Post time 6-9-2025 10:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Suchi replied at 6-9-2025 09:22 PM
Teori ni masuk akal ke?
I wonder why si ibu tak keluarkan arwah dari asrama despite arwah berulang kali cerita apa yang dia alami di asrama. Arwah dah banyak kali bagi hint dia tak suka tinggal di asrama tapi mak dia dok la pujuk and invalidate her feelings.
Post time 6-9-2025 10:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 6-9-2025 09:30 PM
Kenal. Influenza bodoh Sabahan. Dia kata doktor Jessie ke tu? Padahal dia sindri pass SPM k ...
Jap dia ada amik SPM ke?
Sbb dia bukan warga sini taktaulah kalau dari kecik dah duk Sabah yang tau dia takda IC
Dulu ada la kecoh2 apatah iols baca komen2 haters kata dia tu takde IC
Bini ja orang Malaysia, ramai je yang tak minat dia
Yelah content terlalu sampah herannya ramai plak yg rasa lawak.
Post time 6-9-2025 10:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Binodino replied at 6-9-2025 10:02 PM
I wonder why si ibu tak keluarkan arwah dari asrama despite arwah berulang kali cerita apa yang di ...
Kalau berani try la tanya kat socmed
Senang cite takleh persoalkan
Dalam kes ni pihak yang bersalah hanyalah bermula daripada menteri pendidikan,KPM,VVIP, seluruh warga sekolah, mesin basuh,hospital, polis
Tidak dibenarkan langsung meletakkan beban kesalahan tu kepada pihak keluarga.
Post time 6-9-2025 10:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
fattymah replied at 6-9-2025 09:20 PM
Next issue 2 org budak yg mati lemas dibunuh oleh ayah sendiri.. nak tanam ikut agama mana satu
Kenapa yg tu? arwah girl tu comel,ada kat thread. Ai tanya kenal ke mak arwah dia kata tak kenal,kenal bapak dia aje sb selalu beli bunga. Kena scam duit katanya.
Post time 6-9-2025 10:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Suchi replied at 6-9-2025 10:16 PM
Kalau berani try la tanya kat socmed
Senang cite takleh persoalkan
Dalam kes ni pihak yang bersal ...
SY BELAJAR DARI PENGALAMAN KAWAN2 DAN SY TIDAK MAHU MENJADI IBU YANG MELAKUKAN PENGABAIAN SEPERTIMANA RAMAI IBUBAPA SENDIRI LAKUKAN PADA ANAK2 MEREKA TETAPI KEMUDIAN TIDAK MAHU MENGAKUINYA. SEBALIKNYA, TERUS2AN MENAFIKAN DAN MENYALAHKAN SEMUA PIHAK.
Pagi tadi sy keluar minum dengan beberapa ibu kepada kawan2 anak sy.
Salah seorang ibu tanya pada seorang ibu kepada anak bernama A (lepas ni sy rujuk Ibu A), "Kenapa A keluar dari sekolah berasrama tu dan tukar ke sekolah harian biasa yang anak2 kita semua pergi sekarang?"
Ibu A jawab A telah dibuli. Ibu A ceritakan semuanya tapi yang menarik perhatian sy adalah bila Ibu A kata sebaik sahaja A mengadu kali pertama yang dia dibuli, dia terus ambil tindakan keluarkan A dari sekolah itu. Katanya lagi dia tak nak ambil risiko berlengah2, tambahan pula A adalah anak tunggal.
Kemudian seorang lagi ibu tanya pada sy pula kenapa sy tak nak masukkan anak sy ke sekolah berasrama sedangkan ramai ibubapa mahu anak2 mereka belajar di sekolah berasrama especially yang ada nama dan berprestij.
Sy jawab anak sy pernah belajar di sekolah harian berkluster kecemerlangan tetapi dibuli dan dipukul oleh cikgu yang ada masalah rumahtangga. Sy telah keluarkan anak sy serta merta tanpa berfikir panjang. Jadi, jangan harap sy nak masukkan anak sy ke sekolah berasrama sebab sekolah harian biasa pun anak boleh dibuli oleh sesiapa sahaja termasuk cikgu, inikan pula sekolah asrama.
Sy juga beritahu mereka, semasa sy menuntut di UIA dulu, rakan sy yang jadi pelajar terbaik datang dari sekolah harian biasa dan bukan sekolah berasrama. Ini menunjukkan belajar di sekolah harian biasa pun boleh berjaya dan tak semestinya belajar di sekolah asrama.
