz besar di stadium ini boleh mengganggu tumpuan pemain kerana apabila ia berputar di bawah lampu, bayang-bayang terhasil di atas gelanggang,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan bola keranjang wanita SUKSAR di venue berkenaan.

Pandangan itu turut dikongsi oleh Ketua Jurulatih pasukan bola keranjang lelaki Sarawak bagi SUKMA Foo Soon Khiong yang turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Menurut Foo, Simanggang mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk kejohanan seperti SUKSAR.

“Apa yang menjadikan sesebuah venue bola keranjang itu baik adalah lantai gelanggang dan pencahayaan.

“Kita memerlukan lantai yang berkualiti untuk kejohanan dan tanpa pencahayaan yang sesuai, perlawanan tidak dapat dijalankan dengan baik. Sebagai bekas pemain negeri, saya memahami keperluan ini,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Bola Keranjang Sarawak Ho Kui Seng berkata, kemudahan bola keranjang yang baik perlu dilengkapi sepenuhnya, dan bandar-bandar utama di Sarawak sesuai untuk penganjuran perlawanan kompetitif.

Beliau berkata, kemudahan sedemikian kini terdapat di Bintulu, Miri dan Kuching, dengan Kuching turut memiliki kemudahan bertaraf tinggi, terutamanya kerana ia dijadualkan menjadi tuan rumah Sukan SEA.

Tambahnya, SUKSAR 2026 berlangsung dari 5 hingga 8 Februari, dengan Sri Aman bertindak sebagai salah satu tuan rumah bersama.

Kejohanan bola keranjang tersebut berlangsung di Stadium Tertutup MDSA dan berfungsi sebagai platform penting untuk mengenal pasti bakat bawah 21 tahun dari seluruh negeri bagi pemilihan pasukan Sarawak ke SUKMA di Selangor lewat tahun ini.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-2-2026 04:03 PM | Show all posts
Pelbagai tawaran menarik di Econsave Myy Mall Lutong sempena TBC
Februari 6, 2026, Jumaat - 2:33pm



Juadah Tahun Baharu Cina seperti biskut dan kuih yang dibungkus dalam bekas dan peket kecil kini boleh didapati di Econsave, Myy Mall, Lutong.

MIRI: Musim Tahun Baharu Cina (TBC) kembali lagi dan seperti setiap tahun, Econsave di Myy Mall, Lutong sememangnya menjadi destinasi pilihan untuk membeli-belah keperluan perayaan.

Dengan perayaan tersebut bakal disambut tidak sampai dua minggu lagi, pasar raya yang menawarkan harga berpatutan serta pelbagai diskaun ini kini dipenuhi pelbagai barangan untuk orang ramai membeli semua barangan yang diperlukan bagi musim perayaan.

Bagi mereka yang membeli makanan dan minuman, Econsave sememangnya merupakan pusat beli-belah sehenti untuk semua keperluan perayaan.



Pelbagai kotak limau mandarin yang dijual di pasar raya.

Econsave kini mengadakan jualan khas TBC selama tiga hari bermula hari ini hingga Ahad.

Buah-buahan segar seperti ‘lukam’ atau limau mandarin yang menjadi tradisi dalam isi rumah masyarakat Cina ditawarkan pada harga serendah RM16.88 bagi sekotak 4 kilogram (kg).

Pasar raya ini turut menawarkan pelbagai juadah TBC seperti biskut, kuih, gula-gula dan kek yang dibungkus dalam balang serta bekas.

Buah-buahan dan sayur-sayuran segar import juga disediakan, termasuk kubis, lobak merah, brokoli serta epal hijau dan merah.

Selain itu, Econsave turut menambah stok beras tempatan dan import termasuk beras wangi Thai sempena musim perayaan ini.

Ayam segar, daging dan ikan juga boleh didapati di bahagian makanan segar pasar raya berkenaan.



Sayur-sayuran segar.

Bekalan minuman dalam tin dan minuman botol juga tersedia dengan lengkap.

Di samping itu, hamper perayaan kini dijual pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM30 setiap satu, mengandungi biskut, kuih, manisan, kek, minuman dan pelbagai barangan makanan lain.

