Post time 27-7-2020 04:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
"Ya Allah ampunilah kami dan bimbinglah kami ke jalan yang diredhai. Hidupkan kehidupan ini sepertimana an Ansari Dan Muhajrin. Laa haula wala quwata illa billah, Ya Robb.."
Sugu, suami kepada S Pavithra, 28, yang juga YouTuber masakan mengakui memadam semua 98 video di saluran berkenaan yang dimuat naik sejak Januari lalu atas beberapa faktor peribadi.
"Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah)," katanya ketika dihubungi di Bernama di Ipoh, hari ini.
Kenapa Sugu padam? Ada yg berpendapat dlm budaya mereka si isteri tidak boleh lebih daripada suami. Entahla...
Dan sekarang media nak tanya apa2, mereka hanya boleh temuramah Sugu sorang. Agaknya nak ambik gambar Pavithra jadik model pon dah tak boleh la, kot.
Tapi ada berita baik. Sugu kata dia akan buat comeback. Ye saya tau Kak Leen mesti tak sabar nak tunggu Sugu kembali bergelar YouTuber, kan. Apo pengisian video pertamanya nanti? Adakah Sugu yg akan masak, manakala Pavithra sental kuali?
Tadaaa, inilah video pertama hasil sutradara Sugu. Dan Sugu dah sesiap tulis resepi kat bahagian bawah video, leh la salin.
Post time 29-7-2020 12:49 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kangkung1M replied at 28-7-2020 10:43 PM
Sugu yg padam semua video tu, Kak Leen.
Akak x suka nak condemn sangat tp akak cuma berminat dgn resepi tosei & coconut chutney dia aje. Simple .Akak savekan utk mudah nanti bila akak nak try.
First video yang akak tengok pun akak x ingat apa contentnya. Tu oun hasil dari forum. Kalau tak akak oun x tau pasal kemunculan diaorg ni. Huhuhu.. So akak oun x ternanti2 video sulung selepas kes ni.
Apapun moga diaorg berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi.
Tapi sayang jugak kan video2 yg kena padam tu. Jumlah keseluruhan tontonan, 34 juta! Kalau masih ada dlm YouTube, dah boleh jadik auto pilot income.
Yelah Kak Leen. Saya pon nak titipkan ucapan selamat maju jaya kepada pasangan ini. Harap mereka baik2 aje. Hargailah kehidupan ini, dan gembira selalu. Tamau la jadi jiwa kacau mcm individu dlm video ni.