Selain itu, anak seorang kawan sy juga begitu, skor A+ dalam semua mata pelajaran dalam SPM sedangkan hanya bersekolah di sekolah harian biasa. Malah, menjadi pelajar terbaik semasa buat Degree dan Master di University di luar negara. Kini baru selesai buat PhD dengan topic yang sangat sukar di University luar negara juga. Semasa Degree, Master dan PhD, anaknya mendapat biasiswa dari satu organisasi antarabangsa yang besar.
Sy juga kata anak sy tak ramai. Itu sahaja harta sy. Kalau apa2 jadi, sy yang rugi. Sy tak nak menyesal kalau apa2 jadi pada anak2 sy dan tak nak bila dah menyesal, sy nak salahkan orang lain pula sedangkan sy patut sedar sy yang bertanggungjawab meletakkan anak2 sy di sekolah asrama. Lagipun, bila anak tak ramai, sy lebih suka mereka membesar depan mata sy walaupun sebagai peguam kerja sy sangat2 sibuk dan ditambah pula suami pjj dengan sy sejak kahwin. Biar sibuk macam mana, sy tetap akan jaga anak2 sy dan bukan hantar anak2 ke asrama sebab nak mudahkan hidup sy atau anak2 sy. Sy tahu bila terpaksa bekerja, hidup berjauhan dengan suami, menjaga anak2 sendirian akan jadi satu cabaran besar tapi sy percaya hubungan kami anak beranak akan lebih rapat dan saling sayang menyayangi.
Sy kata ramai ibubapa ingat bila hantar anak ke sekolah asrama, mereka juga boleh belajar berdikari. Sy tidak setuju sebab anak2 sy yang bersekolah harian sudah pandai masak nasi, masak lauk pauk ringkas, basuh pakaian, lipat pakaian, seterika baju sekolah, kemas rumah, mop lantai, basuh pinggan mangkuk dan macam2 lagi. Semuanya sy ajar sejak mereka darjah 1 lagi. Sy percaya seorang anak akan pandai berdikari jika ibubapa sendiri mengajar dan bukan mengharapkan orang lain untuk mengajar. Maka, bagi sy sekolah asrama bukan satu2nya cara mendidik anak berdikari.
Kemudian Ibu A menyampuk mengatakan sebab itulah bila dia dapat tahu sahaja A dibuli, dia cepat2 keluarkan A dari sekolah itu. Dia juga tak nak menanggung risiko jika lewat bertindak. Dia tahu kalau dia tak bertindak segera, A yang akan berdepan dengan pembuli setiap hari. Nyawa A yang dipertaruhkan jika lewat bertindak. Katanya lagi, sejak A tinggal di asrama, bila balik bercuti, tak ada pun nampak anaknya berdikari dan menolongnya melakukan kerja2 rumah seperti anak2 sy. Jadi, beliau bersetuju dengan apa yang sy luahkan itu.
Ibu2 lain yang ada bersama kami juga berkongsi cerita anak masing-masing dah pandai buat itu ini menolong mereka di rumah walaupun bersekolah harian biasa.
Berbalik pada Ibu A, sy rasa tindakan Ibu A adalah terbaik dan betul. Memang layak dipuji dan dihargai.
Ibu A juga sempat berpesan, "Kita ingat masukkan anak ke sekolah asrama, anak jadi lebih pandai, lebih berdikari, lebih happy, tapi sebenarnya tanpa sedar kita memberikan risiko ancaman pada nyawa anak kita. Sekarang A ke sekolah harian biasa, keputusan peperiksaan dia jauh lebih baik berbanding di sekolah asrama. Dia juga happy sebab setiap hari dapat bersama kami sekeluarga. Walaupun penat menguruskan dia l, kerja dan lain2, baru sedar banyak hikmahnya Di sekolah harian sekarang dia dapat ramai kawan2 baru yang menerima dirinya (A berbadan gempal dan berkulit gelap dan dibuli kerana itu) "
Itulah pelajaran penting yang kami ibu2 dapat dari kisah A, mangsa buli. A bertuah kerana dapat ibu yang bijak.
Selain itu, kami dapat pengajaran dari cerita A dan ibu A bahawa kami perlu jaga anak2 kami sendiri dan tidak perlu sibuk menjaga anak orang lain kerana masing-masing ada ibubapa. Ibubapa masing2 kenalah jaga anak sendiri dan bukan salahkan orang lain bila ibubapa sendiri tidak pernah bertindak secara tegas dan betul serta drastik melindungi anak2nya semasa pertama kali mendapat tahu anak dibuli.