Di tingkat satu pasar raya, para pembeli juga boleh mendapatkan pelbagai jenis pakaian fesyen untuk lelaki, wanita serta pakaian kanak-kanak.

Turut dijual adalah kasut, peralatan elektrik rumah, alat tulis dan barangan keperluan rumah.

Selain itu, pelbagai hiasan dan dekorasi TBC juga dipamerkan dan dijual di sini.

Econsave dibuka setiap hari seawal jam 8.30 pagi hingga 9 malam.



Pakaian terkini untuk digayakan semasa sambutan Tahun Baharu Cina.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 04:04 PM | Show all posts
Bank Muamalat, DUBS Miri tegaskan komitmen perkasa usahawan tempatan
Februari 6, 2026, Jumaat - 1:48pm



Para usahawan tempatan menghadiri taklimat khas anjuran Bank Muamalat dan DUBS Miri sebagai persiapan untuk berniaga di Bazar Ramadan kelak.

MIRI: Bank Muamalat Cawangan Miri dengan kerjasama Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Miri, menegaskan komitmen mereka dalam memperkasa usahawan tempatan menerusi sesi taklimat khas di Pejabat DUBS Miri pada Rabu.

Program yang dihadiri 30 usahawan tempatan itu bertujuan membantu persiapan mereka yang akan menyertai Bazar Ramadan di tapak parkir berhampiran Bank Rakyat Cawangan Permyjaya anjuran Gorilla Entertainment.

Dalam sesi talimat itu, Bank Muamalat berkongsi pelbagai inisiatif dan strategi sokongan kewangan, termasuk kemudahan modal awal melalui skim Ar-Rahnu serta galakan untuk pembukaan akaun perniagaan, bagi memudahkan urusan kewangan dan pengurusan perniagaan secara lebih tersusun.

Sebagai tanda sokongan berterusan, Bank Muamalat turut menyatakan kesediaan untuk menyediakan 100 khemah, selain apron dan topi kepada pengendali makanan bagi memastikan imej bazar lebih kemas, selesa dan profesional.

Pada masa sama, para usahawan yang membuka akaun semasa syarikat semasa sesi taklimat berlangsung, turut ditawarkan kemudahan pembayaran tanpa tunai melalui sistem QR 'sound box' yang lengkap dengan ciri penerimaan pembayaran kad kredit, selari dengan keperluan pengguna masa kini.

Menurut Pengerusi DUBS Miri, Mohammad Hafidz Rohani, kerjasama strategik seperti ini amat penting dalam membina ekosistem keusahawanan yang mampan.

“Kerjasama dengan Bank Muamalat amat kami alu-alukan.

“DUBS Miri komited untuk terus membantu usahawan tempatan melalui kolaborasi strategik yang memberi manfaat sebenar di peringkat akar umbi.

“Kami juga menasihatkan para usahawan supaya sentiasa memikirkan pengalaman pengunjung, dan kemudahan pembayaran secara QR menggunakan 'sound box' adalah satu langkah yang sangat baik untuk memudahkan urusan jual beli,” katanya.

Beliau menambah, inisiatif sebegini bukan sahaja membantu usahawan meningkatkan jualan, malah menyumbang kepada suasana Bazar Ramadan yang lebih tersusun, moden dan mesra pengunjung.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2026 04:05 PM | Show all posts
Yayasan MR D.I.Y. lancar STEM Discovery on Wheels perluas akses pendidikan STEM
Februari 6, 2026, Jumaat - 9:38am



Yayasan MR D.I.Y. memperkukuh komitmennya terhadap pendidikan komuniti dengan menyerahkan sejumlah kit STEM baharu kepada Muzium Negara bagi menyokong inisiatif penglibatan belia yang sedang dilaksanakan di sana.

KUALA LUMPUR: Yayasan MR D.I.Y. telah melancarkan program STEM Discovery on Wheels 2026 pada Rabu lalu di Muzium Negara, Kuala Lumpur, sekali gus menegaskan komitmennya untuk memperluaskan akses kepada pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di seluruh negara.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran program tersebut, yayasan itu telah menyumbangkan sebanyak 120,000 kit STEM kepada Muzium Negara bagi menyokong pengalaman pembelajaran interaktif dan berasaskan amali untuk pelajar serta pengunjung.

Melalui kerjasama ini, Yayasan MR D.I.Y. dan Muzium Negara berhasrat untuk mengintegrasikan pembelajaran STEM ke dalam ruang budaya awam, sekali gus membolehkan pelajar daripada pelbagai peringkat usia meneroka konsep STEM di luar persekitaran bilik darjah tradisional.

Kit STEM ini direka untuk memupuk rasa ingin tahu, kreativiti dan kemahiran penyelesaian masalah melalui aktiviti praktikal yang menjadikan pembelajaran lebih mudah diakses, menarik dan menyeronokkan.

STEM Discovery on Wheels merupakan satu inisiatif libat urus bergerak yang membawa pendidikan STEM secara langsung ke sekolah dan komuniti di seluruh Malaysia.

Dengan menggabungkan program libat urus di lapangan bersama sumber pendidikan yang ditempatkan di Muzium Negara, inisiatif ini mencerminkan pendekatan holistik Yayasan MR D.I.Y. dalam memupuk bakat bersedia masa depan serta memperkukuh akses pendidikan yang inklusif.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Yayasan MR D.I.Y. untuk memperkasa golongan belia dan mempertingkat kesejahteraan komuniti melalui program pendidikan yang mampan dan berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi Malaysia untuk membangunkan generasi masa depan yang berdaya tahan serta dipacu inovasi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 04:06 PM | Show all posts
MBSB Bank rasmi pembukaan Cawangan Inanam, Sabah
Februari 6, 2026, Jumaat - 9:36am



MBSB Bank Cawangan Inanam mudahkan pelanggan berurusan.

KUALA LUMPUR: MBSB Bank Berhad telah memperkukuh komitmen jangka panjangnya terhadap Sabah dengan pembukaan rasmi Cawangan Inanam, sekali gus menandakan satu lagi peluasan strategik kehadiran Bank itu di negeri berkenaan.

Majlis pembukaan tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Edna Jessica Majimbun.

Cawangan baharu ini menambah rangkaian sedia ada MBSB Bank di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Keningau, sekali gus mencerminkan keyakinan berterusan Bank terhadap potensi ekonomi Sabah serta misinya untuk mendekatkan perkhidmatan perbankan yang mudah diakses dan berteraskan tujuan kepada komuniti setempat.

Terletak di salah satu hab komersial dan perindustrian paling dinamik di Kota Kinabalu, Cawangan Inanam direka untuk memenuhi keperluan pelbagai segmen pelanggan, daripada keluarga dan golongan profesional kepada usahawan serta pelabur.

Pelanggan akan mendapat akses kepada rangkaian penyelesaian kewangan patuh Syariah yang komprehensif, sejajar dengan keperluan perbankan moden.

Berucap pada majlis pelancaran, Pengerusi MBSB Berhad, Dato’ Wan Kamaruzaman Wan Ahmad, berkata peluasan tersebut mencerminkan keyakinan Bank terhadap peranan Sabah sebagai pemacu utama pertumbuhan serantau.

“Inanam melambangkan nadi perindustrian Kota Kinabalu dan pintu gerbang peluang. Cawangan baharu ini bukan sekadar peluasan rangkaian kami, tetapi juga peluasan komitmen kami kepada rakyat dan perniagaan yang terus membentuk masa depan ekonomi Sabah,” katanya.

Melalui Cawangan Inanam, pelanggan boleh mengakses pelbagai tawaran kewangan, termasuk pakej pembiayaan perumahan dengan kadar serendah 3.6 peratus setahun bagi menyokong pemilikan rumah jangka panjang.

Cawangan ini juga menawarkan perkhidmatan pemindahan wang antarabangsa yang pantas dan telus melalui platform Global Easy Transfer MBSB Bank, yang dikuasakan oleh Wise, bagi membolehkan transaksi rentas sempadan yang lancar.