Ibu A kata ramai ibubapa menyalahkan anak orang lain atau sekolah sedangkan ibubapa itu sendiri tidak mengambil tindakan yang betul semasa anak perlukan bantuan dan perlindungan. Perkataan "sabarlah" dari mulut ibubapa ketika anak dalam masalah dan mengharapkan pertolongan adalah tidak wajar kerana sebagai ibubapa kitalah tempat anak2 berlindung dari segala ancaman termasuk ancaman nyawa.
Kami juga belajar dari ibu A bahawa ibubapa yang terkilan dan menyesal kerana tidak menolong anak secepat mungkin selalunya akan menunding jari kepada orang lain dan kepada anak orang lain kerana sebenarnya mahu menutup rasa terkilan, menyesal dan bersalah diri kepada anak sendiri yang terkorban akibat pengabaian yang dilakukan secara sengaja.
Sekian.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 6-9-2025 10:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
asfaz replied at 6-9-2025 07:34 PM
Isu post mortem
perkara2 ni akan terjawab masa inkues yg tngh berjalan ni nanti
kenyataan peguam ni secara tak langsung menunjukkan kelemahan pihak berkuasa menguruskan isu dan kes adik zara ni
pihak2 yg berkait boleh je bagi kenyataan media/rasmi yg boleh bagi kefahaman yg jelas.. tapi takde pun kenyataan yg jelas masa awal2 dulu tu.. disebabkan takde kenyataan atau penerangan yg jelas drpd pihak berkuasa masa awal2 tu la yg menyebabkan berlakunya information vacuum dlm kalangan netizen lalu timbul spekulasi2 yg semakin lama semakin meliar sampai tak terkawal
peguam ayah adik zara sendiri cakap yg ayah adik zara berada dlm keadaan 'limbo' berkenaan isu dan kes adik zara ni sampai sekarang ni.. tu yg sampai ayahnya tu terpaksa hantar peguam utk jadi pihak berkepentingan dlm inkues
di pihak berkuasa pula, bila pengarah jsj sendiri yg buat sidang media baru la ada kefahaman2 yg lebih jelas sikit berkenaan perjalanan kes.. dan di situ la rakyat umum dpt tahu berlakunya ketidakpatuhan sop
Tadi ada forumer dah letak , Ai letak balik,bukan loyer sesapa rasanya
Bila jadi peguam jenayah yang senior, salah satu advantages yang sy dapat adalah maklumat dan perkara sebenar yang terjadi.
Sy dapat berhubung dengan polis dan pegawai2 penyiasat untuk tanya kesahihan sesuatu perkara. Bila perkenalkan diri dan tunjuk name card, mereka sudah tahu sy memang peguam. Malah, ada yang sudah tahu sy peguam jenayah yang senior berdasarkan kes2 kendalian sy yang terdahulu. Maka, senang tak perlu intro panjang2. Mereka tahu sy bukan peguam jadi2an yang sekadar menyibuk nak tahu cerita untuk dikongsi kepada umum. Mereka tahu apa sahaja maklumat yang dikongsi dengan sy akan menjadi rahsia dan hanya untuk pengetahuan dan kefahaman sy sendiri. Dari situlah sy tahu samada cerita post-mortem, penguburan dan lain2 lagi adalah fitnah atau betul. Sejak sy tahu, sy terus melupakan rasa kasihan sy pada pihak tertentu kerana sy paling pantang orang menipu demi kepentingan diri dan kerana mahu menutup kesalahan sendiri.
Selain itu juga, keluarga2 saksi juga menghubungi sy dan berkongsi cerita kerana mereka mahukan nasihat dan pandangan undang-undang dari sy kerana mereka tahu hanya peguam tempat mereka mengadu dan mendapatkan bantuan. Tambahan pula, bila mereka merasakan seluruh dunia terus2an menghukum mereka sedangkan tidak tahu cerita sebenar.
Dalam masa sama, keluarga suspek juga menghubungi sy kerana percaya sy tidak akan terus menghukum mereka hanya berdasarkan cerita2 yang tersebar luas.
Selain itu, mangsa2 fitnah juga hubungi sy dan memberitahu sy apa tujuan mereka difitnah.