Selain itu, pelanggan turut boleh memanfaatkan penyelesaian pengurusan kekayaan patuh Syariah, termasuk perkhidmatan pelaburan melalui platform iFAST, serta pilihan pelaburan emas yang direka untuk memelihara dan menambah nilai kekayaan.

Bank tersebut turut merekodkan sambutan menggalakkan daripada komuniti Inanam. Menurut pengurus cawangan, pelanggan menunjukkan penyertaan yang memberangsangkan dalam kempen SBMB 5.0 MBSB Bank, yang menawarkan ganjaran awal bernilai sehingga RM35,000.

Minat terhadap produk pengurusan kekayaan juga semakin meningkat, termasuk Prime Gold dan pilihan pelaburan melalui platform iFAST.

“Maklum balas awal ini mengukuhkan keyakinan kami terhadap rakyat Sabah sebagai individu yang celik kewangan, berpandangan jauh serta menghargai ketelusan, prestasi dan tujuan,” tambah Wan Kamaruzaman.

Dengan pelancaran Cawangan Inanam, MBSB Bank terus memperkukuh jejaknya di seluruh negeri, sekali gus memastikan rakyat Sabah mempunyai akses kepada penyelesaian perbankan yang boleh dipercayai, beretika dan bertaraf dunia berhampiran tempat tinggal dan bekerja.

“Ketika Sabah terus meningkat di peringkat nasional dan global, MBSB Bank berbangga untuk memperdalamkan akar umbi kami di sini serta berperanan sebagai rakan kongsi dipercayai bagi fasa pertumbuhan seterusnya,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 04:09 PM | Show all posts
Bantu Murid Tahun Satu Sesuaikan Diri



KUCHING: Penekanan pembangunan sosioemosi dan pembentukan sahsiah menjadi teras Program Transisi 2026 SK Encik Buyong yang disertai 90 murid tahun satu di sini.

Program berkenaan dilaksanakan bagi membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rutin sekolah menerusi pelbagai aktiviti yang santai, berstruktur serta menyeronokkan.

Penolong Kanan Pentadbiran SK Encik Buyong, Kaerrah Samu berkata, pelaksanaan program tersebut berjaya mengurangkan kebimbangan murid selain meningkatkan keyakinan diri mereka sebelum memulakan pembelajaran secara formal.

“Program ini membantu murid mengikuti pembelajaran dengan lebih selesa dan berkesan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguhan Program Transisi 2026 SK Encik Buyong baru-baru ini.

Tambah beliau, kesungguhan dan komitmen para guru terserlah melalui persiapan rapi serta kelancaran majlis penangguhan yang berlangsung dengan teratur.

“Kehadiran ibu bapa memberikan sokongan padu kepada anak-anak serta pihak sekolah,”ujarnya.

Menjelas lanjut, program yang dilaksanakan memberi pendedahan awal kepada murid tahun satu.

“Program ini memberikan pendedahan awal berkaitan persekitaran sekolah, pembentukan sahsiah dan penerapan adab menuntut ilmu sebagai asas sebelum mengikuti pembelajaran seperti biasa.

“Murid-murid dijangka memulakan pembelajaran formal dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan pihak sekolah berharap mereka dapat meneruskan pembelajaran dengan penuh semangat, disiplin dan kesungguhan,”tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada penyelaras program dan guru yang menggembleng tenaga dan bekerjasama erat bagi menjayakan program tersebut.


Sumber : Suara Sarawak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 04:13 PM | Show all posts
IRJ agih hadiah Tahun Baharu Cina kepada ahli
Februari 6, 2026, Jumaat - 3:54pm



Yii (barisan depan lima kiri) ketika mengagihkan hadiah Tahun Baharu Cina kepada ahli-ahli IRJ di kilang percetakan, Jalan Sungai Antu di Sibu, hari ini.

SIBU: Institut Wartawan Rejang (IRJ) telah mengagihkan hadiah Tahun Baharu Cina kepada kesemua ahlinya di sini, hari ini.