Sy juga berjaya berhubung dengan beberapa doktor untuk mengetahui sudut pandang mereka berkaitan kes dan sains serta proses yang berlaku. Ditambah pula dengan pengalaman kerja sy mengendalikan kes2 jenayah berat. Malah, ada yang meminta sy menyemak surat jawapan aduan sispa sebelum diserahkan kepada majikan kerana percaya sy akan membantu kerana dirinya tidak melakukan apa2 kesalahan.
Mereka semua berkongsi segalanya dengan sy kerana mereka tahu sy tidak akan terlibat dalam kes. Ini adalah kerana sy tidak boleh beramal di tempat tersebut dan pandangan dan nasihat undang-undang dari sy adalah penting apabila ramai yang sudah pun menghakimi mereka sejak dari awal.
Pada mulanya sy pelik kenapa mereka cari sy sedangkan ramai peguam diluar sana dan ditempat mereka. Rupa2nya kerana posting2 sy selalunya tidak mengikut majoriti sehinggakan mendatangkan keyakinan pada mereka untuk berkongsi kisah sebenar yang berlaku.
Sy bersyukur pada Allah kerana mereka memilih sy untuk berkongsi cerita sebenar sehinggakan sy tidak mengikut sahaja kronology atau naratif yang dijamukan sejak awal lagi.
Sy masih ingat tentang satu kes kendalian sy di mana seorang wanita menuduh suaminya memukulnya. Apabila sy soal doktor pakar, beliau bersetuju bahawa tidak pernah memeriksa keadaan mental wanita tersebut kerana terlalu fokus pada kecederaan luaran yang dialami oleh wanita tersebut. Akhirnya, selepas laporan perubatan masalah mentalnya dikemukakan di mahkamah, terbukti beliau memukul diri sendiri kerana mahukan perceraian dari suami dan mahu suaminya dipenjarakan kerana mahukan hak penjagaan anak dan semua harta suami jatuh ke tangannya. Realiti tapi memang kedengaran pelik.
Sy juga pernah kendalikan satu kes dimana si mati rupanya membunuh diri kerana masalah mental akibat tekanan teruk dari keluarga sendiri selepas sy berjaya buktikan. Asalnya keluarga si mati mahu mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang mereka percaya telah membunuh anak mereka. Sy, selaku peguam, mesti yakin terlebih dahulu dengan cerita anakguam iaitu keluarga si mati. Maka, sy siasat dulu sebelum bertindak melulu. Walaupun keluarga tersebut tidak mahu menerima hakikat tersebut dan menyalahkan sy kerana tidak mahu menurut sahaja kehendak mereka, tetapi realiti tersebut (bunuh diri kerana tekanan hidup dari keluarga sendiri) berjaya dibuktikan melalui bukti2 pakar dan saksi2 tempat kejadian.
Yang penting adalah cara peguam menyoal saksi untuk mendapatkan kebenaran. Jika peguam tidak cekap dalam menyoal saksi, maka, kebenaran tidak akan diperolehi secara total.
Jadi, sebagai peguam sy mempunyai kelebihan. Sy boleh menyiasat sendiri sesuatu kes dengan cara kepeguaman sy, menggunakan tiket peguam dan atas dasar kepercayaan pihak2 yang terlibat dalam kes pada sy.
Untuk satu kes itu, sy telah tahu banyak perkara dan sy hanya perlu melihat adakah apa yang sy tahu itu terbukti dalam mahkamah atau tidak. Semuanya bergantung pada peguam masing-masing untuk menyoal saksi dan samada saksi rasa terancam dengan rakyat yang seolah2 sudah menghukum mereka sejak awal lagi.
Antara kegusaran keluarga2 yang terlibat adalah adakah bila mereka bercakap benar, rakyat tidak mahu menerimanya dan seterusnya melabel mereka penipu. Itu yang menyedihkan sy.
Sehingga kini, maklumat yang mereka kongsikan semuanya selamat di tangan sy. Masih belum pecah di FB. Sy akan pegang amanah itu.
Sy tidak peduli langsung kalau ada orang kutuk, hina, ejek, label, etc sy sebab sy tahu apa yang sy tahu. Tapi persoalannya, adakah mereka sendiri tahu apa yang mereka tahu itu sebenarnya kebenaran dari pihak2 terlibat atau sekadar percaya cerita sebelah pihak atau dari dengar cakap (hearsay) pihak yang tidak langsung terlibat dengan kejadian.