Seramai 56 ahlinya daripada Wisma See Hua, Jalan Tuanku Osman dan kilang percetakannya di Jalan Sungai Antu telah menerima hadiah tersebut yang disampaikan Presiden Yii Souk Ming.

Menurutnya, hadiah-hadiah itu adalah untuk bersama-sama berkongsi perayaan dengan ahlinya sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Program pengagihan hadiah ini adalah program pertama kami untuk menyambut ulang tahun ke-55 IRJ pada tahun ini.

"Kami mempunyai pelbagai lagi program lain sempena sambutan tersebut pada masa akan datang," katanya.

Yii berkata, pelbagai lagi inisiatif akan dilaksanakan untuk pengamal media di kalangan ahlinya selepas ini dalam membantu ahli-ahli memudahkan tugas dalam kewartawanan.

Pada tahun lalu beliau berkata, IRJ telah mengagihkan tablet kepada ahli-ahli dari kalangan pengamal media.

"Sempena ulang tahun ke-55 iaitu tahun ini, IRJ telah merancang pelbagai program dan aktiviti yang sudah semestinya memberikan manfaat kepada ahli-ahli.

"Acara kemuncaknya nanti ialah Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-55 IRJ," tambahnya lagi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 04:14 PM | Show all posts
Serbuan di tapak pembinaan bongkar empat buruh 'lalok' ketika bekerja
Februari 6, 2026, Jumaat - 3:57pm

LAWAS: Perbuatan empat buruh yang positif dadah ketika bekerja terbongkar apabila ditahan dalam serbuan dan pemeriksaan di tapak pembinaan bangunan di salah satu projek di Banting, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan berkata, suspek warga tempatan berusia 27 hingga 29 tahun itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah pada serbuan jam 9.30 pagi itu.

Katanya, pemeriksaan dijalankan ke atas tubuh badan, beg sandang dan sekitar tempat kerja tetapi tiada menjumpai apa-apa barang salah atau dadah.

“Hasil ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Liong berkata lagi, semakan kesalahan lampau mendapati seorang suspek mempunyai tiga kes, seorang dua kes dan dua lagi tiada kes lampau berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 04:14 PM | Show all posts
Lelaki berkelakuan pelik timbulkan rasa tidak selamat awam di Pusat Komersial Tanahwang Sibu
Februari 6, 2026, Jumaat - 3:59pm



TEO

SIBU: Sejak kebelakangan ini, kemunculan seorang lelaki berkelakuan pelik di kawasan Pusat Komersial Tanahwang di sini telah menimbulkan ancaman bahaya terhadap peniaga serta orang awam.

Menurut peniaga sekitar, lelaki terbabit sering kelihatan seawal antara jam 6 hingga 7 pagi dengan tingkah laku mencurigakan.

Dia juga dilihat memegang kayu dan batu, serta bertindak seolah-olah mahu menyerang kedai atau orang ramai.

Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak selamat dalam kalangan peniaga dan orang awam.

Sehubungan itu, penduduk hari ini mengemukakan aduan kepada Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Dudong Datuk Teo Boon Siew dengan harapan beliau dapat membantu membuat laporan kepada pihak polis.

Difahamkan bahawa walaupun lelaki tersebut belum melakukan sebarang serangan setakat ini dan keadaan mentalnya juga tidak diketahui, langkah berjaga-jaga wajar diambil.

Oleh itu, mereka berharap pihak berkuasa akan memberi perhatian serius terhadap perkara ini.

"Lelaki ini hampir setiap hari muncul antara jam 6 pagi hingga 7 pagi dengan memegang objek di tangannya.

"Walaupun belum berlaku sebarang kejadian mencederakan orang, tidak mustahil insiden boleh berlaku pada masa akan datang.

"Oleh itu, kami berharap langkah pencegahan dapat diambil," katanya kepada pemberita.

Teo telah menghubungi pihak polis di lokasi dan membuat laporan.

Pihak polis katanya, turut memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap perkara ini serta akan menghantar anggota untuk melakukan rondaan.

Beliau merakamkan penghargaan kepada pihak polis atas keprihatinan mereka serta turut menggesa peniaga dan orang awam agar memberikan kerjasama.

"Sekiranya lelaki berkenaan terus muncul dan bertindak agresif orang ramai diminta segera menghubungi pihak polis supaya tindakan segera dapat diambil," tambahnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 04:15 PM | Show all posts
Lelaki OKU mental dilaporkan hilang dari rumah di Bintangor
Februari 6, 2026, Jumaat - 4:01pm



Operasi SAR seorang lelaki OKU yang hilang dari rumahnya di Batu 1, Jalan KJD Bintangor sedang giat dijalankan hari ini.

BINTANGOR: Seorang lelaki kurang upaya (OKU) mental berusia 41 tahun dilaporkan hilang dari rumahnya di Batu 1, Jalan KJD Bintangor di sini, pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Mahmudin Narudin berkata, laporan berkaitan kehilangan mangsa telah dibuat oleh abang mangsa pada jam 8 malam.

“Dalam kejadian tersebut, mangsa disedari hilang oleh abangnya ketika pulang bekerja dari kebun kelapa sawit di belakang rumah mereka.

“Pada awalnya, abang mangsa telah berusaha mencari mangsa, namun hingga lewat malam mangsa gagal ditemui.

“Berikutan itu, abang mangsa telah bertindak membuat laporan berkaitan kehilangan mangsa dan sejurus laporan tersebut dibuat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah diaktifkan pada hari pertama hari ini, bermula jam 10.35 pagi,” kata Mahmuddin kepada media, hari ini.

Menurutnya, operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RELA.

“Operasi SAR hari ini dimulakan dengan pencarian di kawasan rumah mangsa dan juga kebun kelapa sawit berhampiran dalam lingkungan satu kilometer.

“Namun sehingga jam 3 petang, mangsa masih belum ditemui dan operasi SAR masih diteruskan,” kata Mahmuddin lagi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 04:16 PM | Show all posts
Sarawak berpotensi besar sebagai rakan strategik AIIB
Februari 6, 2026, Jumaat - 4:04pm



Delegasi AIIB merakamkan kenangan bersama Abang Johari semasa kunjungan ke atas beliau di pejabatnya, hari ini. - Gambar Facebook Sarawakku

KUCHING: Sarawak dilihat mempunyai potensi besar sebagai rakan strategik Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (Asian Infrastructure Investment Bank – AIIB).

Wakil AIIB Kim See Lim berkata, ia susulan kedudukan Sarawak yang kukuh dalam pembangunan tenaga serta peranannya yang semakin signifikan dalam memperkukuh keterhubungan serantau di peringkat ASEAN.

Menurut Facebook Sarawakku, beliau berkata demikian susulan kunjungan ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Menurut Kim, perbincangan bersama Premier Sarawak mengesahkan keselarasan yang kukuh antara keutamaan pembangunan Sarawak dengan mandat AIIB dalam membiayai infrastruktur mampan dan berorientasikan masa hadapan.

“Aspirasi Sarawak untuk melabur dalam teknologi generasi baharu, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, sejajar sepenuhnya dengan misi AIIB untuk menyokong pembangunan infrastruktur masa depan.

“Kami amat teruja dengan peluang untuk bekerjasama dan menyokong agenda pembangunan Sarawak, terutamanya dalam bidang tenaga mampan dan teknologi baharu,” katanya kepada media selepas pertemuan tersebut.

Tambahnya, lawatan ke Sarawak merupakan peluang penting bagi AIIB untuk memahami dengan lebih mendalam aspirasi pembangunan Malaysia serta meneroka ruang kerjasama yang berpotensi.

Kunjungan berkenaan merupakan sebahagian daripada program libat urus rasmi AIIB di Malaysia bagi mengenal pasti potensi kerjasama strategik selaras dengan mandat institusi kewangan antarabangsa itu.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2026 04:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 04:17 PM | Show all posts
sbh - GKMM usul isu gaji wartawan Sabah ke MMM

swk - Sarawak berpotensi besar sebagai rakan strategik AIIB

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 04:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 04:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.538481 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list